Sunday, 14 August 2016

toilet.

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sepanjang aku menjalani praktikum di sekolah, tempat paling aku gemar dan tidak gemar ialah tandas.
:)

gemar kerana aku memang seorang manusia yang mempunyai proses penghadaman yang baik sangat. terlampau baik. tidak dapat tidak tempat paling awal aku lawati ialah tandas. walaupun aku tak suka.

tidak gemar juga aku dengan tandas kerana sedikit sebanyak ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas aku.

sikit-sikit "ustazah, nak g tandas!" kedengaran keluar dari mulut kecil anak murid aku. aku pernah hampir bengang dengan situasi nak ke tandas ni. sementelahan waktu tasmik, diorang boleh buat nak pergi tandas secara berjemaah pulak. dia ingat lawatan sambil belajar agaknya. heeee. aku pun gertak depa dengan mengatakan tandas tu tempat syaitan berkumpul. tapi aku rasa tak berkesan. sebab budak-budak tak nampak syaitan tu. jadi dia tak hairan sangat.

so, aku cakap, "sapa suka pergi tandas, dia nak berkawan dengan syaitan." atau "sapa nak pegi tandas, tasmik asmaul husna dulu."

part kawan syaitan tu tak menahan. pakat tak jadi pergi sebab takut diejek syaitan.
part asmaul husna tu Alhamdulillah ada yang boleh sekerat. sekerat pun jadilah.
nasib baik tak ada yang ter'ehem' dalam seluar atau kain kerana menahan 'ehem' mereka.
hihi.

apa yang aku sedar tentang tandas atau orang kampung aku panggil toilet ini ialah ianya merupakan tempat curahan ilham.
gulp!

hahaha. dalam toilet lah engkau nak pikir itu ini, idea itu ini datang mencurah-curah, teringat yang tu tak buat lagi, yang ni tertinggal disini.
haaaaaaaaaaaaaaaaaa!

perasan tak?
aku tak tahu la kan entry aku kali ini macam berilmiah ke berhilmiyahhh tapi tulaaaaahh. time dalam toilet aku teringat "aku tak siap tugasan apa eh", "baju aku tadi tinggal kat situ rupanya", "eh aku terlupa ingatkan cha report tadi", "ermmm, makan sup tulang sedap jugak malam ni."

kau tengok.
otak jenis sengal time dalam toilet baru nak ingat.
dan magiknya keluar toilet terus lupa.
serius aku.

contoh, aku selalu teringat nak update blog kalau dalam toilet.
hahahaha.
update blog entry tu rangka dalam toilet mengkome!
padan muka sapa yang pada entry sebelum ni.
entry level dalam toilet.
hehe. bukan semua brother, sister...

masuk toilet, ilham sampai nak update apa.
dah rangka, keluar toilet masuk bilik, buat kerja lain, buka laptop, aikkk??!! pi mana idea tadi?!
aku assume syaitan punya kerja tadi ni.
eh. tak. aku yang lalai.
jadi, untuk menggembirakan hati aku dak otak yang sentiasa dapat ilham daripada toilet, setiap kali aku nak uodate entry blog, aku tulis dalam buku catatan dulu tajuk dia....setelah keluar toilet. dan aku tapis dulu isi supaya syaitan dari dalam toilet tadi tak merasuk.

so, ni hasil dia.
entry ni!
haha. entry ilham dari toilet lagi!

jangan marah.
esok, mungkin entry dari gunung. :) :) :)

No comments:

Post a Comment

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...