السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai, semua!
ari ni nak cakap tentang bola..ha'ah, bola!
![]() |
| boal tu bulat kan? :) |
dok kat kelantan ni, anna merasakan rakyat kelantan sgtlah taksub dgn bola. kenapa ya?
hahahaha
semalam, masa nak balik dpd kota bharu, kami naik prebet. pak cik prebet ni diam je..tapi bila kak nad cakap tentang bola, tetiba dia nyampuk "minak jgop ke bola ni?"...
ouh, bila cakap pasal bola bergegar-gegar..percaya lah! kelantan boleh cuti sebab team negeri dorang menang je!! haaaaa!mampu?
kedah je kedekut cuti..opsss...ampun tuanku! :(
ibrah dpd bola yg anna dapat...
kerana bola itu bulat, ia boleh menyatukan dan memperlaga-lagakan...
benar!
seperti kehidupan juga.
kehidupan ini ibarat bola yang bulat.
kadang2, ia menyakitkan dan kadang2 ia menceriakan.
mungkin yang sakit tu berada di kedudukan 180 darjah dan yang menceriakan berada dalam 185 darjah.
bila ia menggolek, kita akan merasai semua bahagian tapi bukan pada masa yang sama. percayalah!
dan setiap yang berlaku, senang kita cakap..ada hikmah disebaliknya, kan?
memang benar sesiapa yang berkata sedemikian, namun sejauh mana kita mengambil pengajaran dpd hikmah yang Allah SWT tetapkan buat kita? tu je nak cakap
daripada bola jugak, anna boleh cakap ia mcm persahabatan...
bola yang bulat tu merupakan circle cinta seorang sahabat kepada sahabat2 yang lain..
cuba bayangkan kalau dalam bulatan tu terdapat ramai sahabat2 yang tidak kita kenali namun, berukhuwah bersama. dalam masa yang singkat, cinta akan tersebar akibat dpd bantuan orang lain kan setelah kita pass2 kasih-sayang? sebab tu bola itu bulat~
pembalasan dalam hidup ini pun macam bola.'
kalau hari ni kita buat jahat pada orang lain, msalnya mencuri..mgkin esoknya kita dicuri juga atau diberi pembalasan yang hampir sama. itu janji Allah SWT.
oleh kerana bola itu bulat, maka berhati-hatilah ketika menyepaknya. bimbang ia kembali kepada tuan bila melantun. na'uzubillah~ :)
