Sunday 24 October 2021

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai semua. hihi
dah lama sangat tak menulis kat sini kan?
last entry rasanya setahun yang lalu, tahun ni pulak baru menulis. 
sibuk sangat guys.
kadang--kadang tak sibuk tapi buat-buat sibuk. 
ahahahaha

aku tak tahu tajuk apa yang sesuai aku bawa hari ini tapi i got some sharing about pregnancy.

ceritanya macam ni.
ok kami dah hampir 5 tahun kahwin tapi masih belum direzekikan zuriat.
takpalah tu kerja Allah kan. kita terima sahaja.
and so far kami ok sahaja, tak dak rushing.

tapi aku mendengar luahan orang sekeliling tentang ujian yang depa terima bila belum beranak ni lagi dahsyat rupanya.
salah satunya aku bagi situasi ni eh.

A dan B ni kita cakap adik dan kakak la. A ni kakak dan B ni adik. 
Dua-dua dah kahwin. Tapi A ni dapat anak dulu walaupun B yang kahwin dlu daripada A. 
So satu hari tu, A minta la B jaga anak dia kejap, dia ada hal kat luar.
So semasa A keluar, B ni usaha menjaga anak si A sebaik mungkin.
Bagi makan, tukar pampers, dah elok semua lah.

nak dijadikan cerita masa si A ni balik, anak dia cranky dok menangis.
Si B pulak dah penat menguruskan anak si A so dia pun dok rilek sekejap dan buat tak tahu lah.
Si A ni terus cakap sebab tu lah Allah tak bagi lagi rezeki anak pada si B sebab sifat keibuan tu belum ada.

jap nak fikir, aku dah pernah kena ke macam ni.
ahahahahahaha.
tak pernah lagi, kalau kena terus aku sembur agaknya.
tapi tulah nak cakap, bukan semua orang sensitif.

tapi tu lah meh aku bagitau.
mungkin ada yang kena macam ni selain yang aku dengar kan.
aku memang tak dak anak lagi tau.
tapi aku start menguruskan baby sejak aku umur 15 tahun lagi.
kakak aku beranak time tu.
masa umur aku 24 tahun, aku dah mahir bagi mandi baby sebab kakak aku beranak lagi. ahahaha
dia operate, so aku cuti aku sempat tolong mak aku jaga kakak dan anak dia.

so hello new mother, you all jangan pandang perempuan tak dak anak ni sebelah mata ok.
hampa yang first time beranak takut nak bagi mandi anak kan?
im done with the job.
aku terer lagi biarpun aku belum beranak.
hihihihi

ada yang jenis bila dia beranak, dia rasa dia dah woman enough.
aku tak tahu kalau dalam kamus ada maksud perempuan akan lengkap kalau ada anak.
aku bagi definisi sikit utk hampa baca.

[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembang­an ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

any words yang sebut pasai anak sahaja? mislanya, ...perlu mempunyai anak...zuriat...😏😝
aku kadang lemas dengan orang yang each time bila sembang seolah-olah nak bagitau dia sorang ja ada anak.
lepas tu cakap, "oh you tak rasa lagi kan?"
kau apa hal perempuan. 👀

dengan orang-orang yang akal singkat macam ni, aku selalu bo layan.
hang cakap la sampai subuh pasai anak hang, aku angkat kaki kalau sekadar nak tunjuk hang dah jadi complete woman.
i dont think she is complete. somehow, she seemed lost her brain somewhere.
sorry tapi itulah sesuatu yang aku nak ucapkan pada insan-insan yang mulut tak dak insurans ni.
ahahahaha.

i am completely having no problem nak spend masa dengan orang yang bercerita pasai anak sebenarnya.
ramai yang bercerita pasai anak kat tempat kerja dengan aku, update perkembangan anak-anak depa.
somehow, i learnt a lot from them.
rasa seolah-olah macam merasai pengalaman itu.

but once i dengan toxic people yang nak buat kita rasa loser tak dak anak ni, baik jauhkan la diri.
much better utk sapa-sapa yang tak kuat.
mental health kena jaga tau.
jangan stres kalau sedang cuba untuk hamil.

dengan golongan macam ni, tak payah nak berlapik sangat lah cakap.
bagi ja terus macam dia bagi kat kita.
ahahahaha.
kadang-kadang kalau simpan dalam hati, jadi membengkak.
terus bagi ja masa tu.
settle terus.

tu lah i cuma nak nasihatkan kepada wanita-wanita yang sudah bergelar ibu, tapi hati dan fikiran tu kolot dok perlekeh wanita-wanita yang sedang cuba untuk hamil ni, and you all rasa you all dah selesai tugas jadi perempuan dengan beranak, sila fikir guna otak.
aku tak mau cakap lebih-lebih memandangkan aku tak tahu rezeki anak aku bila.
tapi dah ada anak tu jaga baik-baik. 
risau anak hampa mengalami nasib sama macam kami yang tak beranak lagi ni.
lambat bercucu hampa nanti. huuhuuhuu

entry aku jarang marah ya. ahaaahahaha
tapi kali ni marah betul aku sejak dengar cerita ni.
nasib aku tak kenal orang tu.
huhuhu



Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...