بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
berat jugak hari ni punya stail penulisan aku. nak-nak aku nak up entry macam ni. macam sangat bukan aku. haha. but still, aku ada ruang dan peluang, jadi aku nak sampaikan sesuatu.
setiap seorang yang bernama manusia ni pasti akan ada perancangan untuk masa depan. melainkan kau manusia batak yang tak tahu mana jalan nak ambik, apa nak dibuat nanti atau pun tunggu nak mati. sorry for the harsh words. tapi itu apa yang aku nak sampaikan. tapi aku rasa kalau kau manusia macam tu pun, kau masih fikir apa yang nak ditelan nanti kan untuk kelangsungan hidup? ya. masih lagi punya perancangan.
dan setiap seorang perancangan kita antara satu individu dan individu yang lain adalah berbeza. misalnya, si A merancang untuk memiliki kereta idaman pada usia 24 tahun. namun, si B hanya mengidamkan sebuah motosikal pada usia 24 tahun. si C ingin bernikah saat usia 25 tahun, namun si D ingin menamatkan zaman bujang di usia sebelum 30 tahun.
nampak?
tak sama.
sebabnya kita punya keinginan dan nafsu yang berbeza.
dah aku guna nafsu pulak dalam entry ni.
jangan salah faham.
kehendak adalah perkataan yang lebih baik. haha
kita dan rancang cantik-cantik, masuk list, letak bawah bantal sebelum tidur, doa siang malam untuk pastikan apa yang kita rancang berlaku secara teratur dan sistematik seperti yang dirancang.
itu usaha dan apa yang kita buat.
lupa ke ada lagi satu yang merancang bersama kita?
Dia.
Allah.
Yang Maha Mengetahui setiap isi hati manusia secara sembunyi atau nyata.
aku suka part ini.
part kita bersama Ilahi.
sebab kat sini aku rasa ada yang menemani aku.
tak nampak tapi ada.
setiap keluh kesah perancangan dan rencana kita Dia dengar. sama ada secara langsung atau tidak langsung. bercakap soal Allah mendengar dan memakbulkan ini, gementar kadang-kadang. sebab kita tak tahu doa termakbul kerana ujian atau rahmat. cepat atau lambat. lancar atau berliku.
haha. kan?
dalam saat aku berada dipersimpangan, insan pertama tentunya mak yang mendengar. iya, wanita paling kuat. pesan mak, doa. jangan gopoh. dalam setiap ucapan beliau, nasihat sama ada untuk menghadapi peperiksaan atau keputusan penting dalam hidup. itu sahaja.
boleh jadi apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Allah rancang. namun yang pasti perancangan Allah akan tetap terjadi.
mashaaAllah!
dalam menghadapi konflik, pesan ini juga berkumandang. kita merancang dengan penuh cita. namun, Allah merancang dengan penuh cinta. kita mengharapkan yang terlalu tinggi pada sang manusia, sedangkan dia tidak punya kudrat untuk memenuhi ekpektasi kita. sebaiknya berlapang dada dan menerima seadanya sebagaimana kita menghendaki orang menerima kita.
bertitik tolak untuk merencana bersama Ilahi, aku titipkan doa agar Allah membuka jalan-jalan yang sesuai dengan permintaan. sama ada diberi petunjuk agar dibuka simpulan yang sukar atau membuka hijab yang tertutup.
kerana akhirnya tetap Dia yang Maha Berkuasa atas setiap makhluknya dan memegang kunci semua rahsia.
allahumma ameen!
QS 3:54
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment