Wednesday, 26 October 2016

crying and marriage : are they best friends?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

i dont know how to start this entry.
i just dont know.
because i just see the scene.
crying scene.
ermm, because of a marriage.

is it hurt?
i mean being a married person?
how to describe the marriage itself?
omo.
haha.

kadang-kadang bila kita tengok orang yang kita sayang sedih sebab perkahwinan...ianya sangat menyakitkan. i admitted it. damn true.
me, myself sebenarnya really hate tears actually.
sebab tangisan kengkadang menyakitkan dan kengkadang menguatkan.
ok. i prefer the latest.
kenapa menguatkan?
because for me tears bring out sorrow. so, there are no more sorrow and sadness left to be dangling around.
haha. mudah.

ok. back to the real topic.

aku tak tahu macam mana nak ucapkan benda ni sebab bagi aku perkahwinan tu kan janji. bila berjanji mesti nak buat yang terbaik, gembira dan ceria.
tapi kenapa lepas kahwin kita nak berubah dan bagi pasangan kita menangis?

one of my friend told me, bila kau kahwin dengan seseorang, tinggal serumah, makan sepinggan, tidur sebantal baru kau tahu fe'el dia yang sebenarnya. dan itu dia yang betul.
mashaaAllah! how come? banyak kali jugak aku fikir benda-benda macam ni. sampai tahu tahap aku rasa insecure dengan benda yang namanya kahwin. totally insecure.
sebab bila kahwin, orang berubah. people become selfish. emosi dia perlu dijaga, dan emosi pasangan dianaktirikan.
eh,ya ka?


some how, omokan begini sebenarnya memberi dua kemungkinan.

pertama, bila ada yang dimomokkan begini begitu akan perkahwinan, maka ramai yang mencontohi perkara tu. things like bila kahwin tunjuk perangai sebenar. jadinya ramai yang sebelum kahwin berpura-pura depan pasangan. sebelum kahwin kemain nak kentut pun masuk toilet, lepas kahwin sekali tembak kentut sampai berlubang kerusi. see? dah menipu before kahwin. apa salahnya kalau jadi diri sendiri.
takut pasangan beralih hati? kenapa kau nak hidup dengan makhluk yang tak terima kau sejujurnya? sampai bila kau nak berlakon? penat tahu.

kedua, akan ada yang ambil jalan penyelesaian. membuat resolusi kepada perihal pasangan berubah ini dengan menjadikan dirinya sebagai insan berkecuali. ada orang yang bila dah kahwin pun dia tetap dia. tiada apa-apa yang pelik. mungkinlahhh ada. tapi aku pernah tengok contoh. memang ada. siapa? tak payah aku nyatakan kat sini rasanya sebab tak penting pon. blog aku bukan utk tujuan rujukan. untuk santai-santai ja. things to change or remain unchanged depend on us.

aku mungkin bukan orang yang berpengalaman dalam perkahwinan. of course. ayah aku tak berpeluang lagi nak genggam tangan menantu dari aku tapi somehow sadis la bila perkahwinan diletak persepsi begitu.
aku mungkin akan terima frasa, "hang tak kahwin lagi, hang tak tau la." betoi, memang aku tak tau. keh3. dan tambah-tambah buta kayu macam ni. tapi at least jangan momokkan 5 tahun perkahwinan itu ini dan begitu begini.
bukan semua perkahwinan begitu. depends on how we manage the situation and who face it.
that's it.

aku pun tak cakap nanti perkahwinan aku akan bahagia tanpa derita mahupun pancaroba namun setiap ujian tu kan nak tengok kasih sayang kita.
aku pun doa yang baik2 utk aku, ampa dan semua.

sebagai suami, matanglah dalam berfikir. jangan nak harap isteri sahaja faham anda. letakkan anda pada tempat dia. sabar. isteri ni leceh sikit.
sebagai isteri, belajar la berdikari. jangan semua benda nak harap suami. and the most important thing is never put 100% trust on your husband.
simpan sikit untuk diri awak. sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan. so, dengan sisa kepercayaan yang kita ada, inshaaAllah senang nak move on. banyakkan sabar. sebab tu Allah bagi kita yang mengandung.


last but not least, sebagai insan-insan yang dah berkahwin, bagi nasihat dan tips yang baik-baik untuk orang yang belum berkahwin.
dan to anyone yang rasa nak kahwin lepas tu acah-acah baru nak tunjuk perangai sebenar lepas kahwin, sila meninggal. hambar tahu.








Allah dah letak comey doh. mohon jangan pertikai kerja Dia.
dah...dah..lap air mata.
awak tak comel kalau menangis sebab terasa hati dengan suami :)

Tuesday, 25 October 2016

hectic two weeks

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.
dua minggu yang bermanfaat?
begitu.
aku pun tak tau macam mana nak describe sebab bermanfaat atau tidak tu kita yang tentukan kan?
jadi bagi aku bermanfaat ja belakaa. kalau tak rugi plak rasa.

so, what had happened during my golden days here ni?

1. Program di SK Kota Jembal.
part ni aku suka. aku dah lama tak join program kat sekolah. 3 bulan mcm tu la agaknya. so, bila dapat join aku rasa yak yak eh la jugak. walaupun aku bukan penggemar melayan cerita-cerita dongeng kanak-kanak sangat tapi aku suka tengok perangai depa. semula jadi. tak macam kita.so, program 2 hari tanpa bermalam berlalu dengan jayanya walaupun ada kontroversi kat ice-breaking session. biasalah tu. bila veteran bersuara nak menegur. positive vibes please! hihi

2. Tausiyah
i bet tausiyah will be the last gathering for allof us budak pendidikan islam secara majoritinya lengkap. tapi ada juga yang tak dak. misalnya zahrul yang p berpantun, kak shida yang bersalin, firdaus yang ayahnya kurang sihat. yang nama ni memang confirm tak dak la kan. and special mabruk for hidayah. waiting for your baby bump. alahai,comeinya nanti.
banyak aktiviti yang kami buat. seronok atau tak seronok tu kita tentukan. *again*
nothing to shared here about tausiyah, but bravo and kudos to all lecturers because did the program amazingly esp ust hm ridhuan and ust asri.

3. Usul Ishrin (20)
an outdoor program. for own knowledge. i bet seronok tapi agak mengantuk. mungkin sebab aku datang lewat so, tempat duduk depan dah habis, program start tapi kami baru kat depan pintu dan bhgian wanita sudah penuh. memang tempat aku kat belakang dan dipenuhi dengan alam ria disney kat belakang tu. kudos for the mothers. tazabarrr. aku sempat dengar sampai usul dua saja sebab ada kawan yang nak balik naik flight so, i have to send her off at airport. daaaaaaaaann, bila dah balik memang tak pi dah la kan. hermmm. pemalas untuk diri sendiri.

4. Kemubu
so the next day, trip to Kemubu dengan golongan anak-anak yang lain. bajet macam ramai padahal empat makhluk sahaja pun. hanif, amin, AR dan aku. stay for a night memang tak cukup sebab too many things to do. and aku pu kena balik esoknya sebab dah berjanji dengan budak sekelas untuk join depa naik Bukit Keluang. meredahlah aku balik tetengah malam. but, sokay. still it was the best ever experience esp bila ummi hanif bawak kami main air. sejuk sampai hari ni. kalau aku ditanya untuk stay ke tak kat tempat pedalaman macam tu, 70% i will say yes apabila sudah tua. sebab seronok dan damai. 30% menolak tu sebab kesiankan anak-anak untuk sumber pendidikan dan sosial. minus point for me.
tapi dapat bekalan tempoyak tok ma untuk aku cuba masakkan di rumah. hehe. kena master betoi kali ni sebab nak bragging depan mak ayah yang aku dah kuasai masakan kemubu. hohoi.

5. Bukit Keluang
early birds i am. pukul 5 pagi bangun. buat apa patut. jumpa Tuhan and at 6 am kami ready for a ride to Bukit Keluang. but get dragged because of some circumstances. agak lewat sampai sebab berhenti makan, isi minyak dan tak dak apa dah kot. memang nak tengok sunrise apa sunrise, kelaut. haha
exactly at 2 am aku tidoq dan bangun seawal 5 am, aku dah macam zombie. makan nasik dagang before naik, time hiking sakit perut Ya Rabbi! Allah sahaja yang tahu aku punya perasaan bercampur baur nak turun ke tak turun tu. 50-50 sebab memang kat tengah-tengah trail mendaki dah tu. so, tarik nafas, tahan dan tabahkan hati, buat bodoh sambil betul-betul terasa bodoh dan aku boleh daki sambil snap a few pics dalam keadaan menahan tu. memang azab betul hiking kali ni. tak pernah-pernah. huuu malu! so, it's a must la kan bila dah turun dan ke toilet. haha....dan aku tak menyesal pun nak tahan sebab pemandangan atas Bukit Keluang tu memang SubhanaAllah cantik dengan laut membiru. sumpah tak puas tengok. T_T

dan last sekali turun je Bt Keluang, kami main air lagi kat Pantai Bukit Keluang. exactly two straight days aku main air la kan. satu hari air tawar dan satu hari lagi air masin. tapi aku tak prefer sangat air masin ni. sebab panasnya pelik. muka aku dah start berbalar-balar. soon nak balik kg rasa macam bersarang kat hati sebab muka dah bergabung warna. dah la tak berapa fair and lovely. huuuuuuuuuuu.


kalau buat semua ni, aku boleh turunkan 5 kg, memang every week aku buat. selain seronok dan indah, memang aku dah macam orang tak dak masalah. time buat aktiviti je la. lepas tu bila teringat exam and study yang tak berjadual, terus rasa nak buat solat taubat. huhu


exactly my experience for this two weeks. hope to join hiking for Gunung Baling nanti sebab dekat sikit sambil cari tempat untuk flying-fox, abseiling and rock climbing. Escape Park pon halal lah untuk nanti. mashaaAllah seronoknya oiiii!!!!

Tuesday, 18 October 2016

jangan jadi timba bocor

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

holaaa. sis is gembira tonight untuk menulis. hehe. kenapa? tu entry yang lain. esok ke. sebab nak rangkumkan semua sekali cerita. janji k? inshaaAllah.

dalam adat berkawan akan ada turun naiknya. aku dah lama move on dengan terasa hati bab rahsia tak rahsia ni. sebab bagi aku setiap orang ada hak dia, untuk bercakap atau tidak. kita bukan budak-budak lagi nak terasa hati kalau tak tahu kawan tu nak pi mana ke nak buat apa ke...kita dah besar. jalani hidup dengan mencipta kebahagiaan. gituuuuuh.

aku pun pernah ada zaman silap. semua nak tau. rasa tak adil. tapi wallahi aku dah tak kisah dengan orang yang perahsia. depa nak pi mana, buat apa, dengan sapa...go on. bukan kacau kita kan? janji jangan buat benda tak elok. kita sebagai kawan ni, kalau tengok kawan kita buat benda tak semenggah, mau berangin jugak badan. selagi depa buat benda elok, biarlah walapun depa rasa ekslusif. kenapa kita nak berdendam?

alkisahnya, aku tak berapa suka dengaq bila ada bicara-bicara yang nak membalas dendam akan apa yang dilakukan oleh kawan kita di masa lampau. jadi bila sampai masa, 'haaaaa, biaq hang rasa apa aku rasa dulu.'...kinda situation. entahlah. kalau 3 atau 4 tahun dulu, aku mungkin jadi orang yang bertepuk tangan, tapi sekarang aku dah move on. kalau hang mai cerita hang dapat balas dendam pun, aku tak gemar mana. aku dah tak dak daya untuk bertepuk tangan seriuh alam. sebab aku rasa kita sudah matang untuk menilai. apa kata kita cuma buat yang terbaik dan berlapang dada? bertindak dengan usul periksa terlebih dahulu. bukankah itu jalan yang paling elok buat kita daripada nak membalas dendam.

bagi aku, aku cuma tak gemar dengan orang yang suka membuat kesimpulan tanpa usul periksa. jadi kalau ampa mai habaq kat aku dengan menggunakan frasa 'aku rasa', 'aku agak', 'mungkin' dan membuat perkaitan dengan kawan yang hang boleh bertepuk-tangan dan bergurau biawak, baik jangan cakap kat aku. jangan bermuka. aku tak suka. kalau dia salah, cakap. tegur dengan berhikmah. itu peranan kawan. bukan bergembira diwaktu suka, dan menjauh diwaktu duka. bukan. BUKAN.

sudah-sudahlah menjadi timba bocor. dipukul dicanang aib kawan pada waktu siang hari, duduk bergelak ketawa dimalam hari. walaupun bukan aku yang kena, tapi aku sedih. kenapa dalam ramai-ramai kawan, ampa masih nak bertelingkah jiwa raga? aku bukan yang paling sempurna. aku cuma berharap kita, aku dan kau tidak berada dalam golongan itu. apa yang kita buat akan reflek balik kepada diri kita sendiri.  yang salah kita betulkan. yang betul kita pertahankan.

ermm, dan situasi-situasi begini kadang-kadang bagi aku satu pengalaman untuk duduk bersendiri dan berfikir. menyendiri dalam ruang lingkup kehidupan agar tidak mengguris mana-mana pihak dengan tindakan tak tersengaja lantas menimbulkan dendam. aku takut berdendam. itu pesan mak aku. seubruk-buruk apa yang manusia buat pada kita, jangan berdendam. keluar dari kepompong dendam dan pergaduhan dan cari kedamaian biarpun perlu berseorangan. hamba akan terjumpa Tuhan bila berseorangan dalam penyesalan. jangan takut bergerak sendirian. takutlah pada dendam. sungguh aku takut didendam!

Sunday, 16 October 2016

MAK BAPAK VS SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Haaaaa. Apa hal ni kan? Mak-mak bapak plak. Haha.

Well obviously memang dari awal lagi aku state yang blog aku akan cerita tentang kekeluargaan, perkahwinan, rumahtangga kan…so ampa nak baca, hadap la kan? Haha. I is melawak saja chuols. 
Bercakap tentang jodoh ni (rasanya memang banyak kali dah aku cakap..choi), memang keliling aku ramai yang dah kahwin. Yang tak kahwin lagi pun ramai jugak. Harus la dimentionkan sebab aku tergolong dalam golongan kedua itu awak sekalian. Bernasib baik Allah nak bagi rezeki, ada la mana-mana mamat cekal baca entry ni masuk meminang. Mimpi sangat. 

Entry kali ni aku bukan nak kondem mak ayah atau individu perseorangan Cuma aku nak bagi pendapat. Pendapat okeyh. Nak terima atau tak nak terima itu lain kira. Oleh kerana Negara kita Negara demokrasi berparlimen makanya haruslah aku dibolehkan bersuara kan? Dan sebelum terlambat, tahniah buat rakyat Kelantan dan seluruh jajahan negeri Kelantan kerana sultan kalian dipilih sebagai YDPA yang seterusnya. *tepuk segegar alam*

Semoga pemerintahan Malaysia dibawah beliau mampu membawa nama Islam dengan menyeluruh. inshaaAllah. 

Aku nak cakap tentang jodoh pilihan mak ayah atau pilihan hati. 
Kau rasa? Kau pilih yang mana? Kah3
Gila nak pilih pilihan mak ayah kan? Entah yang dating tu semput nafas, pendek, gemuk, hitam berjelaga atau macam gergasi pulak kan. Kau yang nak kawen, kau la pilih sendiri. Tak gitu? Lagipun, kau tahu la kan taste kau sendiri.nak macam korea ke, Bangladesh ke, Nepal ke, serani ke…eh 
ermmm, tu terpulang. Kita kawan dengan lelaki/perempuan tu, kita kenal la dia macam mana. Susah senang hidup bersama. Cenggitu. Senah tabik spring kalau berani jawab macam tu.

Yang nak kawen dengan pilihan mak ayah pulak cakap, tak pa. hanya jauhari mengenal manikam. Habis manikam kenal tak dengan ramasamy? Tak dak kaitan langsung.haha
syurga tu kan dibawah telapak kaki ibu, jadi mesti kena dengar cakap orang tua. Depa yang besarkan kita, so depa mesti tau apa yang terbaik untuk kita. Moga-moga perkahwinan pilihan keluarga ini till jannah. Hikssss

Tu aku bagi pendapat. Aku nak cakap panjang lebaq pun payah. Pilihan aku selalu tak kena tempat. Dungu. Satgi cakap melampau pulak daripada orang hat ada pilihan kan. Kepoh lebih, habuk tak dak. Yala..aku nak kat dia, risik-punya –risik, dia dah berpunya. hat mak ayah aku nak pulak, aku p tolak. Tudiaaa. Mak aku dok doa sangat jangan bagi aku kawan serius sgt dengan laki, tu laa. Anak dia tak dak perasaan dah. Padan muka aku. Jadi doktor cinta untuk orang ja boleh.  Haha. 

Tapi tak dak hal. Perjalanan masih jauh. Tak risau aih. Banyak benda lagi nak buat. So, berkisar tentang jodoh pilihan mak ayah atau diri sendiri ni, aku rasa dua-dua tak kisah. Janji jalannya syarie dengan tujuan pernikahan. Mak ayah mesti nak yang terbaik kan untuk anak dia. Kita pun mesti nak yang sepadan dengan kita. 

Bukan pilihan mak ayah semuanya tak elok. Kakak-kakak aku semua kahwin dengan pilihan keluarga, Alhamdulillah menjadi walaupun tak semua sempurna. Yalah. Pantai mana tak dilanda ombak. Tapi tak la sampai tsunami. Dan tak salah nak cari pilihan sendiri. Pokoknya mak ayah kena redha dengan pilihan kita. Benda tak susah tapi agak sukar. Bab kahwin ni jangan ikut nafsu dalam pemilihan pasangan. Tengok logik dan pendapat orang lain sama. Takkan ada ahli keluarga yang nakkan kemusnahan untuk kita. Contoh kak aku yang gigih dok cari calon adik ipaq. Dia nakkan kebahagiaan adik dia. Haaa…see, semua nak bahagia. Sebab bahagia itu untuk dinikmati dan disyukuri. 

Aku bagi tips sikit kalau ampa ada pilihan sendiri dan keluarga pun ada pilihan jugak utk ampa dalam masa yang sama. 
1. Berterus terang.
Belajar berterus terang dengan keluarga anda ada pilihan. Cari kekuatan. Bukan apa. Kita Cuma nak family tahu yang kita sebenarnya ada pengharapan pada orang lain. Maka tidaklah mereka berfikiran bahawa kita belum berpunya. setuju ke tak, belakang kira. Satgi cerita. Janji hasrat hati kita terluah dah. 

2. Musyawarah.
Andai sudah diberitahu dan mereka juga sudah punya pilihan, mulakan musyawarah dengan keluarga secara baik. Perkenalkan secara ringkas siapa pilihan hati kita. Dan dengar juga siapa pilihan hati mereka. Jangan gelojoh. Seeloknya musyawarah ini dilakukan bersama ibu bapa dan adik-beradik kita sahaja terlebih dahulu. 

3. Istikharah dan istisyarah
Ini paling ramai buat. Tapi sebelum istikharah tu, lakukan solat taubat. Bukankah Allah menyukai hambaNya yang sentiasa bertaubat? Maka lakukan solat taubat. Moga-moga Allah membuka ruang penyelesaian kepada kita. Istikharah bukanlah dengan bermimpi sahaja, namun dengan petunjuk ketenangan dalam hubungan, lancar dalam proses pengenalan serta semua perkara yang baik. Risik juga kawan-kawan calon pilihan keluarga, stalk fb(keh3) untuk tujuan nak tahu hubungan dia dan tengok suasana kawan dia jugak. Penting. Take Note. PENTING. *mod serius*

4. Tolak-ansur.
Banyakkan bertolak-ansur dengan keluarga. Kenali pilihan mereka dahulu. Jangan mudah melatah dan melenting. Bersikap professional dan matang. Dengan bersikap terburu-buru hanya akan mengeruhkan keadaan. Dan jangan sesekali kahwin lari di Siam. ia membuktikan anda dayus dan bodoh.

5. Nyatakan pandangan.
Berikan pandangan yang jujur tentang pilihan mereka. Dan nyatakan apa kekuatan yang ada pada pasangan kita. Jangan menipu. Hubungan tidak ke mana dengan menipu. Rumahtangga yang ingin dibina bukan sehari dua.

6. Tunjukkan kesungguhan.
Untuk mendapatkan apa yang kita treasure, bersungguh sikit. Kalau jantan tu, jadi jantan sikit. Haaaa. Bukan melawan cakap keluarga tapi buat satu keputusan yang firm, tegas. Kalau nak pilihan keluarga, putuskan hubungan dengan baik dengan pilihan hati. Jangan bagi orang menunggu. Kau ingat kau buah nangka nak tunggu kau masak. Eh. Tetiba. Then, untuk pasangan awak tu, jangan nak meroyan. Cari je orang lain. Berlambak lagi. 
7. Beri ruang dan peluang.
Setelah perkenalkan pilihan hati kita kepada ibu bapa, beri ruang dan masa untuk mereka mengenali beliau. Bukan mudah nak terima orang luar sebagai ahli keluarga. Banyakkan memberi input-input yang positif berkaitan dengan pasangan, namun jangan menipu. Dan berikan juga ruang serta masa untuk pilihan hati berkenalan dengan keluarga.  Berikan gambaran terbaik dan sejujur mungkin perihal keluarga kita kepada pasangan agar tidak berlaku penyesalan dikemudian hari. 

8. Hormati keputusan.
Jangan bergaduh dengan keluarga seandainya calon ditolak setelah melakukan semua step diatas (yakin step aku mengena..hihi). Keputusan untuk menerima atau menolak sememangnya sudah dijangkakan dari awal bukan. Maka terima sebaiknya dengan hati terbuka. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kumbang pun nanti mati jugak, bunga pun akhirnya akan layu. So, aku conclude take it or leave it the choice of your parents. Acah2 rebel plak daaaahhh..kemain.

9. Doa dan tawakkal 
Aku rasa ni nasihat aku yang paling sempurna sikit kot. Kalau calon ditolak, berdoalah dan mengadulah padaNya. Dia pasti tidak akan membebankan hambaNya kecuali kita mampu. Believe me. Kebahagiaan itu kita yang cipta. Dengan siapa atau bagaimana itu terpulang. Yang penting bawa hati dan iman bersama. Kita sibuk mengagungkan itulah cinta pertama dan terakhir, tapi kita lupa Dia yang sentiasa mencintai kita tanpa syarat. Kita lupa keluarga yang ada bersama kita tanpa batas waktu. Jangan sampai dihujung usia kita kesal dengan khilaf ini. 
Aku yang bagi tips ni pun sebenarnya penakut nak guna tips tu kat atas. Sebab mungkin aku belum bersedia nak bagi komitmen lagi. Gatai tu ada tapi tak sepenuhnya. Kalau kahwin ni hukumnya masih harus. Gituuuuh. Plus, aku ada komitmen yang kalau aku nak cerita kat ampa pun akan buat berderai ayaq mata aku atas keyboard ni. Jadi, the rest is the future. Kita doa sajaaaah muga Allah letakkan yang terbaik dalam hidup kita. Yang penting, bagi komitmen, berlapang dada dan sentiasa mengadu padaNya kalau ada masalah. Aku nak cerita lebih pun aku tak pandai la bab cintan-cintun ni. Kayu. Haha. Pepandailah ampa nak hidup en.

SELAMAT BERCHENTA SAMPAI SORGA. 


Wednesday, 12 October 2016

was a sweet day

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

each one of us kalau ditanya suka ke tak dengan benda manis, most of us akan suka kan?
coklat, gula-gula, manisan/halwa, kuih-muih di Kelantan (well i spent most of my youth here), ermmm air yang manis-manis serta orang yang manis mungkin? heeeee

of course. kita semua suka yang manis, cantik, indah dan sempurna. except for those who's on diet doesnt like sweetness. they prefer yang sedang-sedang sahaja. and sekali lagi of course not me. -_-
haha.

well, i love chocolates and sweets. very much. but not so much into kuih kelantan seperti taik itik sebab manis sangat. tapi cek mek sangat saya suka. marvelous. see, there are few things i love about Kelantan selain daripada budak kelas aku. heeee. tiada galang gantinya. sedih la plak nak berpisah. cut the case.

selain dari makanan yang manis, aku pun suka hari-hari yang manis. haaaa. so,when was the sweet day?

hari bila aku dapat spend masa dengan budak kelas salah satunya. if the hell was over the day, it is still sweet. because sweetness melted over heat. :)
betul. buruk, baik aku dan mereka tu yang mengisi hidup aku selama 5 tahun ni. no doubt marah, geram, masam, sakit tu ada dalam tempoh berkawan, tapi sayang tu lebih. sangat lebih.

macam pagi ni, aku bangun pagi tetiba aku terfikir "aish, kalau tak dak program pagi seronoknya kan. boleh sambung-sambung lagi tidoq." but somehow, aku rasa berkobar nak pegi program sebenarnya sebab aku boleh jumpa muka-muka semenggah yet wallahi aku sayang kat dewan. heee
sayang sungguh. 5 tahun setengah aku aku menghadap depa. kalau aku berchenta pun tak sampai tempoh tu aku boleh bertahan rasanya.

ya lah jumpa muka syi yang selalu annoying, cha yang kuat merajuk dan sengal, icah yang sentiasa ngomong (tak takut la kalau radio tak dak pun), kak wea yang lucu (serius lucu sangat!), najwa yang ibu-ibu (tempat aku hamburkan masalah lepas kak najwa dan kak syu), kak nad yang macam kakak bagi aku (penasihat hati..i rindu the old her act), epa yang blur dan pemurah, iman yang senyap tapi boleh tahan jugak la rajin bercakap, kak shida yang banyak bagi motivasi untuk aku serta ain yang takut kucing. so far, aku nak ingat semua memori yang manis-manis sahaja dengan depa ni. sungguh aku tak kuat untuk terus melupakan.

hermm. rasa nak menitik pulak air mata menulis ni. oklah. aku tak mau cerita dah. aku pulak yang nak menangis.

so, how boys? aku sayang depa. ada yang terkasar bahasa, terasa hati, terkecil hati tapi aku orang Melayu,so biarlah. a special thanks to afif, aideed, zahrul, hariz, hisyam dan lain-lain kerana pernah hadir dalam hidup ni. sumpah aku sayang ampa macam adik-beradik aku. esp afif yang selalu kena buli dengan aku dan syi. aku tak bayang hidup aku tak ampa ni lepas ni. you always made my day.

okey. tribute dah siap untuk insan-insan yang kadang-kadang merajuk, mencarut dan menyakitkan hati tapi tetap dalam list paling sayang. hahahaha
so, siap definition of my sweet day kan? nanti aku buat entry tentang precious day plak.




tentang apa?




























sibuk je. nanti la baca.
hihihi































tapi....

































korang yang baca blog ni pun aku sayang jugak.
sebab rajin nak skrol baca.






































tengok tu. rajin betol. heeeee
















dah la.
kak syu, kak najwa, kalau baca post ni hasanah nak habaq, hasanah sayang kamu berdua. terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup.
wallahi. :)















Tuesday, 11 October 2016

of novels and inspirational books.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sapa pernah baca novel?
most of the girls mesti pernah sentuh kan.
at least 5 novels so far.
so as me.
aku pembaca novel yang terbaik.
kalau bagi aku novel, aku boleh habiskan dalam masa 1 hari.
aku akan cari jugak lah masa nak baca sampai habis walaupun aku sibuk.
but, that was the story of seven years ago.

start tingkatan 5 tu, aku masih berminat dengan novel. tapi dah slow. mungkin sebab aku bukan pengumpul novel yang tegar kot. most of the novels i read, i borrowed it from my friends and seniors. sebab time tu aku memang tak dak duit nak beli dan mak bapak aku bukan jenis nak tabur duit kat aku sebab novel. so, aku slow down my novels reading hobby, but something caught my eyes and hobby.
majalah al-Islam.

serius time tu aku suka baca majalah al-Islam. disebabkan majalah tu hanya dikeluarkan setiap bulan satu isu, maka peratus aku untuk menjadikan majalah tu sebagai majalah bulanan adalah amat tinggi. plus, aku suka isu yang diketengahkan. contoh aku bagi seperti merokok, perkahwinan kanak-kanak, muallaf, muamalat dan banyak lagi. jadi, aku buat koleksi majalah al-Islam. banyak juga rujukan dalam majalah tu. dan isu yang dibahaskan juga dikuatkan dengan beberapa pandangan tokoh masyarakat dan ilmuan dalam halaman yang berbeza. jadi memang banyak yang boleh dihuraikan. kalau ditakdirkan aku bagi berapa bintang, aku akan bagi 4 daripada 6 bintang.
well, bintang tu ikut suka aku la kan.

bila dah masuk IPG ni,selain daripada aku suka baca buku teks, aku suka juga baca buku berinspirasi dan ada quote. jiwa akukot. haha. sesetengah daripada kawan aku cakap, buku-buku yang aku baca ni heavy sikit. so depa tak jadi pinjam. entah. aku rasa aku suka dengan isi dia. dan sudah tentulah bukan novel kan. sebab aku tak suka kumpul novel. few books yang aku sayang ialah 'Avant Garde: Ridhuan Tee', 'Ustaz Fadzil Noor, (tak ingat tajuk habih)', 'Cendol Ais Santan Kelapa', Diagnosis 1 dan 2, Dari Tanjung Malim ke KLCC, Catatan Mat Luthfi, buku2 HM Tuah Iskandar, dan banyaklagi dalam koleksi yang aku letak kat rumah. sebab banyak sangat kat asrama ni. dan ada juga sebahagiannnya novel Inggeris. aku ni tak lah pandai sangat BI. tapi aku ingat pesan madam aku,

if you want to conquer the races, you must be fluent in their mother's tongue.

lebih kurang begitulah pesanan Madam Faridah. so, aku baca novel Inggeris biaq la aku budak Pendidikan Islam pun kan. fasih ke tidak tu letak tepi. yang penting aku suka. so, memandangkan masa aku sekarang utk attend class and doing task are done, so most of the time, aku habiskan dengan membaca buku dengan mentelaah buku-buku yang memberi inspirasi ini dari kulit ke kulit. tapi aku liat baca buku rujukan aku untuk exam. hah, acano tu masalahnya eh? ok aku cuba. kiki

membaca ni memang aku suka. bahan bacaan aku tak lah berat sangat tapi taklah santai sangat. aku cuma nak berfikir. kadang-kadang tu pemikiran aku tak sama dengan orang. mungkin sebab aku melihat daripada sisi yang berbeza, tapi itu pandangan orang kan. aku tak cakap mereka yang mempunyai pandangan yang tidak sama itu salah, cuma kita tidak memandang daripada sisi mereka dan sebaliknya. membaca adalah salah satu cara kita merubah minda. reading is a weapon, you know?

buku-buku yang banyak dalam koleksi aku ni pun hasil daripada duit mak bapak, elaun bulanan, elaun buku dan BB1M yang diberikan. at least a book for a month. so bila dapat BB1M, ak memang spend gila-gila kat buku. biaq terhapus nafsu membaca aku tu. kadang-kadang sampai ada buku tu masih dalam simpanan lagi sebab tak sempat baca. tapi aku suka. pada aku, biar wang mengalir untuk buku bukan untuk baju. *ceh,macam tipu pulak.*

melalui pembacaan ni, banyak pemikiran kritikal dapat dibina. sebab yang menulis adalah orang yang mengkaji. tak membabi buta menulis untuk publisiti. namun, mereka-mereka ini orang yang sentiasa berfikir untuk menginspirasikan orang lain melalui pengalaman sendiri. pengalaman tu tak boleh dibeli kan? so thus them. they felt it then expressed on the papers to be shared. aku memang salute gila penulis buku. dan ada juga kawan sekolah aku dah jadi penulis iaitu Iqbal (Rebel Dengan Tuhan) dan junior aku yang sedang meletop sekarang ni iaitu Azwar (BABI, paling femes) tapi buku Azwar aku tak baca sebab fiksyen, novel, so aku skip. hehe. aku tak sempat beli lagi buku Iqbal. mungkin kalau dia baca ni, dia boleh bagi kat aku satu. sedekah. kah3.

so, buku pun dah tersedia kat tepi bantal aku ni, so let's read before sleep. selamat membaca :)
 

Monday, 3 October 2016

it's Muharram!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aku rasa ni post paling berilmiah aku setakat aku menulis dalam wilayah ini.

setelah meroyan dan mencaci-maki orang dan dengan sadisnya aku bercerita perihal ketidakadilan itu, mak dah nasihatkan aku agar biarkan ia berlalu.
dan aku dengan emonya cakap "mana boleh mak. geram."
sempoi ja mak aku bagi jawapan. "geram tu boleh bawak sampai mati?"

so, it's enough. biarkan mereka dengan cara mereka, dan kita dengan cara kita. mungkin kita ada salahnya cuma tak terlihat. say, i'm a big girl now! :)

*perempuan emo*

so, what is Muharram means to you?

it's a blessing for me!

why?

sebab-sebabnya...ewah...macam nak sangat ja orang taw pasal istimewa kenapa...hermmm..tapi aku nak bagitau jugakkk. heee

1) Muharram is one of the month in Hijr Calendar which is belong to the Muslim. since i am a muslim, so it is a bless having two types of calendars. Masehi and Hijr!!!

2) Muharram is also the benchmark of opening a new chapter of book which is we call 'buku amal'. i dont know how to state it in English. but, later if read thoroughly you'll find what is 'buku amal'. maybe i'll describe it in Malay *if not forgotten.*

3) i cant wait to recite the 'Doa Akhir Tahun' and 'Doa Awal Tahun'. Doa Akhir Tahun will be recite after the 'asr till before maghrib on 29@30 Zulhijjah. it is the symbolic of closing the 'buku amal'. some sort like that. meanwhile, 'Doa Awal Tahun' will be recited aft maghrib prayer on the same day as the symbolic the opening of new book! 1 Muharram! Amazing what!!! how i wait this. Alhamdulillah, i got the chance to amen the du'a as the day passed.

4) holiday of course! it holiday all over Malaysia for Awal Muharram. since the majority of residents are Muslim, thus the appreciation towards the day is a must. kehss. it was a bless!

5) ohhhh. i forgot. the pilgrimination of prophet Muhammad saw and the crushed Muslims from Mecca to Medina. it was a big story to be revealed here.

























and so, i forgot to tell you about so called 'BUKU AMAL' right?
i diligently did it.


























and i love to do this too now.
heeeeeeeeee. :)




























so, it's midnight already.
maybe next time i tell you.





































and yeah, you can find it yourself.
and maybe you've already knew it.
stop acting. heeeeeeee.



























ok. last.



SALAM MA'AL HIJRAH 1438.
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...