بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tamak betul aku rasa aku hari ni.
dua entry sekali aku up within a day.
haha.
alang-alang free sangat dok kat rumah.
so, what's up with the title?
ok fine.
kalau bercakap tentang RnR,mestilah kita akan ingat tentang musafir kan?
setiap kali musafir atau perjalanan jauh akan ada hentian rehat dan rawat atau pun RnR yang membolehkan kita untuk berehat sebentar melepaskan lelah dan kepenatan sepanjang bermusafir.
itu apa yang aku faham.
baiklah.
jadinya RnR ni hanyalah persinggahan sementara untuk melepaskan penat. betul?
aaah. suka hati. hehe.
seems sekarang musim cuti sekolah sangat, jadi ramailah yang bawak anak-anak bercuti kan? tambah-tambah para guru Malaysia. meriaaaaah!
RnR pun ramai orang. maklumlah Malaysia memang banyak tempat menarik. heeeeeeeee.
tapi aku bukan nak melalut bab RnR yang nampak secara zahir. dan entry ni pon idea yang aku dapat masa berwsap dengan kengkawan aku. gosip ke? tak pun. dilema wanita kot. dan entry aku ni pun bukan bertujuan untuk melalut. sebab aku nak sampaikan sesuatu. hampa nak ambik baca atau pun rasa macam tak penting, go on. bahasa mudah zaman jahiliyyah, lantaklaaaah! eh, tetiba.
ada satu part begini aku dapat, "lelaki ni akan jadikan kita ni persinggahan sebelum diorang berlabuh." quoted from my friend. one of my best friends.
aku lembap sedikit. jadi aku kurang faham till dia ceritakan satu-satu.
bodoh sedikit sebab aku tak tahu erti tawar hati. haha
:)
no big deal memang ada lelaki begini. hatta wanita pun ada. equality accepted.
jenis playboy dan playgirl.
tapi dia bukan tukar ganti dalam masa yang sama namun hanya test dan jadikan spare part sama ada boleh pakai atau tidak.
maksudnya one down, have another.
mungkin. aku yang faham begini.
dan maksud kawan aku tu mungkin yang lelaki/wanita macam ni akan singgah sekejap sahaja dalam hidup kita dan melepaskan rasa dia sebelum ke tempat lain bagi mencari yang lebih sesuai bagi dirinya.
pelik jugak ayat ni. kalau hampa faham, faham lah ya. aku tak dak mood nak ulas lebih panjang sebab i dont prefer this type of person.
aku tak menafikan memang ada tapi bukan semua. ringkasnya, cuba kau bayangkan orang buat perkara yang sama kat adik beradik kau, lelaki atau perempuan. apa kau rasa? lelaki ok lagi. kalau perempuan, macam mana? sakit tak? hermm. belum pernah aku rasa tapi aku tahu sakit. dan aku harap aku bukan salah seorang daripada orang yang dapat penyakit ni.
we can have dozens of list yang nak dijadikan pasangan but state one name yang kau nak dan bersungguh. choose that person and keep him/her well. approach bebaik.
nak cari yang lebih baik? jangan terlalu memandang ke hadapan, bimbang kita tertinggal permata dibelakang. itu pesan aku buat insan yang mencari sempurna.
manusia takkan pernah sempurna.
we have our own flaws. either to accept or retreat from the situation, decide!
dulu aku disajikan dengan cerita bagaimana seorang lelaki dan wanita memutuskan hubungan mereka kerana si lelaki telah tersedar bahawa mereka berhubungan dengan cara yang salah. aku mengaku cara yang depa buat salah, berdua-duaan, berkasih-sayang diusia yang muda sangat lagi, tak dak future planning, end up naqib dia dapat tahu dan mintak lelaki tersebut untuk tinggalkan wanita tersebut.
aku sebenarnya nak bagi big clap kat naqib tu. bukan sebab dia berjaya tarik balik mad'u dia tapi dia tak berjaya bimbing balik si wanita yang tadi terjebak sama. end up, musnah salah satu dari mereka.
kalau dalam ekonomi, ni dah tak balance.
**selingan ada orang mai hantaq kad kenduri kahwin. again.**
sambung dengan naqib tersebut. alangkah bagusnya kalau tidak mudah melatah. bagus dia nak selamatkan mad'unya. tapi alangkah bagusnya kalau dia refer wanita tersebut kepada orang yang lebih layak mentarbiah beliau agar tidak ditinggalkan terkonteng-konteng. ini bukan persoalan syar'ie atau tidak syar'ie tapi ia persoalan ummah. selamatkan generasi kita. usia sebegitu memang mentah. kalau satu selamat, satu lagi musnah, tetap generasi kita musnah. kita selamatkan mental dan fizikal. inshaaAllah perasaan akan subur dengan asbab tarbiyah dan dakwah. dengan orang yang sama.
*dahsyat pulak rasa penulisan ni.*
ramai sekarang kejar cinta seperti kisah fatimah syarha dan farhan hadi ataupun kisah pemuda yang memakan buah epal yang tidak diketahui tuannya. memang syar'ie. itu adalah panduan bagi ibu bapa generasi kita. namun, perlu hadam bahawa tak semua manusia punya kisah cinta yang sama. ada yang berkahwin dan menjadi janda diceraikan meskipun pilihan perkahwinannya mengikut lunas cerita ibu bapa. ada yang berkahwin dalam keadaan kacau bilau tapi kedua-duanya berubah selepas fasa perkahwinan dilalui bersama.
mungkin cerita cinta aku pilihan sendiri tapi cerita cinta kau pilihan ibu bapa.
namun, sedar atau tidak, pilihan itu dengan kuasa Allah.
dan cerita setiap orang tak sama.
doa.
perlu faham bahawa cinta adalah fitrah. "kahwinkanlah dua orang yang saling mencintai." see, cinta memang wujud sebelum perkahwinan. namun, konsepnya menjurus untuk menghalalkan hubungan. jadinya, konteks ini selamatkan dua-dua insan. jangan biarkan salah satu terkapai-kapai. bila saling mencintai, maka akan kukuh hubungan. dikuatkan dengan tarbiyah, disusuli dengan dakwah, tak mustahil kita akan melahirkan generasi yang mungkin muncul dari erti cinta buat ummah. kita yang define semua tu. atas kita.
kalau sekadar nak try, boleh masuk atau tak, seronok-seronok, believe me. one fine day, Allah akan buka satu-satu cerita kita tu. so, stop if you are in the middle of the story, kukuhkan niat dan move on. teruskan dengan apa yang dirancang dan berhenti berlabuh kat pelabuhan orang lain. cari pelabuhan kita sendiri. jauh atau dekat kita belayar, tetap pulang pada pelabuhan yang satu. fokus pada membentuk pelabuhan sendiri. bukan tinggalkan dia usang sendiri. but still, aku percaya bahawa ada pasangan yang baik untuk setiap insan. ada, doa, jumpa. :)
jadi persoalan RnR perlu atau tidak terjawab dengan find your own harbour or RnR transit. treasure it. :)
QS 30:21
Tuesday, 13 December 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment