بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
haluuuu!
erm..is it too much?
okay.
let's stop here.
hihi.
tak lah. padahal banyak nak diceritakan.
today supposed to be day my mom got follow up appointment with le doc.
of course we went to the hospital. mom's going to be regular outpatient at HSB.
full stop. takpa.
entry kali ni pun berkaitan dengan perjalanan kami pada hari ni. tapi bukan berkaitan aku ke mak aku ke ayah aku ke kakak aku ke...eh tapi ada jugak berkaitan lah sikit-sikit. dan aku janji aku akan guna bahasa Melayu yang agak baik dalam entry kali ini. haruslah ada singkatan atau bahasa loghat kalau jumpa. sebab Kedah baru menang Piala Malaysia. tak dak kaitan sangat.
masa dalam perjalanan aku dengan mak aku ke HSB, kami ternampak (harus ayat karangan) sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang ibu dan seorang bayi. ataupun baby. selit jugak bahasa penjajah. semuanya baik kecuali kenapa mak tu letakkan anak dia berdiri atas raga motor? *ya ka panggil raga?* haaaa. tu lah yang kami nampak.
serius aku tak kisah nak naik motor ke kereta kuda ke kereta lembu atau pun keldai sekali pun. tapi kenapa anak dibiarkan berdiri dalam bakul tu? itu satu. dah merbahaya sangat dah tu. kalau dibuatnya brek secara mengejut atau kecemasan, apa akan berlaku pada anak tu?
tentulah terdorong ke depan.
jatuh.
patah leher?
patah kaki?
terseret?
luka kecil?
mati?
na'uzubillahiminzaalik.
aku tak mau doa benda-benda macam tu tapi aku bagi kemungkinan.
kedua, waktu pagi dalam pukul 9.00 pagi, agak panas jugak kalau kat tempat aku. si anak dibiarkan bogel kepalanya. awak, anak awak tu kecil lagi. ya, saya tahu matahari bagi vitamin D, tapi tolonglah bayi tak perlukan begitu banyak vitamin D tu. urgh. eh tetiba sekali lagi.
kondisi kewangan keluarga mungkin salah satu faktor untuk tidak memungkinkan keluarga memiliki dua buah kereta. satu mungkin ayahnya dah pakai. jadi tinggal satu ja untuk mak. aku faham sebab aku bukan anak orang kaya. tapiiiiii....
sekurang-kurangnya pakaikanlah topi pada anak atau ada duit sikit belikan topi keledar untuk anak-anak kecik tu. aku ada satu. mai pinjam kat aku. dok elok lagi pak aku simpan. haaaa..nampak, aku pun geng tu bayi tu jugak dulu. jangan main-main dengan akak lejen motosikal ni.
sebagai mak ayah, kadang-kadang kena guna logik dan habiskan duit jugak untuk keselamatan anak-anak. kewangan memang tak dapat dinafikan akan terbeban. namun, harus difahami bahawa anak-anak adalah pelaburan dan aset. membesar dalam suasana sihat dan berkasih-sayang, maka akan jadi manusia penyayang lah beliau. begituu nasihat aku.
anak-anak ni depa tengok apa kita buat tau. kalau kita buat hala balai ja jaga depa, tengoklah kita tua nanti macam mana depa jaga kita. step ahead first. jadi mak ayah yang berilmu. jangan hanya tahu menghasilkan anak, tetapi berupaya mendidik anak.
sekian nasihat dari perempuan yang belum ber'anak'. ni apa yang aku tengok secara majoritinya dalam hidup aku. mungkin ada kesukaran lain dipihak golongan seperti itu yang aku tak tau. so, ambik yang baik, buang yang buruk.
SELAMAT MENJADI MAK AYAH BERILMU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment