بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
i bet kalau lelaki mesti tak faham apa tajuk entry kali ni nak cakap.
aaahh..tak dak budak laki baca blog emo macam ni. *refer post yang dah di delete*
:)
sorry la uols kalau ada terbaca entry aku yang lepas.
emo.
well, a veeeerrryyy not Hasanasiha can be seen through the post.
Hasanasiha yang charming, comel, ceria, cempedak, cimpanzi terhapus dalam post tu.
*_*
multiple personality disorder.
aiyoooo.
betul la orang cakap jangan menulis ke bercakap ketika marah.
habis diungkit benda berlalu.
habis pahal aku.
but, part "jangan kau nak bercakap besar dengan aku kalau habuk pun tarak" tu betul.
aku tak kempunan duit engkau. cakap besar macam tu kengkadang membodohkan diri kita depan orang.
seriously me, anak pesawah langsung tak nak amek duit orang dan kempunan macam terdesak sangat.
cukup makan apa ada.
bahagia jangan ditayang, derita jangan dikeji.
settle.
okeyh apa tajuk kita kali ini?
ahha.
berkaitan wahnihtah!
wanita.
period.
haid.
kitaran bulanan bagi wanita normal.
aku cakap bukan sebab aku tengah period ke apa ke ni.
satg viral macam Mrym Lee pulak.
masyarakat kita ni pantang pegang phone.
nak je viral cerita tak tapis dulu.
dulu suruh jadi lawyer takmau.
*beletiaq pulaaak*
lain orang lain simptom selepas haid (post-period effect) ni.
dah la nak period tu dia punya kepala hangin puting beliung mashaaAllah satu hal.
sakit situ, sakit sini, moody, asyik nak geram sahaja, marah tak tentu pasal, sedih, nak nangih, dan lain-lain yang pelik2.
tu baru nak period.
dah period, ada yang sakit senggugut macam nak beranak, craving for food, overflow dan sebagainya.
orang laki tak taw ni.
depa tak rasa.
sesetengah perempuan ja rasa.
tapi ada la satu-satu premenstrual syndrom yang terjadi walaupun bukan semua kat sorang2 perempuan yang ampa pernah kenai.
mau kalau semua sekali sakit tu berlaku kat setiap perempuan apabila hendak period, haruslah setiap kami bertukar singa sebulan sekali!
tapi yang tu tak mau cerita.
kita cerita selepas period/haid.
well, lepas haid adalah waktu paling mencabar sekali bagi kami perempuan.
terutama hal ibadah.
for me yang bertatih-tatih mencari Tuhan dikala orang lain dah berlari macam Usain Bolt ni, post period is hard days ahead.
dulu lagi teruk.
dulu tu around 2 or 3 years ago.
kita budak baru nak up time tu.
mashaaAllah liat nak mula beribadat Allah ja tahu.
kalau hari first kau boleh solat tu, hujung waktu baru nak solat. sebab dah hampir dua minggu tak solat.
nak baca al-quran 2 muka surat pun merangkak malasnya.
mathurat jangan nak sentuh kalau dah baca al-quran.
solat sunat...hermmm.
within 2 weeks pulak nak recover hidup seperti biasa.
kalau biasa, solat fardhu kalau tak awal waktu pun, tak lah sampai hujung-hujung.
al-quran selepas setiap kali solat.
solat sunat pun ada la buat.
tahajud pun hidup.
teruk tak teruk macam tu la nak habaq mai nak recover post-period effect ni.
but lately, i mean this year and upcoming years ahead, i think life is getting much easier than before.
i can cope well.
all the 'bravo' performance i did during normal days is getting better during post-period effect.
dah tak payah nak motivasi dr fazilah kamsah sangat dah sekarang ni.
aku ajar diri aku buat benda-benda tu semua sebab aku fikir dunia ni kau hidup bukan untuk orang.
kau susah, yang akan menolong kau nanti ialah Dia.
buat apa pun, kalau Dia tak izinkan, sampai ke sudah tak ke mana.
so, hidup ni dengan redha Dia.
i'm not boasting myself with some silly experience (well, if u said so) :)
tapi betul.
dalam banyak hal kehidupan aku, aku percaya setiap penyelesaian masalah yang telah berlaku ilham daripada Dia dan ihsanNya.
kadang benda yang aku tak jangka pun nak berlaku, sikit lagi nak berlaku kat aku, but i escaped it.
contoh, accident. i almost got hit by a lorry. tapi aku punya debar doa bila sikit lagi nak berlanggar tu hati terdetik cakap " Ya Allah, kalau ni sebabnya aku merajuk dengan mak tadi, ampunkan aku Ya Allah."
Dia cuma nak bagi teguran.
serius.
Dia selamatkan aku dalam kelas daripada terkena soal oleh lecturer. hehe
sebab aku memang tak sempat review habuk pun soalan tutorial.
so i prayed "tolonglah Ya Allah, aku memang tak baca apa pun ni. tolong bagi mood lecturer ni elok."
sebab lecturer strict. at the end, lec lupa.
ok ni tak baik eh. jangan buat.
banyak lagi lah benda berlaku kat aku yang buat aku terdetik dalam hati, " Ya Allah tiada Tuhan yang mampu mempermudah urusan hambaMu selain Engkau, lindungilah aku dan permudahkan urusanku."
sentiasa berdetik dalam hati.
macam mentera pelindung dah.
doa yang baik2. jujur dengan Tuhan dan dengan diri sendiri.
dengan doa ni jugak, aku survive post-period effect.
Alhamdulillah.
eh, tapi betul eh.
ampa kalau bukan perempuan jangan nak cakap "eleh, pemalas. cakap la macam tu."
ataupun, "dah waktu period pun jauh dari Tuhan, macam mana nak rajin selalu lepas suci."
ataupun, "buat amalan bukan niat kerana Allah la tu."
ataupun....ala sis dah tak dak idea....apa-apa sahaja la yang menjurus ke arah nak menunjukkan kami ni wanita yang terkenen dengan psot-period effect.
ampa tak rasa, ampa tak tau.
sis, kalau jumpa kawan-kawan mengadu macam ni,takkan nak cakap " tu la ampa ni istiqamah laaaa."
hengkauuuuu...tak beragak.
dia bukan tak nak. tapi dia manusia.
ada masa up. ada masa down.
aku pernah rasa macam tu.
dah,,engkau tu kawan dia, engkau ajak la dia buat sama-sama.
kan senang.
"kita buat sama-sama ok?"
giiiittuuuuuhhhh.
so, nasihat sikit eh dari sis yang dalam fasa perubahan ni.
nak ikut, buat.
tak nak ikut, buat cara lain. :)
pokoknya buat!
post-period ni sebenarnya bukan effect besar pun sampai 2-3 minggu nak recover.
once kau dah boleh solat, try terus buat rutin ibadah seperti biasa.
buat list.
tampal kat meja belajar ke, board ke, atau kepil pada notes untuk ingatkan kebiasaan kita.
kita kan tend to forget everything.
so make a list.
then, kalau rasa malas, paksa diri buat jugak.
buat bukannya lama pun.
solat paling cepat pernah aku tengok orang buat 3 minit. LOL
upgrade sikit 7-10 minit solat fardhu.
tambah zikir lepas solat, so semua sekali 15-20 minit.
baca al-quran dua muka tanpa tarannum 10 minit.
solat sunat another 5 minit tak sampai.
tahajjud start pukul 5 pagi paling lambat.
al-waqiah, sajjadah, yaseen, al-mulk semua tu benda basic kalau kita terbiasa buat. *aku pun ada tinggal jugak*
paksa dhuha. lama-lama suka la. :)
seronok. bila kita rasa Allah berbicara dan bercinta dengan kita. <3
tu ja cara.
kita hidup kat dunia ni tak lama mana.
tak tahu bila Allah nak cabut nyawa.
jadi biar setiap tindakan tu ada nilai di sisiNya.
mati dalam redha Dia, inshaaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
Bicara Serikandi bismillahirahmanirrahim assalam sahabati hari ni entry Anna agk loving skit... Anna nak cerita ttg seorang lelaki yang...
-
Bicara Serikandi: Assalamu'alaikum teman-teman(cam org Indon ja..keh3)..apa kes tajuk cam kempen kesihatan kat lam tv je kan?? haha..mem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
No comments:
Post a Comment