بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dulu-dulu masa kecik, kalau nak apa-apa mesti orang pertama yang kita akan pi merengek atau meminta ialah mak ayah. ataupun adik-beradik yang sudah besar. sebab kita tak punya kuasa untuk membuat keputusan atau jalan bagi memiliki sesuatu. mesti dengan kebenaran dan nasihat mereka. exactly 90% on them. their decision. 10% tu pun nasib kekuatan yang ada untuk meminta.
tahun berganti tahun. usia semakin meningkat.
bila dah bergelar remaja dan hampir dewasa, banyak benda yang kita boleh buat sendiri dah. misalnya nak ke mana-mana tak perlu lagi nak berteman-teman bagai, sebab rasa diri dah besar. tambah-tambah ada kawan-kawan temankan. cukup dengan izin mak ayah, dah lepas. nak beli apa pun, bila ada duit sendiri tak perlu lagi tanya mak ayah. beli ja. duit hang, ikut hang la. nak sarung apa pun kat badan ikut hang lah. hang dah besaq. pepandai hang. ilmu dah cukup diberi. jadi decide sendiri.
teori masyarakat.
kena faham bahawa itu agak salah.
agak ke?
salah. memang salah.
dalam banyak hal dalam dunia ni, kita memang kena tanya pendapat orang. sebab tu Allah jadikan kita pelbagai rupa dan bangsa, untuk saling berkenalan. then baru kita tahu setiap tindakan kita tu ada kebaikan dan keburukannya. since not everybody stick to the same opinions.
misalnya macam pendapat yang aku gambarkan kat atas. ada orang ok sahaja kalau keluar dengan kawan-kawan asal dapat izin mak ayah. somehow, ada yang mak ayah dia susah nak bagi izin sebab tak kenal kawan, atau melihat kepada risiko terdedah dengan pergaulan diluar, atau takut anak-anaknya terpengaruh dengan rakan yang entah apa-apa atau mak ayah dia memang jenis tak percaya anak dia sendiri.
tu andaian aku.
tak dak kajian.
dalam bab berbelanja, ada anak yang memang tabiat dia nak beli apa pun terus beli ja sebab ok dia dah biasa buat dan jadi kelaziman, but still ada anak yang bila nak beli sesuatu, snap gambaq hantaq kat mak ke ayah ke atau group whatsapp family kemudian tanya "ok tak nak beli ni?", "berbaloi tak?", "pendapat mak?", which is aku terus call sebab mak ayah aku zaman pra merdeka, so sangat leceh dengan teknologi yang kena belajaq semula ni.
dalam bab berpakaian ada anak yang pakai ja apa pun. freedom is yours. nak buka ke nak tutup ke lantak awak lah. ada ya. bukan tiada. but still, ada anak-anak yang nak pakai sesuatu kena ikut guideline yang telah ditetapkan oleh mak ayah. sebab bagaimana kita menampilkan diri membawa nama agama dan keluarga. so, kena pakai ikut cara mak ayah.
dan semestinya bila nak kena ikut mak ayah atau orang lain, kita nak rebel.
why?
sebab kita dipaksa ikut.
kena ikut.
melainkan kalau kita bertanya pendapat atau pandangan orang lain bagi dijadikan benchmark kepada tindakan kita.
aku kalau bab bagi pendapat, ok boleh. tapi aku tak meminta pendapat aku diterima. sebab we are all big enough to decide things accordingly. nama pun pendapat, hanya sebagai rujukan. misalnya hang nak pi program, tapi pada masa yang sama tengah time study week and a few days ahead for exam, should or not i'd be going?
haha.
kalau dia baca entry ni, haru aku.
tapi aku nak bagi pendapat jugak.
let's see. FIP sekarang sebagai pelajar ialah study. get better result. *well, rasa nak tampar muka sendiri lagi*
so, kot mana pun exam akan perlu dilalui kan.
program yang kita nak join tu last dah katakan. lepas ni mungkin tak berpeluang nak merasai pengalaman sebegitu lagi. ok lah. considered well.
baguslah bila dah tanya pendapat banyak sumber.
so, banyak sebelum ni aku bercakap dengan kawan-kawan tentang menjaga agama Allah. kalau betul, apa yang kita lakukan ini adalah demi menjaga adDeen, teruskan.
bila kita jaga Allah,Allah jaga kita.
stuck jugak aku dengan soalan begini sebab aku bukan jenis terus ada idea. melihat pengalaman sendiri, aku rasa aku akan pi. tapi mungkin tak join sepenuhnya program sampai hari akhir.
sebabnya ada satu lagi benda yang menanti untuk direalisasikan.
harapan mak ayah.
melihat kemampuan kita sejauh mana untuk tabah nak menghadapi tekanan saat akhir. kalau ok, teruskan.
try win-win situation which is both we got.
pi program then balik awal, study utk exam kaw-kaw.
atau
study kaw-kaw with notes, lepas tu pi program dengan gembiranya.
ambil mudharat yang lebih sedikit.
dan nasihat aku yang last, kalau time ni rasa nak pi mana pun, pi je la. kalau tak pi pun, inshaaAllah study tak tera mana sebab dok teringat yang kita plan awai tu. haha. bernas tak pendapat aku?
jangan pakai kalau tak tabah.
sebanyak mana pun nasihat yang kita terima, masih lagi keputusannya di tangan kita. buat dengan timbang tara yang baik. pohon izin Allah. kalau betul Dia izinkan, maka dapat la keputusannya. betullah tu jalannya. jangan pernah menyesal. asal dah jelas asbab dan akibat, settle la nak pegang senapang punnn.
:)
p/s: last entry for this week inshaaAllah. dah rindu sangat nak usha nota walaupun tak lalu nak tgk.
QS 2:286
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment