ada org cakap, cinta masa belajar ni cinta monyet,ada orang cakap, cinta ni buta,ada orang cakap, cinta ni xkenal usia,ada orang cakap, cinta ni perlukan pengorbanan,orang cakap jgak, bila bercinta indah segalanya~
tapi,
cinta masa belajar ke x, ikotlah
sabda Rasulullah SAW "apabila telah datang lelaki yang kamu redhai agamanya,baik akhlaknya, maka kahwinilah dia"(lebih kurang maksudnya)
senang cerita, kalau tgh belajar dah bercinta,
atau dah jumpa yg berkenan,
halalkanlah perhubungan melalui ikatan yang sah,
lagipon, Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya..
kalau xberduit, nikah khitbahlah dlu..
xsalah dari segi syariat walaupun dpd adat nmpak kita menyembunyikan sesuatu,
beringatlah, kita hidup atas muka bumi ni hendaklah berdasarkan syariat
adat cuma sekadar bekalan di pinggang :)
tapi, afdhalnya carilah pendidikan utk memulakan langkah kehidupan,
siapkan diri dgn keperluan duniawi dan ukhrawi,
yang lelaki cari pekerjaan dlu,
ada rumah utk hidup bekeluarga,
baru nmpak kematangan utk menjadi pemimpin rumahtangga,
insya-Allah wujud usrah mawaddah, sakinah wa rahmah~
yang wanita, cari ruang utk solehahkan diri,
tajamkan minda dlu,
supaya apa2 terjadi dalam rumahtangga dapat di atasi dgn bijak,
perlu diingatkan,
dpd rahim kita nant, akan lahir para pejuang agama, pewaris syuhada' dan penyambung auliya',
jadi, jgnlah kita rosakkan benih2 kita dgn titik2 noda yang kita create sekarang :)
cinta xbuta sebenarnya,
dia ada nafsu yg menjadi mata,
bila mata terkawal, baiklah cinta,
bila mata nakal dan liar,buruk dan binasalah cinta,
sebab tu Allah suruh kita jga pandangan
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
"katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan"
an-Nur:31
nah, dah terbukti..nafsu 2 Allah jadikan sbg penanda aras kita utk mentaatinya, tapi bila kita salah guna,
nafsu bakal memakan diri sendiri.
cinta memang xkenal usia,
cinta mana pandai matematik,
orang yang bercinta tu sebenarnya kena buat kira2,
"berapa lama hidup aku, aku abiskan utk Dia?"
"berapa lama aku bangun pada waktu malam utk bermunajat kepa-Nya?"
"berapa lama lagi aku nak buat dosa?"
"berapa banyak pahala yang dah aku kumpul?"
"berapa lama lagi Dia nak simpan aku kat dunia ni?"
"berapa lama lagi Dia nak simpan aku kat dunia ni?"
pnah kita kira semua tu?
yang kita kira,
"berapa belanja hantaran kau?"
"berapa kos beli perabot baru utk raya ni?"
"lama dah kau bercinta dgn pakwe kau?"
"agak2 la, kau awek yg no berapa?"
kalau nak dikira, cinta thdp manusia ni memang fail la matematik,
anggaran selalu xtepat,
equation salah,
janjang xmengena,
integration sipi2 ja,
sector pon lari dpd ukuran,
isipadu kurang,
luas xsama,
pendek kata, Allah lagi hebat kuasa cinta Dia..kita xmampu nak tahan kuasa cinta Allah bila Dia dah takdirkan sesuatu terjadi~
cinta perlukan pengorbanan,
kalau cinta kepada Allah,
korbankan masa kepadaNya,
rintihlah kepdaNya,
adulah masalah kepdaNya,
kerana Dia telah janjikan "berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan"
tapi,
bila cinta kepada manusia,
rintihlah mcm mna pon, kalau xdak kudrat, xdpt jgak..
adu lah masalah kecik pon, kalau xdpt setel, xboleh jgak,
korbankan lah masa mcm mna pon, kalau dia sibuk xguna jgak
kerana semua itu telah Allah rancangkan ikut perncanganNya yang terbaik~
bila bercinta ni semuanya cantik,indah dan kagum kita dgnnya,
taik ayam pon jadi sagon(kata2 org kedah)
tapi, pk balik ea..
buat apa benda baharu...
cintaka manusia yg kita xtawu hak milik kita @ tak, xkan menjamin masa depan kita,
nak ke agama kita terfitnah hanya kerana menyayangi seorang makhluk yang belom tentu tertulis takdirnya ke atas diri kita,
nak ke serahkan diri pada seseorang yang xmampu nak jadi imam kita,
akalu sekarang dah mampu mesej2,
bila rindu kol,
bila kita nak hentikan hubungan, merajuk...
CHILDISH!!!!
ingat! seorang lelaki yang keanak-anakan xkan mampu menjadi bapa yang rasional apabila mempunyai anak2 yang menjadi2 perangainya,
kalau sekarang dah macam 2, nant lepas kahwin lagilah..
anak2 ke mana, bapak ke mana...
Anna bukan orang yang terbaik utk nasihatkan para sahabat,
namun, Anna ambil pengajaran dpd pengalaman orang dan dri sdri utk Anna katakan bahawa,
senang utk jatuh cinta, tapi jangan mudah percaya kepada janjinya,
sebaliknya, jatuhkan cinta kita buat Sang Pencipta alam ini..
Maha Berkuasa menjadikan sesuatu,
nescaya dgn kecintaan kita kepada-Nya, dia akan menganugerahkan kita cinta manusia yang mencintai-Nya..
bukankah janji Allah SWT sentiasa benar? apa perlu kita ragui? :)
simple je benda ni sebenarnya..tapi bila benda yang x syarie ni, ramai org pertikai,tu terjadi bila nafsu mengatasi akal...na'uzubillah...
fikir-fikirkan, selamat beramal~ :)
No comments:
Post a Comment