Wednesday, 8 February 2017

be a man

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sakit hati.

itu first impression yang aku rasa bila aku tengok video seorang suami pukul isteri dalam bas ke train hentah.
kejadah nak pukul.
besar sangat mandat kau?
tahu kau suami, jadi isteri kau tu anak patung. helok kau nak bodohkan?
aku pulak emo. tapi memang aku emo kalau bab begini.
apa ke layak sangat ke kami kaum wanita nak ditindas.
fyi, zaman kemunculan Islam pada era pemerintahan Rasulullah saw, kaum wanita adalah kaum yang diangkat martabatnya. so please be a man.
and sorry to say, beating doesnt made you a man, enough.

dear man,
here is some notes for you. from my point of view as a woman. dont you ever expect what we want from you as your woman? protection. love. commitment. understanding. and other sort of positive vibes. but, of course we do expect you have your own weakness. but, please hit the right point as a man.

kami bukan nak sangat lelaki yang serba-serbi sempurna. sebab apa? sebab kita sendiri tahu, tak dak manusia yang sempurna. tahu. tahu tak bererti kita rela dikuasai dengan ketidaksempurnaan tersebut tapi baiki. tahu dan baiki. tak harap bila baiki ketidaksempurnaan itu maka akan terus jadi brand new item. tak. at least, jadi orang yang ada akal dan prihatin.

so as korang kaum lelaki pun kan. korang nak isteri yang ikut acuan korang. betul? aahhh. lantak la nak jawab betul ke tak. but it is true. sapa ja nak bini dia langgar perintah dan nasihat dia? memang tak layak nak buat bini keeeennn.

dan sekali lagi aku tegaskan, this my point of view. so, korang nak hentam ke hapa ke, kasi pada aku. nak bagi kredit pun aku punya tau. hahaha.

kasar kot ayat aku bagi ni. but somehow, this is what i feel as woman. aku kadang-kadang terfikir jugak. kenapa lah kaum sejenis aku ni bersabar bila dapat suami begini.

ada yang cakap, "sabaq jugaklah. nak buat macam mana. pikiaq anak-anak nanti kesian kat depa kalau berpisah."

ok. malam ni aku nak sentuh point tersebut sahaja.

ANAK-ANAK MENJADI MANGSA PERCERAIAN.

mohon buka mata. either hampa takut anak-anak jadi mangsa perceraian atau anak-anak hidup dalam trauma?

read my point. kisahnya anak-anak.

let say stay tak bercerai. anak-anak akan tengok kisah pergaduhan, suami buli isteri atau vice versa kalau ada. then, jadi pengalaman langsung,. membesar dalam suasana keluarga pincang. it's a scene to be watched everyday. enough. fyi, children tend to learn every single things we did. so, tak hairan kalau dia berkeluarga nanti, dia akan buat benda yang sama pada family dia. kalau lelaki dia akan turut tiada rasa kasih sayang dan yang perempuan fobia denga lelaki. ehem.

aku dulu fobia jugak dengan lelaki. bukan kes ayah aku pukul mak aku. Alhamdulillah tak pernah naik tangan ke kaki kat mak, tapi sebab ayah aku overprotective dan aku tak dak adik-beradik lelaki. dan ayah aku tak bagi aku kawan dengan lelaki melainkan jiran aku selang dua rumah. tu pun dia jenis sopan. ehem. so aku geli, takut dok dengan lelaki selain ayah aku. sekarang dah tak. sebab aku dah kenal dunia sikit. haha. mampuih kalau pak aku tau.

dan kalau bercerai, mak ke bapak kena tanggung sendiri semua benda dan tanggungjawab. so bebanan bertambah. anak-anak tak dapat kasih sayang secukupnya sebab lack of one side love. ahaha. kenapa aku gelak? sebab aku tak rasa kalau stay forever pasangan yang selalu nak bertumbuk ni, anak-anak akan dapat kasih-sayang jugak. see. worse things happen.

hmmm. tapi satu aku respek. manusia kalau jenis dah sayang ni, sayang sampai tak kisah apa nak jadik dah. laki bini buat apa pun, stay sahaja. hadap. dan majoritinya wanita yang stay dan sabar dengan perangai suami. sebab apasuami jarang stay? sebab kuasa membubarkan perkahwinan kat tangan mereka. lafaz sahaja, terlerai ikatan.

dear man,
berat tugas korang. aku faham sebagai wanita. sekali sekala, buat heart to heart talk dengan isteri. dia pun manusia. sohih dia akan faham kerunsingan korang. jangan simpan sengsorang. sebab kita berpasangan adalah untuk saling berkongsi bukan setakat waktu senang tapu susah bersama. itu peranan pasangan. jangan skeptikal. sesekali jangan. jangan serkap jarang. jangan tunjuk kita bos depan orang. jangan. jangan. jangan. kalau namanya suami, jadi suami. kalau namanya isteri, kekal sebagai isteri. nak kena ajar balik ke peranan tu semua? faham kan. so buat cara faham.
sayang pasangan korang sebab dalam berjuta orang kat dalam dunia ni, Allah atur jodoh sebaiknya untuk kita. so, appreciate and treasure it.

be a man. :)

ps: sorry kalau tercerca. pm tepi kalau nak buat hal. eh. haha


QS 4:34

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...