Friday, 31 August 2012

~merdeka 1957 vs merdeka 2012~

Bicara Serikandi
bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum wbt
_________________________________________________________________________________

trettt...trettt..(kena dgr sendiri..haha)
telefon anna berbunyi..tanda msg masuk

kak yang : assalam.sambut merdeka mana? kami mcm kat plestin. org2 tua yg main mercun.xmalu

jam tunjuk pukul 12.01 tgh malam. ouh...31 Ogos 2012...ok..sebagai anak merdeka, anna ingat tarikh tu..tarikh keramat pembebasan kita daripada penjajah(pada zahirnya)..reply dulu msg

anna : wsalam. smbut kat fb..hahaha...esok pgi2 buta ad perbrisn.rukrn tetangga ka yg main tu?haha
and exactly yes! memg prob rukun tetangga kat kaw. perumahan kak yang tuh..
ada mcm wayar pon ada..
bila azan, dyrang keluar rumah dan melepak di bangsal tempat diorang berkawal reramai...
dan bising kat situ sampailah pagi2 buta...
untunglah, pak cik2, atuk2 tu...bila ad org lalu, diorang tgk mcm nak mkn ja...
masya-Allah, semoga Allah bukakan pintu hati mereka~

ingat lagi anna masa belajar sejarah kemerdekaan tingkatan 3 dolu2,
Tunku Abdul Rahman terpaksa utk ke London bertemu ratu bagi mendapatkan kemerdekaan,
macam mana rakyat terpaksa bergolok-gadai bagai menampung perbelanjaan ke sana dengan mengorbankan harta, tenaga dan nyawa meskipun kita tidak berperang sperti Indonesia utk mendapat sebuah kemerdekaan, namun keperitan mental yang ditanggung oleh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata2...

anna pernah mendengar cerita di ambang penjajahan Jepun dpd arwah tok wan anna (semoga rohnya berada dlm kalangan org yg soleh..al-Fatihah). dpd penceritaan beliau, kehidupan rakyat pada masa tu x ubah sperti pelarian yg hidup di tanah orang. makanan dicatu, pekerjaan tiada, ditindas Jepun, diperkotak-katikkan.pendek kata, rakyat Tanah Melayu seperti haiwan yg kotor.

my tok wan was very good at history. he told me the great things about Malay people especially Muslims...
dpd cerita2 dia, anna membesar utk menjadi seorang yg membela org lain, insya-Allah..namun, xdpt nak jadi lawyer,...mak xbagi..huk3..tok wan, i'm sorry~

nak djadikan cerita bandingkan merdeka kita pada hari ini,
sambutannya menggunakan mercun, bunga api, nyanyian artis tersohor, persembahan kebudayaan..

nope! i dont say that persembahan kebudayaan xelok semuanya. certain2 ja yg xelok.yg melibatkan percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan, pendedahan aurat, memanglah xelok!

but, somehow, bila saya kena join perbarisan bagai tu kat padang perdana kot nama dia di kota bharu ni, it was good~ =) like! (walaupun awalnya rasa xnak join..hehe)

why??
because, ada pancaragam, ada bacaan puisi, ada tazkirah dpd pemimpin yg baik (insya-Allah),doa, ada kawalan batasan perhubungan, and most important...ADA BACAAN AYAT2 SUCI AL-QURAN~ subhanAllah...sila take note =)

nah,utk hari yg barakah mcm ni la kita patot buat bacaan ayt2 suci kalamullah...bukan lagu tergedik2 tu..hehe
oppss..

rasa tenang dan damai walaupun panas..majlis ti singkat tapi amat bermakna bagi anna. ok lah =)

pesanan utk kengkawan yg masih muda --> kita ni hasil kemerdekaan generasi terdahulu. apa yg ada pada hari ini adalah usaha dpd generasi terdahulu. kalau diorg xdak, kita pon xdak...ni semua kuasa Allah. bila 'kunfayakuun', maka jadilah...
sebagai genarasi yg baru, serba canggih, kita kena kuasai kekuatan penjajah..kuasai bahasa mereka, pengaruhi budaya mereka dan sempadani pemikiran mereka, agar kita xterus dijajah scara batiniah...jgn kita bakar pengorbanan generasi dulu dgn mercun dan bunga api semata :(
beringatlah, merdekanya kita secara zahir shj..batin kita masih lagi terikat dgn penjajah sebenarnya tapi kita menafikan kerana kita sendiri merelakan kita hidup 'memakai tie dan skirt'..:)
jagalah apa yg ada pada hari ini utk anak2 kita masa akan datang..andai kata benar terdapat penipuan sejarah pada zaman terdahulu, generasi kitalah yg bertanggungjawab utk membetulkannya kerana kita juga sebahagian dpd sejarah yg tercipta..
akhir kata "Selamat Hari Merdeka" yg ke-55..taqabbalallahuminkum..minna waminkum taqabbal y kareem!
_________________________________________________________________________________

p/s: di bawah merupakan gambar2 yg diambil pada pagi tadi...selamat menjamu mata =)

pakat dok cuba topi belakow =)

my clssmates <3

=) <3 =)

saya pon nak try jgak =)

iman, epa n lalalalaala

cha, najwa, iman =)

pkbm (Laut)...i miss my pkbm buddies!!

kami pon nak pegang jgak = ='' 

=)

makan2...lpas baris..*baris la sgt*

nyum3~


last posing b4 ad shbt call dri dlm bas..bhahaha =)

Thursday, 30 August 2012

~hari ini aminah, esok amy~

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum kepada semua =)
selamat petang!

tadi anna sedang la berjalan-jalan kat fb tu ha...nmpak menarik..
ramai la orang dok post-mengepost...termasuklah anna...hek3

berilmu + beramal dgnnya =)

pas2 terpandang la post akak ni..lama xtgk dia..dulu kenal la masa form 1 kat ikup dulu..akak ni pon xrapat sgt dgn anna..dy ada la jawatan yg buat anna kenal dia..
dia seorang yg menarik...lemah-lembut..sopan-santun...cantik...tutup aurat...tudung labuh...pakai stokin..hand-sock bagai ni..pendek x pendek kata, she's perfect la utk mak cik2 yg tgh cari menantu tu nak buat calon! hahaha
oppsss....tapi tu duli masa anna kenal dia kat high school dlu, tapi bila anna preview profile dy, agak sedih lah...
tudung labuh dah xdak..tapi, tetap bertudung..Alhamdulillah..
kira akak ni ok lagi lah dpd orang yang xbertudung kan?
as human yg xsempurna ni, anna anggap mgkin dulu dia pakai mcm 2 sebab dy terbiasa dpd sek lama..tapi bila dah masuk u ni, dia ikut trend kot..
tapi, apa pun, doa anna utk akak tu, semoga akak tu akan pakai blik tudng yang labuh macam dulu sebabnya anna nmpak akak ni utk jadi aset yg plg brharga utk agama..
oppsss...anna xcakap yg bertudung singkat x baik, cumanya klaulah kita cuba menyempurnakan aurat kita nescaya kita akan rasa lebih secure kan? so, korang pikir2 kan lah~

kita berubah bukan utk manusia tapi melalui teguran manusia utk akhirat jgak an? ganjarannya dapat kat kita last nant.. =)
so, jgnlah sebab peraturan dunia kita berubah, berubahlah demi keselamatan diri sendiri dan Dia..azab dia terlalu perit...jgn jadik Amy bila dah berubah jadik Aminah :p

kalaulah betul,...ameen!
selamat beramal!

Wednesday, 29 August 2012

Allah Maha Mengetahui

Bicara Serikandi

" ang xpa la..ang berani...ak takut nak tanya..malu kalau salah..."
" beraninya ang tanya dia..xtakot ka??"
" ang berani, ang angkat tangan dlu"

bagi Anna gelak dulu ya...hahaha..ok stop.. kat atas tu antara dialog yg pernah Anna hadapi..ya! Anna yang hadapi..
sebab tu Anna bleyh ingat..ingat smpai bila2..
ingat sebab ada antaranya menyebabkan Anna rasa lemah dan lesu..
tapi kdg2 buat Anna rasa kesian dan simpati......

LEMAH DAN LESU
sebabnya......Anna bukan seorang yang berani mana..Anna berharap ada orang di sisi Anna yang berkongsi kekuatannya bersama Anna...
tapi, till now Anna xjumpa lagi...ramai sebelah Anna..
tapi semuanya xdak yang sanggup berkongsi keberaniannya bersama Anna...
cth lec mharapkan respon bg sesi soal jawab..volunteer..sorg pon xnak..
Anna kesian tgk lec so, Anna put up my hands..n selepas tu,,,"wah, hebat ang! berani2"
see???i told u!! xsuka la...Anna xnak salah faham..Anna bukan nak menonjol...
Anna cuma nak kongsi je...nak bg pendapat...
nmpak sgt sengkek bila kata cam2..
it's ok...ada jgak camni...kita dah bgn...kita bg pndapat...dia ni dok wat mulut..
cot cet cot cet kat belakang..eh kalau kau nak bagi pndapat, bgn la..xpuas aty apa??
tadi sroh bgn xnak...jgn mcm2..*ewahhh..ayt indon*
bagi Anna, bila kita ja selalu bagi respon n diorg mdengar, kita akn saling muak coz xda kepelbagainan...
Anna sendiri pun muak...org lain lagi laaa.....
pas2 satu jenis lagi camni..."ehh, btol ekk apa kau cakap tadi??bagi ak, bla..bla..bla..."
so, tgu apa lagi, bgn dan cakap! hehe...Anna salah, Anna terima...kalau awak salah, jgn dok marah pulak..terima la jgak...terima hakikat... :)

kalau salah, it's okay...becoz at least kita berfikir..
kalaulah betol, Alhamdulillah, kita berjaya sumbangkan sesuatu..
so, kengkawan..jgn cetek sgt pemikiran..buka seluas-luasnya...
korang mampu..tapi korang xnak...
anna bukannya hebat tapi kita sama2 mencari kehebatan tersebut~insya-Allah :)

Tuesday, 28 August 2012

~musuh dalam selimut~

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim

assalmu'alaikum semua :)

hari ni, anna buka fb setelah 2 ari xbuka..ya la kot...insya-Allah..
xda apa2 yg menarik kecuali komen sahabat kat fb tu..amat terkesan di hati..

salah anna jgak provok pada mulanya tapi niat anna cuma nak sedarkan diorang yg kita berada dalam satu usrah so, kita kena lah tanggung susah dan senang bersama tapi ada sorang ni xnak la pulak meletakkan ketua dia dalam posisi yg susah..nak senang ja...bila ditegur, anna dikatakan bersalah....

anna xkisah bila anna dikatakan bersalah tapi kenapa nak mention benda tu?
bukan ke kita hidup bermasyarakat.
so, bagi anna mungkin dia nak bergurau tapi caranya salah...

but, let it go!
teruskan dgn hidup ni haaa!

korang rasa korang nak buat keja sorang2 teruskan..jgn libatkan kami, tapi ingtlah, kami sentiasa berada utk tolong korang..kami xpernah tolak korang, tapi korang yg xnak terima kami... :(
*kalaulah dia membaca post ni, anna harap dia mampu berfikir*

so, ambil iktibar..hidup jgn cari musuh..tapi kwn dgn musuh :p

Monday, 27 August 2012

saya bakal ustazah dan i'm happy (sambungan)

Bicara Serikandi

ok......
sambung blik..

susah kita nak tentukan perjalanan hidup kita ni...
xkisah lah awak dah bekerja @ blom,
awak dah kawen @ blom,
awak dah beranak @ blom,
awak ada penyakit @ x,
awak pm @ fakir...

setiap apa yang kita decide sebenarnya hasil daripada apa yang kita fikirkan dan apa yang kita imagine..
contoh, awak dpt result cemerlang dlm spm,
awak nak jdik doktor, so nak amek kos perubatan kan? mestilah! xkan engineering lak.. :p
kalau dah awl2, awk imagine awak doktor, siap berpakaian putih bagai tu, awk akan minat dgn apa yang awak belajar yg mendorong ke arah perubatan.serius!!!

minda kita yg mengawal apa yg kita nak buat...
minda @ akal ni sebenarnya suatu anugerah Allah yg sangat bernilai kan?
seluruh anggota kita hanya dikawal oleh anggota bdan yang satu tu..
kalaulah kita bukan orang yang waras @ akal kita xdpt berfungsi dengan baik, apa akn jadik pada kita?
pernah korang pkirkan?

selalu anna tgk orang yg bersedih, skit2 muncung, merajuk..
hahaahahaha
anna dulu mcm tu
tapi, bila dah besar dan dah sambung belajar ke pringkat lebih tinggi,
anna rasa golongan berpendidikan xperlu @ xpatut berperangai mcm 2..

golongan yg berpendidikan perlu mgunakan akal yg Allah anugerahkan dengan sebaiknya,
dan guna utk tujuan yang mendatangkan manfaat..
kalau sekadar nak merajuk, berasa hati...
no!!
buang masa kot~

pernah anna terasa hati, tapi letak benda tu kat tepi, dan teruskan kerja yang mendatangkan manfaat utk org lain selain nak pkirkan diri kita ja.. maybe sometimes, kita akn buat org terasa kan? :)
manusia, mcm tu lah,....sentiasa melakukan kesilapan dan perlulah bersedia utk memaafkan :)

anna bukan manusia yang terbaik utk memberi nasihat tapi dgn status anna  sekarang anna sendiri perlu berubah,
tapi anna xnak kwn2 anna tersesat jauh..kita sama2 berubah menggunakan akal yg Allah bagi..

pernah seorang sahabiah meminta nasihat daripada anna dan sahbat yg lain untuk bagaimana cara untuk tidak meneruskan perhubungannya dengan seorang lelaki. nak kata kapel, x..nak kata xkapel pon x..haha
biasalah, bila kita dah suka, kita akan meng'halal'kan perkara tersebut pada zahirnya. namun, pada batinnya, semua itu salah jugak..
kitorang bagi nasihat..ok dia dengar..then, jadi blik..ok,pas2 nasihat lagi...tapi berulang semula perkara yg sama...

at last, ats kesedaran dia, dia yg nak berubah, maka dia berubah..masya-Allah, besar peranan hati dan akal buat kita...Alhamdulillah, sahabiah anna tu skrang ni sedang meniti fasa 'kesolehahan'..haha..insya-Allah :)
tu la kan....org bagi nasihat pun, kalau kita xnak berubah, xkan jadi apa2...

so as an teacher 2 be, org expect kita utk jadi serba boleh..flexible!
semua kita bleh buat,
dpd basuh berak, mandi budak, cedok mkanan hinggalah jaga org tua~
makna kata, cikgu ni semua benda perlu tahu..ya!
semua kena tahu buat, itu namanya cikgu~

anna sendiri, hidup sebagai seorang guru, anna rasa gembira dengan life anna..
anna jenis yg ikot flow, arus idop..
kdg2 kena paksa buat,
kdg2 rela...
lau kena paksa buat, buat jgak tapi enjoy dgn da way we do it, do it our own way..yeahhh~
lau rela, buat sebaiknya even kita suka sgt pon..haha
tapi, satu ja..komitmen perlu 100% dan pedulikan apa org cakap..
awak perlu tahu, hidup ni bukannya untuk dirasai tapi utk dinikmati..hayati apa yg kita buat~

so, siapa pun awak..apa pon kena buat...ingat satu je (bagi anna), apa org pandang kita xpenting, yg penting kita puas hati dengan ap yg kita buat, insya-Allah semuanya akan selamat~

one thing, anna xkisah org xhargai anna buat sesuatu, tapi anna sendiri rasa kepuasan kalau anna dapat settle prob org lain, seolah2 msalah anna pon settle...it is unspoken words to say!!!

so, korang, hiduplah dengan gembira guna akal yg ada..cam saya, saya bakal ustzah tapi tu xmbataskan aktiviti sosial saya, saya enjoy hidup saya dgn cara yg betul hendaknya dan saya cuma harap org lain gembira, saya gembira dan alam ini ceria dgn kegembiraan kita :) :) :)

i'm happy!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 26 August 2012

saya bakal ustazah dan i'm happy!

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum semua!!!!!!!!!

selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..:)

sebenarnya hari ni nak cakap ttg apa yg berlaku hari ni la..haha
lama dah anna x sapu2 n lap2 blog, so ingat ari ni nak jenguk2 la sat...

so, kengkawan, anna nak kongsi tentang apa yang anna faham tentang hidup...

anna learnt to keep my words when i've made my decision. and more than that, i don't like other people to interrupt my decision hesitantly.

but, vice versa, in some things in my life, my parents have huge and large influences. they decided many things for me. they were not forcing me but they insisted me to follow their words. the decision to enter the ipg also was made by them. and i'm happy....NOT...at first..yes, it is~

i was totally eager to chase the law foundation. but, i don't want to hurt my parents. then, i made istikharah. Alhamdulillah, He put me this way. and i was happy..more happy than earlier...

then, in my place now, at first when people asked me, "why do you choose ipg and being a teacher?"
i was really don't know and was dumbfounded. all i can say was " mak ayah saya suruh @ permintaan mak dan ayah"

yes, true! mom and dad insisted me to become a teacher. and i've to.

and now i realized, when i gave that answer to other people, i was really happy indeed actually because without me noticing it, actually my parents knows me better. :) thanx mom and dad...

i love them more than myself!!!!
that shows how our parents learn to understand us. 
diorang tak nak kita terpesong jauh. so diorang fahamkan kita erti kehidupan dan saling memahami. that is hard..but at the same time, it is sweet...
sweet kan bila mak ayah lebih fham kita and guide kita?? bg anna, sweet sgt!!! <3 <3 <3

to be continued......

Tuesday, 14 August 2012

thanks but no thanks..but i love it!

Bicara Serikandi
bismillahirrahmanirrahim

bleyh x malam ni Anna nak berlaku kekoyaan sedikit?haha
kekoyaan dalam erti kata lain perasan!!
tapi malam ni tahap koya Anna sgtlah tinggi!
hek3

ok.
stop.
cerita dia bermula di suatu hari, bila present *selalu ja kena present kat depan*
sebagai seorang anak jati kedah yg sgt mendukung daulat dan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan agung (sultan kedah kan sekarang), maka Anna telah sewenang-wenangnya menggunakan bahasa @ loghat Kedah dengan bangganya di negeri Cik Siti Wan Kembang ni..haha

tapi...
tapi...
tapi...

ada jgak yg xsuka dan xpaham.
huk3

ada yg suka.
dan terikut-ikut. teruskan usaha anda tapi jgnlah sampai lupa bahasa ibunda plak..hehe
tq. syukran. kamsahammmida. xie xie. nandre. arigatou. mercy. dan byk lagi

geramnya bila yg xsuka tu.
suka perlekeh apa kita cakap.
ingat bahasa@logaht dia ja lengkap???huhu

Anna turut kesian kpd teman2 seperjuangan yg kena..
dpd Perak, Penang,
dua tu je pun...haha
tapi, kami ad loghat kami!!!
tolong paham!!!!

and, when we are starting to use their dialect,
"bo la, bau budu gak"
=cukup lah, bau budu lah
pada perkataan bau, sila sengaukan..hik3

xsemua mhlang Anna utk belajar kecek kelate, cuma seseorang
dan seseorang itu sangatlah ....speechless nak cakap apa..haha

mgkin dia xsuka Anna mencemarkan loghat dia kot..
tapi, bila cakap loghat kita pon, xpaham gak...
huk3..payoh2...
wak g dok utan la gitu gop..huhu

ad org menawarkan Anna utk buka kelas mengjar bahasa kelantan,
oh thanks..but saya ad kwn utk mengajar saya.. :)

kepada golongan yg suka mempersendakan loghat org lain ni,
bertaubatlah ea...
nant bila awak ke tempat saya,
awak buat perangai mcm tu,
xda sapa2 akan layan awak sebab org xpaham awak cakap apa,
masa tu awak akan jadi mcm saya, terkedek2 nak belajar,
pas2, awak akan terima nasib macam saya, diketawakan dan diejek..
kan Allah dah kata,
Allah xkan mematikan hambanya selagimana apa yang pernah dia katakan pada sahabatnya berlaku kepada dirinya sendiri?

jadi, bila kwan belajar cakap bahasa tempat kita, guide dia mcm sahabat2 saya buat uh..*_^
kecuali yg mengata saya cakap bau budu..*dia tawu saya suka budu*hahaha
mgkin loghat kedah terbaik buat saya..haha

tapi saya think positive, at least, dia faham jgak saya cakap kelantan, sbab 2, dia cakap saya bau budu..haha tq semua ea...thanks but no thanks utk ubah lidah buat msa skrang but i <3 2 change it in a while later ea...so, support saya!!! :)



Wednesday, 8 August 2012

unnie,sweet 19 dah berlalu!! :)

Bicara Serikandi

Bismillahirrahmanirrahim...

purple: kak nad
izinkan Anna membuka lembaran hidup sang bidadari, Siti Nadia @ kak Nad yang telah berusia 20 tahun mengikut kalendar Masihi dengan ucapan "sanah helwah!!!"

penat kitorang masak utk kak Nad tapi berbaloi sgt!!!
baru tau yg nilai ukhwah tu bukan sekadar titik peluh shj tetapi sentuhan ikhlas bila melakukan semua pekerjaan bersama..
sebab tu bila kak Nad said " Sian kat ampa nak kena sambut burfday setiap kali anniversary"
kak Nad!! nak sambut ke x, yg tu kita letak tepi...tapi yg Allah SWT kira ialah effort kita utk gembirakan hati org yang kita sayang dgn cra yang tersendiri..xsambut pon xpa, janji kita ingat..tapi kalau sambut,jgn melebih2..cam kita sambut tu, ok lah!! *good job*

Anna xtaw nak cakap apa..sama ada tahniah @ takziah...both of them ada valuenya tsndiri :)

tahniah: sebab kak nad dah berjaya hidup selama 20 tahun dengan jayanya sbg anak pak cik subri n hamba Allah yang mengenal erti iman *ek, bukan nurul iman ea...:)*, erti islam dan ihsan Insya-Allah
takziah: sebab kak Nad bakal menempuh pelbagai cabaran yang lebih mencabar pada masa hadapan,kak Nad akan diuji dulu sblm kami junior2 ni..hehe
tapi suma cabaran dan mihnah dpd Allah SWT tu sbnarnya membuatkan kak Nad lebih matang dan elegan di mata kami..*sgt lah*haha

bila Anna tgk 'ain tekun buat dumpling, epa relay buat air, nisah asyik goreng, najwa sibuk mengacau, cha amek barang, baru Anna tau, kak Nad ni treasure hunt kami...ehehe..sebab tu semua org jaga kak Nad...so jgn susah aty..kami adik2 yg loyal..haha

cumanya, ucapan Anna utk kesekian kalinya buat kak Nad:

kak Nad, kalau kita xmampu menjadi insan yang terbaik utk orang lain, jadilah yang terbaik buat diri sendiri..
kalau kita xmampu buat yang terbaik utk diri sendiri, xbermakna kita gagal tetapi mungkin ada di sisi kita sesuatu yang kita terlepas pandang...mgkin itu cara terbaik utk Allah SWT menegur khilaf kita :)
semoga kak Nad terus menjadi kak Nad yang ada skrang ni...jgn tinggalkan Anna dan teman2 ya melainkan Dia yang berkuasa mengambil kak Nad dpd kami...
kak Nad ni treasure hunt kami..semakin antik barang tu, semakin berharga nilainya ...hehe
last but not least, jadilah bidadari yang hadirnya buat pejuang agama... Anda Mampu!! :)


purple:kak nad

Tuesday, 7 August 2012

~Dia memberi pada yang mahu~

Bicara Serikandi

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Anna rasa penat sebenarnya malam ni..rasa mcm malas dah nak menaip tapi bila pk balik, kalau dilayan malas ni, sampai bila pun x jalan keja...teringat hadis nabi SAW..."sampaikanlah walau sepotong ayat" :)
so, Anna buka blog n mula terpkir nak masukkan entry apa...

mula2 nak ucap terima kasih buat si Bulan Purnama, sahabat Anna kerana buat sedikit perkongsian dgn apa yang bakal Anna titipkan buat kalian semua...

selesai bertadarus tadi, Anna dan Bulan telah buat sedikit renungan berlandaskan ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 51 dan cerita kami telah dipanjangkan sehinggalah masuk ke bab Lailatul Qadr...
walaupun dah dekat pkul 12 mlm, tapi kami seolah-olah di alam lain..khusyuk dan bersungguhnya kami berkongsi cerita..plus2 Che Puan Bulan :)


kata Che Puan Bulan " Lailatul Qadr tu Allah nok v ko kita, tapi gak kita jah tok sey ( sebenarnya, Allah nak beri Lailatul Qadr kepada kita, cuma kita je xnak..*lebih kurang lah translate nya..haha*)

kata Che Puan Bulan jgak, kurniaan Lailatul Qadr ni ibarat pemberian pingat kebesaran..kalau kita xdak semasa nak diberi pingat kebesaran tu, sang raja xkan rugi tapi kita yang rugi...ni nasihat khas buat sang bidadari yang mengalami musim cuti bendera jepun..oppss...walaupun kita berhadas besar, namun, kita jgak punya hak utk menerima lailatul Qadr..
kalau awal2 dah rasa kita nak period waktu akhir2 Ramadhan, tingkatkan amalan pada sebelum2 malam2 terakhir tu....
pada malam2 terakhir *kalau period lah* tu plak, bykkan berzikir, sediakan makanan utk org berpuasa, bangun malam utk berzikir @ bertafakur walaupun xboleh solat n puasa, kejutkan org sahur ke, pahalanya akan dapat ke kita jgak. 

jgan jadikan alasan kita tidak berpuasa utk tidak mendapatkan lailatul Qadr...
sebaliknya, berusaha dan bangun pada setiap malam utk menantikan ganjaran Allah SWT tu,,
kalau kita lena pada waktu Allah dah sediakan ganjaran utk kita, pasti Allah akan murka dan menarik balik ganjarannya utk kita..
kesudahannya, kita akan pulang tgn kosong dpd madrasah ramadhan!

selepas apa yang Che Puan Bulan bagitahu tu, Anna rasa berkobar-kobar nak dptkan Lailatul Qadr tahun ni..kalau tahun2 lepas, xrasa apa2 pun..menyesal skit je..insaf Anna lepas dgr perkongsian Che Puan Bulan...b4 ni anggap lailatul Qadr ni utk org2 tua ja..tapi, skrang Anna dah faham dgn jelas, lailatul Qadr ni Allah nak beri kepada sesiapa yang mahu, sapa2 ja!!! :)

so, lailatul Qadr, tgu saya, saya kejar awak!



ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-hambaMu yang sentiasa bermunajat dan berzikir mengingatiMu..kurniakan kepada kami keindahan dan nikmat Lailatul QadrMu, malam yang lebih baik dpd seribu bulan! Amiiin!

Friday, 3 August 2012

~tak perlu cari, ia datang sendiri~

Bicara Serikandi


dlm keriuhan ramai, di suatu walimah saudara, beberapa orang mak cik sdg berbual mesra,
mak pon trut serta, sekadar mendengar,



"anak2 ni, kalau dah smpai umoq dia, kna bagi kawen dah..."
"betoi,..la ni (sekarang ini) bukannya xtaw, benda x elok ni mudah jadik"
"tu la, aku dok risau jgak...dok caghi (cari) jgak la beda (untuk) Man*..xsegak pon xpa, janji baik sudah.boleh duduk dgn kita"
*bukan nama sebenar


Anna mengerling mak disisi, mak sedang mengulum senyum..mendengar keletah saudara-maranya...
dalam hati, terkesan jgak dgn apa yang mak cik2 tu bualkan...
persoalan berlegar
'perlu mencari ke?'
'bukankah Allah dah tetapkan jodoh kita masing?'


sehinggalah pulang ke rumah,
Anna terus tanya persoalan yang berlegar kat mak...
tanpa perlu berlapik2..
kalau berlapik pon, mak akan tahu hasrat hati dan persoalan yang nak ditanya,
"mak, jodoh ni kita kena cari ka?"
mungkin mak agak terpana dgn soalan tu sebab tak pernah ditanya..haha
"awat, adik jumpa dah ka?"mak tersenyum sambil menjeling Anna.
'eh, mak ni. ingat main2 ka?..huk3..nak taw ja', sedikit bimbang dgn persoalan yang diajukan...
"xpayah nak cari pon...bila masa yang sesuai, dia akan mai sendiri..kak yang, kak ija dgn kak chik umi xcari pon..depa mai sndiri"balas mak..
mak memang xgemar bila Anna cakap pasai benda2 jodoh ni semua..
mgkin bagi mak, Anna masih kecil kot..(dah 18 thn waktu 2..huk3)


tapi, curiosity level 2 semakin meningkat,
dpd hari ke hari Anna nak tahu macam mana jodoh dtg..


dlu, masa sekolah menengah, Anna dah khatam 'Seindah Mawar Berduri', 'Tautan Hati' dan 'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah SAW'  karya Fatimah Syarha,
n masa tgu result SPM Anna khatam 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi,
Anna pernah sentuh 'Sebarkan Cinta-Mu' pon karya Fatimah Syarha..
dan sekarang sedang mengkhatam 'Cinta High Class' karya penulis yang sama beserta suami, Dr Farhan Hadi,


Alhamdulillah,
byk yang Anna belajar dpd hasil penulisan diorang,
persoalan Anna dapat dirungkaikan..
konklusi mudah yang Anna dapat,
senang ja..mcm mak cakap,
"bila masa yang sesuai, dia akan mai sendiri"


serius! betol!
jodoh akan tiba pada
>masa yang sesuai
>orang yang sesuai
>keperluan yang sesuai

hari khamis, 2 Ogos 2012, ada sahabat muslimin bertanya kepada Anna, 
"ang rasa bila masa yang sesuai utk kita mula mencari?"


bagi Anna, xsalah mencari..carilah kat mana2 ja..
cuma, sama ada kita dpat pilihan yg salah dulu @ pencarian kita akan menyebabkan jodoh itu akan menjadi semakin lambat,


kenapa Anna cakap macam 2?
kerana, Anna pernah punya pengalaman nak mencari akibat curiosity yang melanda diri,
tapi,semakin lama Anna mencari, Anna rasa makin kosong dalam diri Anna,
sayang lah kalau apa yang Anna nak bagi pada yang halal telah Anna 'sedekahkan' buat yang blom sure utk Anna...
so, at last , Anna realised, Anna xbersedia lagi utk merasai semua tu,
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Anna dan Dia nak Anna jadi bunga yang berguna utk agama dan ummah mungkin~
Anna berjaya keluar dpd belenggu rasa yang memfitnah jiwa..
xdinafikan kadang2 benda2 mcm ni mengusik rasa kita,
tapi, kita kena berjaya dan mampu kawal,
kalau xmampu, luahkan pada teman yang kita percaya..
Anna kira sahabat Anna ni sgt membantu Anna..
"memang la time2 ni ang tgh gatai pon...kawal la"
dia cakap simple ja, tapi Anna cerna balik, Anna xnak dilabel sbg gatai..
'i'm not that type!' 
jadi, Anna kena start tutup lubang pencarian ni skrang!!!


Anna masih mulakan pencarian..
tapi pencarian yang lain,
Anna start mujahadah nafsu yang sekian lama tertinggal,
sebelum ni mgkin terleka dgn nikmat-Nya,
tapi bila benda ni berlaku skrang,
Anna berjumpa dgn sahabat yang perlukan jawapan utk menahan diri dpd ditenggelam nafsu,
sahabat yang Anna sayang kerana Allah SWT,
Anna nak sgt bawa dia terokai perubahan hidup Anna,
nak sgt dia faham apa itu erti mencari dan dicari,
nak dia menghayati erti berserah dan menyerah,
nak sgt dia tahu mcm mana nak tarik rambut dlm tepung,
dan paling Anna nak dia tahu, dia xpernah lack of love dpd kami smpai dia perlu cari kasih dpd yang blom pasti milik dia @ x....
Anna pasti usaha yang Anna buat ni akan dinilai oleh Allah..
xkisahlah manusia label sbg cemburu @ tak..
Anna xnak shbt2 Anna dpt bhgian yg buruk..
dalam sebiji kek 2, biarlah kita dpt bahagian yang sama2 elok dan sedap,
walaupun Anna xpasti dengan apa yang Anna dpat, tapi sekurang-kurangnya Anna dapat bergembira dgn apa yang bakal sahabat2 Anna dapat..


mungkin ada yang bakal protes,
kalau kita xcari, xmgkin akan jumpa..
diorg buat analogi mcm kita tuntut ilmu,


ilmu, kalau xdicari memang lah xkan jumpa,
kerana ilmu itu hanyalah Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang menginginkannya...
kalau ada yang xnak cari punca ilmu, memang xdpt ilmu Allah yang terlalu luas ni...


begitu juga dengan jodoh,
kalau xdicari di mna silapnya diri kita utk mendapat jodoh, 
memang xkan smpai jodoh, kerana mgkin kita blum bersedia utk itu @ masa blom tiba @ keperluan kita bukan lagi utk semua itu.. faham?


bagi Anna,
sebagai seorang yang bergelar pelajar skrang,
buatlah sesuatu yang bermnfaat buat diri kita dlu,
sediakan mental dan fizikal utk hadapi hidup berkeluarga,
ilmu Allah terlalu luas,
cari, gali, dan terokai ilmu Allah dahulu sebelum kita fokus alam rumahtangga,
ingat, nant bila dah ada suami@isteri, kita akan fokus kepada keluarga pulak..
waktu tu, masa untuk ummah sebenarnya akan terbahagi,
waktu tu, kita tak berupaya sewenang-wenangnya keluar utk join majlis2 ilmu,
bgi si isteri, kita kena dpt izin suami, jaga anak2, urus household tlebih dahulu,
bagi si suami, kna make sure keselamtan isi rumah terjaga, keperluan cukup,
bernikah bukan sekadar satu hari @ mcm lampin pakai buang,
ia adalah pembentukan sebuah ummah!!


bermula dpd sekarang siapkan ilmu di dada,
biakkan hati dengan akar-akar ilmu,
bajai jiwa dgn siraman tarbiah,
cantas rumput nafsu yg kelaparan,


nasihat Anna buat sang mujahid agama,
kalian adalah sebaik-baik makhluk yang Allah jadikan di atas muka bumi ini,
kalian adalah umat  terpilih utk memimpin sang bidadari,
tapi kenapa kalian yang berusaha utk merosakkan barang amanah kalian?
dari benih kalian akan lahir para pejuang agama,
kalau pada hari ini, sudah kalian calitkan titik hitam pada benih itu,
nescaya, ia akan bercambah menjadi titik noda yang besar nant...


sahabat seperjuangan, 
kasihilah kami sebagaimana engkau mengasihi dirimu,
tegurlah mana yang kami kurang,
kongsilah apa yang kami lebih,
jangan lah engkau menjadi punca kekurangan kami,
jangan pula engkau berputus asa dpd kami sekiranya kami tersilap,
bawalah kami mengenali sang Pencipta,
bukan mengagungkan pesta suka ria,
bawalah kami mencari cinta Ilahi,
bukan cinta sesama makhluk,
kerana di akhirnya, kalian tidak akan rugi,


kerna tiada siapa tahu, permata mana yang bakal kalian miliki,
mungkin yang samar di zaman jahiliyyah,
atau yang sinar di zaman magrifah kalian...
jadi, kita gilap semua permata sehingga sinarnya mampu menerobos ke angkasa..
bukankah ketika itu kalian akan punya byk pilihan utk dibuat? :)


buat sang mujahidah,
kalian bidadari yang Allah jadikan buat sang pejuang,
kenapa rendahkan martabat itu?
kenapa murahkan mahar syurga kalian?
kenapa mudahkan urusan pencabulan kalian?


rendahnya diri kita bila berhadapan dgn pujuk rayu lelaki,
bukankah kita sepatutnya membantu Adam supaya senang urusannya masuk ke syurga?
bukankah itu juga manfaat buat kita sekiranya kita si Hawanya?
namun, mengapa di pertengahan jalan kita membuka ruang kepada nafsu?
"oh,belum tentu aku kahwin dgn dia..biaq la dia dan hidupnya..."
who say so????
Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa..
seandainya telah dia takdirkan utk kita terpesong, maka tiada ragu2 lagi kita akan menjilat ludah sendiri...
dengan lelaki yang pernah kita ejek, kita akan hidup bersama...
bukankah seawalnya lagi patut kita pesan pada diri, agar sentiasa menyayangi mereka sebagaimana kita sayang keluarga kita kerana Allah..


ingat,
dpd rahim kalian akan tercambah benih pewaris agama,
hasil yg baik itu dpd benih yang baik dan tanah yang baik,
kalian adalah tanahnya,
kalaulah tanah itu pernah ditanam dengan  pelbagai jenis benih,
adakah benih yang bakal tumbuh akan menjadi benih yang sihat? 


kita memilih utk mendapat imam yang baik,
imam yang soleh,
imam yang amanah,
imam yang setia,
imam yang bertanggungjwab,


tapi, kita?


mampu ke kita jadi makmum yang baik kalau sekarang lagi kita mula berpacaran,
mampu ke kita jadi makmum yang solehah kalau sekarang lagi kita sedang memfitnah agama si Adam,
mampu ke kita jadi makmum yang amanah kalau sekarang lagi kita sedang merasuah agama Allah utk meghalalkan yang haram,
mampu ke kita jadi makmum yang setia kalau sekarang lagi kita sedang berlaku curang dgn cinta Allah dan Rasul,
mampu ke kita jadi makmum yang bertanggungjawab kalau sekarang lagi kita sedang letak t/jawab kat tepi...


kita xmampu sebenarnya,
kerana kita xberganding bahu,
kita xberganding bahu antara Adam dan Hawa,
antara Ali dan Fatimah,
antara Yusuf dan Zulaika,
dan antara pewaris Muhammad dan Khadijah..


jadi, saat ni,

mahalkan dirimu dgn bertafakur di kamar mujahadah,
siapkan make up malu pda diri,
pakai pakaian sabar dan senyum utk madhatillah,
insya-Allah berjya temui sang rembulan kurniaan Ilahi :)


ayuh, xperlulah mencari....
sebaliknya, biar ia datang dpd arus yang betul dan biarkan ia mengalir dpd aliran yang benar ^_________^
salam mujahadah sahabat!!!


p/s: penulis masih di dalam proses pembikinan mujahadah. doakan dirinya dan seluruh ummah mendapat lindungan para malaikat, rasul, dan Pencipta Alam ini..Amin~

~hadiah paling berharga~


bismillahirahmanirrahim


assalam semua,
hari ni Anna copy skit dpd internet utk sama2 kita kongsi..
tajuknya ttg HIDAYAH..
ada kisah disebalik entry Anna ni...
ada sebab kenapa Anna keep this article..
article ni byk mengajar Anna erti hidayah,,,
byk terkena bth idong Anna sendri...
ce baca smpai abis dlu  ^_^ .....

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." – (Surah ali-Imran, ayat 110)
17 Golongan Mendapat Hidayah Disebut Dalam Al-Quran 
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa', ayat : 115.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah  Muhammad, ayat : 17.
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah  Al-Qasas, ayat : 50.
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An'am, ayat : 35.
Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.
11-Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
12-Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik – derhaka
13-Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
14-Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
15-Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.Surah Al-An'am ayat 140.
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
16-Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
17-Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
Photo by: Firdaus Mahadi
مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً
"Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
(Surah Al-Isra 17: Ayat 15)
nak tau kenapa Anna simpan kisah ni? ada kisah antara Anna dan "si dia" dlu...to be continued.... :)

Thursday, 2 August 2012

~love: is simple yet complicated~

Bicara Serikandi
ada org cakap, cinta masa belajar ni cinta monyet,ada orang cakap, cinta ni buta,ada orang cakap, cinta ni xkenal usia,ada orang cakap, cinta ni perlukan pengorbanan,orang cakap jgak, bila bercinta indah segalanya~

tapi,
cinta masa belajar ke x, ikotlah 
sabda Rasulullah SAW "apabila telah datang lelaki yang kamu redhai agamanya,baik akhlaknya, maka kahwinilah dia"(lebih kurang maksudnya)
senang cerita, kalau tgh belajar dah bercinta, 
atau dah jumpa yg berkenan,
halalkanlah perhubungan melalui ikatan yang sah,
lagipon, Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya..
kalau xberduit, nikah khitbahlah dlu..
xsalah dari segi syariat walaupun dpd adat nmpak kita menyembunyikan sesuatu,


beringatlah, kita hidup atas muka bumi ni hendaklah berdasarkan syariat
adat cuma sekadar bekalan di pinggang :)
tapi, afdhalnya carilah pendidikan utk memulakan langkah kehidupan,
siapkan diri dgn keperluan duniawi dan ukhrawi,
yang lelaki cari pekerjaan dlu,
ada rumah utk hidup bekeluarga, 
baru nmpak kematangan utk menjadi pemimpin rumahtangga,
insya-Allah wujud usrah mawaddah, sakinah wa rahmah~


yang wanita, cari ruang utk solehahkan diri,
tajamkan minda dlu,
supaya apa2 terjadi dalam rumahtangga dapat di atasi dgn bijak,
perlu diingatkan,
dpd rahim kita nant, akan lahir para pejuang agama, pewaris syuhada' dan penyambung auliya',
jadi, jgnlah kita rosakkan benih2 kita dgn titik2 noda yang kita create sekarang :)


cinta xbuta sebenarnya,
dia ada nafsu yg menjadi mata,
bila mata terkawal, baiklah cinta,
bila mata nakal dan liar,buruk dan binasalah cinta,
sebab tu Allah suruh kita jga pandangan 


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ


"katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan"
an-Nur:31

nah, dah terbukti..nafsu 2 Allah jadikan sbg penanda aras kita utk mentaatinya, tapi bila kita salah guna,
nafsu bakal memakan diri sendiri.

cinta memang xkenal usia, 
cinta mana pandai matematik,
orang yang bercinta tu sebenarnya kena buat kira2,
"berapa lama hidup aku, aku abiskan utk Dia?"
"berapa lama aku bangun pada waktu malam utk bermunajat kepa-Nya?"
"berapa lama lagi aku nak buat dosa?"
"berapa banyak pahala yang dah aku kumpul?"
"berapa lama lagi Dia nak simpan aku kat dunia ni?"
pnah kita kira semua tu?
yang kita kira,
"berapa belanja hantaran kau?"
"berapa kos beli perabot baru utk raya ni?"
"lama dah kau bercinta dgn pakwe kau?"
"agak2 la, kau awek yg no berapa?"

kalau nak dikira, cinta thdp manusia ni memang fail la matematik,
anggaran selalu xtepat,
equation salah,
janjang xmengena,
integration sipi2 ja,
sector pon lari dpd ukuran,
isipadu kurang,
luas xsama,
pendek kata, Allah lagi hebat kuasa cinta Dia..kita xmampu nak tahan kuasa cinta Allah bila Dia dah takdirkan sesuatu terjadi~

cinta perlukan pengorbanan,
kalau cinta kepada Allah,
korbankan masa kepadaNya,
rintihlah kepdaNya,
adulah masalah kepdaNya,
kerana Dia telah janjikan "berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan"

tapi,
bila cinta kepada manusia, 
rintihlah mcm mna pon, kalau xdak kudrat, xdpt jgak..
adu lah masalah kecik pon, kalau xdpt setel, xboleh jgak,
korbankan lah masa mcm mna pon, kalau dia sibuk xguna jgak
kerana semua itu telah Allah rancangkan ikut perncanganNya yang terbaik~

bila bercinta ni semuanya cantik,indah dan kagum kita dgnnya,
taik ayam pon jadi sagon(kata2 org kedah)
tapi, pk balik ea..
buat apa benda baharu...
cintaka manusia yg kita xtawu hak milik kita @ tak, xkan menjamin masa depan kita,
nak ke agama kita terfitnah hanya kerana menyayangi seorang makhluk yang belom tentu tertulis takdirnya ke atas diri kita,
nak ke serahkan diri pada seseorang yang xmampu nak jadi imam kita,
akalu sekarang dah mampu mesej2,
bila rindu kol,
bila kita nak hentikan hubungan, merajuk...
CHILDISH!!!!
ingat! seorang lelaki yang keanak-anakan xkan mampu menjadi bapa yang rasional apabila mempunyai anak2 yang menjadi2 perangainya,
kalau sekarang dah macam 2, nant lepas kahwin lagilah..
anak2 ke mana, bapak ke mana...


Anna bukan orang yang terbaik utk nasihatkan para sahabat,
namun, Anna ambil pengajaran dpd pengalaman orang dan dri sdri utk Anna katakan bahawa,
senang utk jatuh cinta, tapi jangan mudah percaya kepada janjinya,
sebaliknya, jatuhkan cinta kita buat Sang Pencipta alam ini..
Maha Berkuasa menjadikan sesuatu,
nescaya dgn kecintaan kita kepada-Nya, dia akan menganugerahkan kita cinta manusia yang mencintai-Nya..
bukankah janji Allah SWT sentiasa benar? apa perlu kita ragui? :)
 simple je benda ni sebenarnya..tapi bila benda yang x syarie ni, ramai org pertikai,
tu terjadi bila nafsu mengatasi akal...na'uzubillah...

fikir-fikirkan, selamat beramal~ :)

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...