بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
so, can we begin?
:)
setiap manusia tu pasti dianugerahkan fikrah ingin disayangi kan?
it is. more than enough to be understood.
baca post-post aku sebelum ni?
kalau baca, rasanya tahukan aku bukannya sejenis yang fond sangat dengan cinta, kasih-sayang ceni lahh.
aku ada suka laki. tapi aku pun tak mau kalau aku saja yang suka sengsorang. sebab aku bukan jenis pendam. aku realistik. so aku suka aku cakap. tak suka pun aku cakap.
orang tua-tua cakap kalau perempuan mulakan langkah pertama bagaikan perigi mencari timba.
well, i a little bit curious.
jadi aku tanya orang.
apa nak buat kalau kita tersepit?
1) kita ada harapan hati pada seseorang tapi kita tak tahu respon sebelah sana bagaimana.
2) family ada calon yang dirasakan layak untuk kita dan bersedia untuk bertaaruf.
masalah begini, langkah yang disarankan oleh sahabat saya ialah, sebagai seorang wanita jangan malu untuk memulakan langkah pertama. wanita yang jujur dengan perasaan sendiri adalah wanita yang kuat. mulakan dengan baik. bertanyalah kepada yang berkenaan sekadar mengesahkan perasaan masing-masing. andainya respon positif, Alhamdulillah. bukan kita sahaja yang berniat. dan awasi perasaan agar tidak menjadi zina hati. andai kata negatif, juga Alhamdulillah kerana kita masih sempat untuk merawat rasa yang belum bertunas dan mekar. sekadar rasa-rasa sahaja sudah boleh dirawat di klinik biasa.
aku pun pernah buat macam ni. baruuuuuu lagi.
respon negatif. :)
Alhamdulillah, Allah memberi jalan untuk tidak perlu membuat banyak pilihan dan berserabut dengan perkara-perkara jangka panjang begini.
Allah juga mentakdirkan aku bertemu insan yang menghormati pertanyaan aku.
dan masih lagi Allah memberi ruang untuk aku bernafas seiring dengan perancanganNya.
mungkin aku terlalu berharap pilihan mak ayah untuk aku, maka Allah letakkan ia dalam diari hidup. bila hadir rasa begini, cepat-cepat dapat dicantas setelah disahkan.
jangan rasa menyesal atau rendah diri atau kecil hati.
sebagai wanita, kita perlu tahu bahawa kita berhak memilih dan bukan hanya dipilih.
jadilah wanita yang kuat dan realistik.
ia soal maruah.
ia soal hati.
ia soal cinta.
cinta yang hanya untuk yang halal.
:)
Wednesday, 10 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment