بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ni mesti teringat cerita P Ramlee tu kan? Ibu Mertuaku. ahaha.
dan kenapa dia kaitkan dengan ibu mertua sahaja? bapak mertua tak dak saham ka dalam kisah yang aku nak cerita nanti ni?
well, semua orang main saham dalam kes ni tapi mak mertua ni saham dia paling tinggi. sebab dia invest banyak.
nak tahu kisah apa?
gini.
aku terbaca IIUM Confession (hampa mesti pernah baca kisah IIUM Confession aku sebelum ni. btw, aku bukan peminat tegar IIUMC, aku syok baca ja). aku punya la syok baca kisah 'Hanya Aku Menantu'. sebelum baca aku dah agak dah, mesti yang submit confession tajuk gini ni perempuan.
ya la tu. perempuan. dan seorang menantu.
kisahnya, dia datang dari family yang bukan well-maintained relationship. bukan keluarga bahagia, penuh adat sopan dan berbudi bahasa tersirat. gituh. depa family naif. apa yang keluar ikut mulut itulah yang datang dari hati. berbeza dengan family suami dia. penuh adat sopan, sensitif dengan budaya, berbahasa kiasan dan tersirat. and make story short, mak mertua dia terasa dengan dia disebabkan perkara yang sapa pon baca seakannya remeh sahaja. dan diungkit setelah sekian lama berlaku dan mampu bergelak ketawa bersama. hermm.
lepas terbaca kisah dia ni, aku pun terdongak seketika. macam aku pernah hadapi benda ceni. even aku bukan menantu. yeah. dengan bini pak abu. terus aku conclude yang mertua dia konservatif dan sensitif punya manusia.
bukan aku nak condemn mak aku sendiri tapi aku nak ceritakan on how to treat people like this. ahaha
as we all know, semua menantu yang masuk dalam keluarga kita bukannya dapat sistem didikan yang sama macam kita dapat daripada family kita tau. i mean direct home education meskipun aku-kau sepupu. nevaaaaa! uhuks. setiap menantu yang hadir tu struggle nak masuk dalam family in laws dia. aku bukan cakap gini sebab aku dah kahwin. aku pun jomblo happy lagi tapi reading makes your sense live. ahaha.
tambah-tambah menantu perempuan. *bias* ahaha. tapi ini betul. perempuan ni dia main emosi dan sensitif dalam hal-hal rumahtangga ceni. mak mertua call anak tanya khabar anak makan ke belum isteri kau masak apa punya conversation pun dia boleh tarik muka hempatbelaih wey. dalam hati "menantu mak masaklah kat anak mak ni." ahahaha.
mak mertua tanya makan apa ja. tu ja. tapi dia punya ambik hati mcam mak mertua tanya isteri kau jaga kau baik ke. hek eleh. ehh. ahaha. *harap mak mertua saya tidak baca ini nanti*
cut the crap. dalam hal ni, sebenarnya suami atau anak tu yang kena main peranan lebih utama. sebab dia perantara antara both. dia kena amalkan peribahasa 'bagai menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.'
hampa paham dak apa maksud aku ni? mwahahaha. aku teruskan ya.
sebagai anak, si suami kena jelaskan perihal duduk situasi isteri beliau kepada ibu dan bapanya. jangan berbohong dengan ibu. cerita ja la apa yang terjadi. dan fahamkan ibu bahawa isteri sedang berusaha untuk menyelesakan diri dalam keluarga hampa tu. mak bapak bukan semua sama. semua ni mungkin ambik masa tapi kena saling terima.
dengan isteri, suami perlu ajar dan jadi informer paling berkesan tentang keluarga sebelah mertua tu. jangan la paksa isteri jadi macam mak bapak hampa nak. tapi slow2 la cakap budaya family kita macam mana kan. kalau dia tak biasa, at least dia try to adapt supaya tak kekok. bagi masa. kita jangan expect dalam 2-3 years menantu tu akan berubah sebab almost 20 years and more dia hidup dalam persekitaran yang berlainan! herrm.
jadilah manusia yang lebih memahami dan tidak jemu mencurahkan tunjuk ajar. effort daripada suami sebagai anak dan ketua keluarga sangat perlu sebenarnya walaupun bukan dia yang bermasalah. communication problem between two parties should be solved asap.
mak aku sendiri, dia tak mengungkit hal-hal menantu tau. dia mengungkit hal anak. sebabnya kata dia tu anak dia. jadi, dia kenai. senang bab nak ungkit. tak libat anak orang ewah. tak payah merasa nak dapat back up kalau hampa cerita mertua hampa centu ceni kat mak aku. dia back up besan dia. kalau ya pun dia nak tenangkan hati anak-anak dia yang dah kahwin sekadar dia cakap "orang tua-tua memang macam tu.hampa pun nak pi mana. esok-esok mak macam tu, takkan hampa nak kata macam tu jugak." mati idea la dapat ayat tu kan.
betul jugak. mak aku ajar supaya jangan cerita benda buruk datuk nenek depan anak-anak supaya nanti tidak berlaku kerenggangan hubungan antara datuk-cucu atau nenek-cucu. a big DONT. gamak tak tahan sangat rasa geram,hampa habaq kat laki hampa time satg nak tidoq. haaaa..camtu. depan anak-anak, jangan.
orang ada mertua ni lain maciam aura dia. hat tu nak terasa, hat ni nak terasa. tambah-tambah kalau sebelum kahwin tak pernah rapat dengan mak mertau, ermm lagi banyak kena adapt.
so, untuk mak-mak mertua diluar sana, kena sedar yang menantu kita tu bukannya masuk dalam keluarga terus boleh jadi macam anak-anak kita dah.kalau salah, habaq. bagi aku kalau ada yang tak kena, bagtau ja. at least dia tau salah dia. tapi jangan la menyindir ke perli ke. kalau dia jenis boleh direct cakap, cakap ja. mesti dia rasa lagi rapat dengan mak mertua lepas tu. kalau jenis menantu yang kena lapik-lapik ni, cakap ja kat suami dia. satg pandai dia ayat menantu hampa tu. benda yang sikit-sikit tu takyah simpan lah. bak kata makcik yang aku jumpa kat sepital dulu tu, "buat sakit kanser ja!". begituuuu.
menantu pulak kena faham dan tabahkan hati.keluarga yang berbeza pasti suasana berbeza. berlapang dada dan try to adapt slowly. kalaupun adat dalam keluarga mertua kita tu berlainan dan tak digemari, jangan take harsh action. jangan tarik muka. watlek wat cool. ahahaha. bersangka baik la. biasa la tu. lain langit, lain cuaca. yang pasti kau kena make sure maruah suami terjaga dan maruah kau terpelihara. automatik, maruah mak ayah kau jadi baik.
nampak tak kenapa saham mak-mak tu tinggi? aaaaaaaa...depa pandai pilih broker. kah3.
chill. selamat menjadi menantu kepada yang dah jadi dan nak jadi. apa yang nak jadi biarkan terjadi.
QS (49:12)
Monday, 3 April 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment