Saturday, 15 December 2012

"kenapa, andak?"

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"andak, kenapa tak boleh basuh tangan kat paip tu?"
" tak boleh la, nanti semut mai kat situ ramai2..."
"kenapa semut mai?"
"semut mai la, tangan adik ada bau makanan, bila basuh nanti tinggalkan sisa makanan..."
"kenapa ada makanan kat tangan, andak?"
sambil menepuk dahi,"dah adik makan tak habis..."
dah puas hati dengan jawapan anna, si pintar Fatin Shazwani pun berlalu pergi...

si nakal yang pintar, fatin :)

fatin, my 4-year-old niece..kelakar, chubby, comel(ewah...), suka berfikir dan bercakap...
as mak sedara, she call me andak..
rapat la dgn anna..bila anna balik kampung, dia akan teman anna tidur dan xikut mak dia blik :p
di usia 4 tahun, dia mula merengek utk didaftrkn di tabika, so kenalah hantar dia...and cikgu there sgtlah pening nak jawab persoalan dia..

bila dia sedang berfikir, dia akan bercakap pada masa yang sama.
setiap yang dia cakpkan akan buatkan kita untuk sama2 berfikir.."ya ka?..betul ka?..." dll..
kadang2 fed up dgn soalan x berpenghujung dia, but saya cuba berikan jawapan yang terbaik kerana ad satu  pengisian melalui rancangan tv yang jelas mengatakan yang kanak-kanak berusia seawal kelahiran sehingga dalam proses membesar akan penuh dengan persoalan..
tapi at the same time, terhibur dgn keletah dia :)

gaya dia semua pelik

kadang2 saya akan biarkan dia rasa, sentuh, and kaji sendiri apa yang berlegar-legar kat otak dia tu..ahahaha..kadang2 tu mak marah jugak,tapi it is one of the way for her to feel the rhyme of knowledge :)


dengan abangnya, muhammad firdaus


diorang ni memang pelik kalau dibandingkan dgn orang lain..hahaha

tengok tu, aktifnya dia macam lelaki

cikgu utk kanak2 di european country adlh terdiri dpd merka yg mempunyai PhD...m'sia,,xtawu bila...bukan calang2, that is why , melentur buluh biarlah dari rebungnya...

anak2 tu umpama kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkannya menjadi yahudi @nasrani kan? :)
beri peluang pendidikan yang terbaik dan bimbing anak2 kita. diorang perlukan kita sebenarnya utk tunjukkan arah yang benar~

and last, let them be..beri ruang dan peluang kepada kanak-kanak seusia itu untuk merasai alam ini. biarkan diorang terokai dunia mereka kerana kita sendri tahu masa depan mereka nanti sangat mencabar berbanding kita sekarang. latih la diorang dari sekarang :)

hanya kerana "kenapa, andak?", anna sedar yang anak-anak ni adalah lebih berharga daripada segala harta didunia <3

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...