Wednesday, 20 July 2016

marriage freak, am i?

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dah masuk pertengahan tahun 2016.
dah tahun akhir.
dah 23 tahun sangat.
dan dah ramai kawan kahwin.
dan bermulalah episod soalan begini :

- saem awok nikoh doh. awok bilo pulop?
- bakpo tak nikoh jugop eh?
- siha gop, nok saem denge sapo la ho, n**** nikoh doh.
- siha tak dop ko hok keney sore?
- siha jual mahal ni. kan?

dan paling teruk soalan aku dapat,
-siha, ang tak laku eh?

WHAT?
:)

ya lah. ya lah. aku tak laku. apa-apa ja lah. 
malas la aku nak layan tafsiran ampa. kalau aku cakap pun, 2 minggu kemudian, ampa tanya balik soalan tak masuk exam tu.

hat paling syoq sekali, ada orang nasihat aku macam ni,
"sanah, ang takleh la jual mahal sangat. nant ang tak kahwin sampai ke sudah. orang lain semua pakat kahwin, ang sorang saja dak. kot ang la cemburu tengok hidup depa ada laki, ada anak."
yang ni nasihat satu.

nasihat dua,
"dok eh, awok bakpo tok sey nikoh laginyo? saem awok nok nikoh doh. awok molek. koho tuo tak dok ore nok. lo ni lah awok nok cari pasangey nak hidup sampai mati. mugo dok ngaji lagi ni kea, mudoh nok cari samo denge kito. jangan jual mahal sangat. awok ni sayo napok jual mahal ni."
guru besar sekolah saya berpraktikum tanya. 

dan pelbagai nasihat yang saya dah banyak kali dengaq.

ni mai sini, chek nak habaq kat ampa semua hat mana baca. 
chek pun tak tau la chek ni laku ka dak ka. tu chek tak pernah ambek tau. kalau ada orang suka kat chek pun, chek buat tak tau dulu. ada la tu jodoh mana-mana. hat dok kata chek tak laku tu, mashaaAllah. tak tau pulak boleh mendatangkan kegusaran dihati dia. :). tak pa la tak laku pun. mungkin Allah dah reserved seseorang yang berjodoh dengan tak laku ni. biaq la tak laku kat mata yang tak sepatutnya, janji ada jaminan buat yang halal. :)

berkenaan jual mahal, memang punn! ingat ni jualan murah kat watson, tesco, ikea apa semua tu ka? penat mak ayah kita jaga kita, depa nak jual tepi jalan pulak. mestilah jual mahal. pilih. :) 
chek nak nasihat balik, jadi orang perempuan ni kena pilih. sebab kita nak cari imam. ketua keluarga yang bakal kemudi rumah tangga kita sampai syurga. biaq semua sama-sama masuk syurga. kalau kita terlalai, dia ingatkan. kalau dia terlalai, kita teguri. chek bukan nak cari suami sahaja. orang nak cari menantu untuk mak ayah, ayah untuk anak-anak, imam untuk keluarga, anak lelaki untuk keluarga. ang ingat senang ka? dan untuk semua ni chek serah kat mak ayah dan keluarga. 

mesti nak tanya pasai apa kan?
yang aku tahu tentang lelaki ni tak banyak. memang ipg ni banyak lelaki. tapi aku bukan stok, "jom kawan!", "jom hang sekali!", "minggu ni lepak jom!", it's weird if i do so. memang tak! melainkan ramai kawan perempuan join dan ada sebab untuk kami keluar. dulu mungkin aku ok sahaja bila diajak keluar, tapi this past years, i was not. i dont really preferred it. 

tak tahu lah apa lelaki nak. yang aku tahu, lelaki mahukan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan betina. so as the girls. kami pun nak suami. and my ultimate reason is, aku mudah penat untuk berkawan kalau takdak hala tuju pernikahan. sebab tu, berkawan aku terbatas. tak payah nak baik sangat kalau dia bukan calon suami, atau tunang kita. malah, jika calon suami atau tunang pun, pasti ada batasan dalam perhubungan. mostly yang approach aku rasa macam aku senang kot nak dapat. sebab tu dia mencuba. malangnya dia tersilap orang. dia rasa semua wanita sama. ada yang bagus cara dia approach. tapi tu lah kan. silapnya dia, dia tak approach mak ayah aku dulu. datang jumpa wali secara terhormat, mana-mana wanita pun akan jatuh cinta tanpa perlu melihat wajah. ah gituuuuuh. tapi jenis datnga tanya kita ni, aku doakan semua orang berjumpa dengan jodoh yang terbaik untuk ampa semua la. termasuk aku. (nak jugak tu haaa.)

sejenis lagi, lelaki yang rasa aku ni spesies terlalu kasihan kot kat aku sampai dia kenenkan aku dengan mana-mana orang. eh, mai sini nak habaq. tak payah lah nak uji aku sampai macam tu sekali. kalau aku cakap tak, memang tak. fitnah macam tu. mungkin aku tak rasa apa-apa. tapi yang dikenen tu macam mana hati dia kan? haish. human being is too complicated. apa yang mak aku cakap kalau hadapi situasi begini, tak dak sapa boleh paksa kita sukakan seseorang. melainkan dengan asbab Allah mencampakkan rasa sayang. jadi biaqkan depa mengenenkan anda, dan buat cool ja. bukan betul pun. eheee. 

dan se lagi, ajal dengan akad ni, aku tak tahu mana dulu nak sampai. aku nak prepare yang mana. so i prepare both sama rata. kalau kita dah berusaha untuk prepare untuk akhirat, bertemu maut, redah sahaja kehidupan untuk bertemu akad. inshaaAllah jalannya Allah mudahkan. sebab panggilan ajal ni tak lambat dan tak cepat walau sesaat. prepare for something undetermined first along with our planned event. inshaaAllah kheir. :)
ni lah benda-benda yang selalu aku kongsi dengan kawan-kawan agar tak terlalu berharap pada dunia ni. anything can happen.


so, kepada ramai-ramai sangat yang jumpa aku, kat luar tanya kenapa aku tak kahwin lagi, nak ja aku bagi baca benda ni. 
dah aku tak payah cakap banyak sekarang. aku kahwn la nant bila sampai jodoh. oloh. banyak soalan teh. mana-mana yang selalu dok tanya tu, kalau tak mai majlis aku, pastu tanya lagi, aiiii memanglah. dah lah kak odah dan abang samad semua menjadi tulang belakang utk si 'marriage freak' ini berkahwin, anda pulak tidak hadir. saya is sedih.

dan kalau terdengar berita aku berjodoh dengan ajal dulu tu, hadir lah untuk kali terakhir menziarah aku. jodoh aku dah sampai la tu. tak mintak banyak, sedekahkan ummul Quran sudah memadai. itu sudah kira jodoh abadi inshaAllah. 

p/s: dah takda initial "dari H untuk A" sebab aku dah jumpa orang yang pandai buat cerita pakwe aku namanya A. kalau A pun, aku tak pernah cerita kat ampa. mak ayah aku uruskan. camtu haaa. 
















Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...