Friday, 11 January 2013

ada aku kisah?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sesuai untuk 'sang inferiority complex'...

* * *

"Ramai takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak.

Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'.

Begitulah permainan syaitan. Gagal membawa kita direct dengan ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan 'kebaikan'.

Berlagak, riya', ujub, takabbur dan apa sahaja permainan hati adalah untuk ditentang bukan untuk ditakuti.

Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai sama ada kita riya' dan berlagak. Pada tangan Allah jugalah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia akan berkata apa.

Lawan syaitan di dalam hati, dan maralah untuk kebaikan ummah ini!"


kompleks sangat orang mcm ni..takut nak buat apa2 kerana bimbang dgn cakap2 orang...
hey, mulut tempayan memang xdapat ditutup..kalau tutup pun, mesti ada yang datang buka balik..jgn takut dan jangan risau, kerana pasti suatu hari natijah dpd keputusan yang kita ambil akan membawa kebaikan kepada masyarakat. so, pedulikan cakap2 orang dan teruskan langkah kalian!

anna pun dulu takut2 nak buat keputusan sebab malu dgn org lain.."kalau xjadi macam mana? kalau salah macam mana? nanti orang cakap apa lak?" 
haaaaa! sudahlah kalau suka pkir mcm tu, memang xkan bergerak, seriously!
at last, anna bjanji dgn diri anna, selagi anna mampu, dan tidak salah, kenapa takut? utk ummah, kita cuba yang terbaik! :)

kalau korang nak mengata pon, ada aku kisah? last2 nanti korang yang penat..anna habuk pun x effect sebab kita tahu kita di landsan yg betul~ so, ada aku kisah? :p

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...