بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"ayah, nak keluaq. boleh?"
kalau aku ayat ni dah sinonim sangat dengan aku. sebab aku tak dak kakak-kakak nak temankan aku keluaq dalam rumah ni.
so, survive kalau mak atau ayah tak boleh temankan.
ehem. dan ada cara untuk mendapatkan izin dengan baik.
bagaimana?
rahsiaaaaaaa....haha
ok.
topik kali ini soal izin.
izin daripada ayah, ibu, tok, tok wan, opah, suami, bapa mertua, mak mertua, abang, kakak....amboi banyak pulak.
kah3.
the point is still about permission.
banyak la yang aku tengok ramai wanita sekeliling aku pegang fon whatsapp atau mesej atau call suami the most sebab minta izin nak keluaq dari kawasan dok bermukim.
pastu aku? aku nak call sapa? haha
tiba-tiba buat kalut jugak. haha.
bapak aku la. ingat aku takdak penjaga ka.
tapi tahu apa yang leceh sikit kalau aku mintak izin kat mak ayah aku...depa tanya sepuluh soalan beserta huraian apa yang akan terjadi disana. heeeeee.
aku tak tahu apa nak jawab sebab aku baru mintak izin dan aku tak sampai lagi. banyaknya balasan soalan depa akan dapat ialah plan asal journey. ahaha.
izin ini kita mintak daripada penjaga kita kalau kita nak buat sesuatu la kan. contoh aku bagi macam nak keluaq. dengan kawan-kawan kan, so kena dapatkan izin daripada penjaga. kalau diizinkan Alhamdulillah keluaq dan menjaga nama baik keluarga.
sama jugak macam nak beli barang pun. inform dulu kat penjaga. dapat green light, jalaaaaaan.
benda mintak izin ni bukan susah tapi tak mudah.
sebab apa?
tak susah sebab cakap ja. bukan kena bayaq pun. pakai ayaq lioq.
tapi tak mudah sebab peratus nak dapat izin tu 50-50. hampa bayangkan hampa nak beli dah baju tu, duit pun simpan helok dah tapi bila habaq kat mak hang dia kata, "simpan duit tu. nanti nak guna untuk benda yang lebih berfaedah."
hancoq dak harapan? hanciiiiiooooq oih.
haaaa..yang ni jugak mak aku pesan, biaq hancoq sekarang, janji masa depan ada simpanan.
dan ramai antara kita ambil mudah soal izin ini. ramai yang sangkakan izin berfungsi selepas memegang tanggungjawab sebagai isteri bagi wanita. ini fokusnya. kepada wanita.
dan ini juga dapat aku lihat sekeliling aku. termasuk aku.
aku pun bukan jenis istiqamah meminta izin kalau nak keluaq. melainkan nak pi jauh ka, travel dengan kawan-kawan sama ada program di tempat belajaq ka, atau nak buat aktiviti lasak ka. benda2 berisiko baru aku mintak izin. kalau sekadar nak pi pasar minggu tu, memang aku belasah pi dulu pastu balik bilik baru call habaq kat mak aku apa yang aku beli makan sambil dah mengunyah prup prap dalam mulut. selekeh. ayah aku kata "anak bertuah pi dah baru habaq." ya pak abu. mintak maap.
bila bergelar isteri baru kita nak mintak izin suami untuk keluaq. dulu masa bergelar anak, ada kita mintak izin untuk keluaq daripada mak atau ayah?
persoalan ini aku tanya diri aku sendiri. iya. sebelum aku tanya orang lain, sebelum aku sendiri bergelar isteri.
and i realised this things too late. when i reached semester 6 during degree. masa aku umoq 22 tahun. tua bangka. aku pun tak tau sebelum tu aku dok pikiaq lagu mana. pakai redah ja kalau nak keluaq. teruk kan? iya. bini pak abu pun tak larat geleng kepala dengan kelaku aku.
kita melihat level suami terlalu tinggi. dan kita meletakkan taraf itu pada tempat yang ingin kita sanjung.
sebab apa? sebab suami didapati dengan pilihan. pilihan kita atau keluarga. dan tentunya dengan pilihan Allah. so, its something special. betul. benda kena jaga dan diambil masuk dalam kehidupan. kita yang telah berubah rutin. no offense please. pada pandangan aku.
dan mak ayah adalah something yang kita tak pilih. Allah bagi dan mentakdirkan mereka buat kita. Alhamdulillah. kita dapat dan kita dah biasa dengan depa sejak dari buka mata. apa yang kita buat depa boleh terima. dan kalau berbuat salah, akhirnya akan diterima juga oleh ibu bapa.
then, benda ni kita ambil mudah. kita lupa syurga buat kita selagi belum bersuami dibawah telapak kaki ibu. herm. ibu kita syurganya pada suami. bapak kita. suami kita syurga pada ibu beliau. ini putarannya. dan pada putaran ini akan sentiasa ada keadilan.
dan pada aku jugak, adil itu pada penglihatan dan pemikiran kita.
kalau kita rasa adil sahaja kita cuma tunggu meminta izin suami selepas nikah. sekarang sebelum nikah, enjoy. nak pi mana pun tak payah gtau mak ayah. jalaaaan sahaja. so, by the time passes, ingat...anak kita akan ulang benda yang sama. kita akan diketepikan nanti.
that's is why aku cakap benda ni ikut cara pandang kita. ia pilihan.
Allah dah letak cantik tersusun ranking tu. ayah, mak, suami sebab dalam ranking ni ada perkaitan. kita yang tak nampak ni memang akan butakan mata.so, bila dah sampai nasihat, buka mata perlahan-lahan dan letak sesuatu perkara sesuai pada tempat. *insaf*
eh. haha. serius pulak. tapi aku memang serius ni.
adil lah kan. adil pada hak yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya sesuai dengan pangkat diberikan.
so, soal izin ni bukan sebab nak sweet-sweet-aku-sahaja-ada-suami atau suami-aku-sporting tapi kita dibawah tanggungjawab penjaga. bukan suami sahaja. gitueeeew.
selamat menyusun kata meminta izin. sekian.
QS 24:27
Sunday, 8 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...