السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
entry yang kesekian kalinya dapat diterbitkan. Alhamdulillah. mungkin tidak bernilai di mata insan lain, namun ia mungkin bernilai buat anna. moga ia dipandang di mata Allah untuk pembangunan insan di luar sana.
anna terkesan untuk memilih tajuk ini kerana baru sahaja selesai berewang (versi kelate) di walimah abg kawan anna. tapi sebelum tu, nak ubah sat. rasa mcm dok cakap formal dari tdi. ahaha. opss.
okeyh. flower girls baju sama k.ahaha |
well, balik kepada perkongsian.
anna pernah bersembang2 dengan mak & kakak. daripada perbualan bersama mereka, anna tersedar bahawa usiaku sudah 20++ tahun! arghhh. cepat waktu berlalu. rasa macam baru je masuk sekolah menengah. ari first masuk asrama yg dihantar mak & ayah. huhu.
tiba2 lah terkeluar cerita daripada kakak yang diri ini dirisik oleh saudara ayah. oh, how fast news spread! ahaha. well, keep calm & continue reading.
at that time, i was clueless bcoz the mother (mak cik tu la) was ready utk 'sarungkan' ring at any time if i agree. ouh, she doesn't know me maybe! hmmm.
my sisters were laughing till death looking at my expressions. and like LOLs for them.
luckily, mom & dad xsetuju sebab terlalu rapat sgt hubungan kekeluargaan. yet, i'm grateful for having them as my parents. they understand my needs. ahaha..
*tu lah kau, suka sangat pegi mkn kenduri pastu berbual2! org ingat kau dah tua!
they just know my parents. i admitted that my parents memang bagus dgn family dorang. mungkin atas dasar kepercayaan dan generosity tu dorang ingat my parents' daughter which is me is going to be a good menantu! ouh. bukan tak baik sebenarnya, tapi tak bersedia lagi.
mak ada tanya whether nak terima @ tidak. but, she insisted me to think wisely because i've so many commitment and flaws. well, i'm not rejecting.*yet sounded that i rejected coz i never know her son. mak cik tu anna pernah jumpa lah and sembang2..ahaha* but i suggested that 'mak cik' should find someone else for her son because of several things.
first, our background and life style is not the same.
nak cari isteri perlu sekufu. anna orang kampung. anak2 mak cik tu dah biasa hidup cara bandar. tidak mahu berlaku pertikaian nant. well, macam mana nak hidup bawah satu bumbung kalau sorang makan ulam, sorang makan chicken chop. i dont think it suits me. walaupun anna orang terpelajar dan biasa bersosial, kebiasaan menjadi anak kampung membuatkan anna lebih selesa makan ikan kering daripada pizza. wah!
second, hanya berpaksikan ibu bapa.
bukan anna kata salah untuk dengan hanya berkenalan dengan keluarga sudah cukup untuk memberikan persepsi keseluruhan terhadap buat satu keluarga. namun, alangkah indahnya jika ibu bapa datang mengenali bakal pasangan anak mereka dan menjalankan sesi taaruf yg syar'ei. dan tanyakan pendapat kedua-duanya sama ada setuju atau tidak dengan perancangan ini. bagi anna, Alhamdulillah mak dan ayah tidak setuju kerana faham dengan masyaqqah (kesulitan) yang anna hadapi. kadang2 bukan kerana anak-anak cantik atau laku menyebabkan orang masuk meminang, namun kerana akhlak ibu bapa yang telah menutup keaiban kita sebagai anak2. allahurabbi...terasa kerdil diri.
ketiga, komitmen lain.
sebagai wanita (ehem3), fokus pertama yang selalu anna dengar ialah mengimpikan kehidupan berumahtangga yang bagus. mungkin ya bagi golongan majoriti. namun, priority comes first. wanita perlu bijak membahagikan peranannya sesuai dengan zaman. sangat tidak relevan untuk wanita pada zaman ini masih duduk terceruk di ruang dapur sambil memegang senduk kuali tanpa mengetahui cukai GST akan dijalankan. nah, mahu jadi suri rumah, jadi suri rumah yang power! tulang belakang buat suami! jasad di rumah, namun minda kita biar mengembara seluruh dunia! itu baru betol powerful housewife!! as a student, i need to finish my study dulu. and as youngest daughter, i've to cheerish my parents first. apa yg diorang redha tu lah apa yang anna akan buat. mudah konsep.
keempat. sudah punya pilihan.
ahaha. tentang pilihan ini, segan untuk mengulas panjang. anna yakin ramai wanita diluar sana bimbang untuk menjawab soalan sama ada sudah berpunya atau tidak. semahunya jujur buat diri sendiri. anna sendiri sudah punya pilihan. pilihan tidak dalam konsep pernikahan bukan. untuk sambung belajar juga satu pilihan yang telah kita lakukan. biar bijak itu bertempat. cukup sekadar memberitahu kita sudah punya pilihan. sama ada pilihan untuk pernikahan, pendidikan atau pekerjaan tidak perlu ditimbulkan persoalan itu kerana masing-masing punya hak untuk merancang. biar Dia yang menentukan. kenapa kita suka ikot campur dalam urusan-Nya?