Bicara Serikandi :
Agak2 apa yang Anna nak coretkan bila letak pic diatas tu?? hmm..ce teka..ce teka...org kedahsaidkata cua teka...cua teka..haha..mestilah something yang relate dgn kecantikan...apa itu cantik??cantik ialah sesuatu keadaan yang menyenangkan pandangan mata seseorang individu mengikut citarasanya yang tersendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor sintetik...cantik tu universal...cantik tu abstrak..cantik tu pelbagai...dan cantik adalah natural.
...الله جميل و يحب الجمال..
tu petikan satu hadis sohih yang menunjukkan yang betapa Allah Maha Cantik dan sukakan kecantikan...sedikit sahaja kecantikan yang Allah berikan kepada kita berbanding kecantikan yang ada padaNya..pernah kita terfikir kenapa Allah menyukai benda yang cantik?? kerana benda yang cantik itu merupakan hasil daripada kekemasan dan kebersihan...
النظافة من الايمان
kebersihan itu sebahagian daripada iman...orang yang bersih dan kemas adalah org yang cantik dan sedap mata memandang...biarlah apa shja warna kulitnya, namun jika kebersihan dan kesucian adalah titik utama dalam hidupnya maka seluruh dirinya akan memancarkan satu aura yang menarik minat org lain...kerana itulah setiap buku fiqh sentiasa menjadikan bab THAHARAH sebagai tajuk permulaan bagi perbincangan...kalau bersih + cantik = bonus untuk seseorang individu..walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai kecantikannya yang tersendiri...kalu Anna kata si fulanah A cantik, tapi kawan Anna kata si fulanah B la cantik..itu pandangan masing2...sbg rakyat negara demokrasi, kita berhak menyuarakan pandangan masing2 bukan,, ats dasar itulah Anna katakan cantik itu universal....setiap org itu cantik...tetapi harus diingatkan cantik luaran sahaja tak menjamin kehidupan....dalaman perlu seimbang dengan keperluan rohaniah..jika inti di dalam sedap, maka kuih yang dimakan akan terasa sangat lazat bukan? itulah analoginya dengan kecantikan..jika rohaninya elok, maka jasmani akan terkena auranya..bukan Mawi sahaja ada aura, kita pon ada!!! nasihat Anna, bagi sesetengah golongan wanita yang wajahnya kurang cantik,,bersyukurlah dan jagalah ia (jgn g buat plastic surgery plak...dosa tu!!!!) kerana masih punya wajah dan tubuh badan untuk berfungsi setiap hari, sedangkan ada lagi yang kurang bernasib baik dpd kita..bg yg cantik,ia satu BONUS!! jgn berbangga dengan kecantikan anda kerana ia bisa membinasakan dan jgn pulak menmbah sesuatu yang xperlu dimuka utk cantik kerana setelah ditambah ia bukan lagi muka anda yang sebenarnya...seolah2 mcm patung kat pasaraya plak jdiknya...natural itu cantik!!!
wallahu'alam...