Sunday, 16 October 2016

MAK BAPAK VS SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Haaaaa. Apa hal ni kan? Mak-mak bapak plak. Haha.

Well obviously memang dari awal lagi aku state yang blog aku akan cerita tentang kekeluargaan, perkahwinan, rumahtangga kan…so ampa nak baca, hadap la kan? Haha. I is melawak saja chuols. 
Bercakap tentang jodoh ni (rasanya memang banyak kali dah aku cakap..choi), memang keliling aku ramai yang dah kahwin. Yang tak kahwin lagi pun ramai jugak. Harus la dimentionkan sebab aku tergolong dalam golongan kedua itu awak sekalian. Bernasib baik Allah nak bagi rezeki, ada la mana-mana mamat cekal baca entry ni masuk meminang. Mimpi sangat. 

Entry kali ni aku bukan nak kondem mak ayah atau individu perseorangan Cuma aku nak bagi pendapat. Pendapat okeyh. Nak terima atau tak nak terima itu lain kira. Oleh kerana Negara kita Negara demokrasi berparlimen makanya haruslah aku dibolehkan bersuara kan? Dan sebelum terlambat, tahniah buat rakyat Kelantan dan seluruh jajahan negeri Kelantan kerana sultan kalian dipilih sebagai YDPA yang seterusnya. *tepuk segegar alam*

Semoga pemerintahan Malaysia dibawah beliau mampu membawa nama Islam dengan menyeluruh. inshaaAllah. 

Aku nak cakap tentang jodoh pilihan mak ayah atau pilihan hati. 
Kau rasa? Kau pilih yang mana? Kah3
Gila nak pilih pilihan mak ayah kan? Entah yang dating tu semput nafas, pendek, gemuk, hitam berjelaga atau macam gergasi pulak kan. Kau yang nak kawen, kau la pilih sendiri. Tak gitu? Lagipun, kau tahu la kan taste kau sendiri.nak macam korea ke, Bangladesh ke, Nepal ke, serani ke…eh 
ermmm, tu terpulang. Kita kawan dengan lelaki/perempuan tu, kita kenal la dia macam mana. Susah senang hidup bersama. Cenggitu. Senah tabik spring kalau berani jawab macam tu.

Yang nak kawen dengan pilihan mak ayah pulak cakap, tak pa. hanya jauhari mengenal manikam. Habis manikam kenal tak dengan ramasamy? Tak dak kaitan langsung.haha
syurga tu kan dibawah telapak kaki ibu, jadi mesti kena dengar cakap orang tua. Depa yang besarkan kita, so depa mesti tau apa yang terbaik untuk kita. Moga-moga perkahwinan pilihan keluarga ini till jannah. Hikssss

Tu aku bagi pendapat. Aku nak cakap panjang lebaq pun payah. Pilihan aku selalu tak kena tempat. Dungu. Satgi cakap melampau pulak daripada orang hat ada pilihan kan. Kepoh lebih, habuk tak dak. Yala..aku nak kat dia, risik-punya –risik, dia dah berpunya. hat mak ayah aku nak pulak, aku p tolak. Tudiaaa. Mak aku dok doa sangat jangan bagi aku kawan serius sgt dengan laki, tu laa. Anak dia tak dak perasaan dah. Padan muka aku. Jadi doktor cinta untuk orang ja boleh.  Haha. 

Tapi tak dak hal. Perjalanan masih jauh. Tak risau aih. Banyak benda lagi nak buat. So, berkisar tentang jodoh pilihan mak ayah atau diri sendiri ni, aku rasa dua-dua tak kisah. Janji jalannya syarie dengan tujuan pernikahan. Mak ayah mesti nak yang terbaik kan untuk anak dia. Kita pun mesti nak yang sepadan dengan kita. 

Bukan pilihan mak ayah semuanya tak elok. Kakak-kakak aku semua kahwin dengan pilihan keluarga, Alhamdulillah menjadi walaupun tak semua sempurna. Yalah. Pantai mana tak dilanda ombak. Tapi tak la sampai tsunami. Dan tak salah nak cari pilihan sendiri. Pokoknya mak ayah kena redha dengan pilihan kita. Benda tak susah tapi agak sukar. Bab kahwin ni jangan ikut nafsu dalam pemilihan pasangan. Tengok logik dan pendapat orang lain sama. Takkan ada ahli keluarga yang nakkan kemusnahan untuk kita. Contoh kak aku yang gigih dok cari calon adik ipaq. Dia nakkan kebahagiaan adik dia. Haaa…see, semua nak bahagia. Sebab bahagia itu untuk dinikmati dan disyukuri. 

Aku bagi tips sikit kalau ampa ada pilihan sendiri dan keluarga pun ada pilihan jugak utk ampa dalam masa yang sama. 
1. Berterus terang.
Belajar berterus terang dengan keluarga anda ada pilihan. Cari kekuatan. Bukan apa. Kita Cuma nak family tahu yang kita sebenarnya ada pengharapan pada orang lain. Maka tidaklah mereka berfikiran bahawa kita belum berpunya. setuju ke tak, belakang kira. Satgi cerita. Janji hasrat hati kita terluah dah. 

2. Musyawarah.
Andai sudah diberitahu dan mereka juga sudah punya pilihan, mulakan musyawarah dengan keluarga secara baik. Perkenalkan secara ringkas siapa pilihan hati kita. Dan dengar juga siapa pilihan hati mereka. Jangan gelojoh. Seeloknya musyawarah ini dilakukan bersama ibu bapa dan adik-beradik kita sahaja terlebih dahulu. 

3. Istikharah dan istisyarah
Ini paling ramai buat. Tapi sebelum istikharah tu, lakukan solat taubat. Bukankah Allah menyukai hambaNya yang sentiasa bertaubat? Maka lakukan solat taubat. Moga-moga Allah membuka ruang penyelesaian kepada kita. Istikharah bukanlah dengan bermimpi sahaja, namun dengan petunjuk ketenangan dalam hubungan, lancar dalam proses pengenalan serta semua perkara yang baik. Risik juga kawan-kawan calon pilihan keluarga, stalk fb(keh3) untuk tujuan nak tahu hubungan dia dan tengok suasana kawan dia jugak. Penting. Take Note. PENTING. *mod serius*

4. Tolak-ansur.
Banyakkan bertolak-ansur dengan keluarga. Kenali pilihan mereka dahulu. Jangan mudah melatah dan melenting. Bersikap professional dan matang. Dengan bersikap terburu-buru hanya akan mengeruhkan keadaan. Dan jangan sesekali kahwin lari di Siam. ia membuktikan anda dayus dan bodoh.

5. Nyatakan pandangan.
Berikan pandangan yang jujur tentang pilihan mereka. Dan nyatakan apa kekuatan yang ada pada pasangan kita. Jangan menipu. Hubungan tidak ke mana dengan menipu. Rumahtangga yang ingin dibina bukan sehari dua.

6. Tunjukkan kesungguhan.
Untuk mendapatkan apa yang kita treasure, bersungguh sikit. Kalau jantan tu, jadi jantan sikit. Haaaa. Bukan melawan cakap keluarga tapi buat satu keputusan yang firm, tegas. Kalau nak pilihan keluarga, putuskan hubungan dengan baik dengan pilihan hati. Jangan bagi orang menunggu. Kau ingat kau buah nangka nak tunggu kau masak. Eh. Tetiba. Then, untuk pasangan awak tu, jangan nak meroyan. Cari je orang lain. Berlambak lagi. 
7. Beri ruang dan peluang.
Setelah perkenalkan pilihan hati kita kepada ibu bapa, beri ruang dan masa untuk mereka mengenali beliau. Bukan mudah nak terima orang luar sebagai ahli keluarga. Banyakkan memberi input-input yang positif berkaitan dengan pasangan, namun jangan menipu. Dan berikan juga ruang serta masa untuk pilihan hati berkenalan dengan keluarga.  Berikan gambaran terbaik dan sejujur mungkin perihal keluarga kita kepada pasangan agar tidak berlaku penyesalan dikemudian hari. 

8. Hormati keputusan.
Jangan bergaduh dengan keluarga seandainya calon ditolak setelah melakukan semua step diatas (yakin step aku mengena..hihi). Keputusan untuk menerima atau menolak sememangnya sudah dijangkakan dari awal bukan. Maka terima sebaiknya dengan hati terbuka. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kumbang pun nanti mati jugak, bunga pun akhirnya akan layu. So, aku conclude take it or leave it the choice of your parents. Acah2 rebel plak daaaahhh..kemain.

9. Doa dan tawakkal 
Aku rasa ni nasihat aku yang paling sempurna sikit kot. Kalau calon ditolak, berdoalah dan mengadulah padaNya. Dia pasti tidak akan membebankan hambaNya kecuali kita mampu. Believe me. Kebahagiaan itu kita yang cipta. Dengan siapa atau bagaimana itu terpulang. Yang penting bawa hati dan iman bersama. Kita sibuk mengagungkan itulah cinta pertama dan terakhir, tapi kita lupa Dia yang sentiasa mencintai kita tanpa syarat. Kita lupa keluarga yang ada bersama kita tanpa batas waktu. Jangan sampai dihujung usia kita kesal dengan khilaf ini. 
Aku yang bagi tips ni pun sebenarnya penakut nak guna tips tu kat atas. Sebab mungkin aku belum bersedia nak bagi komitmen lagi. Gatai tu ada tapi tak sepenuhnya. Kalau kahwin ni hukumnya masih harus. Gituuuuh. Plus, aku ada komitmen yang kalau aku nak cerita kat ampa pun akan buat berderai ayaq mata aku atas keyboard ni. Jadi, the rest is the future. Kita doa sajaaaah muga Allah letakkan yang terbaik dalam hidup kita. Yang penting, bagi komitmen, berlapang dada dan sentiasa mengadu padaNya kalau ada masalah. Aku nak cerita lebih pun aku tak pandai la bab cintan-cintun ni. Kayu. Haha. Pepandailah ampa nak hidup en.

SELAMAT BERCHENTA SAMPAI SORGA. 


No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...