Thursday, 9 February 2017

SPP? checked!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hola! hola! hola!

haha. hahahamboi...gembiranya aku. ahaha. kegembiraan aku ni sebenarnya dah bertunas sejak hari ahad lepas jam 10.45 pagi. ahhaaaa.
ace kenapa pulak kan? sebab aku dah selesai SPP punya IV. ayat bangla. haha. lantak leee.

keluar je aku dari bilik tu, hah! lega! hampa rasa? haruslah aku rasa nak shuffle and breakdance depan bilik IV tu. sikit je lagi. nasib baik la teringat yang aku pi IV tadi untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau senangnya sebut CIKGU...haaa, tak jadi breakdance, sujud syukur la ya..kat rumah. haruslah bukan depan bilik tu. mesti kotoq kalau sujud kat situ. mohon tidak over. haha.

SPP kalau aku cakap dengan jiran sebelah rumah aku, anak dia akan faham sebab cikgu jugak. tapi kalau aku cakap dengan mak dia, maka haruslah aku buat buku menerangkan apa itu SPP beserta huraiannya. dan disebabkan aku pun kaki mericau macam burung, hat jumpa tepi jalan boleh ajak pi minum kopi cicah biskut kalau sembang-sembang ni. haha. gurau2. so, sebelum hampa yang bukan chegu bertanya apa itu SPP, ianya merupakan satu suruhanjaya yang mengendalikan urusan pengambilan guru-guru baharu kepada jawatan PPP DG41. salah satunya. ni kalau dapat soalan ni haritu, sahih dia pass aku masuk ipg semula. hahaha. SPP atau nama dalam surat beranaknya Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah badan yang dilantik menguruskan pengambilan chegu2 baru berdasarkan kelayakan dan temuduga yang dibuat. haruslah semua yang ditemuduga berdebar sebab yang jadi panel dahsyat. kot. herm. ehehe

takdaklah aku nak merapu sangat. cuma aku nak share few things yang aku rasa bermanfaat kalau ada lagi kengkawan lain yang belum IV nak jadikan panduan. ni aku share pengalaman aku. nak ikot, ambek.tak mau ikot, kesah ke aku. haha. chill.

BERKAITAN FOLDER SIJIL DAN RPH

first sekali, korek balik sijil korang kat mana saja duduknya. kesnya aku, ada sijil berterabur merata. tapi sijil-sijil yang sebahagian besarnya aku dah masukkan dalam folder, so ringan tugas la sikit. dan tidak berhenti disitu, dah cari letak dalam satu sampul ke folder dulu. nanti nak susun. ahaaa.

kedua, tahu FIP. First Important Priority. mana nak letak dulu dalam folder. apa yang kena lampir. yg mana nak salinan. yang mana nak yg asli. mana satu yang patut letak depan dan seterusnya. nak tahu macam mana? pm aku jugak. hahaha. bayar...bayar...

ketiga, make a checklist. *pm aku kalau nak* banyak ja checklist ni kalau nak hampa nak. ada yang banyak benda kena masuk, ada yang ringkas gila-gila. aku ambik yang sederhana sahaja. tak pulun sgt. haha.

keempat, fahamkan kehendak SPP. ikut ja cakap dia. satu salinan, buat satu salinan je la. mengarut buat sampai 3 4 salinan. sakit hati kita buat sampai 3 salinan. haha. diambilnya satu ja. tu pun tak semua. padan muka aku. namun Alhamdulillah, yang lebih tu mungkin IV untuk jadi GB pulak. hermm.

kelima, RPH hampa tu, siapkan. faham? siapkan. ewaaaaah. aku punya RPH kelam kabut weyh. hampa kalau mampu, siapkan awai. aku malam nak IV tu dok isi nama murid lagi. hahaha. tapi aku memang jenis macam tu, so memang boleh undergo stress. xdak hal. dah tu RPT, DSKP pun gu lawe tlg printkan. herrrrm. nak-nak kena tazkirah bersama pamoga dengan mak aku. kah3! so, jangan buat keja last minute. aku ok sebab memang jenis aku. kah3!

keenam, bersedia awal. barang-barang hampa tu letak satu tempat. jangan esok nak IV, malam ni RPH dok kat ruang tamu, folder sijil kat dlm mesin basuh, salinan sijil dok kat dalam peti sejuk. ahaha. ok, hambar. =,=. sijil amenda tu sahkan salinannya. jangan lupa! nak sahkan, pi la cari pegawai DG44 keatas. kesian depa berkhidmat sampai dapat DG44, hampa nak jugak pi sah kat ketua kampung. tau la pak menakan pun. hahaha

ketujuh, risik-risik la khabar orang yang dah IV. tak semua sama. tapi hampir serupa. ada yang panelnya ok. ada yang dichecknya satu-satu. pastu kita sebagai orang yang ditemuduga terus gelabah seperti biawak, keluar bilik carut panel tak cukup mulut. tak mau...tak mau. doseee. boleh dengar cakap orang lain, tapi jangan ambil iktibar sangat. kadang-kadang saja depa nak bagi hang terkencing dalam seluaq.

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

serius aku cakap, aku memang baca buku SPP tu. bukan nak riyak tapi aku memang baca. haaa. ingat ke tak tu belakang kira. tapi buku tu aku khatam. memang tu aku pegang sebab aku tak mau menyesal. baca je la dah beli. namuuuuun, aku tak la ingat mana. hahahaha. ingat sikit, merapu ja banyak. kikiki

then, cari-cari jugak isu semasa dalam bidang pendidikan kalau kena soalan centu nanti tak tegheyak ayaq mata darah plak. nampak sikit pandai dan tak bodoh mana la kan. cikgu, mana boleh bodoh. haha. dan jangan terkejut kalau kena tanya soalan, "apa nama penuh wanita pertama negara?". tolong. tolong jangan carutkan rosmah dalam bilik IV. untuk sekali seumur hidup, please bagi nama penuh rosmah secara hati kering. kali tu ja. tu pun kalau kena laaa.
grup aku haritu tak dapat pun soalan berkaitan pengetahuan am ni, mungkin panel pun dah muak tengok janggut dan jerawat memasing, so harap nak lepas awal ja. hahaha

baju tu biar sesuai dengan sesi nak temuduga. aku pun beli baju baru. satu sebab few baju dah ketat. gemuk weyh. gila tak ketat. haha. baju yang helok meriah sangat pulak. dan yang banyak ialah dress. hermmmm. pujuk punya pujuk investor terbesar dalam hidup aku, maka gugur RM100 duit pak aku. haha. tapi hampa kalau ada baju sedia ada dan sesuai, pakai ja. takyah membazir. aku pun ni kira pelaburan masa hadapan. amboooi. tudung tu biaq la sesuai dengan baju.dan takyah nak hanatajima sangat hari tu. pakai la shawl. tapi biaq kemas. kalau dah nampak macam berlace, tunduk sana-sini, semak. haha. nanti bawak pakai gi kenduri je.

kasut, sila cari awai-awai. alaaaa, kasut time praktikum dulu ja. setel. jangan nak jimmy choo sangat. risau aku jadi choo choo the train. hahah. ok hambar lagi.

and blazer serta nametag. yg murah ada ja. kedai bundle. nametag tu aku asalnya nama HASANASIHA. takut punya worang aku pi buat baru, HASANA. ceit, 2 minit ja siap. aku punya takut nama aku tak sempat tu dah dua minggu tau. last-last aku tazkirahkan diri aku sendiri. sengal.
korang yang lelaki tu, neck tie. helok-helok sikit warna dan corak. ramai pakai merah haritu. kemeja putih. haha. mesyuarat agung ameno sangad! nak ambik hati, so macai sebentar. lantak la. tak dikira dosa weyh. warna je pun. stop being fanatic assassin.

mak aku pesan, banyakkan selawat. Allahumma solli 'ala Muhammad. moga-moga Allah mudahkan urusan kita, melapangkan dada kita dan melancarkan lidah kita dalam melalui sesi temu duga tersebut. ayah aku pulak pesan, baca surah al-Insyirah. supaya panel tu berasa lapan dada melihat kita. herm.kalau dua-dua pesan suruh aku khatam quran, memang aku tak baca dah la buku SPP tu. haha. -_-. Alhamdulillah.

few tips la kan sebelum IV, jaga kesihatan. jangan stres melampau. bersosial dengan orang dan mintak orang doakan kejayaan kita. inshaaAllah semuanya baik-baik sahaja. aku punya tips ni bukan la lengkap dan terbaik pun, tapi kalau hampa ada benda nak tanya, pm aku. ewaaah. dan point penting yang aku tertinggal, yakin ja sebenarnya. YAKIN dengan apa yang diucapkan nanti. tu ja. salah ke betul, lantak. jangan ayat quran pulak kau seleweng sudeeeehhh.

jangan lupa ucap terima kasih kat panel. lupakan kekejaman dia sebentar tadi tu. depa pun amanah kerana tugas jugak. dan still manusia. mudahkan urusan mereka. macam aku, Alhamdulillah, panel aku baik-baik. pegawai SPP pun muka macam Rahim Maarof. comel je. sorang lagi macam Dr Masyitah. aaaaaaaa. baik sangat. moga Allah mudahkan urusan mereka.

dan kat sini aku nak ucap jutaan terima kasih kepada family aku, esp mak ayah and sisters sebab faham stres dan kekangan aku nak hadapi IV. huhu. banyak sangat pengorbanan kaliaaaaan! same goes to the beloved one, thanks for giving hands saat-saat aku gelewak. start dari awal saya serabut macam itik hilang anak sampai saya boleh senyum ke kepala. u noticed that thing act. haha. kawan-kawan yang sama-sama buat kalut. kah3. share maklumat. ty weyh. dan syukur Alhamdulillah, IV berjalan lancar walaupun tak tahu apalagi keputusannya. mohon lulus. haha.

btw, saya nak jadi cikgu!


QS 6:57

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...