Bicara Serikandi:
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni, Anna nak bercerita tentang kisah rakyat PALESTIN di Malaysia..haaa...menarik!! bukan di Palestin sahaja ada rakyat yang kekurangan makanan ni..ni Malaysia, negara bertuah pun ada...versi Malay la... :)
Apa yang Anna nak cakap ni berkaitan dengan apa yang Anna lalui semalam sewaktu Anna join venture dengan Ustaz Ridzuan, Ustazah Hafizah, Ustazah Najwa, Ustazah Wahida, Ustazah Amirah dan Ustazah 'Ain (semua ni guru2 pelatih)...kami ke SMK Bunut Susu utk satu program yg seakan2 program motivasi la utk para pelajar sekolah tu... At first masuk utk program, Anna agak terkejut sebagai seorang fasi kerana Anna xpernah jumpa bebudak yang macam tu...kat sek dlu, kalau uruskan adik2, xlah sesusah nak uruskan student SMKBS rasanya.. tapi Anna rasa semakin menarik dan tercabar apabila mendengar setiap kali kita bercakap, akan ada suara2 yang menyumbangkan tenaganya di belakang sana (memang nakal)...
kenapa Anna kata rakyat Palestin memula tadi?
memang rakyat Palestin..yang bezanya, rakyat Palestin di Palestin kekurangan makanan yang zahir (boleh dilihat) dan barang keperluan hidup dan mereka mencarinya sendiri.. tapi rakyat Palestin di negara kita @ anak2 kita ni kekurangan makanan rohani tetapi mereka sentiasa mengharapkan orang yang memberi kepada mereka tanpa berusaha mencarinya sendiri..nah!!!! itu bezanya...
dari segi pemerhatian Anna, diorang nak ilmu yang kita nak beri pada mereka. namun, atas faktor persekitaran seperti masa, keluarga. sukatan pendidikan, rakan sebaya, membuatkan mereka mengambil mudah apa yang mereka perlukan sehinggakan mereka tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak.
Berdasrkan post mortem program semalam, Anna dan sahabat sefikrah sedar yang anak2 ini perlukan guideline dan guider..SIAPA NAK GUIDE?? KITA LAH!! ya..kita sebagai masyarakat perlu guide...awak guru ke, ir ke, dr ke, hatta buruh kasar sekalipun, tugas utk berdakwah xpernah gugur..
namun, satu yg Anna respect pada SMKBS ni, dia punya mu'allim xpernah berputus-asa..awalnya kami disambut ceria dan ramah, akhirnya kami dihantar dengan senyuman dan keikhlasan even masa program tadi diorang terpaksa mengawal keadaan pelajar.. itu namanya GURU... :)...wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
alhamdulillah...^^
ReplyDelete