بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
aku rasa kalau aku dah letak tajuk camtu hampa dah boleh agak dah spesies yang macam mana suka benda tu kan?
kan?
kan?
kaaaaan???!!!
*emo*
betoi.
spesies perempuan.
spesies aku.
secara majoritinya.
lelaki?
ada la jugak tapi tak lah ramai sangat yang cerewet dan ceret macam perempuan.
yang sedang-sedang sahaja.
apahal perempuan dan shopping ni tak boleh dipisahkan?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
ok cukup. hehe
aku perempuan. shopping is not my favoritism. but still i love to merambu. haha. rojak gila bahasa.
ni mesti tak tahu apa konsep merambu niiii..lepas ni, lepas ni ....
so, untuk membantu sebahagian besar makhluk-makhluk di atas muka bumi ni memahami perempuan yang suka shopping, aku survey la geng kaki shopping ni selama aku duduk kat ipg. sebabnya ya kerana:
1) shopping satu terapi
hampa tak tau ka shopping ni salah satu terapi untuk diri sendiri. bila shopping kita dapat sesuatu walaupun duit mengalir bagaikan air sungai yang deras. tapi takpa. barang kita dapat. typical shopaholic thinking. haha. thats it.
2) rasa kosong
orang yang rajin shopping menyopping ini juga selalu rasa yang barang dalam wardrobe dia kosong. padahaaaaaaaaiii..ya. haha. dia sahaja merasakan begitu. sedangkan wardrobe dia boleh nak beranak bercucu cicit dah. dia ja forever alone dok rasa. hmm.
3) sifat semulajadi wanita
memang pesen perempuan ni suka kepada benda baru, baju baru, kasut baru, beg baru, tudung baru, mekap baru, semua barulahhhhh. suami ja yang lama. tak taulah kalau yang tu pun nak ditukar baru. mungkin brand new hubsy kot. bila ada barang baru ni, baru semangat tu mcm lebih sikit nak buat sesuatu. kaitan sangat.
4) duit tak tau nak hangus kat mana
ni masalah jugak. gatai tangan kalau ada duit lebih. melampau. kalau ada duit banyak lagilah melampau, semua benda nak dicapai nak diorder. hmmm. sakan. tak pernah cukup dan sempurna kehidupan. haha. mulalah nak merayap nampak yang tu, yang ni...langsung tak dapat menjaga pandangan.
5) up-to-date
konon. perangai mak-cik2 sangat yang ni. kepoh kalau jiran pakai barang baru mesti nak ikut jugak beli. drama tv3 banyakkan macam ni. haha. berlumba-lumba sapa dapat pakai yang latest design. pastu mula la nak menayang. "weyh, aku dah beli itu....baru jaaa" hmmm ayat nak cakap baru beli barang baru. haha. tak kisahlah. kau berduit.
6) teknologi
sedikit-sebanyak teknologi telah membantu golongan begini shopping dengan adanya shopping atas talian. haaaa, mudah! tekan2 sampai rumah. aku pun selalu. tapi selalu tak puas hati. so, aku rela berkelana cari barang. biaq ada depan mata. mahai pun tak pa lah. kalau aku tengok online aku puas hati dengan review dan feedback cust yang dah beli barang tu, baru aku proceed. kalau tak, menjenguk barangan yang maujud sahajalah.
sebenarnya banyak lagi perihal shopping menyopping ni tapi aku nak kasi beberapa tips untuk geng shopping.
1- barang yang kita nak beli seperti baju, tudung, kasut dan sebagainya akan sentiasa up-to-date. so, jangan gopoh. pakai yang mana selesa dan hampa rasa berbaloi beli. tak payah kejarkan sangat dengan fesyen2 ni. last-last bagi kat Rohingya. ingat semua orang Rohingya pakai kebaya. huuuu
2- buat saving sikit. jangan cepat sangat nak keluarkan duit kecualilah hampa nak buat benda baik seperti bersedekah dan amal jariah. mashaaAllah. subhanaAllah. nasihat ini. haha. hmm. tapi betoi la. jangan kedekut.
3- jangan meminta-minta untuk dapatkan barang yang kita nak.usahakan untuk dapat dengan effort sendiri. ni kalau nak barang digesa-gesa mak bapak ke suami untuk belikan. consider well. kita bukan nak hidup sehari dua ni ja nak habiskan duit tu. kalau berezeki nyawa sampai esok, ada lagi benda kena buat. so, buat jadual kira-kira. tak rugi.
setakat ni dlu aku nak share. mana baik ambik, yang tak baik lupakan. aku pun suka shopping ni. tapi baik aku shopping benda makan. haha. lain orang lain preference.
QS 17:27
Wednesday, 7 December 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment