Tuesday, 11 October 2016

of novels and inspirational books.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sapa pernah baca novel?
most of the girls mesti pernah sentuh kan.
at least 5 novels so far.
so as me.
aku pembaca novel yang terbaik.
kalau bagi aku novel, aku boleh habiskan dalam masa 1 hari.
aku akan cari jugak lah masa nak baca sampai habis walaupun aku sibuk.
but, that was the story of seven years ago.

start tingkatan 5 tu, aku masih berminat dengan novel. tapi dah slow. mungkin sebab aku bukan pengumpul novel yang tegar kot. most of the novels i read, i borrowed it from my friends and seniors. sebab time tu aku memang tak dak duit nak beli dan mak bapak aku bukan jenis nak tabur duit kat aku sebab novel. so, aku slow down my novels reading hobby, but something caught my eyes and hobby.
majalah al-Islam.

serius time tu aku suka baca majalah al-Islam. disebabkan majalah tu hanya dikeluarkan setiap bulan satu isu, maka peratus aku untuk menjadikan majalah tu sebagai majalah bulanan adalah amat tinggi. plus, aku suka isu yang diketengahkan. contoh aku bagi seperti merokok, perkahwinan kanak-kanak, muallaf, muamalat dan banyak lagi. jadi, aku buat koleksi majalah al-Islam. banyak juga rujukan dalam majalah tu. dan isu yang dibahaskan juga dikuatkan dengan beberapa pandangan tokoh masyarakat dan ilmuan dalam halaman yang berbeza. jadi memang banyak yang boleh dihuraikan. kalau ditakdirkan aku bagi berapa bintang, aku akan bagi 4 daripada 6 bintang.
well, bintang tu ikut suka aku la kan.

bila dah masuk IPG ni,selain daripada aku suka baca buku teks, aku suka juga baca buku berinspirasi dan ada quote. jiwa akukot. haha. sesetengah daripada kawan aku cakap, buku-buku yang aku baca ni heavy sikit. so depa tak jadi pinjam. entah. aku rasa aku suka dengan isi dia. dan sudah tentulah bukan novel kan. sebab aku tak suka kumpul novel. few books yang aku sayang ialah 'Avant Garde: Ridhuan Tee', 'Ustaz Fadzil Noor, (tak ingat tajuk habih)', 'Cendol Ais Santan Kelapa', Diagnosis 1 dan 2, Dari Tanjung Malim ke KLCC, Catatan Mat Luthfi, buku2 HM Tuah Iskandar, dan banyaklagi dalam koleksi yang aku letak kat rumah. sebab banyak sangat kat asrama ni. dan ada juga sebahagiannnya novel Inggeris. aku ni tak lah pandai sangat BI. tapi aku ingat pesan madam aku,

if you want to conquer the races, you must be fluent in their mother's tongue.

lebih kurang begitulah pesanan Madam Faridah. so, aku baca novel Inggeris biaq la aku budak Pendidikan Islam pun kan. fasih ke tidak tu letak tepi. yang penting aku suka. so, memandangkan masa aku sekarang utk attend class and doing task are done, so most of the time, aku habiskan dengan membaca buku dengan mentelaah buku-buku yang memberi inspirasi ini dari kulit ke kulit. tapi aku liat baca buku rujukan aku untuk exam. hah, acano tu masalahnya eh? ok aku cuba. kiki

membaca ni memang aku suka. bahan bacaan aku tak lah berat sangat tapi taklah santai sangat. aku cuma nak berfikir. kadang-kadang tu pemikiran aku tak sama dengan orang. mungkin sebab aku melihat daripada sisi yang berbeza, tapi itu pandangan orang kan. aku tak cakap mereka yang mempunyai pandangan yang tidak sama itu salah, cuma kita tidak memandang daripada sisi mereka dan sebaliknya. membaca adalah salah satu cara kita merubah minda. reading is a weapon, you know?

buku-buku yang banyak dalam koleksi aku ni pun hasil daripada duit mak bapak, elaun bulanan, elaun buku dan BB1M yang diberikan. at least a book for a month. so bila dapat BB1M, ak memang spend gila-gila kat buku. biaq terhapus nafsu membaca aku tu. kadang-kadang sampai ada buku tu masih dalam simpanan lagi sebab tak sempat baca. tapi aku suka. pada aku, biar wang mengalir untuk buku bukan untuk baju. *ceh,macam tipu pulak.*

melalui pembacaan ni, banyak pemikiran kritikal dapat dibina. sebab yang menulis adalah orang yang mengkaji. tak membabi buta menulis untuk publisiti. namun, mereka-mereka ini orang yang sentiasa berfikir untuk menginspirasikan orang lain melalui pengalaman sendiri. pengalaman tu tak boleh dibeli kan? so thus them. they felt it then expressed on the papers to be shared. aku memang salute gila penulis buku. dan ada juga kawan sekolah aku dah jadi penulis iaitu Iqbal (Rebel Dengan Tuhan) dan junior aku yang sedang meletop sekarang ni iaitu Azwar (BABI, paling femes) tapi buku Azwar aku tak baca sebab fiksyen, novel, so aku skip. hehe. aku tak sempat beli lagi buku Iqbal. mungkin kalau dia baca ni, dia boleh bagi kat aku satu. sedekah. kah3.

so, buku pun dah tersedia kat tepi bantal aku ni, so let's read before sleep. selamat membaca :)
 

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...