Sunday, 5 July 2015

sorry, i bukan year end sale!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hari ni berasalah rajin sikit nak ber'blog'. baru ada mood. Salam 18 Ramadhan semua!!

musim raya dah nak dekat. musim cuti dah hampir. selain sibuk dengan persiapan raya, ramai jugak sibuk dengan persiapan nak kahwin.
apa? sekali lagi ulang!
KAHWIN!
hermm.
okeyh. bukan aku.
sekali lagi.
BUKAN AKU.
bertalu bila call mak ayah, depa buat ayat " banyak kenduri cuti ni."
okeyh. tu bukan hint nak suruh aku kahwin awai tapi hint nak ajak aku pi kenduri sekali dengan depa.
ada makanan, bereeeehhhhh!
koh3.

soalan biasa bila sampai kat tempat kenduri ialah :
1) belajaq mana?
2) bila nak habis?
3) ada orang dah ka?
4) bila nak buat kenduri hat ni plak?
dan bla3 yang aku rasa kalau aku tak jawab pun tak pa. haha
eerrggghhh.

nasib baik tak seanggun macam kawan-kawan lain, jadi soalan2 diatas tu tidaklah begitu famous amous dengan aku. setakat "bila nak habis belajaq?" tu selalu la kena. haaaahh untung!

bila pi tempat kenduri plak, hermmm. mak cik2 bergosip. aku? pasang telinga.
"awat la rendah sangat mas kawen depa mintak? mahai la sikit. anak dara tu cantik. pandai. baguih. rajin plak tu. kesian." herrrmm.
mak cik, saya nak cakap la sikit. mas kawen rendah bukan sebab dia tak laku. tapi dia mencari barakah. baguslah. buat apa nak hebah. wanita yang murah maharnya adalah wanita yang barakah. tapi kena faham apa maksud rendah mahar. bukan rendah mahar ni semua yang maksudnya murah. namun, kalau mas kawen tu tinggi pada pandangan orang lain tapi mampu dilunaskan oleh bakal suami, maka masih murah dimata bakal suami, rendah la maharnya. harga bukan ukuran aihhh!

ada jugak jenis orang kalau mahal mas kawen pun masih lagi diumpat-umpat. katanya nak menjual anak. seperti yang katakan tadi. ehhhh...haha. kalau tu pemberian ikhlas daripada seorang suami sebagai hadiah kepada isterinya dan dia mampu, biar la. bukan dia buat pinjaman along pun. dia tak pinjam pun duit mak cik. haishhh!

saya yang tak kawen lagi pun ok ja dengan semua keadaan diatas. mak cik kenapa nak bising plak? ehehe. sori mak cik. ermm, anak mak cik mas kawen berapa?

si suami perlu faham dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mertuanya. seorang anak gadis yang ditatang dan dimanjakan akan beralih tanggungjawab kepada orang lain.
tak mudah.
aku cakap macam tu sebab semua adik beradik aku perempuan.
dan depa dah kawen.
*sigh.

aku tengok setiap majlis depa.
aku tengok macam mana susah mak dan ayah nak lepas depa.
aku dok kat tepi dua insan tu setiap kali kakak2 aku mendapat mandat baru.
mana mungkin aku tak dapat pengajaran?

dear all enche suami kat luar sana,
ampa kena faham yang bini ampa pun ada mak ayah. once ampa dah kawen dgn depa, bukan bermaksud dia dah tak payah nak pedulikan mak ayah dia, tapi tanggungjawab dia akan berkongsi dengan ampa semua. have some understanding. mak ayah dia jaga dia eventually until 23, 24, 25, 26, 27 or what ever ages, tapi once kau kawen dengan dia kau nak dia lupakan orang2 yang pernah bergolak gadai untuk dia sebelum kau muncul dalam hidup dia?? ohh come on!! this type of man lost my respect! eh....tibah. 

aku nak buat sedap2 macam naqibah aku buat memang tak boleh.
ayat kasar sedikit tapi harap boleh faham.

lastly, i proudly dedicated my love and joys to my ayah and mak for being such a good son-in-law and daughter-in-law to my 'tok' and 'tok wan' whom dah berada dinegeri abadi. Alfatihah.. Alhamdulillah sama2 dapat jaga depa until their last breath.
adik harap adik pun boleh jadi macam tu.
terima kasih mak ayah sebab tunjuk contoh yang baik.
terima kasih sebab sentiasa habaq kat adik yang mak ayah tidak boleh diganti oleh sesiapa pun.
terima kasih untuk apa yang adik ada sehingga hari ini. 

and thank you to my abang ipars..eh... haha..thank you for taking a great care of my parents. i think i'll have a tough job lepas ni to find such an adorable husband to fight you all. btw, thanks sebab sentiasa tolong sediakan calon2 untuk adik ipar ampa ni walaupun being rejected countless time. i'm not that compatible dgn depa semua.

and to all my sisters, pakat jadi menantu yang baik. ampa ni asyik merungut saja. cuba jadi macam mak tu. baguih ja. luku dengan senduk baru tau. hehe. terima kasih tolong belikan baju raya. kekeke. 

and last but not least, to my-unknown-husband-to-be,
you better watch out. istikharah tak jumpa lagi muka kau. apa pon tak dak. mungkin kau belum dilahirkan lagi kot.. haha.

ingat, mahar mahal jangan nak minta diskaun. bukan year end sale kat pasaraya ni!

Friday, 8 May 2015

Berumah di Tepi Pantai

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai."

tu peribahasa yang cakap lah kan. dan ada betulnya.

kalau takut sesuatu yang bakal membebankan pada masa hadapan, baik jangan masuk campur dari awal. begitu ke maksudnya?
hahaha.
tapi kalau dah termasuk campur, it is hard for you to take a step aback.

but, people do say, "there is a solution for every problem."

haha. senang cakapnya, kalau kau kuat, kau hadapilah benda macam ni. lepas tu kau pikir macam mana nak selesaikan masalah ni.

kawan aku ada cakap, " kita sepatutnya bersyukur kalau ada orang yang sanggup menerima kita seadanya dengan perangai kita yang macam ni."

haha. betol memang betol.
but, we do have right to choose.
choosing with heart.

sekali lagi, kalau kau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

kalau takut, tak tahan dengan ujian dan mehnah, jangan pernah ambil risiko sebegitu.

pilih yang satu fikrah. satu jemaah.
melainkan kau sudah bersedia untuk sakit dan melihat yang lain juga sakit.

permulaanya mungkin pahit.
dan semoga pengakhirannya manis.
kerana syurga itu menyenangkan.

perlukah dilakukan penolakan sekiranya merasakan tidak sefikrah?
boleh. hak individu.
pendapat aku, fikrah boleh dibina dalam diri individu. secara logiknya kau akan rasa susah pada awalnya. dan pendapat aku juga lebih senang untuk berdampingan dengan orang sefikrah sedari awal agar tidak berlaku krisis identiti dalam diri orang yang baru hendak dibina fikrahnya.

namun, terpulang kepada sesiapa pon untuk menerima fikrah baharu atau kekal dalam fikrah yang lama.
tapi kau adalah diri kau. kau buat sesuatu bukan untuk senangkan hati, jiwa dan diri orang lain. tapi untuk diri sendiri. sebab paling lama yang akan hidup dengan benda tu ialah kau.
ya.
kau.


life is about making choices.

nasihat aku, buatlah pilihan selagi belum terikat.
once kau dah ikat tali, memang sakit nak lepas.
ok.
this is not useless talk ohkeh.
kawan aku dah kena macam tu.
aku tengok sengsara begitu sangat.
sampai aku terpikir," is it great to love someone like that?'
sebab aku tgk benda tu bukan sesuatu yang menguntungkan.
berkawan sampai nak rak, at the end kau putus.
haha.
alasan mudah, sebab ada orang lain.
ok guys, uols jgn berani cakap "saya sayangkan awak kerana Allah" lah kalau pada awalnya kau riak mengatakan mampu untuk mengotakan janji sehidup semati then once kau rasa tak mampu kau dah tak nak, and u said so.
baik dari awal kau cakap, "saya suka awak. tapi kita bebas untuk memilih. tiada paksaan."

and one more.
some girls they knew about your feeling. cuma it is hard to accept.
bukan sebab kau tak hensem atau kau sengkek.
cuma atas sebab hati dia.
dia tak bersedia lagi la tu.
then, take your courage, and find someone else.
hahahaha.
atau kalau kau jenis, loyal, kau tunggu hati dia bersedia, itu aku respect. kau memang betul-betul berani berumah ditepi pantai.
cumanya nasihat aku, jangan hangin la bila dia dah cakap hati dia tak sedia kau nak tgu jugak, tup-tup bila dia dah bersedia dan ada orang lain, kau melepas....then kau putus kawan. itu tak macho kawan.
hahaha.

jodoh rahsia Allah.
jadi jangan buat kerja Dia.

buat yang belum memilih, berfikir gaya sang dewasa.
kerana anda mungkin bakal berumah ditepi pantai dan mungkin tidak.
cukup sahaja Allah yang mengetahui.
semoga yang dipilih adalah ombak yang biasa bukan pada musim tengkujuh!

Monday, 2 February 2015

move on, please?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

post pertama tahun ini.
bersawang.
lama tak belek-belek blog.
labah-labah semakin liar membuat sarang.
hahaha.
dan post ini adalah kerana permintaan hati dan teman.

pernah ada rasa untuk berlari saat ditimpa masalah? pernah??
anna selalu. selalu!!! pengecut! *untuk diri sendiri*

pernah rasa ingin menjauhkan diri dengan sesuatu yang tidak anda suka?
anna selalu!! selalu!! penakut! *gedebuk atas muka*

kenapa post ni dimulakan dengan sesuatu yang negatif?
*senyum*
just to provoke you.
chill.
ok. back to the main story.
above.

PILIHANRAYA KAMPUS JPP 2015/2016 datang lagi!!!
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, selesai.
setelah hampir setahun meninggalkan lapangan kepimpinan besar dan bergerak dalam organisasi yg sedikit kecil, anna kembali memperjudikan nyawa dan nasib.
menang bersama pasukan.
syukur atas nikmat Allah. Dia merancang sesuatu utk kita.
mula langkahan dengan namaNya.
bersama rakan2 dan adik2 comel.
tersenyum saat gambar dirakam utk pertama kalinya.
hati?
ia tidak berada disitu saat itu.
hati sedang berputar kepada dua minggu sebelum itu.

"kak hasanah, ieda takotlah."
"alaa. ieda apa nak takot. kak hasanah ada. kak ar ada. kitorang dulu masuk masa time pp (baca: asasi) lagi. ok ja."
riya'. haha
katanya aku kepada dia, kita masuk bukan kerana kalah menang meskipun ingin menang namun untuk menghidupkan biah dan fikrah yang selama ini dibawa.
ieda sayang, jazakillah khairan kathira. ieda buat kak hasanah rasa besar sangat. dah ada adik2 yang cumil kena tengok2kan. dah ada pengikut2 kecil yang suci dan nak ilmu yang baik2. semua itu Allah hantar melalui kalian untuk kak hasanah. dan terima kasih kerana mempercayai aku kakakmu.
proses mengisi borang bermula.
kempen walaupun anna jarang turun kerana berkomitmen dengan persatuan lain.
bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul.
"aku insan yang bertanggungjawab terhadap penglibatan ieda, iman, rasyidah dan hanisah namun aku, hati masih tidak dilandasan yang sama??"
tergigit bibir.

masuk versi kata diri aku.
soalan kenapa masuk jpp masih terngiang2.
utk timba ilmu?
ikut kawan?
cari suami?
nakkan jawatan?
kongsi ilmu?
tak suka duduk diam dalam bilik?
aku boleh jawab entah.
dan aku tak tahu apa sebentar tadi yang aku isi dalam borang biodata jpp yang diberi oleh pensyarah penasihat. aku tipu tadi. aku belajar menjadi penipu. aku penipu!

dalam keserabutan menerima taklifan, ramai yang menghulurkan kata2 nasihat dan semangat. tausiyah dan taujihat. *banjir*
aku tak kuat. tahu? aku tak kuat macam dulu.
ada yang tanya kenapa? laju saja untuk aku menjawab yang sebenarnya. tapi mulut hanya menuturkan, tak tahu. ada yang sempat aku huraikan satu2. kerana kau insan yang aku percaya. kau biasa bergerak bersama aku. rasa hati aku ni busuk jugak.
percayalah cakap aku. setiap kali mendengar orang mengaminkan kemenangan utk diri mereka, aku mengaminkan kegagalan utk pilihanraya kali ini. aku tahu itu bukan aku. memang bukan aku. tapi aku cuma tidak tahu kenapa.
serabut.
minda dan emosi.

ramai cakap, ikhlaskan niat. tajdid niat balik.
come. sit with me. look through my eyes. u'll know what i feel. i just cant utter it out aloud. it makes me stupid.
maaf. semua orang ada hak berbicara bukan? tolong beri aku sedikit hak itu. tak banyak. mungkin selepas ini, aku bakal diam dalam kepimpinan. siapa tahu? hati bukan disitu.
langkah digagahkan untuk teman2 dan adik2.
kuat utk mereka. saling membantu.

mungkin ini rasa diawal perkenalan sahaja. dan bukan salah mereka. salah aku. aku yang tidak gagah bersama insan yang tidak aku gemar. i'm sorry kawan. aku tak boleh terima dua lapisan kau. it hurts me. deep. just let me do my work. stop interfering.

and anna, it's too late to step backwards. move on. it maybe hurts. but it's your choice. remember?
bangun dan palingkan wajah lihat muka kawan2 dan adik2 yang perlukan kau meskipun disebalik tabir. cekal. tolong dorang. u dont need a position of leader to do that things. be yourself. kuat. kawal emosi. bina hubungan. tq hanif. well advice for a better me.tq najwa atas utk sandaran yg diberikan. tq syaimaa for the song. tq kak najwa, kak syu, kak teha, kak pikah, kak chah dan setiap satunya atas kekuatan kalian. sekali lagi ketika menaip ini, saya banjir.
tak kuat ni.
sungguh tak kuat.
moga Allah beri kekuatan kepada aku utk mereka2.

jangan terlalu menyayangi manusia. bimbang nant apabila dia melakukan kesilapan, kita tidak dapat memaafkannya. dan jangan terlalu membenci manusia. kerana apabila dia berbuat kebaikan kepada kita, kita tidak mampu menerimanya. berpada-padalah. 

BISMILLAHIRAHMANIRRAHEEM.
early step began.
INFIRU!

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...