بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
helllllllllllllooooo!
not hell o okay?
:)
nampak banyak sangat idea aku nak menulis sekarang ni kan?
kalau ampa perasan la.
kalau dulu, sama ada idea aku ke laut atau aku keluar toilet tak sempat nak menulis (refer post ni) atau pun aku memang malas tahap na'uzubillahi min zaalik dah tu.
jadi, memandangkan sekarang aku dah tak pegang jawatan (bebas pangkat) dan juga hidup dalam freedom, aku akan manfaatkan blog ni sebelum aku amat-amat sibuk dengan hal duniaaaa di samping hal akhirat. sekali lagi, rasa macam nak lempang diri sendiri. T_T
entry kali ni tak banyak nak kongsi cuma aku nak luahkan kekecewaan aku berkaitan beberapa post di IIUM Confession tentang golongan berniqab ni. aku berniqab jadi aku terasa hati. ecewaaaah.
jadi hari ni akan ku buka Anna's Confession. aku nak confess sampai lubang cacing! *emo*
aku tak emo dengan IIUM Confession tu sebenarnya tapi aku emo dengan niqabis ni...yang faham ke tidak niqab tu untuk apa. hermmm. so the points are listed below.
1. Niqab sebagai trend.
most of niqabis take niqab for granted. depa ingat niqab ni trend. ada gaya kot tu kot nu macam rambut, macam fairy tale punya dress, renda, ropol segala agaknya. mai amatur ni nak habaq. niqab bukan trend. ia pakaian sunnah. tapi bukan dipaksa pakai. malah perlu kepada kekuatan dan ilmu kalau nak pakai. aku tak cakap ilmu aku cukup untuk aku pakai tapi kita kena sedar preferrence orang masing-masing untuk berubah berbeza. kalau setakat nak cantik tapi malu-malu kucing diminati ramai, baik pakai guni. lagi ramai nak tengok.
2. Ilmu dan 'alim.
pakai sebab ilmu. serius kena tahu sebab musabab untuk pakai. jangan pakai sebab semua orang pakai atau majoriti pakai. tapi pakai dengan ilmu. senang aku cakap, aku dulu jahil benda begini. aku bukan prefer sangat orang berniqab ni. jumud. ni nanti masuk bab persepsi. fokus bab ni. ilmu yang macam mana? kau dah faham hasrat kau nak pakai, sebab apa kau nak pakai, izin ibu bapa ke suami ke, tiada maslahat yang menghalang dan setetrusnya dapat menjaga diri kau. take a slow but firm step at one time. benda tak perlu rushing. aku pun dah empat tahun tanam hasrat nak pakai, tapi at that time the circumstances dont allow me to make it possible. jadi aku tunggu masa sesuai dan jaga diri. susah tapi tak payah. Alhamdulillah. :)
3. Kesan pendek dan panjang.
bila nak pakai niqab ni, kau kena pikir kesan dia. bersedia dah nak istiqamah? boleh ke nak bergaul dengan masyarakat macam ni? kena kritik tak?
sis cerita pengalaman sis ya. aku start pakai last year. at very end of 2015. sebab time tu aku dah habis pegang jawatan apa dah. jadi aku dah tak perlu nak attend perhimpunan, duduk depan, buka niqab aku apa kebenda tu kan. so hasrat 3 tahun lepas aku laksanakan setelah istikharah dan berfikir dengan begitu lama. penghalang tak banyak bagi aku. a few of my lecturers which is one of them was my practicum supervisor. and the other was my head department of students affair. huh. ustaz penyelia aku tuh memang biasa tengok muka aku sebelum aku berniqab lagi. jadi, setiap kali jumpa dia, dia akan cakap "buka niqab awak. susah nak kecek." i'm okay. sebab dia ustaz aku. cuma aku banyak mengelak jumpa dia kalau tak dak kerja. selain dia suka nak suruh aku buka niqab, dia juga rajiiiiiiiiinnn nak carikan jodoh untuk aku. pheww. ampa tak tau betapa perit aku rasa setiap kali berdepan dengan diaaaa.. haaaaaa.
ketua jabatan HEP pulak suka suruh aku buka kalau ada event dengan Pengarah. nasib baik aku sempat naik dua kali sahaja. yang kali yang lain aku buat pekak atau larikan diri. hehe.
family aku tak dak masalah. cuma mak aku memang suka tengok anak-anak dia cantik. cantik disini bukannya mekap sana sini tebl macam burung hantu ya. atau pakai baju berfesyen ke apa ka. memandangkan semua anak dia yang hidup tu perempuan, jadi dia prefer kami bermuka ceria ketika hadir kenduri-kendara. sekurang-kurangnya, calit sedikit pemerah bibir dan juga compact powder bagi menampakkan anda manusia. memandangkan aku jenis pemalas contiang muka, jadi aku hanya memakai bedak Johnson Baby (wangi macam baby) setiap kali ingin keluar tanpa bahan lain. aku ingat ok dah bila aku dah wangi macam baby. rupanya mak aku nampak aku macam zombie. dan memandangkan dia tak larat dah berletiaq kat aku setiap kali nak pi kenduri, maka dia berhabis duit membelikan alatan asas solekan untuk aku. depan dia aku pakai. balik ipg kalau aku teringat aku pakai (sebelum berniqab).
start aku berniqab, aku dah tak pakai alatan solekan tu semua. yeay!!! aku bebas solekan akhirnya! dan bedak Johnson Baby aku berjaya diselamatkan! so, mak aku memang tak cakap apa la kan sebab aku nampak mata ja. dan ekor mata dia menjeling aku. hehe..dak aihhh. dia suka ja sebenaqnya. aku kan anak tooo'at..akhirnya, aku yang menang tanpa bertanding. ayah aku memang win. "pakai la apa pun. janji jangan buka aurat dengan telanjang."
aye..aye captain!
sebenarnya, aku berdoa untuk Allah tetapkan aku pada jalan ni tanpa kekangan. dan mungkin suatu hari nanti kamu akan bertemu aku tanpa niqab. mungkin saat aku sudah bersuami atau beranak sepuluh atau saat aku mati. cuma pinta kita berdoa bersama semoga hidyah ini Allah kekal menuju syurga. :)
4. Persepsi
engkau kalau dah pakai niqab janganlah dok tengok semua orang dengan pandangan neraka. haaa...kita tak semua sempurna. belum tentu Allah akan kekalkan hidayah yang Dia bagi kalau kita memandang manusia lain dengan pandangan hina. bagi aku, aku pernah berada dalam situasi tudung bawal nampak leher. malah pernah tercabut tudung bila masuk track padang. so, aku faham kenapa semua tu berlaku. oleh kerana pandangan kita yang me'neraka'kan orang lain yang belum sempurna (baca: kita pun tak sempurna mana), Allah terbalikkan takdir dan bagi kita merasa apa yang pernah kita lemparkan pada orang lain. nak? aku tak mau. sebab aku sayang apa yang Allah dah bagi.
ok sambung tadi. aku pernah ada persepsi negatif terhadap golongan berniqab ni. lemah. haha. yalah. nak tutup situ. tutup sana. lindung situ. lindung sana. rupanya Allah uji kita dengan apa yang kita cakapkan. tapi aku kira ujian ini rahmat untuk aku. Allah hadirkan rasa nak pakai niqab. mula sebab aku rasa aku perlu jaga batas pergaulan aku. aku perlu ada rasa malu. aku mula dengan labuhkan apa yang ada. aku tanya kepada mak ayah. depa redha. tanya senior. dia cakap berubah sementara iman meningkat. aku istikharah. dan esoknya aku pakai niqab yang memang aku ada. Alhamdulillah. nikmat tak terkata! aku terfikir pulak. kalau dulu aku pernah cakap golongan niqabis ni lemah itu ini, aku kena berubah dari jadi golongan begitu. i'm trying and still trying. tak dak hal lah kalau setakat suruh aku angkat batu bata tu. Islam agama kuat! *peace*
dan kepada golongan yang tak berniqab, aku tak salahkan mengkome kalau tak puas hati dengan golongan berniqab yang pengotor, tak punctual, mulut jahat, perampas apa semua ni. sebab dia manusia. kita manusia. niqab tak salah. yang salah pemakainya. seperti mana Islam itu tidak salah, yang salah penganutnya. bila kita selalu letak persepsi negatif, Allah akan hadirkan orang-orang negatif untuk kita. sebab logiknya kita yang cipta. carilah golongan berniqab lain yang baik. ada. banyak. sapa cari yang baik, dia jumpa. :)
Wednesday, 17 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...
-
4 my parents! i <3 u!!! Bicara Serikandi mak : adik kalau posting nant, dpt sabah sarawak, kawen la ya ? Anna : mak, adik bru sem...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته entry ini dari wanita ke wanita ya. ahaha. dah macam iklan dalam radio. ok...
-
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته aku rasa macam aku punya blog ni tak lama lagi dah bertukaq jadi blog hiburan sen...
No comments:
Post a Comment