Saturday, 18 February 2017

anak jantan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

jantan means lelaki. So anak jantan maksudnya anak lelaki lah kan. Satu spesies yang dibangga-bangga kalau dalam keluarga ada anak lelaki. No offence. Sebagai ibu, kalau aku ditakdirkan dapat anak lelaki, aku pun suka. Sangat. Anak perempuan pun aku suka. Pokoknya serta ranting dahan dan ok dah merapu… pokoknya semua suka dapat anak.  Anak lelaki adalah pewaris yang menjadi hijab dan pelindung bagi sesuatu keturunan. Tapi hari ni aku bukan nak buat entry pasal kaum bertentangan dengan aku, tapi aku nak buat review untuk filem ‘Anak Jantan’. Lama dah filem ni tapi aku baru berasa nak tengok. Then, aku nak buat review dalam blog aku. Memandangkan ini blog aku, so suka hati akulah. Hehe.

dan ada jugak mesti tertanya-tanya kenapa mesti Anak Jantan? adakah sebab aku baru tengok? atau sebab hero dia? atau sebab jalan cerita dia? tak. tak. tak.  sebab depa cakap Kedah. so aku ada point nak tuju. hahaha. 

Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai teraju utama. Aku tak tau apa nama dia dalam tu sebab tak berapa jelas sebutan dia. Memandangkan aku ni pekak sikit dan tak boleh fokus kalau tak pakai spek, aku dengaq macam depa panggil dia Darin something. Pelakon utama jugak Bront Palarae. Wah! Gegadis yang nak somi macho haaaa nilah taste depa. *noted: bukan aku sebab nama komersial dia tak kena tekak*. Dia ni pegang watak antagonis while Farid Kamil tadi protagonis. Bront sebagai Somchai. Heroinnya Nora Danish. Dalam tu namanya Nara. Pakai tudung. Cantik weyh. Aku hat pompuan pun cakap cantik, memang cantik laaa. Selain tu, dalam filem ni jugak ada Qi Razali, bekas pakwe Nelidya Senrose. Jambu. Sebab dia putih bersih mulus tanpa sebarang gangguan janggut atau misai kot. Well, im good at remembering celebrities’ name act. Haha. Namun, tu  ja pelakon yang aku kenai. Hat lain aku besa tengok muka sahaja tapi aku tak ingat nama. Oleh itu, sila jadi hensem dan cantik kalau nak aku ingat nama. Eh. Haha. Lawak ja. Buat teruk.

Cerita ni banyak latarnya di perkampungan sekitar Thailand. Aku tak siasat betoi ka buat kat Thailand/Siam sebab aku bukan nak buat review cari duit pun so, aku assume buat kat Siam ja memandangkan Siam ni jiran. So, sambil2 buat shooting boleh pi Krabi. Hahaha. Kaitan sangat! Dan depa ni sebenarnya ada satu kumpulan Pedang apabendahentah aku tak ingat. Haha. Kumpulan depa ni rekrut budak dari kecik lagi macam tu la. Ketua depa Pak Ya! Ya aku baru ingat. Dato’ Rahim Razali jadi Pak Ya ni. Aku nak cerita synopsis tapi tak sadis la kalau aku cerita hampa tak tengok sendiri kan. Synopsis aku mudah ja. Darin ni baguih tapi dia terlibat dengan kumpulan Pedang apabenhentah tu. Rival dia Somchai tu lah walaupun dalam kumpulan yang sama. Somchai ni jahat yang amat. Somchai ni nak jadi ketua kumpulan Pedang apabendahentah tu. Darin biasa-biasa aja. Darin ni pulak bercinta dengan Nara. Nara tak suka Darin buat kerja-kerja bahaya macam tu. Pada masa yang sama, Somchai pun taruh hati kat Nara. Maka, untuk mendapatkan Nara, dia telah memperkosa Nara. Ibu bapa Nara dibunuh. Titik temu dia kat situ apabila paa malam yang sama,Pak Ya turut dibunuh. Guess what? Darin yang jumpa mayat Pak Ya kena bunuh kat dalam rumah. So pengikut kumpulan ni ingat Darin la bunuh Pak Ya. Darin dapat tau Nara ditimpa malang, so dia nak pi selamatkan Nara. Jadi depa lari dari kampong. Jauh dari Somchai. Rentetan daripada itu, Darin ubah nama dia jadi Redza bila berada di Malaysia. Dan satu hari, kes letupan hotel telah menemukan Darin dan Somchai kembali. Dalam filem tu jugak, Nara akhirnya mati ditembak oleh Somchai dan Somchai hampir membunuh darah-dagingnya sendiri. Haaaaaaa? Sapa darah daging Somchai dan macam mana boleh jadi macam tu? Tengoklah sendiri anak jantan. Hihihi.

Kalau aku nak ratekan cerita ni, aku bagi 3/5 bintang. Satu sebab menarik untuk aku bagi review but not to my liking. Banyak lawan-lawan. Darah. 18sx action. Pegang-pegang. Haha. Realistik itu mungkin ada tapi aku tak prefer. It’s ‘hal dalam kelambu’ matter. Kalau yang dah boleh fikir tengok ok lah. Kalau yang rebung-rebung ni, better buka Upin Ipin ke, Didi and friends ke, Kacang ke, Ejen Ali ke and the list goes on. Depa guna artis yang ada nama dah dan pandai bawak watak. yang tu aku puji. Macam Bront Palarae. Sesuai sangat dah watak antagonis tu dengan dia. Sebab kita kenai dia bawak watak ganas dan kasar, so masuklah. Hahaha. Ewah! Nora tu macam lemah-lembut centu. Ha eloklah jadi gadis idaman gituuuh. Cuma Qi Razali ja…hahaha. Dia tu kan macam jambu-jambu camtu pastu at last dia jadi jahat, hermm tuan director, please modify watak untuk Qi. Suara dia pun tak sesuai untuk jahat-jahat ni. Watak bagus-bagus sesuai untuk dia. Macam mat despatch centu. innocent sangat nampak. hahaha.  

Few technical errors yang aku dapat lihat ialah dari segi penggunaan dialek. Disebabkan retis-retis dalam tu bukan semua orang utagha kecuali Farid Kamil dan Bront Palarae, so ada tercampoq dialek Utara dan KL. Misalnya Nora sendiri sat orang utagha sat jadi KL. Tapi takpa. Dia cantik. Tu yang penting. Kah3. Pastu, scene yang tak nampak real kat hospital. Bergaduh sampai bawak keluaq pistol tembak pakat mati tapi doktor mana doktor? Hospital pun lengang! Awat?! Ewah. Aku pulak meroyan. Satu lagi gambaq yang polis tunjuk kat Pak Di tu. Awat attire depa sama ja macam scene saat itu? Adakah baru teringat bahawa kena ambik gambaq sebagai prop? Hihi. Tak la isu besaq. Hidupan macam aku ja perasan kot. Dan aku kebelakang semula cerita untuk tengok attire depa. kah3. Gigih kennnn akak!

But, what ever it is. Filem ni berat. filem aksi. Susah untuk difahami kalau tengok sekali lalu macam tu. Dan boleh jadi pengaruh dalam hidup anak muda jugak. Btw, thanks kat sapa ni eh aku dapat cerita macam ni? Jaaaaap….ha, hanisah. Supplier movie. Industri seni kat Malaysia, tolong buat filem ada integrity jugak. Untuk anak-anak kita. Kadang-kadang aku pun tengok Upin Ipin sebab Upin Ipin lagi bawak mesej berguna dalam masyarakat.


Untuk review filem aku tak letak dalil la ya. Nampak macam tak begitu proper. Perkongsian lain kali aku letak. Kali ni post mengkritik. dan post kurang berfaedah. ikut mood aku. next review mungkin filem TKVDW? mana tahu time tu aku rajin. doa2. filem ni aku kasi review best2 siap sinopsis penuh stail aku. janji. eh. inshaaAllah. heeee


No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...