Monday, 6 February 2012

Salahkah Aku Sebagai Seorang Sahabat?..

Bicara Serikandi:
kadang2 kita rasa gembira bersahabat dengan dengan orang yang kita rasa boleh memahami kita...kita rasa kalau sahabat kita melakukan kesalahan, kita boleh maafkannya. kita rasa kalau dia tegur kita, kita boleh terima. kita rasa kalau kita berjalan dengan dia, dia akan bersama kita. kita rasa kalau kita meluahkan perasaan kita, dia akan mendengarnya. kita rasa bila orang lain ketawakan kita, dia akan pegang tangan kita dan nasihatkan orang lain. kita rasa bila kita susah hati, dia akan menenangkan kita. kita rasa bila kita kesusahan, dia akan membantu kita. bila kita kesempitan, dia akan hulurkan tangannya.


tapi, macam mana sebaliknya?
kalau dia buat salah, kita maafkan tapi, dia buat muka?
kalau kita tegur kesalahannya, dia alih dengan kata2 yang kurang senang?
kalau kita berjalan dengan dia, kita rasa mcam kita diperlekehkan?
kalau kita luahkan perasaan, dia akan serabutkan kepala otak kita lagi?
kalau orang lain ketawakan kita, dia akan turut serta?
bila kita susah hati, dia buat dunno ja..."bukan urusan aku..."katanya
bila kita susah, dia akan lari dan buat kita bertambah susah...susah hati...
dan yang paling penting SAHABAT YANG MEMPERGUNAKAN SAHABATNYA UNTUK TUJUAN PERIBADI...Nak panggil lagi ke sahabat yang macam tu?
dah tentu dari awal bukan sahabat...cuma sedap dipanggil, kawan @ kenalan...


PPISMP PEND ISLAM 2 
Anna pernah terkena dikenakan sahabat.. Alhamdulillah, Anna xsempat rosak lagi, Anna sempat muhasabah diri dan nilai apa yang Anna buat tu...betul ke tidak... berkaitan dengan soal hati ni, bukan mudah.. Anna punya sahabat yang bagus (insya-Allah)...tapi satu je yang Anna pelik dengan dia ni... dia macam xkisah andai Anna cakap perkara lagha pun.. Anna xberapa gemar sikit dengan kelakuannya.. Anna tak tahu nak describe macam mana... bila Anna bersama dengan dia, Anna akan elak bcakap perkara sensitif...tapi bila dia kutuk ke, ngumpat ke Anna ke, perlekeh Anna ke, lantak dia la...Allah Maha Adil. apa yang dia, kata pada Anna tu, mungkin benda tu yang dia nak kot.. tapi Anna tetap bersahabat walaupun Anna xbegitu selesa dengan keadaan kami kerana Anna fikir Anna perlu beri dia masa. bila dia nak tegur Anna, dia akan tegur depan2 org je...wahh!!tinggi mandat!!...biarlah ke dia.... :) tapi yang Anna agak terkilan, Anna akan dapat effect atas apa yang dia nak lakukan..misalnya, dulu, bila dia nak kontek dengan rijal, dia akan sruh Anna...yang nak kna nantinya Anna..(maklumlah, rekod dia depan ar-rijal ni memg bersih la).. Anna ni perangai gila2...memang muslimin akan pandang serong ke Anna dulu kalu sesuatu berlaku.. Anna malas nak grup sekali dgn dia even dia sahabat Anna kerana dia ada satu sifat yang nak inform suma orang apa yang dia buat...suka nak meraih simpati org lain... Hey!!! Muslimah!! Kuatlah sikit!!! Jgn bergantung sgt pada Muslimin!! dia orang pun ada tugas diorang!!! Lemah sgt kenapa??!!! Ingat Allah!!!
susah la bila dia sahabat kita, kita tegur, ada sahaja benda yang dia nak lemparkan pada kita...kdg2 dengan sinis je teguran...nasihatkan kita utk terima teguran orang, tapi bila kita cuba perbaiki apa yg dia bocor, dek je dia...siap perli lagi...
di sini lah kita dapat nilai kekuatan kita berhadapan dengan sahabat yang memberi kita kesedaran hidup berkawan. itu belum kes kawan tikam kawan. ada juga tu tapi Anna masih belu kena dan Anna harap Anna xkan kena kerana Anna percaya sahabat Anna adalah anugerah Allah SWT buat Anna... :)

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...