بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
entry ini dari wanita ke wanita ya.
ahaha.
dah macam iklan dalam radio.
ok.
entry ini untuk semua.
yang bergelar graduat.
tahniah walaupun bukan secara rasmi lagi. dan haruslah tahniah kepada aku yang memang tak mau jadi cikgu dulu sampai ke sudah berjaya bereskan 5 tahun setengah dengan rebel, derhaka, berontak, kasih, gembira, indah, tangisan dan pelbagai perasaan yang bercampur baur.
berjodoh betul dengan dengan ipg walaupun rebel.
asalnya semalam lagi aku buka laptop aku, dah nak up entry baru tapi ada isu rumah tak bertangga sangat semalam. ohoi. so, here it is!
aku tebus hari ni. hihi
dan asalnya aku nak up entry tribute to anyone yang pernah muncul dalam hidup aku kat ipg, sudahnya tinggal dalam draf sahaja walaupun dah seminggu ditulis.
sebab aku rasa akan ada satu hari nanti yang sesuai untuk itu.
mungkin bila dah lama dan aku nak buat lempaq belakang dengan telatah setiap daripada mereka.
bukan mudah nak up entry manis tahap diabetes ni.
jadi, start 17 November hari tu, aku dah rasa aku menanam anggur dibibir sahaja. haha. unemployed.
sibuk mengemas. nak balik kampung oi. barang berkotak-kotak, berbeg-beg..kau rasa sempat ke aku nak fikir entry?
tapi aku up jugak satu dua kan? untuk hilangkan gian menulis.
jejak saja kaki kat rumah, aku tak bernafsu sangat dah kali ni. sebab mak ayah depan mata, takkan aku nak menaip kan. idea aku pun kering but still senyap-senyap aku buat jadi draf entry. hehe. nanti kalau hilang, susah nak cari balik. so, sekarang ada tiga atau empat draf yang tunggu masa nak murnikan ja lagi.
waaah! *tepuklaaa -_- *
drama sangat masuk muqaddimah.
haha.
dok rumah.
kau tanya aku dok rumah buat apa?
meh aku senarai. tapi aku tak mau ja. sebab tak larat senarai.
15 benda kena buat satu hari, 6 belum tentu lepas aku buat melainkan wajib buat.
seperti basuh kain baju, lipat kain baju, sapu sampah, cuci pinggan mangkuk, memasak, kemas rumah, siram pokok bunga mak aku tu dan sebagainya.
tapi dalam 15 senarai pon sempat nyelit buat benda yang tak dak dalam senarai.
misalnya merapu, mengarut, berehat-rehat dan mengelat dalam setiap pekerjaan.
jadi untuk tidak mendatangkan ribut bini pak abu, setelkan benda-benda tu awal-awal.
pastu nak lepak ke nak meroyan depan laptop, tak dak hal.
tu pilihan.
power ah kan boleh buat kerja-kerja dalam dua tiga jam ja?
tapi selalu tak.
sebab aku jenisnya lengai, drag jugak pkul 7pagi sampai pkul 11pagi.
haha.
pastu rebel macam budak berhingus.
hampa tak tengok list kenduri mak ayah aku. mau pitam kalau satu hari 4-5 buah kenduri. aku jalan pun dah macam orang menari mak yong. penat.
satu ja aku ingat mak aku pesan. ni la peluang nak jumpa adik-beradik. nanti kenduri aku takdaknya orang nak mai kalau sekarang aku sombong.
budak rebel dah tentu jawab baguslah. jimat lauk.
kau rasa apa balasan dari mak aku yang aku dapat?
sakit oi. diketamnya aku. haha.
kenduri satu hal.
rumah pulak banyak betoi nak kena itu ini.
dibelinya cat pulak.
dah kenapa?
"tak nampak ke dinding tu dah kena cat balik?"
"cat ke tak cat ke tetap dinding mak."
"dinding pun macam orang. nak cantik. tak malu tengok bersopak bila orang datang?"
tak menang lah aku berdebat dengan mak aku. baik ambik berus dan gelek. tapi tetap sampai sekarang aku tak buat. haha. esok2.
jadi aku wonder, bila boleh aku nak bekerja? selain dari jadi cikgu, aku nak jugak try benda lain.
jadi kerani ke, cleaner ke, pembantu taska ke, pengasuh ke, arkitek ke, engineer ke. eh. haha
drama TV3 sangat weyh.
maybe, nak lepas bebas daripada meminta-minta dengan mak ayah ialah dengan aku berdikari. bab berdikari ni aku ok sahaja. sebab aku jenis redah ja selagi aku mampu.
life is a gamble.
sampai bila nak bergantung dengan orang lain. tambah-tambah tak dak abang atau adik lelaki.
nak tak nak, aku lah lelaki, aku jugak perempuan. tetiba rasa hidup dua alam.
hahaha.
bab sakit pening mak ayah aku dah jadi tanggungjawab aku la kan? aku dah cuti sangat ni oii. kad hospital ayah dan mak, kad bank ayah dan mak, hatta kad pengenalan pun letak kat aku.
"mak tak mau pegang. satgi mak lupa."
ewah. tahap lupa aku lagi kronik aku rasa. letak spek kat dalam bilik pi cari dalam kolah.
tapi ok. terima kasih kak yang dan kak ija. tolong jaga dan simpan time adik belajaq.
berchenta sungguh adik dengan hampa!
tipu kalau tak penat.
aku manusia biasa.
bukan maksum.
penat tapi sabar.
ni lubuk pahala saat ini.
ada orang nak mak ayah tapi awal Allah tarik nikmat tu.
ada benda Allah nak tunjuk.
tu ja mantera yang selalu aku guna.
kalau diceritakan kepenatan aku, macam ada anak sepuluh. dan sedang mengandung lagi seorang.
hahaha. melampau betoi la perumpamaan.
hampa kalau tengok aku bercerita jadual aku tu mesti rasa eleh biasa ja kan? atau betul ke?
tapi kisah ke aku kalau hampa tak percaya pun? hahaha.
eh tak lah.
aku enjoy ja walaupun penat kan.
sebab dah biasa ni dengan pak abu dan bininya.
kacang...ewah!
ada masa-masa jugak la aku hamburkan penat kat kak-kak aku.
tapi depa penat lagi rasanya daripada aku.
dan masih lagi mereka setia dan sabar.
apa sangat cerita macam ni.
lepas ni tak tahu kemana rezeki aku posting. so, haruslah nak spend sikit masa dengan pak abu dan bininya.
sementelahan nanti berkahwin, lagi kena bahagi masa. ni kena kawtim ni.
tu tak masuk bab sambung belajaq lagi. depa dah start buat grup dah. ok2. by 2018, kita try apply. sempat la aku tengok posting celah mana kan. untung-untung sambung dekat dengan rumah ja. lagi untung, sambung dengan pasangan. *wink sikit*
nampak gayanya lepas bebas aku cuma lepas bebas hidup kampus sahaja. still, rutin seperti biasa. dan still, syukur masih ada untuk setiap saat bersama pak abu, bini pak abu dan anak-anak pak abu. mungkin pak abu dah boleh pikiaq untuk tambah ahli keluarga baru niiii.
QS 16: 18 & 53
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment