السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai!!! lama kita xbersua pendapat. bukanlah maksudnya anna sibuk, tidak!! tidak sesekali untuk blog terchenta! haha
tapi....ada idea namun, xdapat diungkapkan :)
kali ini, spesial skit entry ni sebabnya ia dedikasi kepada golongan2 tertentu..bukan maksudnya bias tapi kerana mereka ini telah mengajar anna macam mana nak harungi sesuatu cabaran ataupun dugaan yang sebenarnya besar dengan cara yang sepatutnya..masya-Allah!
sebenarnya, pilihanraya kampus baru sahaja berakhir hari ni. Alhamdulillah berkat sokongan para sahabat dan sahabiah, anna dapat melalui hari ini dengan tenang. kalah menang itu belakang kira. mungkinlah dalam 2-3 minggu lagi akan diadakan pengumuman jawatankuasa perwakilan pelajar yang baru. bukan jawatan yang kita harapkan, tapi kekuatan pihak kita untuk sentiasa melaksanakan t/jawab kepada semua pelajar selagi termampu.. memang anna tanamkan dalam diri anna agar tidak mengharap kepada kemenangan kerana bimbang kalau kekalahan nanti bakal meroboh benteng keyakinan dan mengurangkan rasa infak kepada semua. menang @ kalah bukan titik penentu pergerakan kita. berkat apa yang anna pegang ni, anna bisa melalui perjuangan ini dengan tenang walaupun kurang sedikit peratusnya berbanding prk dulu :)
dan sebenarnya jugak, ketenangan ni bukannya anna capai seorang diri. anna peroleh daripada tiga orang insan yang hebat...hebat dalam pemikiran...nak tau sapa?
1) kak najwa
kak najwa ni senior pend islam sem 5. anna kenal dia bukan kerana dia org utara dan senior yg sama opsyen tapi anna kenal dia kerana atas kekuatan jiwa yg dia bina~ masya-Allah...orangnya kecil, bertubuh genit, manis tersenyum tika kita melangkah menghampirinya, tidak lokek dengan ilmu, sentiasa mengambil ibrah dpd perbuatan sendiri dan orang lain, kata-kata yang terluah sentiasa dengan nasihat dan motivasi...tak pernah mencela orang lain...fizikalnya, mungkin orang bakal mengatakan dia seorang yg biasa2 shj..namun, secara ruhnya, kak najwa sangat senang untuk didampingi. dia tidak mudah melatah.kata2 teguran yang lahir daripada mulutnya seperti nasihat daripada seorang kakak kandung~
teringat lagi apa yang kak najwa cakap masa pengumuman calon jpp
k.najwa : kak najwa nampak anna agak suram tadi masa perkenal diri kat pentas.
anna : ya ka? hahaha...suram jugakla sket..rasa xgembira...
k.najwa : yang dulu dengan yang bakal datang memang xkan pernah sama. kalau kita ditakdirkan berada di dalam yang bakal datang, kita kena terima seadanya.
and i'm crying diam2 lepas apa yang kak najwa cakap tu. memang xkan sama!
anna akui, anna terlalu menyayangi kepimpinan yang lama kerana anna terlalu selesa berada dlm klangan mereka. namun, kita xselamanya berada di zon selesa. she said, kita ni ibarat air mengalir yang dihalangi batu2...sekuat mana pun batu tu untuk menghalang perjalanan kita, kita tetap perlu kuat..lebih kuat daripada batu kerana kita adalah sumber kepada orang ramai! subhanAllah! kuatnya dia! dan bersama-sama kak najwa, anna belajar untuk menjadi lebih kuat dan tenang :)
2) kak sakinah
kak sakinah a.k.a. kak kinah ni ex s/u agung jpp. kak najwa naib dia. dorang rapat. personaliti yang sedikit berbeza. di sisi anna, kak kinah seorang yang sentiasa berfikir dan bergrak.ekstrinsik. aura kepimpinan dia boleh dirasai oleh sekeliling. mgkin kerana pengalaman yang dia ada selama ni.
pada malam kitorang jumpa, 1-2 ari b4 hari mengundi, anna menangis depan dia. anna tak kuat untuk bersama org lain. anna nak kepimpinan dulu. walaupun anna tak tahu adakah anna masih akan menjadi seorang jpp atau tidak, anna sudah merasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal kami lalui kerana anna merasakan ada konspirasi di sebalik calon2 yang bertanding. wallahu'alam. sebahagiannya anna tahu niatnya. Alhamdulillah, niat kami seiring. namun ada juga yang mencalonkan diri kerana kepentingan organisasi. semoga niatnya diperbetulkan. dalam tangisan tu, kak kinah pesan supaya anna sentiasa belajar dan kuat. sama macam kak najwa, dia tenang ja.dia tidak cepat menilai sesuatu berdasarkan luarannya. anna belajar tu daripada mereka berdua.
kak najwa + kak sakinah = najwa sakinah :) |
3) kak yang
ni kakak kandung anna..dia sempoi je..bila bagitaw anna btanding jpp. dia cakap,
k. yang :bertanding pulak? ikutlah adik..selagi mampu
anna : tapi adik takutlah dengan study
k. yang : dah tu masuk buat apa?
anna : xboleh la kalau dok saja xbuat apa2
k. yang : dah tu oklah, dah masuk bertanding dah. xpa aih...dlu ok ja
anna : tapi dulu foundation ja...skrg dgree dah
k. yang : sama ja..tetap kena belajar. insya-Allah xdak apa2..pandai2 bahagi masa
yang tu je dia cakap..tapi kesannya mendalam. phrase "pandai2 bahagi masa" tu sgt berguna kerana semua kakak anna akan pesan benda yang sama kat anna coz dorg tawu adik dorang camna. tapi dorg xpernah paksa anna utk buat apa yg anna xsuka dan xpernah halang minat anna. sebab tu anna xdak rahsia dgn dorg..zero! Alhamdulillah~
tu shaja cerita tentang kakak2 ni..dorg orang yg hebat.senang nak jumpa tapi susah utk nak ambil ibrah kerana hati semua orang xsama :) hanya yang ikhlas dan bersedia akan merasainya
kak yang + mak <3 |
kitorang! <3 |
No comments:
Post a Comment