بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"alaaa, apa guna belajar tinggi-tinggi, nanti nak ke ceruk dapur jugak."
klise.
aku benci ayat ni sebab berunsur perkauman jantina.
soalan aku, buruk sangat ke rupa duk kat dapur tu?
chef wan income siot ribu raban dok kat dapur jugak, siap dapat travel oversea hanya dengan cooking program.
si cantik anis nabilah tu haaa siap ada program memasak sendiri.
kau pergi tanya income chef-chef sedia ada, berapa masyukkk?
*ok. aku tak cakap semua kaya raya maya soya. tapi dengan memasak memang boleh buat duit. satgi aku explain.*
so apa yang buruk laku sangat duk kat dapur?
lame thought.
dan harus aku merasakan terdapat unsur-unsur merendah-rendahkan darejat kami sebagai kaum wanita apabila memburukkan dapur kami. eh. hahaha.
dapur tu apa tempatnya? memasak kan? untuk sediakan makanan. makanan berkhasiat dan baik sesuai untuk seisi keluarga.
sampai hati kau cakap macam tu kat orang yang sediakan makanan untuk kau? sampai hati kaaaaaaan.
nasib baik pak abu tak pernah keluarkan frasa begini. naya dia dapat anak mulut lawan balik. haha.
konsepnya sekarang, dapur sebagai lambang kedudukan wanita. mungkin sebab dapur adalah tempat yang paling dilindungi kalau kita masuk dalam rumah seseorang. letaknya kat hujung rumah kalau kita masuk rumah sesapa pun. tak daknya masuk rumah orang terus jumpa dapur, peti sejuk, meja makan. apa ke gila. haha. kita masuk rumah sesapa pun akan jumpa ruang tamu terlebih dahulu. pastu ruang-ruang lain spt ruang makan, ruang rehat, bilik-bilik dan sebagainya. sesuai la dengan perempuan katanya.
takperlu tonjolkan diri, duduk diam dalam rumah. ingat katak ka.
sebagai wanita, aku langsung sikit tak dak hal lah kalau sejuta orang nak kaitkan dapur ni wanita. malah aku bangga. namun, kena tambah satu lagi aspek dalam perlambangan tersebut iaitu aspek pendidikan.
jadi larangan nak bagi perempuan belajar tinggi-tinggi namun akhirnya akan jadi surirumah jugak ni tak berasas dan sengal.
jadi surirumah is ok. bagus. aku pun nak kalau dapat peluang tapi tak mungkin. jadi surirumah tapi make sure yang ada pendidikan, pengetahuan dan berkemahiran.
hermm. macam mana boleh cakap macam tu.
sifir dia senang.
aku bagi dua perbandingan.
sorang suri rumah tak mendapat pendidikan dan kemahiran yang baik vs sorang suri rumah yang ada degree dan kemahiran sosial tinggi.
dari segi pengurusan rumah, bila tidak biasa bersosial dan hanya mendapat tunjuk ajar tradisional daripada mak dan mertua sahaja, acuan keluarga tidak akan ke mana. si mak cakap ikut apa yang mak buat, mak mertua pun benda yang sama jugak, so akhirnya dalam rumah tu lauk-pauk tradisi turun temurun warisan asli. suami pun mudah jemu. anak-anak tak terbuka. nak tanya apa lagi, benda sama jaaa. eceh!
aspek pengurusan sosial anak-anak, macam mana kita dibesarkan kita akan membesarkan anak-anak dengan cara begitu. sebabnya kita berada di zon selesa. dulu dibesarkan dalam kawasan kampung, jadi anak-anak kalau nak cari kerja, cari kat kawasan kampung sahaja. tengok mak bapak kau, boleh ja hidup cari makan kat kampung. suuuuudddaaaah! bila anak-anak nak belajar independent? kita nak atur semua untuk mereka sebab kita tak pernah bersosial. silap haribulan disuruhnya anak kahwin dengan jiran sebelah rumah ja. hherrrmmm. dok putaq kot tu ja la.
lain cara dengan ibu yang mendapat pendidikan dan biasa bersosial. ni apa yang aku nampak sendiri. tak nampak aku tak cerita.
dah kahwin. jadi surirumah. tapi income masuk. sebab buat bisnes online. nampak tak? pandai cari peluang. anak-anak diberi pendidikan terus dirumah apabila terdapat masa terluang. sebab apa? sebab maknya mampu untuk ajar. dia terpelajar. generasi terbela. ewwaaah! macam moto pulak. soon, peluang untuk anak-anak melihat dunia ini lebih luas.
aku pernah tengok deco rumah sorang wanita ni. dia memang ada master. tapi nak jadi surirumah. deco weyh cantik oooooiiii. so aku tanya akak buat sendiri ke deco ni. ya. sebab dia minat ja. suami dia support idea dia deco rumah. dia join kelas untuk deco2 ni. dia cari sendiri. tanya kawan-kawan dia she brainstorm apa yang patut dia masukkan dalam rumah dia.
see, ilmu membezakan.
aku bercakap disisi aku. sebagai anak kampung dengan mak bapak yang konservatif, adalah mustahil untuk aku keluar dari kepompong minda tertutup. seems mcm tu. but somehow, aturan Allah tu terbaik. pak abu dan bininya memudahkan semua jalan. ada dua tiga orang kawan aku yang kawen awai. ada anak pun. tapi mak bapak aku support aku untuk belajaq sampai tahap yang lebih tinggi. dan bukan takpayah masuk dapur. massuuuuk! hang gila nak kena tazkirah jumaat dengan mak aku. cuma, bila ada ilmu ni, nak masuk dapur pun rasa yakin. harap maklum. haha. so, kalau ada orang cakap kat aku bila belajaq tinggi-tinggi ni tak pandai masak, hang pemalas. hang belajar teori tu teori ni sampai dapat pakai topi petak, nak suruh taboq garam hang tak gheti. belajaq la masuk dapoq!
haaaaa, tu kan. biaq orang cakap pendidikan kita yang menentukan dapur kita.
bila dah belajar tinggi-tinggi, bekerjaya, kita tahu apa yang kita nak buat dengan dapur kita. nak renovate, nak tambah peti sejuk, nak tambah built in cabinet, nak letak periuk elektrik 10 biji pun, tu kita punya pasai.
lagi berpendidikan, lagi bijak.
nampak tak peranan pendidikan kepada wanita tu? mohon nampak k.
so, isu nak suruh kami dok ceruk dapoq ni isu lapuk la. kalau 20 tahun lepas boleh la. tapi sekarang ni, tak relevan. kami masuk dapur, memasak, mengemas, layan, hidang tapi dengan ilmu. kat universiti dan kolej sekarang pun ramai keluarkan graduan bahagian kulinari.
sekali lagi, boleh nak kaitkan perempuan dengan dapur tapi tahap pendidikan akan menentukan dapur apa yang kami miliki.
peace!
QS 4:34
Saturday, 11 February 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment