Sunday, 15 May 2016

pakaian sorga

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai semua!

sihat?
ok. kali ni xmau dah emosi-emosi.
positif! positif! positif!
baca al-Fatihah banyak-banyak.
rawat hati.
*kata pada diri sendiri*

:)

baik.
tengok tajuk pun lain maciiiiaam je ni.
apa pakaian sorga pulak ni??
hihi.
kita pergi satu-satu ya.
:)

satu hari jalan kat mall.
kita tengok macam-macam jenis orang.
macam-macam ragam.
macam-macam stail.
macam-macam fesyen.
dan sudah tentulah macam-macam muka kan?
^_^

pandangan pertama kita akan melihat fesyen atau stail depa.
dan apa akan kita katakan?
physical appearance describe our personality.
yeah.
memang typical manusia.
it was me.
sebelum saya basah dengan tarbiyah.
mungkin jugak sekarang apabila iman goyah.

kita pandang yang pakai ketat, singkat, padat itu jauh dengan Tuhan, tak kenal Allah, tak baca al-Quran, tak mahu cari tarbiyah.
dan sebaliknya kita memandang yang bertutup sempurna itu, soleh, solehah, baik, sempurna akhlak, cinta Rasul dan Tuhan.

any objection?
ok.
jangan melatah lagi.
baca sampai habis.

aku tidak ada objection pada kedua-dua pernyataan yang telah aku lakukan tadi.

sebab?
baik.
sebabnya seperti berikut :
1-pakaian adalah perlambangan personaliti kita. kalau betul kita sayangkan agama, cinta Rasul dan patuh syariat Allah, kita akan pakai seperti apa yang disarankan di dalam al-Quran.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)
 2- sebagai umat Islam, kita perlu sedar fitnah yang dibawa kepada Islam sekiranya kita menunjukkan akhlak yang tidak baik. Misalnya, seorang islam membunuh bukan Islam, sudah tentu yang dilihat Islam itu agama yang ganas dan penganutnya juga pengganas.  so, we are the reflection of our deen.

3- sesuai dengan adat ketimuran kita dengan berpakaian sopan ni akan menunjukkan kita lebih bertamadun. see? pakai terdedah sana, terdedah sini...itu tak sopan kawan. kena jaga. sebab apa yang ada pada kita berharga. hanya yang halal sahaja boleh tengok.

4- saya tak cakap bahawa nak nampak baik, jadi baik, kena pakai pakaian menutup aurat sahaja. lepas tu akhlak ke laut. T_T.. hampeh.
NO! akhlak kena jaga seiring dengan pemakaian. ok lepas ni ulas.


                                           ************************************

ok.
kat atas semua tu adalah kepentingan kita menutup aurat dengan memakai pakaian yang menutup aurat.
macam mana pakaian menutup aurat?
pakaian menutup aurat ini ialah pakaian yang dapat melindungi, menutup dan menjaga anggota badan kita yang haram dilihat oleh bukan muhrim secara baik dan tidak berlebih-lebihan dalam berhias.

see.
pakaian menutup aurat ni bukan baru pakai tudung bulat, tudung labuh, jubah baru nak kata tutup aurat.
cukup engkau pakai pakaian yang longgar, tidak jarang, tudung yang menutup dada dan melindungi anggota aurat yang lain.
ringan dah Islam bagi.
kita nak dengan tak nak sahaja.

habis tu, yang pakai tudung labuh macam telekung, jubah macam baju kelawar, purdah, niqab tu? tak ke melampau-lampau?
:)
itu pilihan bersebab.
dan pakaian yang labuh, menutup dan longgar-longgar tu adalah pakaian yang lebih baik.
bergantung kepada niat.

personally, aku tak suka ulas kenapa memilih untuk memakai tudung labuh, niqab semua ni.
kalau ditanya reason aku pun, aku tak tahu nak jawab ikut skema yang macam mana.

aku biasa melalui zaman tak pakai tudung depan bukan muhrim sedangkan aku dah baligh time tu.
aku tak pakai tudung depan abang ipar aku dulu sebab masa dia kahwin dengan kakak aku, aku baru 6 tahun.
can u imagine macam mana nak berubah pakai semua tu bila kau dah umur 13 tahun baligh nak pakai tudung tutup aurat segala?
nasib baik abang ipaq aku supportive. tak gelakkan aku. when i changed, everyone was pleased. so it's okay.

aku pernah ada zaman pakai hoodie sahaja. zaman jadi atlet, redah je pakai baju tangan pendek, ikat hoodie kat kepala, main netball. pastu lari 100m. terkejut sekali pergi tournament, yang jaga garisan tu jiran aku! maunya tak kena cerita kat mak ayah. lepas tu, baru aku ada pegangan.

aku ada zaman pakai bawal nampak tengkuk leher segala bagai. zaman nak nampak cun. padahal kelaut.

dan aku ada zaman pakai tudung labuh dan tudung bulat unconsistently. masa sekolah menengah dulu. kat sekolah tudung labuh, kat rumah tudung bawal. panas katanya.

mak ayah aku bukan jenis "kau pergi tukar sekarang!". tak. mak aku jenis tunjuk dan buat. dia buat dulu kalau nak anak-anak buat benda baik. contoh dia nak suruh kami baca al-quran. dia akan baca dulu lepas solat dan baru dia panggil kami baca talaqqi musyafahah depan dia untuk dia tegur tajwid dan bacaan.

ayah aku pulak bukan jenis pakai libas ja. kalau ayah aku nak tegur, dia realiti sikit. ada satu hari dia nampak ada budak perempuan pakai jeans ketat, dia cakap "ayah tak suka tengok anak-anak ayah pakai seluaq ketat-ketat. kesian kat ayah kena tanggung nanti." iyalah semua perempuan. naya ayah aku.

zaman-zaman tu semua dah berlalu dah. :)
zaman dah berubah.
dah tua dah.
dah sedar diri inshaaAllah.

dan perubahan tu bukan senang. kau pick je pakaian dan kau berubah. serius tipu.
tak ye sohabat-sohabat.
kau kena consider beberapa perkara penting seperti :
-ketahanan fizikal menghadapi cabaran
-ketahanan mental nak menjawab
-ilmu yang dimiliki
-kesesuaian dengan persekitaran

dan wajar jugak aku cakap setiap orang deserves a second chance. boleh berubah, berubahlah.
dan berubah jugak bagi yang dok memandang orang lain dengan pandangan sinikal tu.
engkau kalau dah pakai cantik menutup aurat, tapi pandang orang lain dengan pandangan sinis tu, tak kemana.
teruk kita daripada dia.
kita bukan Tuhan nak judge perbuatan dia.
doa biar dia berubah.
dampingi dia. ajak dia. buat dengan dia.
bukan buat assumption.
dia mungkin ada sebab kenapa dia pakai macam tu.
kita tak tahu jangan nak memandai.

aku tak cakap pakaian aku tu pakaian syurga.
tak.
kalau setakat pakaian tu adalah pakaian syurga tapi akhlak macam hermm, tak ke mana jugak.
biar apa yang kita pakai tu betul-betul melambangkan siapa kita.

bagi aku yang berniqab ni, kalau pakaian syurga yang orang canang-canang ini membawa fitnah kepada Islam apabila aku yang pakai, itu bukan masalah Islam. itu masalah aku. aku yang bermasalah. justeru, aku yang kena berubah. bukan Islam.
kalau pakaian syurga kononnya ini buat aku memandang jelik dengan yang tidak menutup aurat, aku yang busuk hati sebab aku juga pernah melalui zaman-zaman begitu sebelum zaman aku kenal tarbiyah.
aku lagi teruk daripada mereka yang tidak sempurna menutup aurat.
pokonya, bagaimana kita yang memandang dengan pandangan syurga atau neraka.

dan ekstrem sekali lagi, lelaki kalau nak memilih wanita untuk dijadikan isteri.
setiap hari berbondong-bondong berkepit dengan macam-macam jenis perempuan. at the end nak cari calon isteri nak yang solehah, pakai tudung, baju labuh?
ingat ni cerita 'Perempuan Lindungan Kaabah'?


 ٱلْخَبِيثَٰتُ لِلْخَبِيثِينَ وَٱلْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَٰتِ ۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَرِزْقٌۭ كَرِيمٌۭ

“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu:Syurga)” surah An Nuur (ayat 24)

ahha.
habis tu macam mana kalau ada lelaki yang baik dapat isteri yang dah ditebuk orang lain?
erm. yang tu cerita cinta Allah. Dia yang telah mengaturkan setiap pertemuan dan perpisahan. mungkin perempuan tu dan berubah dan bertaubat. mungkin lelaki tu juga ada kisah silam yang manusia tak tahu dan Allah tak buka pun aib dia. dan mungkin tu ujian Allah untuk dia, nak tahu kuat ke tidak.
kita ni hanya merancang, Allah yang menentukan.
sebab tu kita merancang dengan cita, Allah merancang dengan cinta <3

jadi, dalam setiap doa, selitkan supaya
-Allah beri petunjuk (walaupun kita rasa kita dah baik...lagi bahaya),
-Allah lindungi kita daripada kejahilan,
-Allah jauhkan rasa riyak, takabbur, hasad dan iri hati dari mendekat pun dalam diri kita,
-Allah lindungi orang-orang yang kita sayang dengan penuh rasa cinta dan kasihNya,
-Allah hadirkan orang-orang baik untuk kita sentiasa berada dalam suasana solehah,
-Allah beri kekuatan untuk kita sampaikan ilmu kepada ummah meskipun sedikit,
-Allah pelihara diri kita walau dimana sahaja kita berada dalam apa pun situasi,
-Allah terima taubat kita dan tidak memalingkan cahayaNya daripada kita
-Allah jodohkan kita dengan insan-insan yang kita merasa selamat dan selesa serta terbaik buat kita.

dari H untuk A,
doa saya untuk awak supaya Allah mudahkan urusan kita.
menjaga hati agar tidak merindui ajnabi lebih dari Nabi dan berusaha membina diri untuk ummah.
supaya Dia satukan kita bukan hanya kerana cinta antara kita tapi cinta untuk ummah.
biar ummah menjadi asbab penyatuan kita.
kerana kita tahu, perkahwinan bukan sekadar 'aku-dan-kamu-hingga-syurga', tetapi 'aku-kamu-dan-generasi-kita-sampai-syurga'.  :)

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...