Monday, 15 August 2016

language preferrence

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aku tak tahu tajuk tu aku tulis betul ke tak.
sebab aku dah lama tinggal bahasa inggeris ni.

selain kerana aku tak ambil kos bahasa inggeris, aku juga bergelumang dengan bahasa sorga.
dan aku cuma sikit-sikit asah parang skil berbahasa dan menulis inggeris sekolah menengah aku ketika aku nak upload instagram, status facebook dan sikit-sikit dalam blog.

sebab apa?
sebab bagi aku, bahasa inggeris ni feel dia lain sikit.
selain sedap dituturkan, maksudnya juga lebih tepat untuk disampaikan kerana ia mempunyai degree yang berbeza-beza bagi setiap perbuatan.
contoh: speechless mempunyai degree yang lebih rendah daripada dumbfounded.

see?
silap aku tak isi bahasa inggeris sebagai pilihan pertama sahaja masa isi borang IPG dulu.
kalau tak free mengkome panggil aku ticer seha. *riyak disitu*

aaaahh. aku tak menyesal. ada ilmu lain yang aku boleh tambah. malah aku bersyukur amat kot sebab budak kepala masuk ayaq macam aku berjaya berada dalam aliran agama. at least, tak jauh aku tersasar dari landasan kebenaran. SubhanaAllah perancangan Allah. Alhamdulillah!

so, memandangkan aku bukan budak TESL jadinya aku lebih rendah keyakinan berbahasa inggeris dalam kehidupan seharian aku.
herm.
walaupun aku cakap inggeris berterabur, tapi aku minat kot bahasa inggeris.
aku nak cakap jugak!
nak jugak! nak jugak!

ok dah.
melampau.

setelah dilakukan kajian peringkat diploma yang aku tak pernah ambil, maka dapat dikatakan ramai golongan ustaz ustazah ni tak berapa gemar bahasa tali leher ni.
kenapa entah.

ewah, dah aku minat. sesedap tembikai ja aku bash golongan tak minat BI ni.
namun tidak mereka ketahui bahawa bahasa tali leher ini sebenarnya ada persamaan dengan bahasa sorga dari segi penggunaan nahu dan sorof.
waaaaaaaahhhhh! *flip tudung* #riyaklagi

tu pun buka aku cakap.
ustaz suhaimi abdul ghani (punya minat ustaz, ejaan nama pun tak lupa) dulu cakap.
dia cakap "bahasa arab ni lebih kurang je dengan bahasa arab. kalau nak panda bahasa arab, awok tengok lidah awak fasih ke tak bahasa inggerih."
ustaz aku orang terengganu, sila faham.

aku pun pulun la mahirkan diri berbahasa arab untuk nak bagi bahasa inggeris aku power sebab aku budak aliran agama. mana bulih kelih lekeh kat kami budak agama.
pastu aku nak lulus bahasa arab jugak. mau pak aku ligan keliling kampung kalau bahasa penjajah luluih dengan jayanya tapi bahasa sorga terkuboq.
lagi satu dulu aku minat ustaz aku yang beranak tiga tu. comel. tapi sayang suami cikgu kelab aku yang baik hati jugak.
*mampuih kalau ada budak sekolah aku baca blog ni*
#buangniatnakpoligami

pulun punya pulun aku memang dapat A untuk bahasa sorga tapi A-. aku memang berjaya dapat A juga untuk bahasa tali leher. A+ kak ton! tapi tak habaq kat mak pak aku. Aku habaq aku dapat A sahaja dua-dua subjek tu. bagi nampak adil. kalau aku habaq aku dapat A- untuk Bahasa ARAB dan A+ untuk bahasa Inggeris, mau mak aku suruh aku khatam Quran dalam masa tiga hari. T_T

nak masuk IPG aku pun pilih la kos Pendidikan Islam. betapa hancoqnya hati sebab aku minat bahasa tali leher. tapi mak ayah suruh aku jadi ustazah. maka, isi la aku pun sambil hati aku bebai tak sudah.
memang tak sudah.

lama lepas tu, aku masuk IPG (baca: redha) dan aku masih dengan bahasa Inggeris aku yang sikit lagi nak berkarat dan menyebabkan tetanus pada diri sendiri, aku terbaca blog senior aku pasai mencampur-adukkan bahasa dalam komunikasi harian.

haaaa, sudah!
aku pun macam tu.
dok tulih blog pun kadang-kadang masuk bahasa loghat Kedah, Kelantan, Urdu, Siam segala bagai.
kalau dia dengaq aku cakap lagilah dia tak taw aku warganegara apa.
Nepal mungkin.

tapi tak pa.
memandangkan aku rakyat Malaysia dan hidup dalam kalangan masyarakat majmuk, aku akan mengamalkan bahasa rojak!
 :)   :)    :)    :)



kesian senior aku.
aku tolak pendapat dia. :p


















sapa suruh banned golongan amatur berbahasa macam aku. *peace*

kami golongan rojak tapi bebas makian dan carutan melampau dalam mana-mana bahasa!
#memakidalamlogahtibundapilihankami



















kami cuma nak jadi 'jack of all trades' kottt...


























dan bukan Jade and the Beanstalk. heeeeee






No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...