Friday, 22 April 2016

hati.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kadang-kadang kita tertanya,
budak tu pandai matematik,
tapi kenapa ambil jurusan seni?
rugi la. tak manfaatkan bakat.
jawapan dia, sebab hati.

lagi kita tanya,
kereta CRV kan lagi besar dari MyVi,
 dan hang pun mampu beli,
kenapa MyVi juga diheret ke sana ke mari?
bukankah tidak memanfaatkan harta yang Allah bagi?
jawapannya sebab hati.

hang kan dah grad dalam business management,
awat pi jadi pesawah tu?
tak sesuai. keleboq penuh.
jawapan sebab hati.

dan nak dekat dengan kenduri ni,
akan ada soalan macam ni kalau nampak ada yang tak kena kat pengantin.

awat pi pilih laki jemua lagu tu, anak dara segak tak sangga!
dan sebaliknya kalau pasangan bagai pinang dibelah serong.. -_-
tahu kenapa?
sebab hati.

:)

hati kita semua tidak serupa.
meski di mata nampak itu cantik ini cantik, di hati lain.
di mata nampak indah-indah, logik dan rasional,
tapi hati melihat seni dan kesesuaian.
padanan.
intuisi.
rasa yang sama.

memang.
kadang-kadang bukan pilihan hati itu semua menjadi.
tapi lebih berpuas hati dengan pilihan.
kenapa?
kerana setelah memilih dengan hati, jika berlaku kesilapan, ia adalah 100% kepunyaan hati.
meski dengan izin Allah.
bukan salah orang lain.

kerana kita telah merancang dengan cita,
namun Allah merancang dengan cinta. :)
buat hambaNya.

selamat meneruskan cita yang dibuat dengan hati.
semoga bisa pulang merawat ummah dengan penuh cinta.
dengan izinNya.
:)

dari H untuk A.

Monday, 18 April 2016

Getting Married vs Getting Rid

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

cuti sekolah tak lama lagi.
and somehow, ada orang yang sedang prepare dah.
prepare nak pi melancong/bercuti.
prepare nak pi kem.
prepare nak balik kampung (aku cikgu...bakal cikgu anak awak)
prepare nak kahwin
prepare nak sambut menantu
prepare nak buat kenduri
prepare mental sebab poket makin kopak dan tanggungjawab makin bertambah!

and the preparations are plans.

there are two sentences which describe my entry title.

From a dad.
S1: My daughter is getting married.
S2: I'm getting rid of my daughter from my list of responsibility.

:)     :)     :)     :)

okey. okey.
jangan melatah lagi.

tahu.
ayah kita tak cakap macam tu pun.
i'm saying from my perceptions.
illiteral perceptions that will be explained soon.

baiklah.
kenapa saya cakap when a daughter getting married  it is the action of getting rid of her?
ayat ni nampak berbelit. well i dont know how to improve the sentence.
senang kata Melayunya, kenapa bila kita menikahkan anak perempuan kita, kita cakap dia bukan lagi hak kita?

yeah.
betul.
apabila seorang anak perempuan sudah menikah, maka dia bukan lagi dibawah tanggungan kedua ibu bapanya. dia adalah hak suaminya dibawah tanggungjawab suaminya.
anak perempuan itu sudah beralih ke tangan orang lain. disisinya ada seorang lelaki yang bergelar suami yang telah berjanji akan menerima baik dan buruk isterinya, yang memegang akad akan bertanggungjawanb ke atas segala dosanya. lelaki yang berjanji akan membahagiakannya.
sehingga Jannah, inshaaAllah.
itu harapan semua wanita apabila bergelar isteri.

lantas, bagaimana ibu ayah sendiri?
adakah si isteri tidak perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapanya?
bolehkah dia berbakti pada dua orang tuanya meski suami tidak mengizinkannya?
siapa yang dia perlu dahulukan?

adalah wajib mengikut saranan Islam memilih pasangan berdasarkan agama. apa sudah memahami agama, maka tidak perlu lagi diajar pasangan kita siapa yang perlu didahulukan hierarkinya dalam berbakti. sang suami yang faham akan agama akan tahu di mana letaknya kedudukan ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua. mereka akan sedaya upaya mencintai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa mertua sebagaimana mencintai ibu bapa kandung sendiri. ini saranan Islam. perkahwinan bukanlah ikatan dua hati antara lelaki dan perempuan itu sahaja. ia adalah ikatan hati dan sialturrahmi antara pasangan, keluarga dan agama. sekiranya ia adalah ikatan antara pasangan sahaja. maka lebih baik sahaja kita berkahwin dengan sesiapa sahaja yang kita suka tanpa merujuk keturunannya.

disitu lebihnya agama. Islam meminta kita untuk mengenali keturunannya juga. iaitu ahli keluarganya bagi dijadikan rujukan akhlaknya dan peribadi pasangan yang bakal kita nikahi. sekiranya ibu bapanya berakhlak baik, besar kemungkinan putera atau puterinya dibesarkan dalam suasana keluarga yang bahagia. bagi aku, cukup dengan melihat akhlak kedua ibu bapanya sahaja.

berkenaan dengan suami yang tidak membenarkan isteri berbakti kepada kedua orang tuanya, aku terkilan dengan segelintir suami begini.
cuba letak diri kita pada tempat sang isteri. punyai ibu ayah yang sudah tua namun tidak dapat dijaga kerana tidak mendapat izin suami. tentu sekali makan hati berulam jantung. ditelan mati emak, diluah mati bapak. tidak mahu menjadi isteri nusyuz namun pada masa yang sama tidak sanggup melihat ibu ayah menderita sakit tidak dijaga.

aku bagi contoh. diri aku sendiri. aku dan 4 orang lagi adik beradik yang semuanya perempuan, masih mempunyai ibu ayah yang lewat usia 60-an, memerlukan perhatian anak-anak berkaitan kesihatan dan hal-hal rumah. aku sendiri akui, keberadaan aku yang jauh kerana menuntut ilmu kadang-kala membuatkan hati merindu sayu untuk sentiasa berbakti kepada mereka. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang apabila waktu cuti panjang untuk sepenuhnya berbakti buat mereka full time! lantas apabila ada rakan mengajak untuk keluar melancong, travel time cuti, jenjalan, aku berusaha menolak sebaiknya. bukan tidak sudi tetapi aku punya ibu ayah yang perlu khidmat bakti aku yang seciput itu! aku perlukan ladang pahala itu! pernah juga mereka bertanya, takkan kakak abang ang tak dak?
:)
aku takdak abang. abang ipaq ada. kakak ada. semua sudah berpunya. ada tanggungjawab dan tugas. sedang pada waktu aku menuntut ilmu, mereka melunaskan semua tugasan bakti aku dirumah. menggantikan tempat aku untuk berbakti pada ibu ayah. apakah juga pada waktu cuti perlu aku susahkan mereka?
sepanjang aku menuntut ilmu, tugasan mengambil tahu hal ibu ayah misalnya, appointment check up ayah, segala bil rumah, cukai tanah, barang dapur rumah mak ayah, ubat mak ayah, pemasangan paip, ganti bumbung, hatta broadband aku juga dilangsaikan dengan bantuan kakak-kakak yang masih punya tanggungjawab berjuta terhadap keluarga mereka pada masa yang sama. laporan akan diberikan kepada aku sekiranya sesuatu berlaku.
aku sedar, sebagai anak yang belum bernikah, ibu ayah sudah dilepaskan untuk aku jaga. itu kebahagiaan tahu. bukan semua mendapat peluang ini diusia muda.
maka suami, jika punya isteri situasinya sama seperti keluarga kami, mampukah kamu berkorban seperti abang-abang ipar itu?
sebab itu kefahaman agama sangat penting.
dont get rid of yourself from your family.

dear husbands out there,
tolong mencintai keluarga mertuamu seperti mana kau mencintai keluargamu sendiri. wanita yang kau nikahi itu ialah seorang wanita yang punya ibu ayah yang perlukan perhatian anaknya apabila sampai masanya. setelah berpenat lelah mereka menjaga, mengasuh, mendidik dan menafkahi dia sehinnga dia bisa membantu engkau, diambilnya dia dari pangkuan keluarganya dan diputuskan ikatan antara mereka. bagaimana kiranya engkau jika engkau yang berada ditempat dia? wanita yang engkau nikahi itu adalah seseorang yang tiada ikatan darah pun dengan engkau namun berjanji setia dan berbakti padamu sehingga syurga hanya kerana janji dia dan Tuhan. untuk sedikit masa, biarkan dia berbakti pada kedua orang tuanya dengan sepenuh jiwa. biarkan dia menjadi anak yang memberi setelah menerima. bantu dia mencapai syurganya dan syurgamu juga. thus, getting married will not become getting rid of the child anymore!

pesan dari H untuk A, syurga itu milik Allah. cukup berbakti dengan mereka yang Allah pegang redha mereka, maka syurga kita kejar dengan penuh cinta!

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...