السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
betul..betul dan betul...
hidup manusia ni xkan pernah berhenti daripada belajar...
anna juga begitu..setiap daripada kita ni tipulah kalau cakap xpernah belajar benda baru setiap hari..
meskipun kita xbelajar benda baru, kita akan belajar utk memperbaiki benda yang yang biasa kita buat setiap hari supaya perkara tersebut lebih baik dpd semalam.. am i right? suka hatilah betol ke x..tapi nilah faktanya~
cthnya, orang yang rajin beribadah akan sentiasa memastikan, solatnya, zikirnya, amalannya yang lain bertambah dri segi kualiti dan kuantiti pada setiap hari~
bg seorang chef, dia akan usaha utk pastikan skil memasknya semakan baik..
bg seorang pekerja, kita akan pastikan majikan kita xbyk komplen ttg dri kita~
bg seorang doktor, dia akan berusaha untuk pastikan pesakit akan lebih sihat dpd semalam
bg seorang engne, dia akn pastikan bangunan yg dibina kukuh dan selamat :)
oleh itu, semua itu memerlukan pembelajaran yang berterusan.
maka hayatilah "tuntutlah ilmu dpd buaian hingga ke liang lahad"
tapi hari ni, anna nak cerita tentang apa yang anna belajar dpd guru terhebat..xperlu bercakap, hanya melihat perbuatan ja~
nama guru anna Tam..officially anna bagi nama kat dia ialah Wan Nur Tamimah bt Wan Abdullah... :)
daripada mana keturunan Wan tu, anna xtawu..haha..bagi je waktu tu..nak bgi Nik, xpadan je..nak ng Syed, amboi...Wan la... :)...ayahnya Abdullah sebab xtawu nama ayah.. :)
she is a cat! hahaha..sebab tu dia xperlu bercakap~
| tam sebab dia hitam! haha |
apa yang anna belajar daripada tam?
anna belajar utk tunjukkan kasih-sayang tanpa perlukan percakapan..buktikan melalui perbuatan..cukop!
tam sgt rapat dgn mak anna..sebab mak yang bagi dia makan, mak yang tidur dgn dia,
dia akan duduk sebelah sejadah mak bila mak solat..lepas 2, dia akan baring kat dlam ribaan mak bila mak dah siap solat~
mak pulak akan tanya, dah bagi tam makan, setiap kali mak blik rumah kalau keluar la~
tam selalu kecoh, kadang2 bila kami dah bagi makan pun dia akan mgadu kat mak yang kitorang xjamu lagi..faham2 je la bahasanya :)
kadang2 tam akan sembang dgn mak..cemburu jugak..mcm xcukop kasih sayang je...haha
tapi dgn adanya tam, kami belajar utk berkasih-sayang~
tam mula rapat dgn suma ahli keluarga setahun dua ni la...walaupun dia dah dok dgn kami 4 tahun, tapi mak je yg jaga kan~hehe
tapi saya xdak masalah dgn binatang kucing ni, so anna adalah pembantu mak! chewahhh!!!
tam makin rapat dgn anna lepas anna sambung stdy ke negeri orang, bila jauh dia rindu kot..so, bila balik dia akan tidor dgn anna, bila time makan, dia akan gesel2 kat kaki anna, byk la teman anna kat rumah... i love her..nasib baik betina..
via tam, anna belajar, kita xperlu tunjukkan kasih-sayang melalui kata2 ja sedangkan perbuatan tidak seiring~
kasih- sayang tu ditunjukkan dengan amalan dan perbuatan yang luhur kerana kita ikhlas dalam berhubungan (dalam keluarga dan persahbatan)
teruskan memberi walaupun jarang menerima..kucing spt tam, secara logiknya apalah yang dapt dia bagi kan? tapi, ironinya tam adalah haiwan yang menceriakan! dia penghibur dan peneman yang sejati~
sebagai menghormati batasan pergaulan, hadkan jugak perhubungan~ jgn seluas2nya membuka ruang syaitan duduk berhimpit meskipun sayang..anna perhatikan tam pun xsuka tidur dgn teman lelakinya taw!
belajarlah utk memperbaiki diri sendiri meskipun apa yang kita belajar tu daripada seekor haiwan~ tu je pesanannya :)
No comments:
Post a Comment