Sunday, 26 June 2016

siapa A ?

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam Ramadhan.

maaf. 
dah 21 Ramadhan baru saya nak ucapkan salam Ramadhan, bulan rahmat, maghfirah dan pembebasan api neraka!
dan selamat mengejar Lailatul Qadr.
InshaaAllah.

bukan senang ya kita nak hadapi bulan Ramadhan ini.
sebabnya kita berhadapan dengan nafsu kita sendiri dan bukannya hasutan syaitan laknatullah.
bayangkan sekiranya syaitan sudah dibelenggu, namun masih berlangsung kejahatan, maka selama ini bukan syaitan melakukan kerjanya, malahan kita telah mengambil alih tugas dia. 
lebih syaitan kita daripada syaitan.
na'uzbillahimin zaalik!

baiklah.
sempena Ramadhan ini, saya berniat untuk membetulkan sedikit salah faham sekiranya ada yang tertanya-tanya gerangan saudara A yang selama ini saya selalu sahaja "dari H untuk A"

H dah tentulah saya kan?
ke ada orang lain nak mengaku dia H?
ok tak terima ya, sebab ni blog saya. 
:)

siapa A tu ya?

A adalah bakal jodoh saya. 
Titik.

adalah nama dia bermula dengan huruf A?
tidak. 
saya menggunakan huruf A sebagai initial jodoh saya kerana saya juga tidak tahu siapa dia dan apakah jodoh saya. 

mengapa A? 
A adalah huruf pertama bagi abjad roman dan ejaan ا juga bermula dengan huruf A dalam tulisan roman. memandangkan saya menulis blog dalam tulisan rumi, wajar saya memahamkan pembaca yang membaca tulisan saya sesuai dengan persekitaran.
A juga menggambarkan dua perkara yang selalu seiring, iaitu AKAD atau AJAL.
yang mana satu sampai dahulu?
jadi kalau ada lagi yang tanya sapa A, saya pun tak tahu. 
adakah jodoh saya dengan AKAD ataupun dengan AJAL.

saya bukan manusia luar biasa sangat sampai tak minat sesiapa.
kan dah cerita.
minat tapi tidaklah sampai saya nak canang satu dunia maya siapa beliau.
cukup sekadar saya rasa saya ada hati dan masih perempuan.

tahu tak bahawa apabila kita rasa diri kita berusaha untuk jaga hati sesudah jatuh hati seiring dengan menjaga imej agama, itu menandakan iman masih membunga dalam jiwa.
maka bersabarlah.
berpuasalah.
dan tunggu saat berbuka.
nescaya nikmatnya akan lebih terasa dengan kejutan.

begitulah A.

dari H untuk A,
saya tunggu awak datang.

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...