Saturday, 27 February 2016

"awak tak rasa rimas ke ?"

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

it was weekend.
and a yihaaaa for me.
though there was a leadership camp for me to handle.
haha.

after a hectic week, didn't you feel miserable for having another job waiting with the little monsters (oooopppsss...cutie pieee)?
hihi.
indeed, yes for me.
at the earlier.
but later, it was my choice.
so, what's else? enjoy it.

kat sekolah, buat rancangan mengajar, got to teach them, jaga students, kelas ganti, kokurikulum, majlis sekolah, and the top of the worst is....KENA BUAT KERJA GURU BESAR!

yeah, PRACTICUM TEACHERs (which is me and another practicumate) did HEADMASTER's JOB.


teaser 1 :)



uhurm.

okeyh. he was new. appointed with zero experience becoming a primary school teacher.
i guess i can accept the reason of why he cant do speed speech. because of he never been in a primary school.

tapi yang aku tak boleh terima dia suruh kami buat kerja kursus dia???!!!
hoihoi.
what the fish?

guess what?
WE DID HIS JOB. *sigh*


i dont prefer his manner. dia sangat meminta kami siapkan semuanya sehinggakan kami merasakan dia memaksa.
and a denial is not allowed.

you think is it fair?
huh.

so, as i complete his job, i asked for a return.
hehe.
bukan wang ringgit (sebab gb kedekut. tak pernah belanja kami pun sekali. dan dia pun mengaku.)

"cikgu, saya siapkan kerja cikgu ni, so saya nak mintak sesuatu?"
"haaa? apa tu? jangan mintak duit la. saya tak boleh bagi."
"oh tak. saya nak minta saya dibenarkan pakai niqab sehingga ke dalam kawasan sekolah. saya tak boleh buang niqab semasa sdang drive. dan satu lagi, masa majlis tak formal, i mean bukan semasa waktu sekolah, saya minta kebenaran pakai semasa bertugas."
"boleh,.cuma jangan pakai ketika mengajar dikelas sahaja."

ouh it was that simple. rupa-rupanya berita yang cikgu2 lain cakap perihal gb tak bagi aku pakai tu sengaja diada-adakan.
ermm.
i dont know why they acted like that.

teaser 2 :p

tak tahu kenapa dorang tak suka tgk org berniqab. pelik jugak tu.

cuma yg aku pelik tu gb tanya, "awak tak rimas ke pakai niqab?"
i think smile is the best answer that time than  an explanation.



Wednesday, 3 February 2016

Tembak J.O.D.O.H. Dari Jauh! [1]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

awak semua. nak kempen ni...

kempen tembak jodoh dari jauh! biar pecah berderai, terbelah hati, terpesong kaki, terpusing jiwa, terbelah raga!
haaaaa. macam tu sekali!

amboi, banyak betul tanda seru! (dulu cikgu cakap lepas perkataan wah, amboi, hai apa semua tu kena letak tanda seru! aku cuma nak jadi anak murid mendengar kata)

*senyum*
just my two cents.
ni pendapat budak tahun akhir.
yang nak grad hujung tahun ni padahal.
yang rancangan pengajaran hariannya masih banyak salah.
yang hidup bujangnya bersama #makayah belum puas.
yang amal ibadatnya masih koyak rabak.
yang imannya macam kulit kentang.
yang ilmunya tipis macam sehelai kulit kitab kuning.
yang penawar hatinya baru di kulit hadapan.
yang benih ugamanya masih helaian mukaddimah.
yang jauharahnya masih sepipi.
yang anak kunci sorganya masih tenggelam timbul.
yang matla'al badrainnya masih berselang seli.
yang muhimmahnya entah ke mana.
yang katanya separuh nyawanya masih ke laut.
yang namanya aku.

yang katanya aku ini, nak berkempen perihal jodoh.
orang bujang bercakap pasal jodoh tak pelik.
sebab perdana menteri pon boleh bercakap perihal derma yang dipulangkan, apatah lagi hal jodoh ini.

kaitan?

tak dak. saja nak panas line. *widesmile*

mai sini.
nak merapu yang berilmiah sehalaman buat yang sudi nak muntah dihujung pembacaan nanti.
*senyumlagi*

kamu orang, kalau sudah tahun akhir mesti kalut pikir perkara berikut:-
> FYP ni macam mana? (takut kena reject)...kitorang cecikgu (baca: insan yang selalu kena hentam) ni panggil kajian tindakan.
> nak travel mana lagi yg best?
> nak move on mcm mana dgn kawan2 sengal yg ada ni?
> posting kat mana atau kerja apa nak buat nant?
> macam mana nak survive hidup ni kalau posting atau keja lambat?
> mana nak buang (baca: kosongkan bilik) bahan2 tidak semenggah yang selama ni bersama kita susah dan senang ni? ya laaahh. berlambak barang kat asrama kot 5 tahun 1/2 sini.

dannnn....
> jodoh pergi mana tuuu?!

no offence buat sesiapa yang rasa terpalit. *senyumpalingikhlas*

so, today im gonna talk about that last piece of own imaginative question.
"JODOH PERGI MANA TUUU?!"

chill dulu semua orang.
tak berat topik ni.
tak senget bahu lagi.
ni topik panas dalam kalangan budak final year.
FINAL YEAR SYMPTOM.
not all, but most of us.

sorang kawan aku merisaukan keadaan dirinya yang belum lagi 'terlanggar' jodoh ketika masih belajar.
well, semua orang dah pakai hardisk and pendrive.
susah nak jumpa student yang bawak buku tebal2 pi kuliah.
tak payah nak buat langgar sangat la.
selain daripada dapat dosa free pegi langgar yang bukan muhrim, hardisk @ pendrive tu pun berkemungkinan masuk longkang.
engkau sekaliii... jangan harap nak sweet2 time tu.
dalam hardisk @ pendrive tu entah2 ada FYP dia, dia lanyak je ang satgi.
zaman dah berubah, jadi move on laahh.

ok. cerita kawan aku tadi.
pastu dia cakap ada orang kenen2kan dia. tapi dia tak berkenan.
dia kata dia tak layak untuk budak tu.
belajar pandai la.
lepas rumah jauhlahh.
ewah, satu negeri sahaja kot. lainlah kalau kau malaysia, dia tu papua new guinea! *over*

pusing punya pusing, at last dia cakap, "pompuan tu tak cantik sebenarnya."

kau boleh bayang reaksi kami perempuan tiga empat orang dengar dia cakap macam tu setelah banyak alasan dia bagi??
*berdekah*
love is a gamble.
kau cantik kau menang.
nafsu.

aku memang out dengan orang yang mintak tolong cari pasangan tapi sebenarnya dia punya taste macam heeeeerrrrmmmmmm.
nak yang cantik, sweet, kurus kering, bergaya up-to-date, dan sebagainya.
kau nak bidadari?
jadi, mati syahid!

aku dah lama move on dpd jadi orang tengah ni.
tak lalu nak menghadap insan-insan permintaan ali baba ni semua.
kerjaya sampingan aku sekarang, penasihat pra perkahwinan.
*senyum*
mabruk kepada pasangan yang berjaya.
biar aku single lagi pun.
janji aku berkeinginan tolong orang.
kau ingat senang?!
*marah! eh...taklah..*
engkau tolong orang nanti Allah tlong engkau, tak pun, dia tolong mak bapak engkau, keluarga engkau..haa.
Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui sohabatt sekalian!!
*eceh..semangat*

ok. berbalik kisah jodoh ni.

tahun akhir ialah tahun mencabar.
tahun ni lah pelbagai benda perlu difikirkan.
selain nak tamat belajar dah, insan-insan macam aku juga nak la posting awal, inshaaAllah! doakan kami.
dan tidak terpengaruh dengan cerita JODOH.

orang kata , kalau dah jodoh tidak ke mana.
ramai antara kami bertanya, masalahnya jodoh di mana??
*senyum*

dulu, aku dengar senior aku buat keluhan time dia di final year.
sebabnya jodoh dia tidak kesampaian lagi.
tapi time tu taklah jerebu macam sekarang ni.
sekarang jerebu la, pembakaran terbuka la, lagi susah nak jumpa jodoh.
*berkekek*

waktu tu aku dengan tenangnya cakap, "sabaq kak, jodoh ni Allah tetap dah. lambat atau cepat ja. kalau cepat tu rezeki, kalau lambat pun rezeki jugak. Allah nak bagi kita dok dengan mak ayah lama sikit la tuu."
amboi, junior nasihat senior. kau agak? haaaaaaaaaaaa.

sekarang aku faham kenapa akak tu macam tu.
sebab aku ni dah final year.
ramai kawan aku dah berpunya. (i mean terikat. cara macam mana tak tahu. jangan tanya. malas nak korek)
ramai yang dah bertunang secara adat.
ramai yang dok tayang cincin kat jari.
ramai yang dok hulur kad la, invite event la kat fb.
ramai yang dah baca doa halau jin syaitan niii.
ramai yang pandai pakai sedondon ni.
ramai yang dok update status 'terima kasih zauji, habibi ya maulana' nii.
ada jugak yang dah beranak, ada baby.
ada anak ni part paling aku tak tahan ni.
buat naluri keibuan aku tersentuh.
*keibuan utk anak orang*

so, "macam ni rupanya rasa tu."
haha.
it was like zaappppp!
mana nasihat maha anggun kau dulu?
mana sabaqnya itu?

*senyum*
sikit Allah uji.
hadirnya bayangan lelaki.
berasa kadang dihargai.
Allah tarik balik rasa tu.
rupanya Dia nak perhati.
sejauh mana kita mampu berdiri utuh memegang kata-kata sendiri?
Allahu.

rupanya kita ini yang memberi nasihat juga tak kuat mana.
bercakap juga tidak serupa bikin.

agah kuat aku bercakap nak kahwin umurnya nanti 27 tahun.
yakin aku akan hidup sampai 27 tahun?
berlagaknya aku dengan Allah.
tolong buat kerja Dia.

impiannya aku tak nak kahwin dengan cikgu.
leceh. sama profesion. nanti tak berkembang.
tidak sedar, aku bermula dari guru.

riaknya nak cari suami hidup dalam perjuangan.
belum mampu untuk aku sendiri menginfakkan apa-apa dalam medan ini.

nak cari suami yang stabil. tak nak yang baru nak bina kehidupan.
padahal, aku baru bertatih.

saat ni tersedar, siapa pon jodoh itu, biar datangnya dengan cara terhormat, diiringi usaha yang bermanfaat, mempunyai wawasan yang bermatlamat, membina impian perjuangan dalam syariat dan sama-sama bertatih membina ummat.

siapa pon dia, cikgu atau pekebun, seorang pejuang ummah tegar atau masih bergerak mencari wadah perjuangan, stabil ekonomi atau berminat membina kehidupan bersama dan mungkin hadirnya disaat aku masih belajar atau sudah membina kerjaya, biarlah caranya bersyariat.

ramai yang masih mencari dan menangguk rasa.
seolahnya hidup dengan ibu ayah tidak bahagia.
3,4,5 tahun membaja cinta, hancur ditengah jalan.
tandanya Allah sedang menjaga kita.
mencintai dengan sepenuh rahmatNya agar kita cukup sekadar itu bercengkerama.
usia yang bersisa semoga untuk jalanNya.
mudah sifir ini.
yang buat payahnya, sama ada engkau tahan atau tidak.
mampu ke tidak?

jadi,
jom tembak doa dari jauh untuk siapa pun bakal separuh nyawa kita.supaya yang hadir itu mencintai Allah dan Rasul sehingga kehujung nyawa.
supaya yang hadir itu mengasihi ibu bapanya sepenuh jiwa.
supaya yang hadir itu menyayangi ibu bapa kita seutuh cinta keduanya buat kita.
supaya yang hadir itu  bertepatan dengan masa dan rasa.
supaya yang hadir itu mencintai sakinah, mawaddah dan rahmah.
supaya yang hadir itu mampu membahagiakan.
supaya yang hadir itu bukan yang membebankan.
supaya yang hadir itu berkeinginan berkongsi semuanya dengan kita.
supaya yang hadir itu mahu kepada ilmu dan perjuangan.
dan supaya yang hadir itu kamu.
ya kamu! kamu yang berusaha mencintaiNya!


dar jauh, aku tembak doa biar pecah berderai semua nafsu yang membebankan! bermula langkah penuh pengharapan!


p/s: jangan muntah bagi siapa yang baca. post ini adalah ditulis saat 'aku' masih waras. maka aku ungkaikan setiap kata buat mereka yang ingin membaca dan memahami. selamat menembak doa. dan satu lagi, memang mainan syaitan nak suruh kita fikir pasal jodoh masa time belajar ni. nak bagi kita lalai dalam pelajaran. so, take it easy. DOA!







Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...