السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
it's the time.
nak ditinggalkan semua dah.
sekejap ja 5 tahun setengah.
dulu kemain menempik tak mau dok sini.
rupanya Allah hadirkan cinta dibumi serambi Makkah.
cinta pada persekitaran.
cinta pada tarbiyah.
cinta pada orang-orangnya.
cinta pada ilmu.
cinta pada kenangan.
wallahi payah nak lepas semua ni.
sekarang aku boleh rasa lagi sebab aku masih lagi disini.
tapi aku tak tahu apa aku rasa kalau kaki aku dah jejak tapak rumah.
pehal macam sadis ayat aku ni? haha. selalu kalau kawan-kawan buat ayat sedih gini, aku la orang pertama yang "weyh, chill la. jangan sedih-sedih." haha. mengata dulang paku serpih.
nasib baik tak meramu ayaq mata.
aku bukan suka sangat dengan Kelantan. at first. cerita-cerita yang aku dengaq dari masyarakat setempat.
pengotor.
kaki control bini.
pemalas.
assabiyyah.
herm.
tertunduk aku.
haaa sudah dah laaaa.
haha.
aku datang sini dengan pemikiran begitu. betapa mudah aku diracun. tiada jati diri.
awalnya aku melihat semua itu dengan pemikiran aku. apa yang aku ingin lihat berdasarkan apa yang apa yang aku telah dengar.
ada tapi bukan semua.
i put my believe to the end.
but things like pasar siti khadijah yang tak sedap mata memandang ada betul dan ada tidak. tapi kalau diminta aku makan disana, tolong jangan. aku tak mau mengguris hati peniaga disitu.
kalau cakap kat aku rakyat Kelantan miskin, aku rasa kat tempat lain pun ada. malah masih banyak. cuma disini, scene orang mintak derma masih ada. untuk yayasan, maahad, sekolah dan pusat tahfiz. pernah sekali aku terjumpa dengan seorang kanak-kanak dari Kedah yang dibawa ke Kelantan untuk pungut derma madrasahnya. speechless. but, still nak bagi, bagi. tu kaitan kita dengan Allah. jangan kait nama negeri.
dikatakan lelaki Kelantan pemalas. entah mai mana teori macam tu. orang pertama yang tolong aku kat sini ialah seorang warga Kelantan. a pak cik. so, i have to deny it. langsung bunuh persepsi aku dari hari pertama lagi dengan kenyataan lelaki Kelantan pemalas. mungkin memang ada. dan sekali lagi, kat mana-mana pun ada. kat kampung aku ramai. dan budak kelas aku tak pemalas pun. rajin sangat pulak tu ada.
assabiyyah. yaaa. aku terasa pada awalnya. tapi semua benda dah dijernihkan dari awal. komunikasi tu sebenarnya. kalau pandai bawak diri, pandai la. si najwa mati-mati tak mau kahwin dengan orang Kelantan, sekarang tak sempat habis belajaq dah kahwin dengan orang Kelantan. haaaa, tu dia mengaku sendiri. jangan bencikan sesuatu benda tu sangat-sangat. boleh jadi perkara yang dibenci tu baik untuk kita sebenarnya. tetiba aku takut jugak. sebab bini pak abu pun tak prefer aku kawen dengan orang Kelantan. haha.
tipu semua assabiyah ni. lepas aku kawan dengan depa, elok ja. tapi tulah. depa kalau nak sembang kena dalam bahasa depa. baru puaih. macam kita dalam loghat kita la jugak. puaih kan rasa. takpa. benda ni boleh consider. hidup jugak aku dengan depa ni 5 tahun setengah kot. dan sampai sekarang kami macam ayam dan itik, aku nak sampaikan cerita dalam loghat kedah dan depa nak sampaikan cerita dalam loghat depa. dan kami faham antara satu sama lain. cukup.
tapi bila mai tang bab perempuan Kelantan cantik tambah-tambah area Pasir Mas, memang betoi. depa memang cantik. tak bohong. tapi tak lah semua. tapi kasarnya depa cantiklah. apa ayat aku ni. haha. cantik. cantik. cantik. dah la cantik ditambah pulak dengan cakap "nok gapo adik?"..."singgoh dulu abe. tengok gapo hok patut." boleh cayaq setiap kali aku naik pasar siti. haaa sudah. aku hat pompuan pun cayaq. hat lelaki apatah lagi. patut la kebanyakan yang shopping kat atas pasar tu ramai perempuan. mungkin bini depa marah kot kalau naik. satg dok abe, abe...ha kena ketam. hihi. ataupun sedang menjaga telinga. haha.
ermm. lelaki Kelantan hensem? haha. selama aku belajaq ni, lecturer aku semua orang Kelantan. ada sorang bukan. tu pun dia cakap Kelantan. hensem? kalau budak kelas aku yang Kelantan tu, tak buruk rupa la. Allah buat elok dah. tak daklah macam Johnny Depp. tapi tak lah teruk macam Wak Doyok. so so. lecturer aku hensem. mungkin sebab depa dah kahwin aku cakap la depa hensem. haha.
aaaahh, tak penting semua tu. tapi depa semua lucu bila bercakap. tu apa yang aku rasa.
aku suka sangat dengaq orang Kelantan bercakap. disebabkan aku cakap macam siam, so aku dengaq depa bercakap pun cukuplah kan. hihi. nak marah pun tak jadi marah. faham ja apa depa cakap. tapi tak boleh balas macam tu jugak. sebab lidah utara kot. tapi kalau hampa maki aku, aku tau naaa. kalau melatah ke, terkejut ke lagi lucu. hahaha. yak bok tey! haha
paling best, majlis ilmu. banyaaaaaaak sangat. paling dekat dengan tempat aku ialah Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK). tapi aku tak pernah masuk. tak tahu kenapa. aku selalu nak susup masuk jugaklah. pastu dengaq ura-ura haish jangan pi program sana. aku rasa nak tumbuk la jugak. sampai sekarang aku tak dapat tengok rupa dalam PUTIK tu. takpa PUTIK. nanti saya mai lagi dengan enche somi masuk dalam tengok awak. awak tunggu k. oleh itu, saya doa awak masih lagi dalam pemerintahan bulan purnama. majlis ilmu yang aku suka pi kat masjid assalam. sebab dekat dan sesuai dengan masa nak pi. tapi sejak terlibat sebagai tenaga pengajar kelas AQ kat asrama, jarang dapat situ. sebab selasa malam ada kelas. doa je la supaya ilmu yang diajar kat assalam tu aku akan dapat kat tempat lain dengan asbab ilmu yang aku kongsi ni. selain itu, majlis ilmu di medan ilmu pagi jumaat jugak seronok. tambah-tambah tok guru nik aziz (almarhum) ada dulu. sangat meriah. ada satu masa tu bersesak untuk duduk. subhanaAllah! rindu.
makanan pun sedap-sedap kat sini. aiskrim rantau panjang, hihi...maggi tiram sabak, ketupat manis dan berinti lauk, roti kacang, sate ikan, taik itik, cek mek, nasi kerabu, teh beng madu, sate baung...haish banyak sangat nak sebut. lepas tu aku wonder dari 50 kg boleh jadi 70 kg paling maksimum? takleh bayang saat berat aku begitu. ok joging. sedap dan murah. yakin je. kena pandai cari tempat makan kalau kat sini. ada sedap dan tidak sedap. so, kalau nak mai Kelantan, bawak aku sekali. aku boleh rekomen tempat. keh3. bijaksana kan.
taklah semuanya gembira dan manis sahaja. adat hidup. ada manis dan masam. hmmm
benda yang boleh buat aku sedih ialah pertama pemergian arwah faisal dan kedua kami dah nak berpisah.
faisal pergi pada tarikh 15/06/2015. masa tu kami bercuti dan pulang ke kampung. erm. tak tahulah nak cakap macam mana. masa tu, kat rumah aku sedang mengadakan bacaan yaasin. dan berita pemergian dia aku dapat dari group kelas, Bunga Tanjung. accident. siap yaasin terus kami buat tahlil untuk arwah lepas aku cakap kat mak ayah.
cukup.
aku tak kuat untuk menulis bab ini. mungkin aku compile kali lain pulak cerita arwah. arwah pergi dalam keadaan semua orang redha dengan akhlak dan amalan dia.. rehatlah faisal. tenang dan damailah disana. semoga bersatu dengan tuan guru kita. kamu pergi dalam keadaan semua redha. moga syurga tempat pertemuan kita para sahabat disini.
dan lastnya kami dah nak tinggalkan ipg ni. aku wonder kenapa ipg ni sampai 5 tahun setengah? dia tahu tak lama tu? sampai nak berpisah pun payah. banyak sangat kenangan yang kalau aku nak cerita, aku kena buat tribute. gaduh, baik, gaduh, baik. and last macam adik-beradik. mungkin sebab semua jauh dari family. jadi pakat bergantung antara satu sama lain. banyak sangat kami kongsi. sebab hampa, aku menjadi dewasa. sungguh!
doa aku, biar Allah pertemukan kita kat sini kembali dengan kamu-kamu yang pernah mewarnai diri ini. dan kalau Roza Roslan mendoakan jodoh beliau dengan insan yang boleh membawa beliau ke luar negara, doa aku biar Dia jodohkan aku dan hampa dengan orang yang boleh faham perangai senget kita dan sabar yang tinggi supaya senang time reunion nanti! depa dah besa tengok kesengalan kita. fuh! Ameen.
untuk semua classmates, *menitik ayaq mata* aku sayang hampa. tak tau macam mana nak adapt orang lain dalam hidup sebagai teman lepas ni sebab kita remaja yang dewasa bersama. banyak perubahan yang kita buat dan disaksikan antara satu sama lain. sukar rasanya nak lepaskan satu-satu. hampa insan pertama yang nampak perubahan kalau sesuatu berlaku. nakal macam mana pun hampa, aku tetap sayang hampa.
untuk kawan-kawan jpp sebaya, ilmu pertama sebagai pemimpin ada yang aku belajaq daripada hampa. bukan senang nak memimpin. ada time salah dan hampa memaafkan, ada time susah dah hampa membantu, ada time suka dan hampa bergembira jugak, ada time sedih dan hampa berkongsi sekali. terima kasih sebab sudi memimpin dan dipimpin.
untuk adik-adik junior dan jpp, kami tak dak adik. jadi, kami tak pandai layan adik. still, hampa stick dengan kami. hihi. sebab ajaq kamai bahawa kami kena jadi kakak, terima kasih. sebab ajaq kami untuk lebih matang, terima kasih. sebab ajaq kami untuk lebih dewasa, kami sayang hampa. ada masalah kontek ok. especially, mira dan ieda. kak hasanah sayang anda.
untuk setiap pensyarah dan staf, terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup saya. siapa saya hari ini adalah sebahagian sumbangan kalian.
untuk keluarga angkat di Jeli dan Kemubu, terima kasih kerana menerima seadanya dan tidak lokek melayan tatkala mula menyesuaikan diri. doakan moga berjodoh lagi saya ke sini.
untuk setiap insan perseorangan yang hadir ketika masalah melanda saya, alfu syukran. tiada kata-kata balasan untuk itu. moga Allah memandang jasa bakti anda. doa saya moga kita bertemu disana andai tidak didunia.
untuk nama-nama yang pernah disebut di dalam entry-entry manis saya sebelum ini, you win my heart. specifically win different parts of it.
KELANTAN, YOU'LL BE MISSED!
عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رَضِيَ اللّٰـهُ عَنْهُ قَالَ :صَلَّـىٰ بِنَا رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا ، فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيْغَةً ؛ ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ ، وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ ، قَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُوْلَ اللّٰـهِ ! كَـأَنَّ هٰذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ ، فَـمَـاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا ؟ فَقَالَ : «أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللّٰـهِ ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِـيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْـخُلَفَاءِ الْـمَهْدِيِّيْنَ الرَّاشِدِيْنَ ، تَـمَسَّكُوْا بِـهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَإِيَّاكُمْ وَمُـحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ ، فَإِنَّ كُلَّ مُـحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Diriwayatkan dari al-‘Irbâdh bin Sâriyah Radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Suatu hari Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah solat bersama kami, kemudian beliau menghadap kepada kami, lalu memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang membekas pada jiwa, yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati menjadi takut, maka seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullâh! Seolah-olah ini adalah nasihat dari orang yang akan berpisah, maka apakah yang engkau wasiatkan kepada kami?’ Maka Rasulullâh n bersabda, ‘Aku wasiatkan kepada kalian agar tetap bertakwa kepada Allah, tetaplah mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak dari Habasyah. Sungguh, orang yang masih hidup di antara kalian sepeninggalku, niscaya ia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafâ' Râsyidîn yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah oleh kalian setiap perkara yang baru (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.”
No comments:
Post a Comment