Wednesday, 17 October 2012

IM Asyraf : satu hikmah ~

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim..
assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

ok. stret to da point. semalam ada Usrah Perdana IV anjuran Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin JPP bersama PIM. anna xnak komen ttg post-mortem, pelaksanaan ke, hapa ke benda kat situ. anna xminat bidang ni walaupun anna suka mengkritik. bimbang kritikan tu nant mencalarkan imej org yang penat menganjurkan. ya lah..bukan kita yg berpenat-lelah buat semua ni kan..so, xyah amek port benda ni... :p

zahirnya biasa, batinnya unggul 


yang anna nak kongsi,
tentang kedatangan imam muda tu dan impaknya kepada para pelajar ipg..
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan majlis berlangsung bermula daripada solat isyak yg diimami IM sehinggalah kepulangannya hari ni..semuanya lancar2 sahaja..
dalam sejarah ipg, selama anna berada di sini, dewan tersebut sesak dengan guru pelatih. malahan, tiada seorang pun yang keluar daripada dewan tersebut walaupun ada yg xdapat goodies bag! masya-Allah! betapa bernilainya orang yang beragama :)

anna sendiri merasakan kedatangan IM hanyalah sebagai salah satu sebab kpd perjuangan dakwah. memang tanpa kedatangan beliau, isi dan input dakwah dapat disampaikan. tetapi, dengan kedatangannya, satu aura org yang berilmu dan menjaga agama dapat diterapkan. ini dakwah bil hal (dengan contoh teladan)...

dalam ketika sibuk menguruskan benda ni semua, anna dan rakan seperjuangan mendapt sedikit ujian kecil disebabkan kesalahan pihak atasan. mula2 nak meletup jgak, tapi akak ni cakap..."xpe2..kita berlapang dada ye adik2....uruskan semua ni dulu"
yang tu je dia cakap, tapi cukup memberikan kesan pada anna...
betapa mahalnya berlapang dada tu dlam diri anna selama ni...asyik nak berkira sahaja :(
dengan sedikit kata berlapang dada tersebut,segala tugasan kami dapat diselesaikan :)
Alhamdulillah...
betapa ribuan ringgit perlu dilaburkan untuk frasa "berlapang dada"...malunya anna dengan Allah (!________!)


tenkiu imam muda asyraf :)..jumpa lagi, insya-Allah  !

Monday, 15 October 2012

aku dan dia...kami berbeza


bismillahirrahmanirrahim...
assalamu'alaikum semua :)
salam ceria...
sebelum kalian baca coretan anna kat selanjutnya, hayati sebentar kisah di bawah ini :)

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'. | iluvislam.com discover the beauty of islam

dah? ke blom?
harapnya dah baca la kan... :)

dulu anna pun macam dalam dialog tu..
tapi xsampai tahap couple lagi...
mgkin xsempat kot...hahaha
i realized myself..
jadik malu bila terlalai..
tapi, xleh hilang rasa sayang tu pada si dia..
mungkinlah si dia xtahu anna suka pada dia..
tapi Allah tahu perasaan anna pada si dia..



anna jadi malu sendiri,
kenapa anna bleh suka kat dia?
anna xpercayakan Allah ke?
bukankah Allah dah berfirman, telah Dia jadikan lelaki dan perempuan itu berpasang-pasangan...
untuk saling berkenalan...untuk bertaaruf...
dan firman-Nya lagi, lelaki yang baik untuk wanita yang baik :)

i said to myself...
kalau anna nak dapat yang terbaik, anna mesti jadi yang terbaik :)
mcm dalam exam jgak, kalau nak pointer tgi..4 flat..mesti lah kena usaha kan? buat yang terbaik, baru dapat cemerlang..

lama anna fikir mcm tu..lama anna pendam perasaan..
hanya sesetengah org shaja yang tahu..
sakit tu memang la sakit kan?
kita ja suka kat dia, tapi si dia, anna tak tahu pun macam mana.. :)

ada sahabat pernah bagi cadangan untuk bagitaw je apa yg terbuku di hati kepada si dia melalui org tengah..
hah! sudah!
kata sahabat tu, dpd terus mengingati di dalam hati dan merosakkannya, teruskan dgn dapat jwapan dpd dia..senang!
haha...anna masih org melayu...perigi takkan mencari timba..terima kasih kepada sahabat anna tu..:)
tahniah juga kepada sesiapa yg tabah dan mencari jwapan menggunakan cara tersebut, xsalah, cuma anna x gemar shj :)..{sedgkn saidatina khadijah melamar Rasulullah saw..cuma anna xlayak...anna umat biasa shj :)}
walaupun nasihat dia anna x pakai, dpd penceritaan kawan2 anna tentang si dia tu, buat anna sedikit mengenalinya...

di kala anna berusaha untuk menjadi yang terbaik, anna ragu tentang dia...
anna bermsg utk keperluan dgn muslimin, si dia?
anna stop chat utk benda yg lagha, si dia?
anna bergurau di khalayak ramai...d tempat terang, si dia?
anna bersosial, si dia?
anna dpd keluarga kampungan, si dia?
anna lack sense of humor, si dia?
anna cepat melatah, si dia?

layakkah kami utk saling bersama andainya terlalu besar jurang di antara kami?
perbezaan itu melengkapi, ya! benar..namun, tak semua perkara..

setelah dipertimbangkan segala perkara, rumusan yang dapat anna buat melalui apa yang akal anna fikirkan dan jalan yang Allah tunjukkan...
anna bukan seorang yang mudah untuk menyerah pada nafsu..sayang memang sayang..bukan mudah nak mencari lelaki yang menjaga waktu solat, hidup seadanya, menjaga hati insya-Allah,
tapi ruang lingkup kehidupan anna mengatakan tidak kepada semua itu...
untuk bercouple, memang sahaja boleh...lebih dpd itu pun mampu,
tapi hati, mental dan fizikal, masing2 mengatakan tidak...
anna bukannya seorang wanita yang baik dan yang terbaik, anna seadanya anna..dalam proses pembikinan lagi..namun, disebalik ketidaksempurnaan yg ada dalam diri ini, tiada kekuatan untuk anna katakan ya pada couple @ pacaran walhal kehidupan di sini memang terdedah pada benda2 yg sebegitu..
anna mula terfikir betapa Allah menjaga anna buat si dia yang telah Allah tetapkan...
memang susah tapi indah :)

rasa terpukul dgn status di fb seorang shabat bila mengatakan, org yg berkapel ni sebenarnya tidak mendapat kasih-sayang yg cukup daripada keluarga...
Alhamdulillah dan Subhanallah!!!
memang patot anna xpernah berkapel...rupa2nya kasih sayang ibu, ayah dan kakak2 sudah mencukupi buat anna...
kesian mak dan ayah kalau anna berkapel...kasih sayang yang melimpah ruah telah mereka berikan buat anna sehingga anna merasa malu untuk berkapel :'(

kepada si dia yang anna kagumi dan minati suatu masa dahulu, maafkan anna..xbermaksud untuk menyambung saham dosa dan lagha, anna berpatah arang...mungkin si dia tidak mengetahui kenyataan ini..kerana zahirnya anna keras dan tabah, namun batinnya anna merintih pedih kerana pernah jatuhkan separuh hati ini terhadap dia...kerana sedar diri ini makhluk yang lemah di sisi-Nya, anna terpaksa mengejar cinta-Nya terlebih dahulu sebelum tautan cinta antara anna dan si dia pilihan-Nya bersatu, insya-Allah :)

p/s:
kepada yg baru berkapel @ lama dah berkapel @ baru terasa nak berkapel, kalau anda bijak, jauhi zina !
jgn buka pun ruang2 dan celahan2 untuk syaitan cucuk jarumnya :D
terima kasih kepada sorang akak ni sbab bagi anna idea untuk tulis, dia suruh anna hapdet blog tapi anna xdak idea, so dia bagi la idea...tapi agak klise la..anna lari sket dpd apa yg akak sruh tulis tu, nant ada plak yg bunuh anna nanti XD

Monday, 8 October 2012

remain silent :)

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim~
assalamu'alaikum semua :)

salam ceria...

hari ini, anna nak sentuh tentang ego.

semua ada ego kan?
haha..
anna pon sama..

ego ni macam2 jenis..bukan satu jenis ja...
ada yg ego xnak terima pendapat org,
ada yg ego suka angkat keluarga dia ja,
ada yg ego xsuka mintak maaf,
ada yg ego dia sorang ja bagus,
ada yg ego suka bikin malu orang...

what ever it is...ego ada bagusnya dan xbagusnya...
terpulang pada keadaan dan situasi sesuatu perkara tu berlaku kalau kita nak klasifikasi perkara yang terjadi..

bukan nak cakap yang anna x ego..anna pun manusia biasa..
anna pun seorang yang lemah, xselamanya sempurna..
tapi, kalau kita selalu ego dan bersama dgn makhluk yang macam ni, perit jugak..hahaha

totally, anna rimas dgn orang yang suka mengangkat keluarganya di mana2 pun dia berada..
keluar je daripada mulut dia, mesti tentang famili dia yang perfect..mungkin ya dan mungkin tidak...
tapi,
bukankah sifat-sifat manusia yang tidak baik ialah suka berbicara tentang keluarganya sahaja dan orang lain??
ini peringatan juga buat anna..

adakalanya, anna terlepas bicara..kekadang sampai xsedar yang orang dah muak dengar kan? hahaha
bila dah alert dgn keadaan tu, stay silent..jgn cakap dah...huhu

anna dah pernah kena, tengah seronok cerita dgn sorang kakak ni, tetiba kawan2 gelak..
anna pon xtawu kenapa, tapi totally terasa hati sebab diorang memang gelakkan anna..sob3
mungkin sebab cerita tu lawak ke atau memang diorang sengaja, anna xtau..tapi lepas ni anna memang xamek port dah ttg diorang..totally hurt!!!
mungkin ini ujian utk terus kuat dan perubahan yang lebih baik..

kadang2 betol, cuma kita kena bertahan :)

so, kepada kawan2 yang anna xcakap dengan korang kalau xdak keja, bukan tak nak @ ego, tapi fikir2 kanlah..rasanya korang tawu kan...dalam hati ni xda rasa marah langsung kat korang tapi, kesan parut tu dalam sgt...maaf..setakat ni je la :)
 so, ego harus ada...minimakan ja.. semoga berjaya semua :)...remain silent kalau ada apa2 yg korang rasa xkena dan susah nak tegur kalau xdak cra berhikmah~

Thursday, 4 October 2012

maafkan aku!

Bicara Serikandi

maafkan aku!
maafkan aku teman,
andai aku bukan sahabat yang terbaik pernah kau jumpa,
aku juga punya kelemahan,
aku xsempurna,
aku selalu rebah,
andai kamu tiada disisiku...

maafkan aku teman,
andai pernah aku membuat malu,
kala kamu berjalan disisiku,
aku tak seperti yang kamu mahu,
kerana aku ingin menjadi seorang aku...

maafkan aku teman,
andai pernah aku lukai hatimu,
kerna setiap luah kataku menyiat jiwamu,
setiap bicaraku menoreh lukamu,
setiap tingkahku mengguris rasamu...

kerna aku punya sahabat gaya kamu,
aku sentiasa berharap
untuk kamu sama-sama melangkah denganku,
bukannya meninggalkanku tanpa sebarang kata
andainya kau sudah punya pelabuhan lain...

aku berharap agar kau sama-sama menyusun kata
membentuk bicara denganku bila kita berseloka,
bukannya berlalu tanpa bicara dikala aku suram
andainya kau sudah punya permata baharu....

kerna kau masih hati,
aku masih di sini,
menanti kau yg dulu pulang,
meski aku tahu, aku boleh mencari yang lain,
namun,
kerna kau SAHABATKU,
aku sabar menanti kau kembali pulang T____________T

p/s: coretan ni saya tujukan khas buat sahabat saya yang sedang berhempas-pulas sibuk dgn pelbagai urusan da'ienya..saya harap dia xlupakan saya...ada kala saya perlukan dia...namun, andai dia malu betemankan saya yang dhaif ini, mohon agar teguran dilakukan agar saya tidak dibiarkan dalam persoalan...saya juga manusia yang punya harga diri...dihargai saat diperlukan, dipinggir saat terkhilaf...semoga dia bahagia dalam jemaah barunya ~ T____________T

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...