Sunday, 12 February 2012

MEREKA PERLUKAN KITA....

Bicara Serikandi:


Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni, Anna nak bercerita tentang kisah rakyat PALESTIN di Malaysia..haaa...menarik!! bukan di Palestin sahaja ada rakyat yang kekurangan makanan ni..ni Malaysia, negara bertuah pun ada...versi Malay la... :)


Apa yang Anna nak cakap ni berkaitan dengan apa yang Anna lalui semalam sewaktu Anna join venture dengan Ustaz Ridzuan, Ustazah Hafizah, Ustazah Najwa, Ustazah Wahida, Ustazah Amirah dan Ustazah 'Ain (semua ni guru2 pelatih)...kami ke SMK Bunut Susu utk satu program yg seakan2 program motivasi la utk para pelajar sekolah tu... At first masuk utk program, Anna agak terkejut sebagai seorang fasi kerana Anna xpernah jumpa bebudak yang macam tu...kat sek dlu, kalau uruskan adik2, xlah sesusah nak uruskan student SMKBS rasanya.. tapi Anna rasa semakin menarik dan tercabar apabila mendengar setiap kali kita bercakap, akan ada suara2 yang menyumbangkan tenaganya di belakang sana (memang nakal)...


kenapa Anna kata rakyat Palestin memula tadi?
memang rakyat Palestin..yang bezanya, rakyat Palestin di Palestin kekurangan makanan yang zahir (boleh dilihat) dan barang keperluan hidup dan mereka mencarinya sendiri.. tapi rakyat Palestin di negara kita @ anak2 kita ni kekurangan makanan rohani tetapi mereka sentiasa mengharapkan orang yang memberi kepada mereka tanpa berusaha mencarinya sendiri..nah!!!! itu bezanya...


dari segi pemerhatian Anna, diorang nak ilmu yang kita nak beri pada mereka. namun, atas faktor persekitaran seperti masa, keluarga. sukatan pendidikan, rakan sebaya, membuatkan mereka mengambil mudah apa yang mereka perlukan sehinggakan mereka tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak.


Berdasrkan post mortem program semalam, Anna dan sahabat sefikrah sedar yang anak2 ini perlukan guideline dan guider..SIAPA NAK GUIDE?? KITA LAH!! ya..kita sebagai masyarakat perlu guide...awak guru ke, ir ke, dr ke, hatta buruh kasar sekalipun, tugas utk berdakwah xpernah gugur..
namun, satu yg Anna respect pada SMKBS ni, dia punya mu'allim xpernah berputus-asa..awalnya kami disambut ceria dan ramah, akhirnya kami dihantar dengan senyuman dan keikhlasan even masa program tadi diorang terpaksa mengawal keadaan pelajar.. itu namanya GURU... :)...wallahu'alam

Saturday, 11 February 2012

FORGIVE THEM!!!

Bicara Serikandi:

~"ooppss, sorry...i lost control just now."
~"saya mintak maaf...saya tak berniat nak buat awak tersinggung"

~"bukan tu maksud...asif jiddan ya"
~"dui bu qi...wo bu chi tao"

~"gomen...wakarimas(ada ke) :)"

what ever it is, it does mean a short word " SORRY"..MAAF..mampu diucapkan oleh orang yang merasakan dirinya mampu dan dia mampu utk melakukan....


dalam filem Mohabbatein, Kajol ada berkata, "orang yang meminta maaf itu bukanlah orang yang kecil (harga diri), tetapi orang yang besar hatinya.."
dalam Islam sendiri, meminta maaf mengeratkan silaturrahim sesama kita kerana dalam perkataan MAAF itu terdapat makna yang tersirat...

M ~ make a difference
A ~ always be rational
A ~ alone think by yourself

F ~ forget what they have done

1) Make a difference
 yes, kalau sblum ni, kita seorang yang mudah marah, mudah naik angin, apa kata kita buat satu perubahan dalam diri kita...satu perubahan yang berlainan konsep seperti marah vs maaf...so, hidup kita akan lebih ceria..memang mudah terasa marah bagi orang yang sensitif, namun berbalik kembali kepada diri kita bagaimana kita mengatasi perasaan tersebut. perlahan-lahan cubalah lakukan kelainan dalam melayan orang lain. jangan ikutkan perasaan kita sahaja. adakalanya ia menipu..maafkanlah mereka... :)

2) Always be rational
 "rational? what?! selama ni saya tak rasional ke???"...bukan itu maksud Anna...Anna cuma nak ingatkan semua bahawa adakalanya otak kita tidak dapat menterjemah sesuatu perkara dengan baik, lantas menyebabkan kita melakukan kesilapan dalam tanggapan. bersangka baiklah dalam semua perkara walaupun fikiran dan hati kita menidakkannya. sebagai contoh, apabila rakan kita berbisik sesama sendiri (mencurigakan bukan??), namun, kita yang berjalan sesama mereka cubalah untuk bersangka baik. jika benar apa yang mereka katakan  bisikkan, ambil iktibar. jika tidak benar, jgn mudah marah kerana marah itu bisa membinasakan. lupakan apa yang mereka katakan kerana kita dan ALLAH SWT tahu siapa diri kita sebenarnya. kalaulah tidak mampu membendung rasa marah dan kecewa itu, ambillah wuduk dan ketemulah dengan Ya Rabb...kan mudah...hmm..maafkanlah mereka :)

3) Alone think by yourself
 Fikir balik..."Betul ke apa yang aku buat ni? Patot ke aku minta maaf ?" @ "ada ke patut dia tak minta maaf daripada aku ?"..kita ke orang tu??? yang susah minta maaf dan memaafkan?? think it by yourself.. Ya sohabati!!! x kurang sepuluh sen pun kalau kita minta maaf dan memaafkan orang lain...satu sen pun xkurang..yang kurang ialah DOSA dan DENDAM (2D)..kan bagus...
reasonnya: bila kita bersendirian, solat di tengah malam, berqiamullail, kita akan lebih mudah muhasabah diri..kenapa? sebabnya kita sedang berhadapan dengan diri kita dan Pencipta tanpa ada gangguan lain (tapi kna beribadat..jgn lupa :) )...di situ kita akan jumpa titik punca masalah.. jika bermasalah, refer kepada no 1 diatas. kalau orang lain yang bermasalah refer kepada no 2... :)...maafkanlah mereka :)


4) Forget what they have done
serius??!! ha'ah..biarlah apa yang telah orang lakukan pada kita seandainya kita tidak bersalah. hidup ini tidak lama..xpanjang..yang salah akan tetap salah. walau sejauh manapun dia cuba sembunyikan hakikat diri, satu hari nanti kita akan tahu kebenarannya... kepada sahabat قل الحق ولاو كان مرا....katakanlah benar walaupun ianya pahit...cuba menasihatinya..seandainya dia tetap dengan pendiriannya, buktikan kebenaran pendapat kita..setiap orang ada pendapat memasing, sebagai sahabat, raikan pendapat semua orang...bukannya terus menerus membangkang. kalau Anna bertekak @ berbincang denga orang yang suka mempertahankan pendapat dia sahaja, Anna akan ambil langkah berdiam diri terlebih dahulu kerana Anna bimbang akan berlaku pergolakan politik (heheeee) dan takut dituduh munafik kerana ingin menang dalam setiap perkara.. Astaghfirullah....biarlah dia dan pendapatnya..kalau xsuka dengan apa yg dikata, maka diam adalah lebih baik..lupakan je apa yang dia buat..b4 tdior, niat dalam hati, "aku maafkan si fulan, si fulan......dan si fulan..jika benar apa yang aku katakan, biarlah aku tetap dijalanku, jika salah apa yang aku katakan, permudahkanlah jalan untuk aku memahami setiap bait yang dituturkan oleh sahabatku.."  semoga esoknya akan bermula dgn ceria dan barakah!!!! lagipun hidup ni xpanjang...mana tahu esok mati?? jgn la mati dalam penyesalan...lupakan yang lain!!!(macam tagline DAIA)..maafkanlah mereka :)

Tengok baby ni...happy je..jom jdi cam baby ni!!! :)


so, pengajarannya, MAAFKANLAH MEREKA!!! :)

Thursday, 9 February 2012

BATAS-BATAS PERGAULAN MUSLIM

Bicara Serikandi ~

~ Hadapi temanmu dan orang yang memusuhimu dengan baik.
Sedekahkan mereka selalu dengan senyuman yang ikhlas.

~ Jangan sombong, menunjukkan lagak dan bermegah-megah dengan kelebihan yang dirimu miliki. Semua itu adalah pinjaman Allah semata-mata.

~ Awasi peribadi dan sikapmu.

~ Kurangkan perbualan lucu kerana ia boleh menjatuhkan maruah dirimu.

~ Bersopanlah semasa dalam perbualan dan elakkan pertengkaran. Jawablah setiap pertanyaan dengan lemah lembut dan penuh hikmah.

~ Berfikir terlebih dahulu sebelum berbicara terutama ketika memberi komen atau menyuarakan sebarang bantahan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

~ Jangan mengkritik temanmu secara terang-terangan sehingga menjatuhkan air mukanya.

~ Jangan berlebihan memuji seseorang sehingga menimbulkan rasa bangga padanya.

~ Berbuallah hanya tentang perkara-perkara yang tertentu yang telah difikirkan baik.

~ Jangan menunjukkan kelemahanmu di hadapan teman-teman kerana ini akan memberi mereka peluang menjatuhkanmu apabila timbul perasaan iri hati terhadapmu.

Renungilah sabda Rasulullah ini:
"Seseorang itu menurut aliran teman pergaulannya. Oleh sebab itu, setiap orang harus memerhatikan siapa yang akan dijadikan teman pergaulannya."
(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani)

Wednesday, 8 February 2012

SERIBU RASA. SEJUTA RAHSIA :)

Bicara Serikandi:


hari ini iman Anna tergugat lagi. Astaghfirullah.. lalainya Anna dalam menjadi kekasih-Nya... mulut mengucapkan kata cinta dan sayang, namun hati??? Masya-Allah...kadang-kadang Anna terfikir, apakah betul jalan yang Anna ambil ini?? 


mulut selalu mengucapkan kata tarbiah pada diri agar tak hanyut dilambung ombak rindu *bkn filem tu*...hakikatnya, Anna sedang melawan rasa sendiri... kenapa Anna katakan macam tu?? ini isu pergolakan remaja... remaja hari ini...


lemahnya iman bila berbicara tentang hati... hari2 Anna cakapkan pada diri " kau adalah wanita yang terbaik pernah Allah ciptakan dalam hidup seseorang, so jgn susah hati bila kau xdak sesiapa pun utk meluahkan rasa atau berkongsi rahsia kerana Allah telah sediakan tempat yang terbaik utk kau disisi hamba-Nya yang bakal mentarbiah dan membimbing kau setipa hari." Anna kadang2 jadi teruja mendengar cerita kawan2 Anna yang punya teman istimewa. Anna fikir diorang bertuah. tapi, Anna lupa yang Anna lagi bertuah. Anna punya KEKASIH yang sentiasa sayangkan Anna. Dia punya masa untuk Anna pada bila2 pun. Dia selalu bantu Anna bila Anna kesusahan. Dialah tempat Anna mengadu bila Anna kesempitan. Dia tak pernah cemburu bila Anna bercerita tentang orang yang Anna sayang selain dia. Baikkan Dia?? Mana Anna nak cri KEKASIH sebaik itu?? 


Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu...
sebagai muslimah, Anna sedar, Anna tidak dapat tidak, Anna terpaksa menghadapi hakikat yang Anna xpunya pilihan selain mengaku yang Anna punya hati dan perasaan. namun, bagaimana Anna mengawalnya??
haaaaa....susah sahabat...susah sangat2...kdg2 Anna menangis bila pk balik kelemahan hati ni... Anna rasa Anna kotor dengan hati yang berbelah bahagi rasa sayang pada Pencipta dan pada makhluk-Nya...
Sampai satu ketika Anna akan sibukkan diri dengan aktiviti2 seharian agar masalah hati Anna dapat diatasi...masya-Allah, kuat penangan hati ni!!!


Apa masalah hati ini sebenarnya??


Masalah hati ini sebenarnya ialah kekangan yang menjadikan kita lalai dan leka dengan tanggungjawab kita terhadap Allah swt..ada saja benda yang buat kita senang2 lupakan Dia... kita lupa yang Allah sangat menyayangi kita, kita lupa yang Allah selalu dan sokmo2 bantu kita, kita lupa tugas kita terhadap Dia, kadang2 kita buat2 lupa... Allahuakbar!!! layak ke kita nak lupakan Dia??? xkira masalah hati tu dengki ke, cinta haram ke, apa2 ke, kita kena based on syariat...* dan tentunya dengki no la* jgn bermasalah lagi wahai hati!!! Allah bersama kita!!! Takbir!!!! (Allahuakbar)

Tuesday, 7 February 2012

BAHAGIA ITU MILIKKU...

Bicara Serikandi:


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


entry kali ni, Anna anggap sebagai teguran buat diri Anna. Sebagai manusia, Anna kadang-kala terlepas pandang tentang ikhtilat, hubungan sesama kengkawan Anna... kadang2 Anna rasa ok je tapi bila Anna tengok balik @ muhasabah diri Anna, baru Anna taw apa yang Anna buat sebenarnya salah. Alhamdulillah, Anna masih diberikan kesempatan untuk merubah apa yang Anna terlalai.


Kenapa la entry kali ni Anna wat tajuk mcm klise skit?? hehe.. :)...jolow ko klise?? xla sgt.... Anna nak berkongsi rasa dengan semua.. Whoaaa!! rasa bahagia!! rasa bahagia disayangi dan dicintai oleh orang yang kita sayang.. YA!!! itu KENYATAAN!!! gembira hati kita bila org yang kita sayang respon dgn apa yg kita sampaikan...mean, dia masih care tentang kita..bahagia lah....suka hati bila orang yang kita sayang ingat tarikh2 istimewa dalam hidup kita dan dia...suka hati lah :) .... rasa nak lompat ke langit bila orang yang kita sayang belikan sumthing utk kita...rsa cam langit tu rendah je..ahaha...yang penting kita dan dia berkongsi perasaan yang sama...


Eh, Anna!! Apa yang ko melalut ni??
Melalut? TAKKKKKKKK!!! Anna tak melalut. Anna bercakap apa yang realiti. Anna bahagia bila Anna berada di dlam kalangan ahli keluarga, pandangan Anna mendapat respon, biarpon xberapa diterima ( ya lah..kalau jdik ank last,,, apa sgt pandangan korang tu??), tapi at least, Anna didengari dan disedari kewujudannya...bahagia kan? Anna rasa bahagia bila birthday Anna, kakak2 n family akan kol n msg wish diorang..ada time2 kat sek dlu, dpt hadiah lagi..bila dah besar, rendah la mandat.kwn2 wish ke kita..bahagia kan?
Anna rasa bahagia bila time raya ke, time hari istimewa ke, dapat baju baru, mak belikan...xgtaw, wat suprise, Anna suka benda2 cam2 sbabnya xmengusutkan fikiran Anna n Anna org yg mudah terima apa sahaja..FLEXIBLE!!! Anna bahagia bila Anna dapat berkongsi apa yang Anna suka dengan mak ayah Anna. Anna tak segan silu utk ceritakan pada mak n ayah tentang siapa yang Anna suka, bila Anna nak kahwin, majlis mcm mana Anna nak sbab Anna tahu mak ayah Anna akan jaga rahsia Anna dan akan bukakannya pada insan yang benar-benar bersedia untuk terima baik buruk Anna...


Kenapa Anna bercakap tentang ini??
kerana Anna nak semua tahu yang kita bahagia apabila orang lain menyayangi kita. betul? betul...gembira ke kita bila ada org memusuhi kita? NO!!! kita perlu bahagia apabila keluarga berada di sisi kita. betul!!!


Teman,
tak perlu kita bahagia apabila kekasih wish birthday, kerana ucapan itu adalah satu penipuan.. xperlu rasa bahagia bila kekasih kita belikan barang yg kita suka, kerana itu satu penipuan, xperlu rasa bahagia apabila kekasih ingat tarikh anniversary, kerana itu satu penipuan, xperlu rasa bahagia kalau sang kekasih ucapkan I LOVE U kerana memang dia sedang menipu..


Anna ni, kenapa kata dia sedang menipu??!!
ya lah,,,kalau dia tak tipu, mesti dia akan pegi pinang awak sekarang jugak!! sebabnya, orang yang baik akhlaknya tidak suka memegang barang orang lain dan buat mcm harta sendiri. kalau nak, kna minta izin tuannya. kalau tuan dia bagi, baru dia akan ambil dgn cara yang baik. macam tu jgak kita.. mesti kekasih tu akan jumpa mak ayah kita n bgtau yang dia sedang memilih kita sebagai calon ibu kepada anak-anaknya n dia kna ingat yang calon ibu itu adalah anak kepada dua insan dihadapannya...mind ur manner skit :) ... am i right??? so, pepandailah pk sndiri... mudah je kalu tak tahan sgt nak ucap...nikahlah, kerana dalam pernikahan itu terdapatnya rahmat dan kebahagiaan...


ada sorang sahabat Anna ni, dia kata Anna suka melalut. ya Anna suka melalut . tabiat la tu... hehe..sampai kekadang rasa stress xbley buka mulut utk bercakap..betul!!! tapi Anna bahagia dengan cara tu '(melalut le)'... bila Anna bahagia, Anna takkan biarkan org tepi Anna diselubungi kesedihan.. join me happy!! tapi bila kita sedih, xda mood dah nak bercakap, sbabnya kita dikawal rasa sendiri...ouhhh!! so, jgn sdih2..bahagialah dgn diri anda biarpun ada masanya anda kecewa kerana bahagia itu lahir dari hati!!! wallahu'alam...

Monday, 6 February 2012

Salahkah Aku Sebagai Seorang Sahabat?..

Bicara Serikandi:
kadang2 kita rasa gembira bersahabat dengan dengan orang yang kita rasa boleh memahami kita...kita rasa kalau sahabat kita melakukan kesalahan, kita boleh maafkannya. kita rasa kalau dia tegur kita, kita boleh terima. kita rasa kalau kita berjalan dengan dia, dia akan bersama kita. kita rasa kalau kita meluahkan perasaan kita, dia akan mendengarnya. kita rasa bila orang lain ketawakan kita, dia akan pegang tangan kita dan nasihatkan orang lain. kita rasa bila kita susah hati, dia akan menenangkan kita. kita rasa bila kita kesusahan, dia akan membantu kita. bila kita kesempitan, dia akan hulurkan tangannya.


tapi, macam mana sebaliknya?
kalau dia buat salah, kita maafkan tapi, dia buat muka?
kalau kita tegur kesalahannya, dia alih dengan kata2 yang kurang senang?
kalau kita berjalan dengan dia, kita rasa mcam kita diperlekehkan?
kalau kita luahkan perasaan, dia akan serabutkan kepala otak kita lagi?
kalau orang lain ketawakan kita, dia akan turut serta?
bila kita susah hati, dia buat dunno ja..."bukan urusan aku..."katanya
bila kita susah, dia akan lari dan buat kita bertambah susah...susah hati...
dan yang paling penting SAHABAT YANG MEMPERGUNAKAN SAHABATNYA UNTUK TUJUAN PERIBADI...Nak panggil lagi ke sahabat yang macam tu?
dah tentu dari awal bukan sahabat...cuma sedap dipanggil, kawan @ kenalan...


PPISMP PEND ISLAM 2 
Anna pernah terkena dikenakan sahabat.. Alhamdulillah, Anna xsempat rosak lagi, Anna sempat muhasabah diri dan nilai apa yang Anna buat tu...betul ke tidak... berkaitan dengan soal hati ni, bukan mudah.. Anna punya sahabat yang bagus (insya-Allah)...tapi satu je yang Anna pelik dengan dia ni... dia macam xkisah andai Anna cakap perkara lagha pun.. Anna xberapa gemar sikit dengan kelakuannya.. Anna tak tahu nak describe macam mana... bila Anna bersama dengan dia, Anna akan elak bcakap perkara sensitif...tapi bila dia kutuk ke, ngumpat ke Anna ke, perlekeh Anna ke, lantak dia la...Allah Maha Adil. apa yang dia, kata pada Anna tu, mungkin benda tu yang dia nak kot.. tapi Anna tetap bersahabat walaupun Anna xbegitu selesa dengan keadaan kami kerana Anna fikir Anna perlu beri dia masa. bila dia nak tegur Anna, dia akan tegur depan2 org je...wahh!!tinggi mandat!!...biarlah ke dia.... :) tapi yang Anna agak terkilan, Anna akan dapat effect atas apa yang dia nak lakukan..misalnya, dulu, bila dia nak kontek dengan rijal, dia akan sruh Anna...yang nak kna nantinya Anna..(maklumlah, rekod dia depan ar-rijal ni memg bersih la).. Anna ni perangai gila2...memang muslimin akan pandang serong ke Anna dulu kalu sesuatu berlaku.. Anna malas nak grup sekali dgn dia even dia sahabat Anna kerana dia ada satu sifat yang nak inform suma orang apa yang dia buat...suka nak meraih simpati org lain... Hey!!! Muslimah!! Kuatlah sikit!!! Jgn bergantung sgt pada Muslimin!! dia orang pun ada tugas diorang!!! Lemah sgt kenapa??!!! Ingat Allah!!!
susah la bila dia sahabat kita, kita tegur, ada sahaja benda yang dia nak lemparkan pada kita...kdg2 dengan sinis je teguran...nasihatkan kita utk terima teguran orang, tapi bila kita cuba perbaiki apa yg dia bocor, dek je dia...siap perli lagi...
di sini lah kita dapat nilai kekuatan kita berhadapan dengan sahabat yang memberi kita kesedaran hidup berkawan. itu belum kes kawan tikam kawan. ada juga tu tapi Anna masih belu kena dan Anna harap Anna xkan kena kerana Anna percaya sahabat Anna adalah anugerah Allah SWT buat Anna... :)

Sunday, 5 February 2012

KHAIR AR-RIJAL

Bicara Serikandi:


*•..¸☼ ¸.•*..LELAKI YANG BAIK..*•..¸☼ ¸.•*

lelaki yang baik,
tidak akan pernah BERANI menyentuh kamu!
dia akan sangat takut melakukan itu..

bahkan lelaki yang lebih baik,
adalah lelaki yang tidak pernah berani menyentuh hati kamu,
sebelum masanya..
sebelum dia sedia..
sebelum dia punya matlamat yang jelas..
sebelum dia punya niat mengikat dengan akad..❤

p / s: untuk kaum Adam, ada berani? 


Selepas kahwin nanti,
♥ Isteri masak ~> suami makan.
♥ Suami imam ~> isteri makmum.
♥ Suami baca doa ~> isteri aminkan.
♥ Isteri merajuk ~> suami pujuk.
♥ Isteri buat salah ~> suami tegur.
♥ Suami terlupa ~> isteri ingatkan.

~♥> Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? (,"(",)~

~♥> Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥
Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu... :)



SANGKA YANG DIJANGKA



Bicara Serikandi:

* Orang beribadah disangka riak

* Orang yang “relax” disangka malas

* Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

* Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud

* Orang makan banyak disangka pelahap

* Orang makan sikit disangka “diet”

* Orang baik disangka buruk

* Orang buruk disangka baik

* Orang senyum disangka mengejek

* Orang masam disangka merajuk

* Orang bermuzakarah disangka mengumpat

* Orang diam disangka menyendiri

* Orang menawan disangka pakai susuk

* Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah

Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya... Wallahu a’alam.

Usah lupa firman Allah Taala..
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)

Friday, 3 February 2012

بارك الله لكما في خير



Bicara Serikandi: 
masya-Allah bila Anna tgk video ni, Anna rasa sejuk hati dan ditambah pulak dengan video yang best tu, buat hati ni nak menangis je... bukannya apa, mcm xpercaya...wujud satu lagi baitul muslim yang bersederhana.. Alhamdulillah...Anna rasa bukan semua orang nak majlisnya mcm ni..maklomlah hidup bertuhankan duit (bak kata Ustaz Azhar Idrus), semua org lebih pentingkan pandangan masyarakat... Anna pelik dengan hal itu..yang nak bernikahnya kita, yang nak mndapat barakahnya kita, yang nak hidup bersama kita, kenapa mesti difikir pandangan masyarakat.. Anna seronok tengok akh dan ukh kat dlm video ni..betapa bersyukurnya Anna kalu punya pasangan yg faham akan pendirian kita...bila majlis kenduri je grand, tapi lepas tu kering kontang, haaa!!..apa nak jdik dah?? duit yg bleyh gna utk msa hdapan, dah kita habiskan dalam msa satu hari. nak sewa baju aje, dah RM 2000-3000..mak aiii,,,kesian suami, kenduri pulak... Allah SWT sahaja yang tahu betapa membazirnya...barakahnya di mana??? cukuplah sekadar melakukan walimatul urus yang bersederhana..jgn membazir... pakai je lah jubah n tudung labuh...xpayah la mekap2...kan palsu semua tu??kita yg tgk ni pon xknal yg mna patung yg mna pengantin... Astaghfirullahal'azim...Anna xberniat nak mengata ke sesapa..cuma Anna sedih bila tgk masyarakat kita yang dah membiasakan pembaziran dalam melaksanakan syariat Allah..x elok lah kan?? kita nak mendapat berkatnya tapi kita halang pulak rahmat Allah tu....
Anna pun ada pengalaman yang sedih la kan...waktu majlis perkahwinan kakak Anna ni...yang lain ok dah..bab pakaian pengantin ni, Anna xberapa berkenan la...sgt tidak berkenan...baju sahaja dah telan kos RM 2000..masya-Allah... Anna xkata apa..cumanya, Anna cakap mcm ni pada kakak Anna tu 
Anna: Kalau Adik lah, Adik pakai jubah dgn tudung labuh ja ari nikah..dah tu, ari nikah n kenduri buat ari yg sama..jimat kos n tak dak fitnah... xdak duit la nak tempah baju mahal2..(nak tegur rapat2, dia dah nak kahwin...bimbang terasa hati,,suggest je la)... 
Kakak: kak chik advanced kat baju je, yang lain, kak chik tak buat besar-besaran..makan beradab xdak, pelamin pon xtempah, lagipon sekali je seumur hidup ni...
Alahai, akak, memang la sekali je dalam hidup(insya-Allah) tapi dalam sekali tu la, kita nak grab chance yang datang tu...banyak pahalanya...sampai je waktu Asar, suma adik beradik jeling2 dia..suruh dia tukaq baju pengantin... Alhamdulillah dia faham jelingan kami semua.. mak memang xselesa dah..dia siap curik masuk dalam rumah nak solat sampai semua org carik mak...betapa mak sgt menjaga waktu solatnya dsamping menjaga silaturrahim.. bersyukur sangat Anna punya SRIKANDI yang begitu taat pada RABBNYA..


pesan Anna kepada puteri2 diluar sana, berkahwinlah seiring dengan syariat, kasihanilah suami kita yang bakal menanggung segala dosa yang bakal kita lakukan, jgnlah pada awal2 pernikahan sudah kita beratkan timbangannya dengan dosa kita.. na'uzubillah...

Kenapa Ada Perempuan Suka Berleter dan Cerewet???

Bicara Serikandi :


Bismillahirrahmanirrahim...
kalau lah ada rijal yg tengok tajuk Anna ni, Anna rsa dia akan cakap "pompuan, memang mcm tu dah fitrahnya..." :)..Anda benar, wahai teman... memang semua orang ada mulut ( yang cacat ke x ke..janji ada mulut kan??) tapi mulut yang mcm mana ?? memang Anna boleh jamin yg hampir majoriti perempuan suka bercakap dan ditambah lagi dengan satu perkataan khas utk perempuan yang Allah jadikan sbg nikmat untuk wanita ini iaitu berleter..kekuatan yang hanya terdapat di mulut wanita...sehebat mnapun lelaki, mesti dia takkan mampu berleter sepantas dan sebanyak wanita...itu kekuatan wanita yang terdapat pada mulutnya..hebat wanita ni... :)


kenapa perempuan ni suka berleter??
ayah saya kata: mak ni, xda keja lain dah dia...satg berletiaq la...(hahaha...sbg anak2, kami dah lali dah dgn leteran @ tazkirah harian tu...muzik kot)...wanita ni dia berleter untuk menjaga org sekelilingnya di samping menyalurkan penat lelah dia seharian melalui senaman mulut...haaaa!!!bila mak kita kata : Adik, baju ni jgn la sepah kat sini..nant org lalu , kna pijak, pastu nak pakai plak, nant gatal, dpt penyakit...penyakit tu bknnya payah nak dapat..nak ubatkan tu yang payahnya..bla...bla...bla....sebenarnya dia sedang buat huraian dan membuat possibility ttg apa yang akan berlaku pada masa hadapan...tgk betapa dia care ttg kehidupan kita..xnak kita sakit..nak ke kita marah kat org yang sayang kita??? seharian mak penat uruskan rumahtangga, anak2 ke sekolah, suami kerja, dia sorang2 dirumah, nak cakap dengan sapa lagi kan??dia sunyi..dia memerlukan seorang teman untuk berbicara dan meluahkan perasaan.. dan apabila semua orang ada kat rumah, mak akan mulakan operasi mulutnya....biarkan dia....biarkan dia lepaskan segala apa yg dia pendamkan (selalunya, apa yg mak leterkan itu betulkan???jgn tipu..Anna selalu kena...:))...


rugi ke kita kalu dengar mak @ wanita berleter?
TAKKKK!!! sama sekali tidak...kita sedang membantu org lain menenangkan dirinya sahaja...dia xharapkan respon sebenarnya...dia cuma nak kita mendengar..rugi ke??...untung lagi ada...ia adlh tazkirah buat kita...xpayah bayar utk buka tv @ internet utk dengar ceramah..maklumlah, dah ada penceramah sukarela...anggap je leteran tu suatu muzik...kan mudah?? NAMUN, AWAS!!! take note apa yg dia leterkan..jgn smpai dia ulang benda tu berkali2...bimbang dia akn alami kemurungan...xnak la mak @ wanita yg kita sayang murung kan??? sama2 berubah...sbg suami, ingat peranan...nasihat isteri yang suka berleter xtentu pasal ni...jgn biarkan ia melampau2...setakat biasa2 tu ok lagi...kalu sampai xbleh tdur ni, melampau lah tu....namun, beri ruang dan peluang utk dia berubah...


apa rasa kalu mak @ wanita xberleter??
rasa sunyi laaa....kan tu dah sinonim dengan wanita....ishk! xlah...rsa biasa je...sbabnya, bukan setiap msa dia berleter...ada msa dia bercakap shja...smpaikan pesanan dan ingatan....bkn setiap msa dia berleter...dia pon penat jgak kalu setiap masa dia berleter(cam ada pengalaman ja..:))...ingatlah setiap kali mak @ wanita yang kita sayangi berleter, sebenarnya dia sayangkan kita..dia tak nak kita terjerumus ke kancah kehinaan dan kebinasaan...kalau sesiapa yg sdah biasa mendengar leteran macam Anna ni, bila Anna jauh dari rumah, Anna rindu dengan leteran mak...Anna akan tersenyum bila Anna buat perkara yang mak xbagi Anna buat..patutlah dia selalu berleter..rupanya banyak hikmah yang tersembunyi...ada msa Anna akn kol mak n spend 30 minutes utk mak bercakap n beri nasihat sja..memang 30 minit tu Anna xganggu mak cakap....sebab Anna tahu, di sudut hati mak, dia menyayangi Anna n kakak2 dan nasihat serta leterannya adalah tazkirah kehidupan kami untuk menjadi  lebih baik...
Oleh itu, muslimin dan muslimat, bersyukur ya selagi mak dan wanita yang kita sayangi masih punya suara dan bicara leterannya kerana itu tandanya dia sangat sayangkan kita...kalau lah satu hari nant, dia sudah tiada,,suara itulah yang akan kita rindui..percayalah...buat mak n kakak Anna, terima kasih kerana selalu berleter n ingatkan Anna!!! Anna rindu suara mak setiap hari!!!

KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT

Bicara Serikandi ~
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Anna masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang luas ni.. lama sangat xbuka blog ni. skrang baru rasa free. banyaknya masa dihabiskan dengan kawan2 merangkap sahabat2 Anna sehingga Anna hampir lupa yang Anna mempunyai blog.. haaaaaa, hebatnya penangan persahabatan!!!Allahuakbar!!! apa kes ya tetiba bagi title camtu kat ats?? sebenarnya, Anna nak bgtau satu dunia yang Anna sangat2 bersyukur selama mana Anna hidup kerana Anna diberi peluang untuk Anna bersahabat dengan orang2 yang unik. sahabat Anna yang mula2 namanya Nadila. she has a great sense of empathy. yang tu Anna puji. dialah yang teman Anna sehingga Anna tamat high school. berpisahnya kami kerana mencari jalan yang telah ditetapkan Ilahi untuk kami masing2. namun, Alhamdulillah perhubungan masih baik kerana Nadila @ Chik adalah jiran Anna sejak kecil lagi.
Sahabat Anna yang kedua dan ketiga, Nuwairoh dan Syamila. apa yang menariknya?? sangat menarik apabila menjadi sahabat mereka. nuwairoh sangat simple orgnya. dia tak byk cakap ( kontra dgn Anna) tapi dia punya attraction utk org sentiasa dekat dgn dia. yg Anna suka dia suka senyum...Syamila, yg ni a little bit complicated where as we can't determine apa yang dia nak wat tapi bila dia dah wat, 70% above akan berjaya.
msuk sek men, Anna jumpa dgn geng I-EduG ( Irsyad Educated Generation)...3 tahun bersama bukan satu jangka msa yang singkat...suka duka kami bersama hanya Allah yang tahu betapa bahagia hidup bersama!!! terima kasih Sikaa, Chik, Shu Am, Fasya, Aida, Hawa, Leha, Yati, Nisa dan semuanya!!!
masuk form 4..memg gempak abis!!!kelas kami memg la bising tapi kebisingan itu mencetuskan kasih sayang!! Honey, Syu leh, Shefaa, Abidah, Nabil, Anis, Nang, Atikah, Tpah, Aton, Ieda, Faham, tanpa korang...hidup Anna memg ZERO! kepada musliminnya, antum terbaik dlm persahabatan!!!
masuk tahun last idop uniform ni perit sket..Anna kna msuk dlm kelas yg diam2...suma bdak pandai kot..kelas no 1...Anna ni bnasib baik msuk kelas ni...xpndai mna pon....azabnya msok kelas ni, Ya Allah...sgt la xmaw msok...dgn ada para ustaznya, doktornya dlm tu, kadinya...alahai..lemahnya iman saat itu...setelah masuk dan bergaul, barulah Anna tahu yang xsemua yang kita fikirkan adalah teruk...ya! setiap org ada klbihannya...5 Ihsan mencipta satu tarbiah dlm idop Anna...Anna ada Mdm Faridah yang guide Anna n da gang dpd form 4 agy...tolong n bantu Anna...Anna sedar kekuatan muslimah...Anna sedar kelembutan srikandi...Anna belajar kecantikan bidadari...Anna tahu semua itu... ALHAMDULILLAH...Anna bukan Anna yang dulu...bkn Anna nak kata waktu Anna kat form 4 jahil sgt tapi kehidupan remaja waktu nak buatkan kita seronok sahaja...Anna akui itu...terima kasih Atikah kerana teman Anna selama 5 tahun dpd form 1 lagi...Honey, walaupun 2 tahun je kita bersama, honey buat Anna berasa kangen setiap kali kita berjauhan...honey kna tahu betapa Anna menyayangi honey...Alyana, Atikah, Kimi, Feth In, Kat, Mat Leh, Yatt n yang len, ukhuwah kita kerana Allah!! buat musliminnya, nasihat kalian,  Anna terima seadanya, semoga kalian berjaya dlm proses bdakwah!!perjuangan kita bersama!!!



di IPGKKB, ingatkan dtg sengsorang n duduk sorang2 lah...tapi rupa2nya, Allah telah titipkan beberapa butir permata buat insan kerdil ini sebagai penyeri hidup...di saat makan sorang2, ada yg menyorong pinggannya disebelah Anna,
masa baca buku sorang2, ada yg tarik kerusi, duduk sebelah Anna,
masa boring xdak benda nak buat ada yang yang datang & buka cerita dengan Anna...
masa Anna sedih susah hhati tenggelam rsa jiwa kacau, ada yg melurut belakang dan memegang tangan memberikan bimbingan...
masa tlupa bawak duit, ade je yang kata "ko pinjam je dlu duit ak ni"
masa sakit, ada yg pegang dahi kita tanya keadaan diri..
masa kritikal antaq asgmnt, ada je yg tolong taip selagi mampu...
masa putus asa, ada yang menarik Anna kembali menyedari fitrah kehidupan...
kepada yang ada2 (hehehe) tu, 'Ain, Epa, Kak Nad, Kak We, Cha, Iman, Kak Shidah, Nisah, Najwa n Rasyi...thanx a lot ats kehadiran korang dlm hidup Anna...nak ckp ttg korang memg xabeh kat cni...coz korang unik...korang pon taw kan???hehe..semoga ukhuwah kita akn lebih erat dan rapat kerana-Nya...
buat para musliminnya, Aideed, Faisal, Zahrul, Haq, Afif, Ubai, Abe G, Irfan, Hariz n Hisyam, Anna doakan semoga ikatan ukhuwah kita ini (muslimin n muslimat) terbina atas landasan dakwah dan bukannya dasar nafsu @ keduniaan semata2...setiap umat Islam itu bersaudara...kalaulah ada salah dan silap di pihak kami, mohon teguran segera...
BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN, MAAFKAN ANNA ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP YANG TELAH ANNA LAKUKAN SELAMA INI SECARA SEDAR ATAU TIDAK. SEANDAINYA BANYAK MENYUSAHKAN, ANNA PINTA KALIAN SEMUA TIDAK MEMINGGIRKAN ANNA DARI HIDUP KERANA ANNA MASIH MEMERLUKAN KALIAN...kalian terbaik dari gokkkk!!!

DOA ANNA AGAR PERJUANGAN DAKWAH KITA BERADA DI BAWAH NAUNGAN-NYA..AMEEN....
kesekian kalinya, syukran ats kehadiran kalian dlm hidup Anna :) (sentimental value kot)

Thursday, 2 February 2012

Bicara Serikandi:
CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim).....

Alhamdulillah..berjaya juga Anna publish post ni...post ni mgambarkan rsa hati Anna dan juga teman2 sefikrah yang inginkan dan dambakan barakatillah dalam kehidupan berumahtangga..memanglah Anna belum kahwin lagi, namun, Anna berhasrat agar bakal suami Anna nant adalah seorang yang memperjuangkan kehidupannya dijalan Allah. Nah!!! Inilah ciri2 yang kita nak sebgai suami...sebagai bakal isteri, kita kna siapkan diri untuk bantu suami dalam perjuangannya...jdik, kalu nak jdik isteri yg baik, mula2 skali, nafsu perlu djaga...cukup skdar kita mncintai seseorang dalam diam,,,jgn biar dia tahu...biarlah ALLAH YANG MENGETAHUI dan merancang segalanya untuk kita....wallahu'alam...

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...