السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hari ni berasalah rajin sikit nak ber'blog'. baru ada mood. Salam 18 Ramadhan semua!!
musim raya dah nak dekat. musim cuti dah hampir. selain sibuk dengan persiapan raya, ramai jugak sibuk dengan persiapan nak kahwin.
apa? sekali lagi ulang!
KAHWIN!
hermm.
okeyh. bukan aku.
sekali lagi.
BUKAN AKU.
bertalu bila call mak ayah, depa buat ayat " banyak kenduri cuti ni."
okeyh. tu bukan hint nak suruh aku kahwin awai tapi hint nak ajak aku pi kenduri sekali dengan depa.
ada makanan, bereeeehhhhh!
koh3.
soalan biasa bila sampai kat tempat kenduri ialah :
1) belajaq mana?
2) bila nak habis?
3) ada orang dah ka?
4) bila nak buat kenduri hat ni plak?
dan bla3 yang aku rasa kalau aku tak jawab pun tak pa. haha
eerrggghhh.
nasib baik tak seanggun macam kawan-kawan lain, jadi soalan2 diatas tu tidaklah begitu famous amous dengan aku. setakat "bila nak habis belajaq?" tu selalu la kena. haaaahh untung!
bila pi tempat kenduri plak, hermmm. mak cik2 bergosip. aku? pasang telinga.
"awat la rendah sangat mas kawen depa mintak? mahai la sikit. anak dara tu cantik. pandai. baguih. rajin plak tu. kesian." herrrmm.
mak cik, saya nak cakap la sikit. mas kawen rendah bukan sebab dia tak laku. tapi dia mencari barakah. baguslah. buat apa nak hebah. wanita yang murah maharnya adalah wanita yang barakah. tapi kena faham apa maksud rendah mahar. bukan rendah mahar ni semua yang maksudnya murah. namun, kalau mas kawen tu tinggi pada pandangan orang lain tapi mampu dilunaskan oleh bakal suami, maka masih murah dimata bakal suami, rendah la maharnya. harga bukan ukuran aihhh!
ada jugak jenis orang kalau mahal mas kawen pun masih lagi diumpat-umpat. katanya nak menjual anak. seperti yang katakan tadi. ehhhh...haha. kalau tu pemberian ikhlas daripada seorang suami sebagai hadiah kepada isterinya dan dia mampu, biar la. bukan dia buat pinjaman along pun. dia tak pinjam pun duit mak cik. haishhh!
saya yang tak kawen lagi pun ok ja dengan semua keadaan diatas. mak cik kenapa nak bising plak? ehehe. sori mak cik. ermm, anak mak cik mas kawen berapa?
si suami perlu faham dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mertuanya. seorang anak gadis yang ditatang dan dimanjakan akan beralih tanggungjawab kepada orang lain.
tak mudah.
aku cakap macam tu sebab semua adik beradik aku perempuan.
dan depa dah kawen.
*sigh.
aku tengok setiap majlis depa.
aku tengok macam mana susah mak dan ayah nak lepas depa.
aku dok kat tepi dua insan tu setiap kali kakak2 aku mendapat mandat baru.
mana mungkin aku tak dapat pengajaran?
dear all enche suami kat luar sana,
ampa kena faham yang bini ampa pun ada mak ayah. once ampa dah kawen dgn depa, bukan bermaksud dia dah tak payah nak pedulikan mak ayah dia, tapi tanggungjawab dia akan berkongsi dengan ampa semua. have some understanding. mak ayah dia jaga dia eventually until 23, 24, 25, 26, 27 or what ever ages, tapi once kau kawen dengan dia kau nak dia lupakan orang2 yang pernah bergolak gadai untuk dia sebelum kau muncul dalam hidup dia?? ohh come on!! this type of man lost my respect! eh....tibah.
aku nak buat sedap2 macam naqibah aku buat memang tak boleh.
ayat kasar sedikit tapi harap boleh faham.
lastly, i proudly dedicated my love and joys to my ayah and mak for being such a good son-in-law and daughter-in-law to my 'tok' and 'tok wan' whom dah berada dinegeri abadi. Alfatihah.. Alhamdulillah sama2 dapat jaga depa until their last breath.
adik harap adik pun boleh jadi macam tu.
terima kasih mak ayah sebab tunjuk contoh yang baik.
terima kasih sebab sentiasa habaq kat adik yang mak ayah tidak boleh diganti oleh sesiapa pun.
terima kasih untuk apa yang adik ada sehingga hari ini.
and thank you to my abang ipars..eh... haha..thank you for taking a great care of my parents. i think i'll have a tough job lepas ni to find such an adorable husband to fight you all. btw, thanks sebab sentiasa tolong sediakan calon2 untuk adik ipar ampa ni walaupun being rejected countless time. i'm not that compatible dgn depa semua.
and to all my sisters, pakat jadi menantu yang baik. ampa ni asyik merungut saja. cuba jadi macam mak tu. baguih ja. luku dengan senduk baru tau. hehe. terima kasih tolong belikan baju raya. kekeke.
and last but not least, to my-unknown-husband-to-be,
you better watch out. istikharah tak jumpa lagi muka kau. apa pon tak dak. mungkin kau belum dilahirkan lagi kot.. haha.
ingat, mahar mahal jangan nak minta diskaun. bukan year end sale kat pasaraya ni!
No comments:
Post a Comment