Saturday, 31 December 2016

expect the unexpected

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sebelum tahun baru masihi 2016 melabuhkan tirai dan digantikan dengan tahun 2017 yang bakal catat pelbagai momen yang citra warna, haruslah aku rasa gedik nak hapdet blog aku.
haha.
so, menggedik aku ni kena pada tempatnya jugaklah kan.
haha.
peduli apa aku. aku nak update before jam 12 tengah malam. orang putih sangat nak update before tengah malam. gituuuuh.
*sambil aku menulis ni ada makhluk yang bersuara sekejap, senyap sekejap*
to that makhluk, big loud applauses pap..pap...pap.. sebab tenang.

baiklah. back to the topic, expect the unexpected. apa tu? aku tak rasa ini benda baru dalam masyarakat kita. konsep topik aku ni macam konsep percaya pada qada' dan qadar, rukun iman terakhir. kena percaya walau tak sangka. ehem. hehe.
misalnya, kita ada beli barang, cantik, barang baik dah ni. dijamin akan tahan lama dan tidak mudah rosak. warranty 10 tahun la. peti sejuk contohnya. kita pun masuk barang, ikan, air, sayur, buah dan bahan mentah yang lain. pakai dengan gembiranya. cukup dua tahun peti sejuk meletup. padahal warranty 10 tahun. kenapa?

haha. eh aku gelak pulak. ok2. aku takut pemilik peti sejuk yang sama kes macam aku cerita sedih, so aku gelak sikit dengan harapan dia terhibur. aachoooi.
see, benda yang kita sangka nak lama tetiba rosak. tak sangka pulak.
frasa "tak sangka pulak" tu la yang aku nak highlight. *hampa nak warna apa?*
haha.

orang beranak kita tak sangka, sebab apa? dia tak nampak macam mengandung pun. tak nampak perut katanya.
orang sakit kita tak sangka jugak, sebab dia boleh jalan nampak sihat. tak sakit atau buat2 sakit la tu.
orang pakai baju lusuh kita kata orang miskin ambik zakat, padahal dia tanah berekar2. tak sangka pun.
semua kita tak sangkaaaa. hmmm. hihihi
habis, apa yang kita sangka?
haaaaaa.

kita sangka apa yang kita tengok dan kita nak percaya. itu sangkaan kita. my personal view.
ehem. kita suka kepada benda maujud. aku sebagai cikgu pun suka kalau satu hari aku pi kelas dapat tunjukkan benda maujud untuk dijadikan bahan pengajaran kepada mereka dalam kelas. sebab depa akan mudah faham dan percaya dengan apa yang nak kita ajarkan.
dan sangkaan paling mudah cerna melalui al-Quran. teori dari penceritaan firman dan praktikal melalui manusia sebagai hambaNya.

ermm. during 2016, banyak jugak unexpected things yang berlaku dalam hidup aku. banyaaaaaaaak. tak tahu nak mula cerita daripada mana. dapat berita itu ini dan perkara terjadi kepada aku sendiri. pahit dan manis. yang manisnya untuk kalian dan kita yang sedang berbahagia  haha. ceit.
misalnya, kawan nak bertunang, nak berkahwin, dah mengandung, dapat anak pun ada, kawan yang senyap2 je buat semua hal. benda kita tak sangka atau kurang sangka tapi akan terjadi dan tetap terjadi. haha. eleh aku pun macam orang sangka sangaaaat boleh tulis blog. ahahaha. diam2 sudeyyh.

dan peribadinya bagi aku sendiri, sangka atau tidak sangka dengan sesuatu perkara yang akan terjadi ni, kita kena percaya yang apa yang terjadi akan kekal terjadi. takdir. percaya sudahlah. benda yang jadi kat aku sekarang pun aku tak agak jugak. tapi tetap jadi. it is.
aku pun terfikir benda ni masa aku wasap dengan senior aku. apa katanya, kun fayakun. bila Allah kata jadi, maka jadilah. see, sifir mudah.

so, for those yang rasa susah nak percaya, percayaaaaalaaaaaaaaahh (siti nurhaliza sikit)...haha. kita dah besar. masa, usia dan pengalaman serta ilmu mengubah kita. maka sempena tahun baharu masihi, sila letak level sangkaan itu bawah sikit. semoga expectation kita semakin matang dan tidak kecoh. hihihi.

kepada diri sendiri yang nak buat benda tak pernah sangka, sila sangka sekarang. haha. aku nak masuk usia baru weyh. kita. bukan aku ja. semoga tahun baru yang akan datang ni buka lembaran yang lebih baik dan segar dari tahun sebelumnya. sesuai dengan usia dan ilmu.

dan last wish, selamat pengantin baru untuk rakan sekelas, kak nadia dan ubaidillah. ramai cakap tak expect, tapi expect sahaja pun cuma takut meramal. dan timing kali ni betul sangat dah hampa bagi dan Allah perkenankan. sebab jodoh tak kenal siapa kan. gitteeeew. ewah. seronok ada makhluk teman. kalau tak cengkerik ja berbunyi. haha.

tahun baru, usia baru, diri baru -_-
heeeeeeeeee.


QS (49:12)

Tuesday, 13 December 2016

perlu ke RnR?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

tamak betul aku rasa aku hari ni.
dua entry sekali aku up within a day.
haha.
alang-alang free sangat dok kat rumah.

so, what's up with the title?
ok fine.

kalau bercakap tentang RnR,mestilah kita akan ingat tentang musafir kan?
setiap kali musafir atau perjalanan jauh akan ada hentian rehat dan rawat atau pun RnR yang membolehkan kita untuk berehat sebentar melepaskan lelah dan kepenatan sepanjang bermusafir.
itu apa yang aku faham.

baiklah.
jadinya RnR ni hanyalah persinggahan sementara untuk melepaskan penat. betul?
aaah. suka hati. hehe.
seems sekarang musim cuti sekolah sangat, jadi ramailah yang bawak anak-anak bercuti kan? tambah-tambah para guru Malaysia. meriaaaaah!
RnR pun ramai orang. maklumlah Malaysia memang banyak tempat menarik. heeeeeeeee.

tapi aku bukan nak melalut bab RnR yang nampak secara zahir. dan entry ni pon idea yang aku dapat masa berwsap dengan kengkawan aku. gosip ke? tak pun. dilema wanita kot. dan entry aku ni pun bukan bertujuan untuk melalut. sebab aku nak sampaikan sesuatu. hampa nak ambik baca atau pun rasa macam tak penting, go on. bahasa mudah zaman jahiliyyah, lantaklaaaah! eh, tetiba.

ada satu part begini aku dapat, "lelaki ni akan jadikan kita ni persinggahan sebelum diorang berlabuh." quoted from my friend. one of my best friends.
aku lembap sedikit. jadi aku kurang faham till dia ceritakan satu-satu.
bodoh sedikit sebab aku tak tahu erti tawar hati. haha
:)


no big deal memang ada lelaki begini. hatta wanita pun ada. equality accepted.
jenis playboy dan playgirl.
tapi dia bukan tukar ganti dalam masa yang sama namun hanya test dan jadikan spare part sama ada boleh pakai atau tidak.
maksudnya one down, have another.
mungkin. aku yang faham begini.

dan maksud kawan aku tu mungkin yang lelaki/wanita macam ni akan singgah sekejap sahaja dalam hidup kita dan melepaskan rasa dia sebelum ke tempat lain bagi mencari yang lebih sesuai bagi dirinya.
pelik jugak ayat ni. kalau hampa faham, faham lah ya. aku tak dak mood nak ulas lebih panjang sebab i dont prefer this type of person.

aku tak menafikan memang ada tapi bukan semua. ringkasnya, cuba kau bayangkan orang buat perkara yang sama kat adik beradik kau, lelaki atau perempuan. apa kau rasa? lelaki ok lagi. kalau perempuan, macam mana? sakit tak? hermm. belum pernah aku rasa tapi aku tahu sakit. dan aku harap aku bukan salah seorang daripada orang yang dapat penyakit ni.

we can have dozens of list yang nak dijadikan pasangan but state one name yang kau nak dan bersungguh. choose that person and keep him/her well. approach bebaik.
nak cari yang lebih baik? jangan terlalu memandang ke hadapan, bimbang kita tertinggal permata dibelakang. itu pesan aku buat insan yang mencari sempurna.

manusia takkan pernah sempurna.
we have our own flaws. either to accept or retreat from the situation, decide!

dulu aku disajikan dengan cerita bagaimana seorang lelaki dan wanita memutuskan hubungan mereka kerana si lelaki telah tersedar bahawa mereka berhubungan dengan cara yang salah. aku mengaku cara yang depa buat salah, berdua-duaan, berkasih-sayang diusia yang muda sangat lagi, tak dak future planning, end up naqib dia dapat tahu dan mintak lelaki tersebut untuk tinggalkan wanita tersebut.
aku sebenarnya nak bagi big clap kat naqib tu. bukan sebab dia berjaya tarik balik mad'u dia tapi dia tak berjaya bimbing balik si wanita yang tadi terjebak sama. end up, musnah salah satu dari mereka.
kalau dalam ekonomi, ni dah tak balance.

**selingan ada orang mai hantaq kad kenduri kahwin. again.**

sambung dengan naqib tersebut. alangkah bagusnya kalau tidak mudah melatah. bagus dia nak selamatkan mad'unya. tapi alangkah bagusnya kalau dia refer wanita tersebut kepada orang yang lebih layak mentarbiah beliau agar tidak ditinggalkan terkonteng-konteng. ini bukan persoalan syar'ie atau tidak syar'ie tapi ia persoalan ummah. selamatkan generasi kita. usia sebegitu memang mentah. kalau satu selamat, satu lagi musnah, tetap generasi kita musnah. kita selamatkan mental dan fizikal. inshaaAllah perasaan akan subur dengan asbab tarbiyah dan dakwah. dengan orang yang sama.
*dahsyat pulak rasa penulisan ni.*

ramai sekarang kejar cinta seperti kisah fatimah syarha dan farhan hadi ataupun kisah pemuda yang memakan buah epal yang tidak diketahui tuannya. memang syar'ie. itu adalah panduan bagi ibu bapa generasi kita. namun, perlu hadam bahawa tak semua manusia punya kisah cinta yang sama. ada yang berkahwin dan menjadi janda diceraikan meskipun pilihan perkahwinannya mengikut lunas cerita ibu bapa. ada yang berkahwin dalam keadaan kacau bilau tapi kedua-duanya berubah selepas fasa perkahwinan dilalui bersama.
mungkin cerita cinta aku pilihan sendiri tapi cerita cinta kau pilihan ibu bapa.
namun, sedar atau tidak, pilihan itu dengan kuasa Allah.
dan cerita setiap orang tak sama.
doa.

perlu faham bahawa cinta adalah fitrah. "kahwinkanlah dua orang yang saling mencintai." see, cinta memang wujud sebelum perkahwinan. namun, konsepnya menjurus untuk menghalalkan hubungan. jadinya, konteks ini selamatkan dua-dua insan. jangan biarkan salah satu terkapai-kapai. bila saling mencintai, maka akan kukuh hubungan. dikuatkan dengan tarbiyah, disusuli dengan dakwah, tak mustahil kita akan melahirkan generasi yang mungkin muncul dari erti cinta buat ummah. kita yang define semua tu. atas kita.

kalau sekadar nak try, boleh masuk atau tak, seronok-seronok, believe me. one fine day, Allah akan buka satu-satu cerita kita tu. so, stop if you are in the middle of the story, kukuhkan niat dan move on. teruskan dengan apa yang dirancang dan berhenti berlabuh kat pelabuhan orang lain. cari pelabuhan kita sendiri. jauh atau dekat kita belayar, tetap pulang pada pelabuhan yang satu. fokus pada membentuk pelabuhan sendiri. bukan tinggalkan dia usang sendiri. but still, aku percaya bahawa ada pasangan yang baik untuk setiap insan. ada, doa, jumpa. :)

jadi persoalan RnR perlu atau tidak terjawab dengan find your own harbour or RnR transit. treasure it. :)


QS 30:21



merencana bersama Ilahi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

berat jugak hari ni punya stail penulisan aku. nak-nak aku nak up entry macam ni. macam sangat bukan aku. haha. but still, aku ada ruang dan peluang, jadi aku nak sampaikan sesuatu.

setiap seorang yang bernama manusia ni pasti akan ada perancangan untuk masa depan. melainkan kau manusia batak yang tak tahu mana jalan nak ambik, apa nak dibuat nanti atau pun tunggu nak mati. sorry for the harsh words. tapi itu apa yang aku nak sampaikan. tapi aku rasa kalau kau manusia macam tu pun, kau masih fikir apa yang nak ditelan nanti kan untuk kelangsungan hidup? ya. masih lagi punya perancangan.

dan setiap seorang perancangan kita antara satu individu dan individu yang lain adalah berbeza. misalnya, si A merancang untuk memiliki kereta idaman pada usia 24 tahun. namun, si B hanya mengidamkan sebuah motosikal pada usia 24 tahun. si C ingin bernikah saat usia 25 tahun, namun si D ingin menamatkan zaman bujang di usia sebelum 30 tahun.

nampak?
tak sama.
sebabnya kita punya keinginan dan nafsu yang berbeza.
dah aku guna nafsu pulak dalam entry ni.
jangan salah faham.
kehendak adalah perkataan yang lebih baik. haha

kita dan rancang cantik-cantik, masuk list, letak bawah bantal sebelum tidur, doa siang malam untuk pastikan apa yang kita rancang berlaku secara teratur dan sistematik seperti yang dirancang.
itu usaha dan apa yang kita buat.

lupa ke ada lagi satu yang merancang bersama kita?
Dia.
Allah.
Yang Maha Mengetahui setiap isi hati manusia secara sembunyi atau nyata.

aku suka part ini.
part kita bersama Ilahi.
sebab kat sini aku rasa ada yang menemani aku.
tak nampak tapi ada.

setiap keluh kesah perancangan dan rencana kita Dia dengar. sama ada secara langsung atau tidak langsung. bercakap soal Allah mendengar dan memakbulkan ini, gementar kadang-kadang. sebab kita tak tahu doa termakbul kerana ujian atau rahmat. cepat atau lambat. lancar atau berliku.
haha. kan?

dalam saat aku berada dipersimpangan, insan pertama tentunya mak yang mendengar. iya, wanita paling kuat. pesan mak, doa. jangan gopoh. dalam setiap ucapan beliau, nasihat sama ada untuk menghadapi peperiksaan atau keputusan penting dalam hidup. itu sahaja.
boleh jadi apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Allah rancang. namun yang pasti perancangan Allah akan tetap terjadi.
mashaaAllah!

dalam menghadapi konflik, pesan ini juga berkumandang. kita merancang dengan penuh cita. namun, Allah merancang dengan penuh cinta. kita mengharapkan yang terlalu tinggi pada sang manusia, sedangkan dia tidak punya kudrat untuk memenuhi ekpektasi kita. sebaiknya berlapang dada dan menerima seadanya sebagaimana kita menghendaki orang menerima kita.

bertitik tolak untuk merencana bersama Ilahi, aku titipkan doa agar Allah membuka jalan-jalan yang sesuai dengan permintaan. sama ada diberi petunjuk agar dibuka simpulan yang sukar atau membuka hijab yang tertutup.
kerana akhirnya tetap Dia yang Maha Berkuasa atas setiap makhluknya dan memegang kunci semua rahsia.
allahumma ameen!
QS 3:54

Wednesday, 7 December 2016

shopping

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aku rasa kalau aku dah letak tajuk camtu hampa dah boleh agak dah spesies yang macam mana suka benda tu kan?
kan?
kan?
kaaaaan???!!!

*emo*

betoi.
spesies perempuan.
spesies aku.
secara majoritinya.

lelaki?
ada la jugak tapi tak lah ramai sangat yang cerewet dan ceret macam perempuan.
yang sedang-sedang sahaja.

apahal perempuan dan shopping ni tak boleh dipisahkan?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
ok cukup. hehe

aku perempuan. shopping is not my favoritism. but still i love to merambu. haha. rojak gila bahasa.
ni mesti tak tahu apa konsep merambu niiii..lepas ni, lepas ni ....

so, untuk membantu sebahagian besar makhluk-makhluk di atas muka bumi ni memahami perempuan yang suka shopping, aku survey la geng kaki shopping ni selama aku duduk kat ipg. sebabnya ya kerana:

1) shopping satu terapi
hampa tak tau ka shopping ni salah satu terapi untuk diri sendiri. bila shopping kita dapat sesuatu walaupun duit mengalir bagaikan air sungai yang deras. tapi takpa. barang kita dapat. typical shopaholic thinking. haha. thats it.

2) rasa kosong
orang yang rajin shopping menyopping ini juga selalu rasa yang barang dalam wardrobe dia kosong. padahaaaaaaaaiii..ya. haha. dia sahaja merasakan begitu. sedangkan wardrobe dia boleh nak beranak bercucu cicit dah. dia ja forever alone dok rasa. hmm.

3) sifat semulajadi wanita
memang pesen perempuan ni suka kepada benda baru, baju baru, kasut baru, beg baru, tudung baru, mekap baru, semua barulahhhhh. suami ja yang lama. tak taulah kalau yang tu pun nak ditukar baru. mungkin brand new hubsy kot. bila ada barang baru ni, baru semangat tu mcm lebih sikit nak buat sesuatu. kaitan sangat.

4) duit tak tau nak hangus kat mana
ni masalah jugak. gatai tangan kalau ada duit lebih. melampau. kalau ada duit banyak lagilah melampau, semua benda nak dicapai nak diorder. hmmm. sakan. tak pernah cukup dan sempurna kehidupan. haha. mulalah nak merayap nampak yang tu, yang ni...langsung tak dapat menjaga pandangan.

5) up-to-date
konon. perangai mak-cik2 sangat yang ni. kepoh kalau jiran pakai barang baru mesti nak ikut jugak beli. drama tv3 banyakkan macam ni. haha. berlumba-lumba sapa dapat pakai yang latest design. pastu mula la nak menayang. "weyh, aku dah beli itu....baru jaaa" hmmm ayat nak cakap baru beli barang baru. haha. tak kisahlah. kau berduit.

6) teknologi
sedikit-sebanyak teknologi telah membantu golongan begini shopping dengan adanya shopping atas talian. haaaa, mudah! tekan2 sampai rumah. aku pun selalu. tapi selalu tak puas hati. so, aku rela berkelana cari barang. biaq ada depan mata. mahai pun tak pa lah. kalau aku tengok online aku puas hati dengan review dan feedback cust yang dah beli barang tu, baru aku proceed. kalau tak, menjenguk barangan yang maujud sahajalah.

sebenarnya banyak lagi perihal shopping menyopping ni tapi aku nak kasi beberapa tips untuk geng shopping.

1- barang yang kita nak beli seperti baju, tudung, kasut dan sebagainya akan sentiasa up-to-date. so, jangan gopoh. pakai yang mana selesa dan hampa rasa berbaloi beli. tak payah kejarkan sangat dengan fesyen2 ni. last-last bagi kat Rohingya. ingat semua orang Rohingya pakai kebaya. huuuu

2- buat saving sikit. jangan cepat sangat nak keluarkan duit kecualilah hampa nak buat benda baik seperti bersedekah dan amal jariah. mashaaAllah. subhanaAllah. nasihat ini. haha. hmm. tapi betoi la. jangan kedekut.

3- jangan meminta-minta untuk dapatkan barang yang kita nak.usahakan untuk dapat dengan effort sendiri. ni kalau nak barang digesa-gesa mak bapak ke suami untuk belikan. consider well. kita bukan nak hidup sehari dua ni ja nak habiskan duit tu. kalau berezeki nyawa sampai esok, ada lagi benda kena buat. so, buat jadual kira-kira. tak rugi.


setakat ni dlu aku nak share. mana baik ambik, yang tak baik lupakan. aku pun suka shopping ni. tapi baik aku shopping benda makan. haha. lain orang lain preference.



QS 17:27



Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...