Tuesday, 1 January 2013

apabila ia semakin menginjak...

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah....tahun baru, azam baru, suasana baru, baju baru, kasut baru...hahaha
semuanya barulah senang cakap!
tapi ada benda jugak yang anna paling takot kalau diperbaharui~
UMOR!!!
umur yang baharu menandakan kita perlu segera menempah batu nisan dan mencari tapak perkuburan kerana kematian semakin mendekat seiring usia T___________________T
tretttt!

setiap tahun, anna akan bersedih dan bergembira

gembira sebab dengan adanya tahun baru, anna akan sentiasa ada benda baru nak buat..semangat lain...azam pon lain..perancangan pon semakin meningkat. maklumlah, tahun baru!

sedih jugak sebab usia semakin bertambah..anna paling takut bertambah usia pada setiap tahun. which mean i'm becoming older. kalau gadis lain xsabo nak meningkat usia sebab nak rasa kematangan, kewanitaan, kebebasan, tapi anna paling takut usia yang bermula dengan nombor '2'..
usia2 macam ni lah kita nak lari dpd mak ayah n family, nak pegang duit sendri, nak duduk rumah asing, nak ada pakwe makwe, nak ada kenderaan sendri...
sometimes, i thought like that 2..but, Allah realized me first...
selagi mana kita tidak terlepas dpd tanggungjawab parents, selagi tu dosa kita ditanggung diorang..masya-Allah, beratnya menjadi ibu ayah! kita yang berseronok tapi di akhirat, mak dan ayah yang menaanggung azab :(

usia yang semakin menginjak xbermakna kalau kita tidak belajar dpd pengalaman lalu..
menjadi seorang manusia yang mensyukuri njimat hidup, dia akan sentiasa berusaha menjaga amalannya agar seiring dengan usianya untuk bertemu al-Khaliq..nah, tahap yang paling susah utk kita capai! anna sendri xmungkin mampu untuk mencapai tahap ini kerana anna masih manusia yang iman senipis kulit bawang. namun, untuk berubah kita perlu kuat dan tabah serta tegas melawan nafsu dan bisikan syaitan iblis. insya-Allah, perkongsian kali ini mungkin sedikit dan mungkin tidak begitu bermakna tapi ingatlah, usia yang menginjak bukan tiket untuk kita lari dan bebas dpd perhatian Rabbul Izzati..wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...