![]() |
comel bila baby nangis, bila kita nangis?haha |
menangislah!
dah lega?
ok, stop!
cari balik kat mana diri awak semasa awak menangis tadi...
bina kekuatan tu semula...
jgn bazirkan air mata awak tanpa topap balik..
macam mana nak topap air mata?
minum air?
makan buah2an berair?
hirup balik air mata tadi?
atau...
berendam..
taaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!
awak cari punca kenapa awak menangis tadi...
lepas 2, awak pikir, logik x awak menangis..
kemudian, try muhasabah diri...
betol ke dgn tindakan menangis awak tu?
ke saja je ikut perasaan?
then, letakkan diri awak di satu tempat yang paling berharga,
di mana awak rasa air mata xlayak utk mengalir daripada mata awak,
cari sumber kekuatan di sebalik kata2 makhluk baharu yang sentiasa xsama pemikiran dgn kita,
dan paling penting,
menangislah di depan-Nya, kerana-Nya,untuk-Nya dan takut kepada-Nya...
jangan risau,
xbersalah utk awak menangis..
menangislah!!!
kerana itu anugerah Allah SWT utk seorang serikandi ummah,
yang xda pada mujahid pejuang,
namun, beringat, kita terlalu istimewa utk air mata tersebut mengalir,
alirkan ia dijalan-Nya...
andai resah menerpa,
kesedihan melanda,
kegusaran membaja,
kegelisahan berbunga,
luahkan ia melalui tangisan bukan cercaan...
mungkin ia ubat paling berkesan...
menangislah..menangislah..menangislah...
tapi, jangan lupa Allah SWT sangat menyayangi hamba-Nya yang kuat,
kuat mental dan fizikal!!!
seandainya ada orang yang melarang kamu menangis,
ketahuilah bahawa dia inginkan kamu sentiasa tabah dan menjadi tabah..
dia x ingin mutiaramu jatuh dihadapan org yang xsepatutnya...
menangislah dan terus menangis...
namun, jangan kau biarkan tangisan itu berlagu dihadapan insan yang tidak sepatutnya,
simpan tangisan tersebut buat dirimu sahaja sbg satu kekuatan,
kekuatan yang orang lain xmampu mencambahnya selain dirimu sahaja~
menangis lah.......
namun, ingatlah penghujung hari kita pasti ada sinar senyuman yang menyala,
kerana tangisan bukan utk selamanya mengalir,
senyuman pasti menyingkap tabirnya~
ingat, cry~but be strong!!!
this is awesome dear hasanah.
ReplyDeletesuka bangat entri nih.
nk try :))
nak try ea..bleh..tapi bila sgt desperate je..saja2 xjadi..hehe
Delete