Saturday, 21 April 2012

yang bertudung bukan pilihan!!!

Bicara Serikandi


Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Friday, 20 April 2012

aku ingin menjadi ainul mardhiah-mu

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita


Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati


Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih


asyik bila mendengar lagu Ainul Mardhiah...Anna teringat kepada kenangan Anna dan si Dia yang kini Anna adalah milik-Nya..bukan mudah mencari teman sesetia Dia. teman sehidup semati. Anna akui Anna bukanlah yg terbaik buat Dia, nmun Dia menerima Anna seadanya. Bukan jarak usia penghalang cinta kami...malah, Anna gembira kami dipertemukan awal2 lagi sebelum Anna tersesat ke jalan yang salah. Dia, kalam-Nya, bicara-Nya, tutur-Nya buatkan Anna terasa kerdil bila Anna berada di sisi-Nya...

Anna pernah terlanjur silap sepanjang keberadaan Anna bersama-Nya..namun, setiap kata-kata dan surat cinta yang Dia hulurkan membuatkan Anna rasa Anna adalah manusia paling bertuah kerana Anna ada kekasih yang paling memahami dan berada di samping Anna setiap kali Anna melakukan kesilapan. dan setiap kali itulah, Dia akan menegur kesalahan Anna dengan ayat-ayat cinta yang merantai jiwa.

Anna pernah bersedih...dan setiap kali Anna bersedih, Anna akan ingatkan Dia..lumrah manusia, bila bersdih pasti sahaja akan mengingati Yang Tersayang..kami berjauhan dan berdekatan antara satu sama lain,,,namun, itu bukan penghalangnya...kerana Anna akan selak setiap helaian surat cinta-Nya kepada Anna setiap kali air mata membasahi bumi.


ternyata bukan mudah untuk Anna singkapkan rasa cinta Anna buat-Nya...kerana rasa cinta Anna pada-Nya x seagung cinta dan kasih-sayang-Nya pada Anna.


buat kekasihku, terima kasih kerana Kau setia menghulurkan kasih sayangMu buatku yang kerdil dan lemah ini. aku sedar Kekasihku, seandainya Engkau pergi dari sisiku, pasti aku akan tidak mampu menjadi Ainul Mardhiah!!

Monday, 9 April 2012

AL-FATEH SENTUHAN BARU

Bicara Serikandi


1 nada, 1 hasrat, 1 tujuan
(semua JPP yang bergerak utk kepntingan semua pihak bukan diri insya-Allah)

1 akidah, 1 ummah, 1 perjuangan
(JAPIM yg membantu pembntukan pemimpin acuan Islam..Insya-Allah)
ALHAMDULILLAH...semalam telah selamat menerima watikah pelantikan JPP IPGKKB...takziah buat diri Anna kerana Anna diberi taklifan ini...kerana pada hemat Anna, Anna masih xsekuat Khadijah ra untuk melakukan pengorbanan, xsetulus Fatimah ra dalam keikhlasan, xsekuat Hajar ketika berseorangan...tetapi dengan bantuan rakan2, Anna masih mempunyai iltizam dalam hati untuk setabah Khaulah dalam perjuangan, seunggul Balqis dalam pemerintahan dan sezuhud Rabiatul Adawiyah dalam pengabdian...semoga harapan Anna ni xmenyusahkan sahabat2 Anna di luar sana,,kerana berdirinya Anna pada hari ini kerana adanya mereka! ALLAHUAKBAR!

perjuangan yang Anna dan teman2 lakarkan bukan untuk kepentingan diri...perjuangan ini pasti pahit...ia tersembunyi...jarumnya dalam..tusukannya berbisa..kerana pada saat dan ketika ini, tiada siapa mampu melihat apa yang bakal Anna & teman2 lakukan dalam perjuangan kita....Anna sendiri tidak yakin adakah Anna kuat utk meneruskannya?? Anna perlukan sokongan padu semua....
perjuangan Anna perjuangan moden...namun, wasilah drpd perjuangan Rasulullah SAW, para shabt & tabi'in yang diberi nafas baru...fikrahnya tetap sama,,,daulah islamiyyah itu impian kita!! apa yg bezanya, pendekatan berbeza, org yang berbeza, method yg berbeza dan mgkin juga tahap efisiennya perjuangan ini berbeza!
tapi pemikiran kita sama! GAYA BERFIKIR AL-FATEH!
yup...kita perlu berubah! Anna, para sahabat dan setiap orang di sisi kita perlu berubah kerana pembentukan daulah islamiyyah semakin hari semakin mencabar! ayuh, kta sediakan kapal perang akal,senjata nafsu serta tentera akidah..jgn lupakan persiapan fizikal n mental agar sekali lagi AL-FATEH berjaya mendaulatkan daulah islamiyyah ini!!!! insya-Allah..ameen...

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...