Bicara Serikandi
dlm keriuhan ramai, di suatu walimah saudara, beberapa orang mak cik sdg berbual mesra,
mak pon trut serta, sekadar mendengar,
"anak2 ni, kalau dah smpai umoq dia, kna bagi kawen dah..."
"betoi,..la ni (sekarang ini) bukannya xtaw, benda x elok ni mudah jadik"
"tu la, aku dok risau jgak...dok caghi (cari) jgak la beda (untuk) Man*..xsegak pon xpa, janji baik sudah.boleh duduk dgn kita"
*bukan nama sebenar
Anna mengerling mak disisi, mak sedang mengulum senyum..mendengar keletah saudara-maranya...
dalam hati, terkesan jgak dgn apa yang mak cik2 tu bualkan...
persoalan berlegar
'perlu mencari ke?'
'bukankah Allah dah tetapkan jodoh kita masing?'
sehinggalah pulang ke rumah,
Anna terus tanya persoalan yang berlegar kat mak...
tanpa perlu berlapik2..
kalau berlapik pon, mak akan tahu hasrat hati dan persoalan yang nak ditanya,
"mak, jodoh ni kita kena cari ka?"
mungkin mak agak terpana dgn soalan tu sebab tak pernah ditanya..haha
"awat, adik jumpa dah ka?"mak tersenyum sambil menjeling Anna.
'eh, mak ni. ingat main2 ka?..huk3..nak taw ja', sedikit bimbang dgn persoalan yang diajukan...
"xpayah nak cari pon...bila masa yang sesuai, dia akan mai sendiri..kak yang, kak ija dgn kak chik umi xcari pon..depa mai sndiri"balas mak..
mak memang xgemar bila Anna cakap pasai benda2 jodoh ni semua..
mgkin bagi mak, Anna masih kecil kot..(dah 18 thn waktu 2..huk3)
tapi, curiosity level 2 semakin meningkat,
dpd hari ke hari Anna nak tahu macam mana jodoh dtg..
dlu, masa sekolah menengah, Anna dah khatam 'Seindah Mawar Berduri', 'Tautan Hati' dan 'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah SAW' karya Fatimah Syarha,
n masa tgu result SPM Anna khatam 'Denyut Kasih Medik' karya Dr Farhan Hadi,
Anna pernah sentuh 'Sebarkan Cinta-Mu' pon karya Fatimah Syarha..
dan sekarang sedang mengkhatam 'Cinta High Class' karya penulis yang sama beserta suami, Dr Farhan Hadi,
Alhamdulillah,
byk yang Anna belajar dpd hasil penulisan diorang,
persoalan Anna dapat dirungkaikan..
konklusi mudah yang Anna dapat,
senang ja..mcm mak cakap,
"bila masa yang sesuai, dia akan mai sendiri"
serius! betol!
jodoh akan tiba pada
>masa yang sesuai
>orang yang sesuai
>keperluan yang sesuai
hari khamis, 2 Ogos 2012, ada sahabat muslimin bertanya kepada Anna,
"ang rasa bila masa yang sesuai utk kita mula mencari?"
bagi Anna, xsalah mencari..carilah kat mana2 ja..
cuma, sama ada kita dpat pilihan yg salah dulu @ pencarian kita akan menyebabkan jodoh itu akan menjadi semakin lambat,
kenapa Anna cakap macam 2?
kerana, Anna pernah punya pengalaman nak mencari akibat curiosity yang melanda diri,
tapi,semakin lama Anna mencari, Anna rasa makin kosong dalam diri Anna,
sayang lah kalau apa yang Anna nak bagi pada yang halal telah Anna 'sedekahkan' buat yang blom sure utk Anna...
so, at last , Anna realised, Anna xbersedia lagi utk merasai semua tu,
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Anna dan Dia nak Anna jadi bunga yang berguna utk agama dan ummah mungkin~
Anna berjaya keluar dpd belenggu rasa yang memfitnah jiwa..
xdinafikan kadang2 benda2 mcm ni mengusik rasa kita,
tapi, kita kena berjaya dan mampu kawal,
kalau xmampu, luahkan pada teman yang kita percaya..
Anna kira sahabat Anna ni sgt membantu Anna..
"memang la time2 ni ang tgh gatai pon...kawal la"
dia cakap simple ja, tapi Anna cerna balik, Anna xnak dilabel sbg gatai..
'i'm not that type!'
jadi, Anna kena start tutup lubang pencarian ni skrang!!!
Anna masih mulakan pencarian..
tapi pencarian yang lain,
Anna start mujahadah nafsu yang sekian lama tertinggal,
sebelum ni mgkin terleka dgn nikmat-Nya,
tapi bila benda ni berlaku skrang,
Anna berjumpa dgn sahabat yang perlukan jawapan utk menahan diri dpd ditenggelam nafsu,
sahabat yang Anna sayang kerana Allah SWT,
Anna nak sgt bawa dia terokai perubahan hidup Anna,
nak sgt dia faham apa itu erti mencari dan dicari,
nak dia menghayati erti berserah dan menyerah,
nak sgt dia tahu mcm mana nak tarik rambut dlm tepung,
dan paling Anna nak dia tahu, dia xpernah lack of love dpd kami smpai dia perlu cari kasih dpd yang blom pasti milik dia @ x....
Anna pasti usaha yang Anna buat ni akan dinilai oleh Allah..
xkisahlah manusia label sbg cemburu @ tak..
Anna xnak shbt2 Anna dpt bhgian yg buruk..
dalam sebiji kek 2, biarlah kita dpt bahagian yang sama2 elok dan sedap,
walaupun Anna xpasti dengan apa yang Anna dpat, tapi sekurang-kurangnya Anna dapat bergembira dgn apa yang bakal sahabat2 Anna dapat..
mungkin ada yang bakal protes,
kalau kita xcari, xmgkin akan jumpa..
diorg buat analogi mcm kita tuntut ilmu,
ilmu, kalau xdicari memang lah xkan jumpa,
kerana ilmu itu hanyalah Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang menginginkannya...
kalau ada yang xnak cari punca ilmu, memang xdpt ilmu Allah yang terlalu luas ni...
begitu juga dengan jodoh,
kalau xdicari di mna silapnya diri kita utk mendapat jodoh,
memang xkan smpai jodoh, kerana mgkin kita blum bersedia utk itu @ masa blom tiba @ keperluan kita bukan lagi utk semua itu.. faham?
bagi Anna,
sebagai seorang yang bergelar pelajar skrang,
buatlah sesuatu yang bermnfaat buat diri kita dlu,
sediakan mental dan fizikal utk hadapi hidup berkeluarga,
ilmu Allah terlalu luas,
cari, gali, dan terokai ilmu Allah dahulu sebelum kita fokus alam rumahtangga,
ingat, nant bila dah ada suami@isteri, kita akan fokus kepada keluarga pulak..
waktu tu, masa untuk ummah sebenarnya akan terbahagi,
waktu tu, kita tak berupaya sewenang-wenangnya keluar utk join majlis2 ilmu,
bgi si isteri, kita kena dpt izin suami, jaga anak2, urus household tlebih dahulu,
bagi si suami, kna make sure keselamtan isi rumah terjaga, keperluan cukup,
bernikah bukan sekadar satu hari @ mcm lampin pakai buang,
ia adalah pembentukan sebuah ummah!!
bermula dpd sekarang siapkan ilmu di dada,
biakkan hati dengan akar-akar ilmu,
bajai jiwa dgn siraman tarbiah,
cantas rumput nafsu yg kelaparan,
nasihat Anna buat sang mujahid agama,
kalian adalah sebaik-baik makhluk yang Allah jadikan di atas muka bumi ini,
kalian adalah umat terpilih utk memimpin sang bidadari,
tapi kenapa kalian yang berusaha utk merosakkan barang amanah kalian?
dari benih kalian akan lahir para pejuang agama,
kalau pada hari ini, sudah kalian calitkan titik hitam pada benih itu,
nescaya, ia akan bercambah menjadi titik noda yang besar nant...
sahabat seperjuangan,
kasihilah kami sebagaimana engkau mengasihi dirimu,
tegurlah mana yang kami kurang,
kongsilah apa yang kami lebih,
jangan lah engkau menjadi punca kekurangan kami,
jangan pula engkau berputus asa dpd kami sekiranya kami tersilap,
bawalah kami mengenali sang Pencipta,
bukan mengagungkan pesta suka ria,
bawalah kami mencari cinta Ilahi,
bukan cinta sesama makhluk,
kerana di akhirnya, kalian tidak akan rugi,
kerna tiada siapa tahu, permata mana yang bakal kalian miliki,
mungkin yang samar di zaman jahiliyyah,
atau yang sinar di zaman magrifah kalian...
jadi, kita gilap semua permata sehingga sinarnya mampu menerobos ke angkasa..
bukankah ketika itu kalian akan punya byk pilihan utk dibuat? :)
buat sang mujahidah,
kalian bidadari yang Allah jadikan buat sang pejuang,
kenapa rendahkan martabat itu?
kenapa murahkan mahar syurga kalian?
kenapa mudahkan urusan pencabulan kalian?
rendahnya diri kita bila berhadapan dgn pujuk rayu lelaki,
bukankah kita sepatutnya membantu Adam supaya senang urusannya masuk ke syurga?
bukankah itu juga manfaat buat kita sekiranya kita si Hawanya?
namun, mengapa di pertengahan jalan kita membuka ruang kepada nafsu?
"oh,belum tentu aku kahwin dgn dia..biaq la dia dan hidupnya..."
who say so????
Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa..
seandainya telah dia takdirkan utk kita terpesong, maka tiada ragu2 lagi kita akan menjilat ludah sendiri...
dengan lelaki yang pernah kita ejek, kita akan hidup bersama...
bukankah seawalnya lagi patut kita pesan pada diri, agar sentiasa menyayangi mereka sebagaimana kita sayang keluarga kita kerana Allah..
ingat,
dpd rahim kalian akan tercambah benih pewaris agama,
hasil yg baik itu dpd benih yang baik dan tanah yang baik,
kalian adalah tanahnya,
kalaulah tanah itu pernah ditanam dengan pelbagai jenis benih,
adakah benih yang bakal tumbuh akan menjadi benih yang sihat?
kita memilih utk mendapat imam yang baik,
imam yang soleh,
imam yang amanah,
imam yang setia,
imam yang bertanggungjwab,
tapi, kita?
mampu ke kita jadi makmum yang baik kalau sekarang lagi kita mula berpacaran,
mampu ke kita jadi makmum yang solehah kalau sekarang lagi kita sedang memfitnah agama si Adam,
mampu ke kita jadi makmum yang amanah kalau sekarang lagi kita sedang merasuah agama Allah utk meghalalkan yang haram,
mampu ke kita jadi makmum yang setia kalau sekarang lagi kita sedang berlaku curang dgn cinta Allah dan Rasul,
mampu ke kita jadi makmum yang bertanggungjawab kalau sekarang lagi kita sedang letak t/jawab kat tepi...
kita xmampu sebenarnya,
kerana kita xberganding bahu,
kita xberganding bahu antara Adam dan Hawa,
antara Ali dan Fatimah,
antara Yusuf dan Zulaika,
dan antara pewaris Muhammad dan Khadijah..
jadi, saat ni,
mahalkan dirimu dgn bertafakur di kamar mujahadah,
siapkan make up malu pda diri,
pakai pakaian sabar dan senyum utk madhatillah,
insya-Allah berjya temui sang rembulan kurniaan Ilahi :)
ayuh, xperlulah mencari....
sebaliknya, biar ia datang dpd arus yang betul dan biarkan ia mengalir dpd aliran yang benar ^_________^
salam mujahadah sahabat!!!
p/s: penulis masih di dalam proses pembikinan mujahadah. doakan dirinya dan seluruh ummah mendapat lindungan para malaikat, rasul, dan Pencipta Alam ini..Amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
;) ;)indah bicara seindah mawar berseri ;)
ReplyDelete:)...mawar berhunus duri...
Deletejaga hati,
ReplyDeletejaga iman.
jaga diri :)
:)...serikandi agung punya hati + iman + diri yang terjaga insya-Allah, sama2 kita raihnya!!
Deletein sya Allah..
Deletemiss u cik Anna a.k.a H*****!!