Thursday, 10 November 2016

exam fever

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai.
tajuk kat atas tu sebenarnya boleh saja kalau aku letak dalam bahasa melayu.
demam peperiksaan.
tapi sengaja aku tak letakkan. sebabnya tak nampak catchy.
harus nampak elegan ya diblog.
*hambar*

arrived IPG today as i planned and He destined it to be, Alhamdulillah. ulang-alik, ulang-alik menyusahkan orang exactly about two years has not been enjoying moment for me. really not.
tetiba nak hahakan diri sendiri.

case closed today.

so what am i doing here?
kan dah nak habis.
report dah selesai.
tinggal nak dijilidkan lagi.
barang-barang diasrama sudah di'kotakkan'.
maka, angkat kaki.

sorry. exam still exist.
:)

exam fever!
dah nak periksa pulakkkk. ok sebelum balik, mak dah pesan untuk anak dia ni untuk mintak halal ilmu dengan semua pensyarah dan mintak depa mendoakan kejayaan dan kelangsungan ilmu bagi manfaat semua anak-anak didik.

tetiba teringat zaman SPM, pesanan yang sama, cuma edit part mintak halal ilmu dengan pensyarah tu dengan mintak halal ilmu dengan cikgu, dan penambahan frasa 'mintak cikgu doakan ampa dibukakan jalan untuk mudah menjawab'.

namun, pesanan semasa SPM tu memang cikgu-cikgu dah realisasikan sangat. siap dengan majlis restu ilmu oleh para guru. acara wajib time exam!

aku suka majlis tu sebenarnya. kita rasa macam langsai hutang yang tertanggung. haaaa. macam tu. sayu jugak tengok muka cikgu-cikgu. tapi tulah, yang nak menjawab periksanya kita, depa dah selesai tugas. tempur!

ok. berbalik kepada cerita kita ini, saat ini memang demam peperiksaan sangat kat IPG ni. thus, im back for studying. inshaaAllah. sampai ja, tengok muka kawan-kawan, haaa datang dah semangat nak belajaq tu. tapi aku harap aku tak membongak la masa belajaq nanti.

peperiksaan atau penilaian atau exam ni dikatakan benda paling menyampah sekali. ohoho
aku rasa jugak. yalah belajaq sikit punya menggunung berbulan-bulan, bertahun-tahun, nak ditanyanya selama 2 - 3 jam sahaja? apa kes?

ok ni aku tak rebel ya.

tu la best konsepnya. jap. aku tak tahu kenapa aku cakap best. aku cuma suka muntahkan apa aku rasa aku baca dan aku tahu. selalunya dalam exam yang tulah kan yang pemeriksa nakkan?
malangnya, selalu aku muntah hijau.
maka, pointer pun sipi-sipi first class sipi-sipi second class.
alangkah sipi betol aku muntah!

faham, bukan semua orang suka exam. aku pun tak suka mana. tapi exam suka kita. kena la terima hakikat tu.

dan sebenarnya, hidup ni pun satu ujian. setiap saat. diuji dengan setiap satu cabaran. tu pun exam.
Allah nak tengok kita mampu atau tidak nak hadapi semua tu dalam bentuk realia. cuba letak diri kita pada satu saat kritikal dalam hidup. pilihan jawapan untuk permasalahan sama ada ya atau tidak. senang kan? tapi sukar membuat keputusan.


jadi, jangan burn out. keep calm and seek for Him.

:)

QS 29:2-3

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...