بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
aku rasa macam aku punya blog ni tak lama lagi dah bertukaq jadi blog hiburan sensasi pasal retis. ahahaha.
nehi hey.
blog aku tetap blog aku.
well...well...well..rasanya satu Malaya dah sedia maklum hafiz hamidun bertunang dengan Joy Revfa Sofia. bila dah bertunang ni sudah tentulah merancang mendirikan rumahtangga kan? herm. dan ramai terkejut dengan situasi tersebut sebenarnya. of course sebab Hafiz ni stok-stok ustaz, motivator centu haa. while as Joy, memang nampak macam tak kena la kan. pulaknya hafiz ni kan lahir daripada kumpulan nasyid UNIC dulu. mesti ramai tertanya, kenapa Hafiz pilih Joy?
hahahaha.
soalan yang sama pernah berkumandang kat aku time Suhaimi Saad nak kahwin dengan Diana bekas tunang Mawi dulu. soalan yang sama jugak masa Mawi nak kahwin dengan Ekin dulu. sama jugak masa Akhil Hayy nak menikahi Waheeda. semua tak kena. aaahh. isu rumahtangga. haha. biasalah artis. ada peminatnya. masing-masing nak depa punya artis menikah dengan yang nampak sesuai dimata mereka.
tapi kita lupa, jarang-jarang ada pasangan seperti Noh Hujan dan Mizz Nina,tahu dan terima kekuranga pasangan dan berubah ke arah yang lebih baik, bersama-sama.
namun, apa yang diperkatakan orang sangat ni?
haruslah kenapa lelaki yang stok bagus centu dapat bini ewah tak semenggah mana ataupun isteri bukan dari stok bagus jugak?
haaa camtu lah. atau
lebih tepat lagi kenapa ustaz-ustaz ni tak kahwin saja denga ustazah? atau lebih tepat lagi
kenapa tak pilih wanita bertudung labuh jadi isteri?
spt Heliza Helmi, Mira Filzah, aaaa centulah.
dan bukan dalam dunia artis sahaja, dalam masyarakat kebanyakan pun kenapa sep-sep ustaz ni tak kahwin dengan ustazah yang tudung labuh ni?
aku yang ustazah pun aku nak tergelak dengan kenyataan orang "ustazah mestilah nak kahwin dengan ustaz."
bagi aku, itu kalau berjodoh dengan ustaz, Alhamdulillah. kalau bukan dengan ustaz pun tidak apa-apa. sebab kita bukan tengok title dia. kita tengok agamanya.
melainkanlah kalau kita jenis bangga nak cakap "laki aku ustaz." atau "menantu aku ustaz." eh dah macam tajuk novel.
tak dak apa nak dibanggakan dengan title kat depan nama.
lagi satu, yang nak kahwin tu punya hatilah dia kahwin dengan sapa pun ikut dia punya taste. takkan kita nak paksa. ahaha.
dan memang aku sendiri nampak ramai yang sek-sek ustaz ni kahwin dengan wanita biasa-biasa sahaja dan inshaaAllah menjadi.
menjadi yang macam mana?
menjadi qurratua'yun bagi suami mereka sendiri.
sebab apa mereka dipilih bukan disebabkan appearance tapi rasa kasih dan hati.
jangan ekstrem. even aku berniqab, aku nasihatkan jangan ekstrem memilih isteri. at last, kita sebagai pemimpin. so kita yang akan bawak family kita tu. jenuh kalau semua ustaz nak kahwin dengan ustazah. tak mustahil tapi logik sikit.
dan aku tak cakap ustaz kahwin dengan ustazah tu paling betul. sebab tu jodoh. so, jodoh daripada Allah. kahwinlah kamu dengan siapa pun janji berani bertanggungjawab. *peace*
QS 30:21
Sunday, 16 April 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment