بسم الله الرحمن الرحي
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
bermula hari ni dengan penuh kesejukan..oohuu..hujan, sejuk sgt!! sampai ke tulang hitam, namun Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan xsampai ke petang, langit cerah sekejap..*xjadi pepatah la pulak* :)
kelas yang tidak padat pada hari ni membuatkan anna dapat menarik nafas lega buat seketika cuma...tapi lepas tu, tuntutan amanah membuatkan anna melangkah menjalankannya.
sempat di dalam kelas, anna berbicara dari hati ke hati @ otak ke otak dengan beberapa orang sahabat termasuklah seorang sahabat muslimin yang buat anna kagum dengannya. daripada perbincangan kami tentang program kelas sehinggalah masuk tentang ukhuwah dengan para sahabat di asrama dan luar asrama.
penceritaan dia tentang keakraban dia dengan beberapa orang yang anna kenal sgt mengagumkan kerana mereka saling mengambil-berat antara satu sama lain agar setiap wadah yang mereka bawa dapat dirasai oleh semua yang sefikrah dengan mereka! Fikrah!!! ya, sangat penting untuk sama fikrah dalam berukhuwah kiranya~
bila bertanya kepada kami dibahagian muslimat, anna malu untuk mengaku kami terlalu rapat seperti adik-beradik dengan para senior. anna sendiri akui anna tidak terlalu rapat dengan sebahagian senior dan kalau boleh nak elak daripada jumpa mereka! serius!!! sebab? sebab, kalau jumpa diorang ja, benda first diorang tanya, "anna ada masalah ke? xnak la macam ni...." wah, selalu sgt!! bukan selalu sgt, memang macam tu pun...agak2nya memang diorang ditarbiah utk tanya soklan mcm tu kot mula2...huhu...kalau jawab xda masalah, dia tanya lagi kenapa masam? uish, aku xmasam la!! sila tgk balik soklan kalau nak kata anna masam..ingat bila ada masalah je ke org pegi program agama dan join usrah?! xchill lgsung!
duli dalam usrah, anna selalu dihidangkan dengan perkara yang berat-berat dan diminta beri pandangan walaupun anna xfaham habuk pun ttg perkara yang dibincangkan..adil ke?! kan dah cakap tak tawu, bagi la penerangan. kadang-kadang cakap salah, xcakap kata ada masalah..xfaham dengan dunia ni!
krik...krik...krik...
mesti akan yg cakap anna ni xpandai nak masuk dengan orang an? hmm...memang la korang...anna xreti nak masuk dgn orang yg pilih jenis ni..biasanya anna terjah sesapa...tapi pernah sekali tersilap terjah..uhuk3..berjanji tidak akan terjah lagi....
sahabat, orang tudung labuh bukan kawan dengan orang tudung labuh je...
kawan dengan semua orang...kita ni bersaudara...
kita kawan denga si fulan bukan hanya kerana dia sama pemikiran dengan kita, kita boleh masuk dengan dia ataupun bila kita bersama dia ja, kita rasa ilmu kita di level yang sama...tak! tak! tak!
cuba bukak pemikiran kita yang jumud macam tu..sampai bila pun kita takkan capai usaha dakwah dan tarbiah kerana orang yang perlukan pengislahan dan tarbiah adalah orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, kalau kita tak mendekati dia, sampai bila kita nak berjaya islahkan dia? betul x?
ni pendapat anna yang dhaif ...yang selama ini di'avoid' oleh segolongan masyarakat yang takut mereka diracuni oleh anna...haha..lawak3! umor je meningkat tapi pemikiran semakin pedalaman~
ada je senior2 yang baik dgn anna dan kata2 dorg berjaya meresap hati anna..perlakuan mereka berjaya menjadi teladan buat anna dan pergaulan anna bersama mereka xpernah dibatasi oleh faktor aliran pemikiran yang berbeza kerana dorg amek lgkah adapt seseorang dgn apa adanya dia sambil baiki...
ini takk...ada jgak yang nak kita ikut cara dia 100%...xconsider jenis orang langsung...hello, jenis macam anna ni slow2 skit nak jadik muslimah anggun dan berbudi bahasa persis gadis melayu...anna xboleh..bukan xcuba tapi xberjaya..let me be me~
anna paling lemas dgn orang yang suka tunjuk lemah dan muka kesian sedangkan pada masa yang sama dia sedang merencanakan sesuatu buat kita...fokus tarbiah dia memang utk kita dan terang-terangan dinyatakan nama depan orang ramai! oitttt, kalau anna yang buat kat awak macam tu, apa rasa? ok..anna xpernah rasa macam ni, tapi sahabat2 anna pernah merasa,..dan anna turut terkena tempiasnya..cubit paha kiri, paha kanan pun terasa, sis!
dan bila dia rasa kita tak dapat ditarbiah lagi, dia terus abaikan aje kita...dan fokus pada orang lain...lau macam tu, orang yang biasa menerima tarbiah akan terus ditarbiah dan yang kecundang ni akan terus rebah dan mati...jgn nak harap dapat bina anak muda nant kalau kita terus-terusan macam tu!
anna xmengharapkan proses tarbiah yang menekan..anna cuba pinta daripada para senior agar diberi layanan sama rata antara satu sama lain..ya benar! kadang2 kami ni jenis happy go lucky tapi jgn uji dgn psikologi..kdg2 kami meletup jgak...xsemestinya yang dah lama belajar akan mahir selagi ilmu tak diamalkan tapi yang permulaan tu walaupun lmbt tapi dia faham dan amalkan tu penting~
Allah Maha Mengetahui...Dia yang membolak-balikkan hati kita...hati yang dibolak-balik lebih cepat daripada air yang sedang mendidih..percayalah :(
ouh....xlupa sekalung penghargaan kepada naqibah saya sekarang yang sporting, kak hafizah...ahli2 usrah yang best2 :)
akak2 bukan usrah yang berjaya tarbiah saya, kak najwa n kak ain :)
mekasih kerana byk bantu kanak2 riang macam anna ni ha...dan ajar erti husnuzhon~ :)
p/s: coretan kat atas ni ada kaitan dgn yg hidup..amek yg baik, tinggalkan yg buruk :)
OF KOS LA, PRINCESS PERFECT akan sentiasa baik di mata orang lain..dan MISS FANCY akan bermasalah di mata mereka juga....tapi antara princess perfect dgn miss fancy, sapa lebih easy to get tarbiah dan mudah bergaul? pkir2kanlah...wallahu'alam :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment